You are on page 1of 15

PASARAN DERIVATIF DI MALAYSIA oleh Shaiful Rizal Mohd Sani

Sejarah Penubuhan.

Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur Berhad. (KLOFFE).

Bursa Opsyen dan Niaga Hadapan Kewangan Kuala Lumpur (KLOFFE), merupakan
bursa derivatif kewangan yang pertama di Malaysia telah dilancarkan pada 15 Disember 1995.
KLOFFE telah ditubuhkan untuk memenuhi permintaan yang tinggi daripada pelabur-pelabur
dengan menawarkan pengurusan risiko dan potfolio yang tidak terdapat sebelum ini kepada
pelabur-pelabur serta pengurus potfolio, domestik dan antarabangsa. Pada waktu penubuhan
KLOFFE adalah anak syarikat seratus peratus KLOFFE Capital. Pemegang saham KLOFFE
Capital terdiri daripada Renong Bha, HLG Capital Bhd, News Straits Times Press (M) Bhd dan
Rashid Hussain Bhd. Walau bagaimanapun pada bulan Januari 1999, ‘Perjanjian Jual – Beli’
(Sales and Purchase Agreement) telah ditandatangani oleh Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)
dan pemegang saham KLOFFE Capital bagi pembelian KLOFFE Capital oleh BSKL dengan
harga RM27 juta. Ini secara langsung meletakkan BSKL sebagai pemegang saham seratus
peratus KLOFFE Capital dan seterusnya pemegang saham terunggul.

Kementerian Kewangan telah diberi tanggungjawab di bawah Akta Industri Niaga


Hadapan, 1993 (FIA) untuk mengawal perniagaan opsyen dan niaga hadapan dan telah
memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengawal perkara-perkara yang
berkaitan dengan industri derivatif. Kedua-dua badan pengawal selia ini adalah
bertanggungjawab untuk membuat peraturan bagi operasi Bursa. Suruhanjaya Sekuriti
ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti, 1993 dengan bermatlamat utama untuk
membuat peraturan dan pengawasan industry sekuriti dan niaga hadapan. Di bawah peruntukan
FIA, Suruhanjaya Sekuriti juga adalah badan yang bertanggungjawab di dalam memberikan
kelulusan kepada semua kontrak yang diniagakan dan dalam pemberian lesen kepada peserta
dalam pasaran seperti Broker Hadapan, Penasihat Urusniaga Hadapan danPengurus Dana
Hadapan serta wakil-wakilnya masing-masing.

Seperti yang disebutkan tadi, Bursa pula merupakan sebuah organisasi yang mengawasi
amalan urusniaga melalui pengawalseliaannya sendiri. Di bawah Peraturan Perniagaan KLOFFE
(KLOFFE’s Business Rules), terdapat empat jawatankuasa yang telah ditubuhkan untuk
mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan keahlian, tingkah laku perniagaan ahli,
pelancaran produk-produk dan tabung fidelity untuk memastikan peraturan di pasaran hadapan,
antaranya;
• Jawatankuasa keahlian.

Jawatankuasa ini menimbangkan permohonan keahlian, membuat kajian samada


kelas keahlian baru diperlukan dan akan mempertimbangkan isu-isu yang
berkaitan dengan keahlian.

• Jawatankuasa Tabung Kesetiaan.

Jawatankuasa ini mentadbirkan Tabung Kesetiaan bagi pihak KLOFFE. Tabung


ini diadakan untuk membayar ganti rugi kepada orang yang telah mengalami
kerugian disebabkan oleh penyalahgunaan dan penggelapan wang oleh broker
hadapan. Setiap Ahli Dagangan dikehendaki membayar deposit pendahuluan
sebanyak RM30,000 ke dalam tabung ini dan kemudiannya RM10,000 untuk 5
tahun yang akan datang.

• Jawatankuasa Konduk Perniagaan.

