You are on page 1of 13

HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

SOALAN TUGASAN

1. Huraikan kepentingan guru memberikan pertimbangan kepada ciri-ciri peralatan semasa


mengajar manipulasi alatan dalam pergerakan artistik dan kreatif. Berikan satu contoh
aktiviti yang bersesuaian bagi setiap ciri yang dinyatakan. Gunakan ilustrasi/rajah yang
relevan untuk menyokong setiap jawapan anda.
)markah 10(

PENGENALAN

Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk
mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah
kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku,mengawal dan mengendalikan objek-objek
yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek
seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.
Pengajaran manipulasi alatan dalam pergerakan artistik dan kreatif dapat membentuk
kemahiran mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap dikalangan kanak-kanak.
Pengajaran manipulasi alatan yang berkesan secara tidak langsung membolehkan kanak-kanak
meningkatkan kordinasi anggota badan seperti tangan dan mata, kaki dan mata dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian, seorang guru perlu memilih peralatan yang bersesuaian untuk digunakan
bagi menimbulkan kesan yang baik untuk murid-muridnya. Antara ciri peralatan yang perlu
diberi perhatian adalah seperti saiz, bentuk, warna dan berat. Di bawah dinyatakan bagaimana
sesuatu aktiviti yang dijalankan berkait rapat dengan ciri alatan bagi mempastikan aktiviti yang
dirancangkan dapat menimbukan minat murid.

Kepentingan Guru Memberikan Pertimbangan kepada Ciri-ciri Peralatan

Seiring dengan kemodenan dunia,  terdapat pelbagai peralatan yang digunakan dalam
mendedahkan murid kepada aktiviti manipulasi alatan boleh didapati  di pasaran. Kesemua
peralatan yang digunakan adalah semata-mata bagi memberikan pendedahan awal kepada murid
dalam alam sukan yang sebanar.Walau bagaimanapun, tidak semua jenis peralatan yang
dihasilkan sesuai digunakan terutamanya bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.
Seseorang guru perlu menggunakan kebijaksanaan untuk menggunakan alatan yang bersesuaian

1
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

bagi mempastikan pengajaran dan pembelajaran manipulasi alatan dapat memberi kesan terhadap
pertumbuhan dan perkembangan motor kanak-kanak. Antara jenis –jenis peralatan yang sesuai
digunakan bagi kanak-kanak di sekolah ialah tali, belantan, bola, reben, gelong, oktagon, landing
mat dan junior voulting board. Seorang guru Pendidikan Jasmani yang berkebolehan akan
mempastikan ciri alatan tersebut dapat memberikan impak yang mendalam kepada seseorang
kanak-kanak. Antara ciri alatan yang perlu dipertimbangkan adalah saiz, bentuk, warna dan berat
alatan.

Ciri alatan : Bentuk


Contoh aktiviti : Melereng gelung rotan
Ilustrasi :

Dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran melereng gelung rotan contohnya


seorang guru perlu memberikan penekanan kepada bentuk peralaran yang akan digunakan iaitu
gelung rotan. Gelung rotan yang akan digunakan perlulah berbentuk bulat agar lerengan yang
dibuat oleh kanak-kanak dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Gelung rotan yang benar-
benar berbentuk bulat akan memudahkan kawalan dibuat semasa melerang maksudnya lerengan
akan bergerak tegak kehadapan tanpa bengkang-bengkok. Permainan gelong ini dapat membantu
kanak-kanak menguatkan bahagian tangan,kaki dan pinggang. Selain itu juga permainan
melereng gelung rotan dapat membentuk kemahiran kordinasi mata dengan tangan dengan baik
dan member kesan yang baik dan mencergaskan otak kanak-kanak.

