P. 1
Surat Kiriman Rasmi-Penerokaan Hutan

Surat Kiriman Rasmi-Penerokaan Hutan

|Views: 2,334|Likes:
Published by SYarafina SYed
Contoh Surat aduan mengenai penerokaan hutan secara haram
Contoh Surat aduan mengenai penerokaan hutan secara haram

More info:

Published by: SYarafina SYed on Feb 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/07/2011

pdf

text

original

Soalan: Sewaktu melalui kawasan berhampiran hutan di tempat anda, anda mendapati berlakunya penerokaan hutan secara haram

oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Anda berhasrat untuk menghantar surat aduan kepada Jabatan Hutan untuk memaklumkan perkara tersebut. Tulis surat itu selengkapnya.

AHMAD SHUIB BIN DAUD, No.9, Jalan Suria Perdana, Taman Seri Perdana, 34000 Taiping, Perak.

Yang Dipertua, Jabatan Hutan, 34000 Taiping, Perak.

12 FEBRUARI 2011

Tuan, Penerokaan Hutan Secara Haram. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

2. Saya sebagaimana nama dan alamat yang tertera di atas merupakan penduduk tetap di kawasan taman perumahan tersebut. Untuk pengetahuan tuan, sejak akhir-akhir ini kawasan hutan yang berhampiran dengan tempat tinggal kami telah diterokai secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Antara kegiatan yang telah mereka jalankan ialah pembalakan hutan. Kegiatan ini menyebabkan hutan tersebut menjadi belukar dan yang tinggal hanyalah pokok-pokok kecil, lalang, palma dan semak-samun. Implikasi daripada perbuatan peneroka yang tidak bertanggungjawab tersebut telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk kami.

3. Pembalakan secara haram tersebut juga menyebabkan tanah terhakis kerana struktur tanah tersebut menjadi longgar dan tidak stabil ekoran daripada kehilangan cengkaman akar pokok yang ditebang. Hal ini demikian kerana peneroka tersebut tidak menggunakan cara yang sistematik atau cara yang disyaratkan oleh kerajaan. Keadaan ini akan mengakibatkan kawasan perumahan kami menghadapi banjir. Akhir-akhir ini kami mendapati bahawa haiwan-haiwan liar seperti monyet dan ular sering berkeliaran di kawasan perumahan kami. Perkara tersebut bukan sahaja menyukarkan penduduk kami untuk keluar dari rumah masing-masing, malah akan membahayakan keselamatan penduduk.

4. Selain itu, pemusnahan hutan yang berlarutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida dan organik karbon di udara. Peningkatan karbon dioksida di udara akan mengakibatkan peningkatan suhu. Oleh sebab itu, aktiviti yang ingin dijalankan di dalam hutan tidak dapat diteruskan.

Cuaca yang agak panas memaksa kami membatalkan sebarang aktiviti yang bertempat di kawasan hutan tersebut. Pihak kami amat berdukacita kerana hutan tersebut indah dengan panaroma yang cantik pada suatu masa dahulu. Malangnya, hutan tersebut kini telah menjadi hutan belukar.

5. Setelah diselidik, punca peneroka haram itu berjaya meneroka hutan tersebut telah diketahui. Kami mendapati bahawa pengawal yang sepatutnya menjaga hutan itu daripada diteroka telah hilang ketika kami melawat ke pondok pemerhatian yang terletak berhampiran dengan hutan tersebut. Pondok tersebut bukan sahaja tidak terurus dengan sempurna, malah segala kekotoran seperti sampah dan najis haiwan bertaburan sana sini. Lebih mendukacitakan, pondok tersebut juga menjadi µsarang¶ penagih dadah. Keadaan ini melonjakkan lagi kemarahan penduduk kami.

6. Oleh itu, saya amat berharap pihak tuan dapat menghulurkan kerjasama dan membuat pemantauan di kawasan hutan tersebut. Saya juga berharap agar peneroka haram itu segera ditangkap bagi mengelakkan kegiatan pembalakan terus berleluasa. Selain itu, aktiviti yang ingin kami jalankan di dalam hutan tersebut dapat diteruskan dengan sempurna. Kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan amat saya hargai. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan tuan. Sekian, terima kasih. Yang benar,

SHUIB
««««««««««««««..

(AHMAD SHUIB BIN DAUD) Wakil Penduduk Taman Seri Perdana

Kumpulan 8: Atiqah, Edina, Syamina, Syarafina

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->