Jawatankuasa ini mengendalikan segala hal yang berkenaan dengan kelakuan ahli
dan integriti pasaran, di mana jawatankuasa ini mempunyai kuasa untuk membuat
penyiasatan dan pengadilan.

• Jawatankuasa Pembangunan Produk.

Jawatankuasa ini mengendalikan pengenalan kontrak derivatif yang baru, di


samping melihat kepada pelaksanaan produk hadapan dan opsyen untuk
memenuhi kehendak kumpulan pengguna yang berbeza.

Malaysian Derivatives Clearing House Berhad (MDCH) merupakan rumah yang akan
menyelesaikan kontrak-kontrak yang diniagakan di KLOFFE. Fungsi utama sesebuah rumah
penjelasan ialah menyediakan kestabilan kewangan dengan menjamin prestasi kesemua kontrak
yang diniagakan. Yang paling penting, ia bertindak sebagai pihak berlawanan bagi kesemua
kontrak yang diniagakan dengan mengambil tanggungjawab sebagai pembeli (penjual) kepada
penjual (pembeli) asal kontrak. MDCH juga merupakan rumah penjelasan bagi dua bursa
derivatif, iaitu KLOFFE dan juga untuk Commodity and Monetary Exchange of Malaysia
(COMMEX).

Sistem Dagangan secara elektronik yang digunakan oleh KLOFFE dikenali sebagai
KLOFFE Automated Trading System (KATS). KATS merupakan adaptasi daripada sistem yang
telah digunakan oleh Bursa Deutsche, bursa niaga hadapan dan opsyen Jerman. Sistem ini telah
direkabentuk untuk;
• Melaksanakan penyelesaian urusniaga yang cekap;

• Menjadikan pengurusan kredit dan risiko yang berkesan; dan

• Menyelaras fungsi-fungsi operasi (back-office) broker.

Antara fungsi KATS ialah menyelenggara pembahagian akaun-akaun klien individu.


Sistem yang canggih dalam merekodkan butir-butir perniagaan dan kolateral ini, membolehkan
Bursa, MDCH dan Ahli Dagangan mengawasi dan menaksir risiko pada peringkat klien individu
pada setiap masa. Ini membolehkan semua pihak menguruskan risiko secara efektif pada semua
peringkat terutamanya pada keadaan pasaran yang mudah berubah (Volatile).

Sebelum tahun 1999, KLOFFE telah menyediakan fungsi penjelasan front end, manakala
MDCH melaksanakan fungsi penjelasan back-end bagi produk yang diniagakan di KLOFFE.
Walaubagaimanapun, satu persetujuan telah dicapai pada peringkat industri, di mana MDCH
akan menyediakan fungsi penjelasan front dan back-end untuk produk-produk KLOFFE serta
COMMEX. Seterusnya, pada tahun yang sama juga, penyelesaian derivatif industry baru telah
dilancarkan dengan jayanya.

Keahlian KLOFFE terbahagi kepada dua kategori iaitu Ahli Dagangan dan Ahli Individu.
Ahli Dagangan adalah syarikat yang telah ditubuhkan khususnya untuk mengendalikan urusniaga
perniagaan hadapan. Mereka juga dikenali sebagai Broker Hadapan dan mesti dilesenkan di
bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan, 1993. Ahli Dagangan ialah syarikat-syarikat yang
ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965 dengan nilai modal minimum saham diterbitkan dan
dibayar sepenuhnya sebanyak RM5 juta. Keahlian membolehkan syarikat itu berurusniaga
kontrak opsyen dan hadapan sebagai proprietary atau bagi pihak orang lain. Keahlian Dagangan
adalah secara langganan saham keutamaan ‘A’ bernilai RM1.00 yang disertakan bersama hak dan
tanggungjawab seorang ahli dagangan. Ahli Dagangan juga mempunyai laluan penuh dan
langsung kepada kemudahan urusniaga KLOFFE.pelanggan.