Ciri alatan : Berat


Contoh aktiviti : Melambung dan memukul bola bersama rakan
Ilustrasi :

2
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

Seorang guru Pendidikan Jasmani juga pelu memberikan keutamaan kepada ciri alatan
yang ke dua iaitu berat. Berat sesuatu alatan yang dipilih dalam pengajaran dan pembelajaran
manipulasi alatan juga penting. Contohnya dalam aktiviti melambung dan memukul bola
bersama rakan bola, yang digunakan perlulah ringan. Bola yang ringan membolehkan pelajar
memukul bola dengan mudah dan tidak menyakitkan tangan kanak-kanak sama ada yang
memukul atau yang melambung. Dengan menggunakan bola yang ringan juga, lambungan bola
dapat dibuat dengan tepat kepada pemukul. Dalam permainan ini, secara tidak langsung dapat
meningkatkan dan membentuk kekuatan otot tangan , pinggang, peha, dan kaki. Kordinasi antara
mata, tangan dan objek juga dapat dipertingkatkan.

Ciri alatan : Warna


Contoh aktiviti :
Ilustrasi :

3
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

2. Dengan sokongan grafik atau fotografi, tunjukkan 10 sekuen lakuan pergerakan kreatif dalam satu
persembahan Pendidikan Pergerakan. Nyatakan butiran perlakuan bagi setiap sekuen mengikut tema,
rangsangan dan nyatakan nilai yang hendak diterapkan bagi setiap sekuan lakuan tersebut.

)markah 15(

B. Pergerakan Kreatif Dalam Pendidikan Pergerakan


Pergerakan kreatif merupakan interpretasi idea , perasaan serta tanggapan idea yang dilahirkan
secara simbolik melalui pergerakan . Ia memberi penekanan kepada empat elemen asas , iaitu
tubuh badan , ruang , masa dan tenaga yang merupakan perbendaharaan pergerakan untuk
membolehkan kanak-kanak serta remaja berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-
potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan melalui pergerakan , ritma dan kreativiti.
Penerimaan pergerakan kreatif sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan jasmani dan
program kesihatan pastinya akan membantu serta memberi manfaat terhadap perkembangan
personaliti kanak-kanak di samping meningkatkan sifat-sifat seni dalam diri mereka. Di bawah di
utarakan 10 sekuan lakuan pergerakan kreatif dalam satu persembahan Pendidikan Pergerakan.
Plan Lantai 10 Sekuan Lakuan Pergerakan Kreatif
Tajuk : 10 Budak Pengakap
Rangsangan : Cerita dalam iringan muzik
Mula Sekuen 1 Berjalan dengan Gaya Meredah Semak
Sekuen 2 Merangkak Kucing
( dua orang murid membuat pegaangan tangan dengan
mencangkung dan seorang murid merangkak dibawahnya )
Sekuen 3 Berlari Dikejar Hantu ( gaya 100 m )
Sekuen 4 Duduk Melutut ( membongkok )
Sekuen 5 Lompat Kanggaru
( melompat palang yang diletakkan pada skitle )
Sekuen 6 Jalan seperti Kereta Api ( memigang pinggang rakan )
Sekuen 7 Melompat Capai Bintang ( melompat dengan bertepuk tangan )
Sekuen 8 Berjalan Meniti Titi

4
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

( berjalan di atas bangku gimnastik )


Sekuen 9 Daki Bukit
( murid naik dan turun kerusi yang disusun mengikut ketinggian )
Tamat Sekuen 10 Baringan Bebas

