You are on page 1of 49

PSV 3106

PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

MENGGAMBAR - LUKISAN

Disediakan Oleh :

Abdullah Affan Bin Nashiron


Annisa Binti Suib
Nurfarahiyah binti Azmi
Pengenalan
 Lukisan adalah satu seni yang membentuk idea dan objek dengan
menggunakan garisan,ton dan titik pada permukaan yang rata .
 Seseorang pelukis dapat menyampaikan mesej atau luahan emosi
,keintelektualan dan spiritual atau merakamkan dan memelihara
perasaannya melalui imej berbentuk visual tanpa menggunakan
bahasa.
 Karya seni lukisan pada kebiasaannya menggunakan media jenis
kering dan tidak menggunakan warna kecuali warna daripada alat
lukis seperti pensel warna , dan krayon.
 Kadangkala lukisan yang dihasilkan secara spontan dan karya lukisan
boleh dipersembahkan secara realistik , bergaa corak,bersifat abstrak
atau berciri hiasan dan penggayaan.
 Lukisan juga adalah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang
seni halus .
Definisi
 Lukisan ialah satu unsur seni yang membentuk idea dan objek dengan
menggunakan titik ,garisan dan ton ,pada permukaan rata atau pada
kertas ( Kunci Masteri PENDIDIDKAN SENI VISUAL Tingkatan Satu,
Pelangi Sdn.Bhd)
 Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan
menggunakan garisan.
 Pada kebiasaannya, menggunakan media kering dan tidak
menggunakan media warna seperti pensel warna dan krayon.
 Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal untuk menghasilkan
catan ,cetakan ,arca dan sebagainya. Merujuk kamus THE OXFORD
lukisan diistilahkan sebagai ”The Art of representing by line ,
delineation without colour or with a single colour’ yang membawa
maksud lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan tidak
mengunakan warna atau warna yang minima.(teks kreatif Pendidikan
Seni Visual tingkatan 4&5,Creative Enterprise Sdn Bhd)
Sejarah Lukisan
 Lukisan awal yang ditemui di dinding – dinding gua yang dihasilkan
manusia pada zaman purba
 Kebanyakan lukisan yang ditemui ini berkisarkan tentang kehidupan
seharian pada zaman dahulu seperti perburuan dan pengembaraan
 Di Malaysia , lukisan pada gua telah ditemui Gua Niah ,Sarawak dan
di Gua Tambun,Perak.
 Kebanyakkannya karya lukisan yang dihasilkan pada zaman purba
ini menggunakan gaya yang sama iaitu imej binatang digambarkan
dengan pelbagai kualiti garisan ringkas yang membentuk binatang
perburuan , komposisi yang hampir sama iaitu berbentuk memanjang
dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang
mungkin hasil perburuan mereka pada zaman itu.
 Di Perancis lukisan purba ditemui di Gua Lascaux.
 Perkembangan lukisan di Eropah selari dengan perkembangan
catannya. Pelukis pada zaman tersebut melukis dengan tujuan
untuk membuat lakaran bagi menghasilkan cetakan dan catan.
 Perkembangan revolusi di Eropah juga telah mengembangkan seni
lukisan reka bentuk .
 Dalam bidang matematik memperlhatkan pelukis menggunakan
nisbah keemasan sebagai rujukan untuk melukis.Pelukis Albrecht
Durer dan Leonardo da Vinci memperkenalkan skala dalam lukisan
figura.
 Pada kurun ke-20 pelukis mula mempelbagaikan teknik dan bahan
sebagai sumber idea untuk melukis. Muncul idea yang menarik .
Sebagai contoh, Claude Monet memperkenalkan gaya Impresionis.
 Zaman ’renaissance’ telah memberi rangsangan kuat kepada
pelukis –pelukis Itali melukis dengan menggunakan pelbagai bahan
dan teknik.
Jenis-jenis Lukisan
 Terdapat beberapa jenis lukisan. Antaranya ialah :

Figuratif
Figuratif

Ilustrasi
Ilustrasi Kajian
Kajian

JENIS
JENIS
Gesture
Gesture LUKISA
LUKISA Teknikal
Teknikal
N
N

Kontur
Kontur Fantasi
Fantasi

Kartun
Kartun
LUKISAN FIGURATIF Penumpuan tehadap tubuh badan atau anatomi manusia

Lebih memerlukan khayalan atau imaginasi untuk merakam


LUKISAN FANTASI
bentuk benda yang berada di alam nyata atau tidak nyata

Merakamkan ketelitian pada sesuatu subjek atau benda yang


LUKISAN KAJIAN dikaji. Contoh adalah memasukkan unsur jalinan ,cahaya dan
struktur bentuk yang terperinci