Ahli Individu pula hanya terbuka kepada orang perseorangan yang ingin berurusniaga
bagi pihak diri mereka sendiri. Mereka tidak boleh berurusniaga bagi pihak pelanggan. Ahli
Individu hanya boleh menggunakan kemudahan urusniaga KLOFFE untuk diri mereka sendiri
dan perlu membuat penyelesaian urusniaganya melaui MDCH. Ahli Individu tidak perlu
dilesenkan di bawah FIA kerana mereka tidak dianggap sebagai orang perantaraan di dalam
industry ini. Sebaliknya, mereka dikehendaki menjalani proses pendaftaran dengan Bursa dan
pemeriksaan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX).

Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX) merupakan sebuah organisasi


yang dimiliki oleh ahli-ahli yang ditubuhkan pada Julai 1980 dan telah dikenali dengan nama
Bursa Komoditi Kuala Lumpur (BKKL). COMMEX Malaysia beroperasi di bawah kuasa dan
kawalan Suruhanjaya Sekuriti dan ditadbir di bawah FIA dan dengan demikian menawarkan
kepada pelabur-pelabur keselamatan berdagang di Bursa yang teratur dengan prosedur yang
bertaraf antarabangsa. Pada tahun 1992, sebuah anak syarikat iaitu Bursa Kewangan Malaysia
(BKM) yang dimiliki sepenuhnya oleh BKKL telah ditubuhkan bertujuan menawarkan dagangan
di dalam pasaran hadapan kewangan. Pada Disember 1998 operasi BKM telah digabungkan
dengan operasi COMMEX.

COMMEX Malaysia menyediakan dan mengatur kemudahan-kemudahan dan tempat


untuk berdagang kontrak-kontrak komoditi dan kewangan bersesuaian dengan peraturan-
peraturan perniagaan Bursa. Semua kontrak pasaran hadapan yang dilaksankan di bursa ini
adalah dijamin oleh Pusat Penjelasan.

Seksyen 5 Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 telah menetapkan bahawa kuasa-
kuasa pengurusan Bursa ini diberikan kepada Lembaga Pengurusan Bursa yang mana terdiri
daripada Pengerusi Eksekutif dan dua orang pengarah yang dilantik oleh Menteri Kewangan dan
enam orang pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli. Struktur keahlian COMMEX Malaysia
terbahagi kepada dua pasaran hadapan iaitu komoditi dan kewangan. Ahli-ahli COMMEX
Malaysia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Ahli Perbadanan Bursa dan Ahli Bursa.

Ahli Perbadanan Bursa (Broker/Bukan Briker) dikategorikan sebagai Ahli Am, Ahli
Komoditi dan Ahli Kewangan. Manakala Ahli Bursa pula terdiri daripada Individu atau Penyewa
Individu, Pemegang Permit Niaga Individu dan Ahli Perbadanan Bersekutu.

Bagi melindungi ketelusan pasaran, COMMEX Malaysia mempunyai beberapa kawalan


pelindungan pasaran yang kukuh seperti;

• Pusat Penjelasan.

COMMEX dengan kerjasama MDCH telah melaksanakan sistem


pelindungan kewangan dan operasi yang bertaraf antarabangsa untuk memastikan
sistem pasaran mempunyai kedudukan kewangan yang sihat. Sistem ini
direkacipta untuk memberi tahap pelindungan yang tinggi kepada pasaran dengan
keupayaan mengesan amalan-amalan yang tidak sihat yang dilakukan oleh ahli-
ahlinya pada peringkat yang lebih awal. Tujuan utama sistem ini ialah untuk
melindungi pasaran daripada mengalami kegagalan akibat daripada masalah
kewangan yang mungkin dihadapi oleh ahli-ahlinya.