Cerita 10 Budak Pengakap


Suatu hari 10 budah pengakap berjalan menuju ke tapak perkhemahan di dalam sebuah hutan(1).
Sampai di pinggir hutan, terdapat pohon-pohon yang rendang yang menghalang laluan , 10
orang pengakap merangkak melalui bawah pohon tersebut( 2 ). Tiba-tiba seekor monyet turun
dari sepohon pokok lalu mengejar mereka( 3 ). 10 budak pengakap lari lintang pukang. Bila tiba
di sebatang pokok tumbanng mereka ternampak seekor ulat gonggok sedang menyusur lambat.
Mereka memerhati ulat gonggok itu( 4 ). Di hadapan pokok tumbang itu pula terdapat beberapa
batang parit kecil menghalang perjalanan mereka. 10 Budak pengakap terpaksa melompat parit
itu dengan berhati-hati ( 5 ). 10 budak pengakap berjalan seperti keretapi apabila memasuki
sebuah gua yang gelap kerana ketakutan( 6 ). Setelah keluar dari gua, 10 budak pengkap
melompat kegembiraan ( 7 ). Kegembiraan 10 budak pengakap tidak lama kerana dihadapan gua
itu terdapat sebatang sungai yang dalam. Walau bagaimanapun terdapat sebuah jambatan usang
untuk mereka keseberang. 10 budak pengakap meniti jambatan dengan berhati-hati ( 8 ).Setelah
selamat menyeberangi sungai 10 budak pengakap terpaksa pula mendiki sebuah bukit yang
sangat tinggi. Mereka sama-sama mendaki bukit tersebut dengan bersungguh-sungguh ( 9 ). Di
bawah bikit itulah letak tapak perkhemahan mereka. Sesampinya di tapak perkhemahan masing-
masing kepenatan lalu berbaring menghilangkan kepenatan ( 10 ).

10 Sekuen Lakuan Pergerakan Kreatif

5
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

Tubuh :
Jalan Senang Hati ( Berjalan dengan gaya meredah semak )
Tangan dilenggangkan tinggi hingga ke paras bahu
Semasa berjalan lutut diangkat hingga ke paras pinggang
Badan dalam keadaan tegak
Pergerakan Lokomotor
Cerita Usaha:
Suatu hari 10 budah pengakap Pegerakan dengan kadar yang cepat
berjalan menuju ke tapak Pergerakan menggunakan daya ringgan
perkhemahan di dalam sebuah Pergerakan menggunakan aliran terikat
hutan. Bergerak secara sentuhan berselang
Ruang :
Menggunakan ruang am
Tema :
Bergerak ke arah hadapan dengan aras yang sederhana
Keseluruhan Tubuh Badan
Bergerak dalam laluan lurus secara berbris.
Nilai :
Perkaitan :
Keyakinan diri dalam
Pergerakan secara bersendiri
melakukan pergerakan
Tiada alatan yang digunakan
Aspek Keselamatan:
Memastikan murid melakukan
aktiviti dengan kemampuan
sendiri.
Tubuh :
Jalan Kucing ( merangkak )
Bergerak menggunakan tanggan dan lutut
Tangan dalam keadaan membengkok sedikir manakala kaki

Pergerakan Lokomotor dalam keadaan bentuk “sesiku L”


Sampai di pinggir hutan, Usaha :
terdapat pohon-pohon yang Gerakan badan semasa bergerak menggunakan daya yang berat
rendang yang menghalang Pergerakan lambat
laluan , 10 orang pengakap Pergerakan akan menggunakan aliran yang terikat
merangkak melalui bawah Bergerak secara sentuhan berselang
Ruang :

6
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

pohon tersebut. Menggunakan ruang diri


Bergerak menggunakan pelbagai laluan
Tema : Kesedaran Rintangan Menggunakan ruang diri (dua orang berpigang tangan ) ruang
dan Beban dan Masa am ( merangkak )
Perkaitan :
Nilai : Berkerjasama
Bergerak melibatkan perkaitan dengn rakan
Tidak menggunakan sebarang alatan
Tubuh :
Lari Dikejar Hantu ( Lari Laju )
 Larian dengan gaya seperti larian pecut
 Lari pentas dan beransur-ansur perlahan
 Tangan kanan dihayun hingga paras bahu manakala tangan
kiri dihayun hingga melepasi punggung.
 Semasa melangkah lutut diangkat ke paras pinggang
Pergerakan Lokomotor
 Badan bergerak arah hadapan
Tiba-tiba seekor monyet turun Usaha :
dari sepohon pokok lalu  Pergerakan menggunakan daya yang laju tinggi
mengejar mereka. 10 budak  Pergerakan ringan dan cepat
pengakap lari lintang pukang.  Pergerakan menggunakan aliran bebas
Ruang :
Tema : Kesedaran Ruang Menggunakan ruang am
Nilai : Keseronokan dan Bergerak ke hadapan dengan aras yang tinggi
kepuasan Bergerak dengan aliran terikat
Perkaitan :
Pergerakan secara individu tidak melibatkan rakan
Tidak menggunakan sebarang alatan