Lukisan ini mempunyai tema atau keterangan yang ingin


LUKISAN ILUSTRASI
disampaikan kepada penonton

Lukisan yang menjelaskan bentuk atau rupe pada sesuatu


permukaan bentuk. Ia juga menggunakan pelbagai jenis
LUKISAN KONTUR
garisan garisan tebal nipis . ia juga adalah untuk
menampakkan imej tiga dimensi

Banyak menggunkan seluruh pergerakan tangan dan tidak


terhad pada pergelangan tangan . dihasilkan sebelum
LUKISAN LINEAR/GESTURE penghasilan catan ,arca atau seni grafik. Dapat dihasilkan
dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaraskan
antara kerja mata,minda dan tangan pada objek yang dilukis

Lukisan ini menggunakan skala yang tertentu bagi memastikan


LUKISAN TEKNIKAL
sudut pandangan dan kadar banding yang tepat

LUKISAN KARTUN Menggunakan pelbagai kualiti dan garisan untuk menggambar


Contoh Lukisan - Figuratif
Contoh Lukisan - Kajian
Contoh Lukisan - Teknikal
Contoh Lukisan - Fantasi
Contoh Lukisan - Kartun
Contoh Lukisan - Kontur
Contoh Lukisan - Ilustrasi
Contoh Lukisan - Gesture
Alat, Bahan & Media
 Media Dominan : media kering seperti pensel dan arang untuk
mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.

 Penghasilan lukisan harus menampakkan struktur sesuatu benda.

 Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan


campuran media basah.Contoh,warna pensel dan warna air.

 Penggunaan media basah boleh ditetapkan penggunaanya secara terhad


dan minimum.

 Lukisan banyak menitik beratkan kepada penghasilan struktur bentuk


sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.
Samb. Alat, Media & Bahan
 Antara alatan dan media yang digunakan adalah :

Pensil

Berus Pen

ALAT,
MEDIA &
BAHAN

Krayon Arang

Pastel
Pensil
 Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia
digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak
permukaan.

 Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling


keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling
lembut).

 Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa.


Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan
menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang
terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau
pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding
pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut
boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau
pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu
dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar – samar.
Arang
 Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk
menghasilkan lukisan secara spontan.

 Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan.

 Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan


pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang.

 Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana


lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain.

 Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan


pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi
mengelakkan comotan.
Pen
 Pen Dakwat -

Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk
digunakan. Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle
mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan
menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah kurang
legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika
digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat
jika warna yang lebih terang diperlukan.

 Pen Felt –

Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.


 Pen Mata Bola -

Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau
contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai
nilai warna dengan menggunakan pen yang sama.
Krayon
 Antara contoh krayon ialah krayon lilin dan juga ‘conte crayon’.

 Krayon Lilin - Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam


setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah
gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan
yang menarik.

 ‘Conte Crayon’ - Conte crayon mempunyai kekerasan yang


berbeza. Cara menggunakan conte crayon adalah sama seperti
menggunakan menggunakan arang.
Pastel
 Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai
banyak warna.
Berus
 Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan
Jepun sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang
besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal
dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan
garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan
mata pen yang lebar.

 Jenis-jenis berus :
 Berus bulat
 Berus cina
 Berus leper
Teknik Melukis
 Terdapat beberapa teknik melukis.

Garisan
Selari

Garisan Garisan
Berbulu Kontur

TEKNIK
MELUKIS
Garisan
Garisan
Silang
Beralun
Pangkah

Garisan Garisan
Serabut Titik
Teknik Kontur
(Contour Line)
 Bergerak secara lembut dan membentuk sentuhan yang padat.

 Garisan kontur ini dapat menampakkan imej tiga dimensi .

 Garisan kontur selalu digunakan untuk objek yang melengkung

 Permukaan yang dihasilkan kelihatan berkilat

 Garisan kontur ini juga untuk pergerakan cecair . sebagai contoh air
terjun
Teknik Garisan Selari
(Parallel Line)
 Garisan selari dapat memperlihatkan kelicinan sesuatu objek taaupun
permukaaan.

 Garisan ini bersifat lurus dan tertumpu pada satu arah sahaja.

 Garisan selari ini juga lembut dan mampu menampakkan objek yang
rata.

 Garisan ini juga digunakan dan sesuai untuk melukis rupa yang
berada pada jarak yang jauh.