Semua kontrak yang dilaksanakan oleh entiti ini pada peringkat awal
adalah dijamin oleh ahli-ahlinya dan juga Pusat Penjelasan setelah kontrak itu
dipadankan dan diterima untuk penjelasan. Setelah sesuatu kontrak itu
didaftarkan, MDCH akan menggantikan tempat sipembeli dan sipenjual dan akan
mempertanggungjawabkan setiap ahlinya ke atas semua kontrak yang didaftarkan
oleh mereka. Dengan kata lain, MDCH hanya mengikhtiraf ahlinya yang berdaftar
dan menjamin sesuatu kontrak itu bagi segala pembayaran ke atas kontrak
tersebut.

• Bahagian Audit, Pematuhan dan Pengawasan (APP).

Bahagian ini bertanggungjawab sepenuhnya menjaga dan mempastikan


ketelusan pasaran hadapan COMMEX Malaysia dan dibantu oleh kakitangan
yang cekap dan komited menjalankan berbagai tugas mengawasi pasaran dan juga
aktiviti dagangan di lantai pada setiap masa. Bahagian ini juga menjalankan audit
ke atas operasi perniagaan ahli-ahlinya dengan membuat lawatan ke lokasi
perniagaan mereka. Tugas utama APP boleh dibahagikan kepada beberapa
bahagian seperti berikut:

• Audit dan Pematuhan.

APP bertanggungjawab mengesan segala salahlaku dan


pelanggaran peraturan ahli-ahli Bursa terhadap Peraturan-peraturan
Perniagaan Bursa serta peruntukan undang-undang di bawah Akta
Perindustrian Niaga Hadapan, 1993 (FIA). Di dalam melaksanakan
tugas ini, APP menjalankan pemeriksaan audit tahunan dan audit khas
ke atas ahli-ahli COMMEX dan juga membuat penilaian keberkesanan
rekod, sistem dan kawalan dalaman mereka.
• Pengawasan Kewangan.

APP juga bertanggungjawab mengesan kegagalan ahli-ahlinya


memenuhi keperluan kewangan minima yang ditetapkan oleh Bursa.
Untuk tujuan itu, APP membuat penilaian yang kerap ke atas
kedudukan kewangan ahli-ahlinya dan juga ke atas dana klien yang
diasingkan. Paras amaran awal terhadap kedudukan kewangan ahli
juga telah dibentuk bagi memudahkan bahagian ini mengenalpasti
ahli-ahlinya yang perlu diawasi secara intensif.

• Pengawasan Pasaran.

Bahagian ini juga bertanggungjawab mengesan keadaan-keadaan


yang mungkin boleh menggugat kesempurnaan dan kelancaran
perjalanan dagangan di pasaran COMMEX dan mengelakkannya
daripada tergendala. APP membuat pengawasan harian terhadap harga-
harga yang didagangkan di pasaran hadapan, harga-harga fizikal
komoditi di pasaran tunai dan juga harga-harga fizikal komoditi
gantian bagi kontrak hadapan dan juga meneliti kedudukan terbuka
milik peserta-peserta pasaran.

• Pengawasan Lantai.

Bahagian ini pula mengesan amalan-amalan perdagangan yang


bertentangan dengan Peraturan-peraturan Perniagaan atau prosedur-
prosedur Lantai juga menjadi sebahagian daripada tanggungjawab
APP. Tugas ini termasuk memastikan semua pedagang-pedagang di
Lantai memelihara taraf profesionalisma yang tinggi setiap masa,
menjalankan audit ke atas ahli-ahli yang melanggar keperluan
peraturan Lantai, menyiasat aduan-aduan dari ahli-ahli MDCH dan
dari sumber-sumber lain dan menjalankan auditan khas apabila
diminta oleh jawatankuasa pematuhan.
Selain itu, APP juga mengambil langkah proaktif bagi membantu
ahli-ahli mematuhi peraturan melalui perbincangan, kerjasama dan
nasihat. Ahli-ahli digalakkan berbincang dan mendapatkan pandangan
APP terutama tentang isu-isu berkanun. Di samping itu, APP juga
sentiasa mengambil inisiatif mengesyorkan kepada pihak Pengurusan
supaya Peraturan-peraturan Perniagaan tertentu dipinda bagi dari
semasa ke semasa ke arah pasaran yang lebih efisien.