Tubuh :
Duduk Melutut ( membongkok )
 Badan dibongkokkan kehadapan dengan dirian
menggunkan tangan dan lutut

Bukan lokomotor  Tangan lurus mencecah lantai, lutul dalam bentuk “siku

7
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

L”
Bila tiba di sebatang pokok Usaha :
tumbang mereka ternampak Pergerakan menggunakan daya yang ringan
seekor ulat gonggok sedang Menggunakan kekuatan otot yang ringan
menyusur lambat. Mereka Pergerakan menggunakan aliran yang terikat
Ruang :
memerhati ulat gonggok itu.
Menggunakan ruang diri.
Bergerak ke hadapan dengan aras yang rendah
Tema : Penggunaan Tubuh
Pergerakan melibatkan imbangan dan kelenturan.
Badan sebagai Alat
Perkaitan :
Nilai : Semangat cintakan
Pergerakan tidak melibatkan dengan oran lain dan alat.
keindahan alam sekitar
Tubuh :
Lompat Kanggaru ( melompat dengan membongkokkan
badan )
Lompat di atas hujung kaki, mendarat dengan
membengkokkan lutut, badan tegak dan gerak tangan ke atas
dan ke bawah.
Pergerakan Lokomotor
Di hadapan pokok tumbang itu Usaha :
pula terdapat beberapa batang Pergerakan menggunakan daya yang berat.
parit kecil menghalang Pergerakan lambat
perjalanan mereka. 10 Budak Pergerakan menggunakan aliran yang bebas.
Ruang :
pengakap terpaksa melompat
Menggunakan ruang diri
parit itu.
Bergerak ke arah hadapan dengan aras yang sederhana
Bergerak dalam lslusn lurus.
Tema : Kesedaran Rintangan
Perkaitan :
kepada Beban dan Masa
Pergerakan yang tidak melibatkan perkaitan dengan rakan
Nilai : Keberanian
Menggunakan perkaitan dengan alatan ( skital dan rotan
panjang )

8
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

Tubuh :
Jalan Seperti Kereta Api
Dalam keadaan berbaris
Kedua-dua tangan akan memiggang pinggang rakan
dihadapan
Orang di hadapan bertindak sebagai kepala kereta api
Pergerakan Lokomotor

10 budak pengakap berjalan Usaha :


seperti keretapi apabila Pergerakan menggunakan daya yang berat
memasuki sebuah gua yang Pergerakan lambat
gelap kerana ketakutan. Pergerakan menggunakan aliran yang terikat
Ruang :
Menggunakan ruang am
Tema : Penyesuaian terhadap
Bergerak ke hadapan dengan aras yang tinggi
Rakan
Bergerak dalam laluan yang bengkang-bengkok.
Nilai : Berkerjasama
Perkaitan :
Pergerakan yang melibatkan perkaitan dengan rakan.
Perkaitan dengan alatan ( skittle )
Tubuh :
Lompat Capai Bintang ( melompat dan bertepuk tangan )
Melompat dengan hujung jari kaki.
Kedua-dua kaki dirapatkan.
Tanggan diangkat tinggi dan bertepuk kedua belah tanggan.
Pergerakan Lokomotor Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan.

Setelah keluar dari gua, 10 Usaha :


budak pengkap melompat Pergerakan menggunakan daya yang sederhana
kegembiraan. Pergerakan cepat
Pergerakan menggunakan aliran bebas
Ruang :
Tema :
Menggunakan ruang diri
Kesedaran Ruang
Pergerakan kehadapan dengan aras yang rendah dan tinggi
Nilai :
Bergerak dalam arah ke atas.