 Menunjukkan objek yang berdiri teguh.


Teknik Silang Pangkah
(Cross-hatching Line)
 Garisan silang pangkah ini merupakan penyilangan antara dua atau
lebih garisan.

 Garisan ini mendalamkan nilai ton yang kuat dan penghasilan


bayang-bayang.

 Mengkaryakan tekstur dengan kepelbagaian pada tahap bergantung


kepada sudut dan ruang yang perspektif.

 Garisan silang pangkah menunjukkan sifat garisannya yang kasar.


Teknik Titik
(Stippling)
 Lukisan titik dibuat dengan nilai yang halus.

 Lukisant titik-titik ini menggunakan titik-titik kecil untuk


menghasilkan bentuk, jalinan dan rupa subjek yang dilukis.

 Media yang sesuai digunakan biasanya terdiri daripada media kering


seperti pen, pensel, krayon dan pastel.

 Lukisan titik ini dapat menunjukkan penampilan zarah yang


pelbagai.

 Lukisan titik ini menghasilkan rupa yang lembut dan kelihatan antik.
Teknik Garisan Serabut
(Scribble)

 Garisan berserabut ini selalunya bersambung,bergelung dan


berbentuk garisan bebas.

 Menampakkan rupa pintalan yang tebal.

 Lakaran bagi garisan berserabut ini dilakukan secara cepat.


 
Teknik Garisan Beralun
(Wavy Lines)

 Merupakan lukisan yang tersusun dan dihasilkan secara repetitif.

 Bentuk berpusar pada gegelang air.

 Garisan ini juga memberi bentuk ira seperti bentuk kayu yang
beralun.

 Garisan beralun ini dihasilkan untuk menunjukkan gelombang


pergerakan air.
Teknik Garisan Berbulu
(Criss Cross Lines)

 Garisan berbulu yang menunjukkan keadaan seperti lalang dan bulu


mata.

 Garisan ini sering diaplikasikan di dalam penghasilan gambar seperti


binatang atau objek yang berbulu.
Kaedah Melukis
 Terdapat beberapa kaedah melukis. Antaranya ialah :

Menekap

Tetingkap
Peniruan
Fokus
KAEDAH
MELUKI
S

Nisbah
Mentenang
Keemasan
Mentenang
 Fokus ketepatan objek dengan menggunakan pensel biasanya
dilakukan di dalm studio atau kelas

 Kaedah ini menggunakan pensel sebagai ukuran dan ibu jari sebagai
penanda ukuran .
Tetingkap Fokus
 Memfokus pada sesuatu objek tertentu sahaja.

 Lebih tertumpu pada sesuatu objek yang melukis.

 Memudahkan pemilihan objek yang menarik

 Membantu mendapat gubahan , ruang atau kawasan yang menarik


dan membuat pemilihan reka letak sama ada menegak atau
melintang.

 Sesuai digunakan di kawasan lapang.


Nisbah Keemasan
 Merupakan nisbah keindahan yang dianugerahkan oleh Tuhan
 Pada zaman Mesir Purba menyatakan setiap satu penemuan di alam ini
mempunyai bahagian-bahagan yang indah dan mempunyai nisbah.
Mereka membina piramid gunakan kaedah ini.
 Seorang bangsa yahudi bernama Edoxoz telah menemui satu kaedah
keemasan melalui matematik
 Fibonacci memperkenalkan nisbah keemasan melalui sisi, hasil daripada
susunan benih bunga matahari
 Leonardo da Vinci dan Albrecht Durner berjaya membuat nisbah untuk
figura manusia.
 Nisbah keemasan yang dihuraikan oleh Eves, iaitu seorang ahli
Matematik Greek dahulu kala sebagai “satu point untuk memebahagikan
segmen garisan kepada bahagian keemasan apabila panjang dua
segmen terbentuk adalah min perkadaran antara kesemua dengan
segmen yang lebih pendek” nisbah antara segmen panjang dengan
segmen pendek ini dipanggil nisbah keemasan .
Fungsi & Bentuk Lukisan
 Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea
dan imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat.

 Garisan, titik – titik lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam


idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang rata.

 Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk


membentuk hasil seni yang lain.

 Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula


daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran.
 Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula
daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran.
Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi
akan menghasilkan karya seni yang kreatif.

 Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis


merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi.

 Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang
ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu
mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya
seni yang menarik.
 Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang
berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya.

 Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat


pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis
melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk
mencuba dan memperkembangkan lukisannya.

You might also like