9
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

Kebebasan mencurahkan Perkaitan :


perasaan, idea dan emosi Pergerakan tidak melibatkan perkaitan dengan rakan dan alatan
Tubuh :
Berjalan Meniti Titi ( Berjalan dengan imbangan badan )
Berjalan dengan langkah perlaha.
Kedua-dua belah tangan didepakan

Pergerakan Lokomotor
Kegembiraan 10 budak Usaha :
pengakap tidak lama kerana Bergerak dengan daya yang ringgan
dihadapan gua itu terdapat Pergerakan lambat
sebatang sungai yang dalam. Pergerakan menggunakan aliran yang terikat
Ruang :
Walau bagaimanapun terdapat
Menggunakan ruang diri
sebuah jambatan usang untuk
Bergerak ke hadapan dengan aras yang tinggi
mereka keseberang. 10 budak
Bergerak dengan laluan lurus
pengakap meniti jambatan
Perkaitan :
dengan berhati-hati.
Pergerakan yang tiada perkaitan dengan rakan.
Menggunakan alatan ( kerusi gimnastik )
Tema : Kesedaran Tubuh
Badan
Nilai : Keberanian

Tubuh :
Daki bukit. ( naik dan turun dari kerusi )
Dimulakan dengan kaki kanan naik di atas kerusi yang disusun
menaik dan diikuti kaki kiri berganti-ganti.
Pergerakan Lokomotor Badan dibongkokkan ke arah hadapan
Tangan memegang kerusi
Setelah selamat menyeberangi Usaha :
sungai 10 budak pengakap Pergerakan menggunakan daya yang berat
terpaksa pula mendiki sebuah Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat

10
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

bukit yang sangat tinggi. Pergerakan lambat


Mereka sama-sama mendaki Pergerakan menggunakan aliran bebas
Ruang :
bukit tersebut dengan
Menggunakan ruang diri ( kaki dikangkangkan )
bersungguh-sungguh.
Pergerakan secara statik ( berbaring dan mengkangkan kaki dan
merapatkan kaki )
Tema : Kesedaran Rintangan
Pergerakan statik aras rendah
kepada Beban dan Masa
Perkaitan :
Nilai : Berdikari
Perkaitan dengan alatan ( kerusi )
Pergerakan yang tidak melibatkan perkaitan dengan rakan

Tubuh :
Baring Bebas ( Terlentang menghadap langit )
Berbaring di atas lantai.
Kaki di kangkangkan dalam keadaan luas dan dirapatkan
Tangan diluruskan dan muka menghadap langit
Pergerakan Bukan Lokomotor
Di bawah bikit itulah letak Usaha :
tapak perkhemahan mereka. Pergerakan menggunakan daya yang ringan
Sesampinya di tapak Pergerakan menggunakan otot yang ringan bergerak bebas dan
perkhemahan masing-masing setempat.
kepenatan lalu berbaring Pergerakan menggunakan aliran yang terikat
Ruang :
menghilangkan kepenatan
Menggunakan ruang diri ( kaki dikangkangkan semasa baring )
Bergerak secara statik arah ke bawah
Tema : Penggunaan Tubuh
Aras pergerakan rendah
badan sebagai Alat
Perkaitan :
Nilai : Bersyukur
Pergerakan yang tidak melibatkan perkaitan dengan rakan dan
alatan

Kesimpulan

11
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

Dalam Program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa kegiatan seperti
pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan adalah supaya
penumpuan khas dapat diberikan kepada peringkat perkembangan murid. Pergerakan lokomotor
dan manipulasi peralatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan
yang lebih kompleks untuk tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas
diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan
diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks.

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi pendidikan dalam menghadapi cabaran 2020. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise. 

Borhannuddin, Abdul Razak, & Hamizon (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan 
Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka .

Asiah Abu Samah . ( 1985 ) . Ko – kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia : Satu 


Tinjauan . Dalam Seminar Kebangsaan Ko – kurikulum , Kementerian Pendidikan 
Malaysia . Universiti Utara Malaysia , Kedah , Ogos , 18 – 20 .

12
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

Saifol Bahary & Hasnul Faizal(2007). Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan.; Kuala 
Lumpur : Open University (OUM).

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000).Sukatan Pelajaran Pendidikan 


Jasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

13

You might also like