APP juga bertindak sebagai Sekretariat Jawatankuasa Perselisihan


di mana sebarang perselisihan di antara klien dan ahli broker akan
diselesaikan. Manakala Jawatankuasa Pematuhan akan mengenakan
denda ke atas ahli-ahli yang melakukan kesalahan kecil dan
mengarahkan ahli-ahli Broker yang gagal memenuhi keperluan
kewangan minima supaya hanya melaksanakan dagangan untuk tujuan
pembubaran kontrak. Semua kesalahan yang dianggap serius yang
dikesan oleh APP akan dirujuk kepada Jawatankuasa Perilaku
Perniagaan untuk didengar dan tindakan disiplin diambil.

• Pendaftaran Broker-Broker.

Ahli-ahli Bursa yang mengendalikan akaun pelanggan-pelanggan pasaran


hadapan hendaklah berdaftar sebagai Broker Pasaran Hadapan dengan
Suruhanjaya Sekuriti seperti yang diperuntukan di bawah Akta Perindustrian
Niaga Hadapan 1993. Suruhanjaya Sekuriti merupakan sebuah agensi kawalselia
Negara yang bebas yang bertanggungjawab mengawal dan menyelia dagangan
hadapan komoditi dan kewangan di Malaysia.

• Kedudukan Kena Lapor dan Had Kedudukan Spekulatif.

Ahli-ahli dikehendaki melaporkan kepada kepada Bursa apabila akaun


miliknya atau mana-mana akaun milik pelanggannya mempunyai kedudukan yang
bersamaan atau melebihi daripada paras kena lapur yang telah ditetapkan untuk
setiap kontrak oleh Bursa. Sebagai contoh kedudukan kena lapor kontrak hadapan
Minyak Sawit Mentah telah ditetapkan pada paras 100 dan lebihan pada penutup
hari urusniaga adalah dikira sebagai kedudukan kena lapur.

Begitu juga dengan had kedudukan spekulatif telah ditetapkan untuk


Kontrak Minyak Sawit Mentah telah ditetapkan pada kadar 500 kontrak belian
atau jualan bersih.Manakala had kontrak 3 bulan KLIBOR telah ditetapkan pada
kadar 2000. Pengecualian dari ikatan had kedudukan ini boleh diberikan oleh
Bursa kepada dagangan lindungnilai sebenar. Had-had ini dikuatkuasakan dengan
tegas untuk mencegah dari berlakunya manipulasi ke atas harga pasaran atau
pasaran dikawal oleh satu pihak demi menjaga ketelusan Bursa.

• Pengasingan Dana Klien.

Ahli-ahli dikehendaki membuka satu akaun yang berasingan untuk


keseluruhan pelanggan-pelanggan mereka. Dana pelanggan tidak boleh
dikeluarkan daripada akaun ini melainkan bagi tujuan deposit dan margin, amaun
kena bayar kepada ahli dan amaun yang dikeluarkan atas arahan pelanggan. Ahli-
ahli juga dilarang menggunakan dana kepunyaan pelanggan untuk menampung
bayaran margin atau menampung bayaran dagangan atau kedudukan terbuka ahli
mahupun pelanggan-pelanggan lain.

Bursa Malaysia Derivatives Berhad. (Bursa Derivatives).

Bursa ini dahulunya dikenali sebagai Malaysia Derivatives Exchange Berhad (MDEX).
Organisasi ini merupakan syarikat berhad yang ditubuhkan pada bulan Jun 2001 melalui
penggabungan Bursa Opsyen dan Niaga Hadapan Kewangan Kuala Lumpur (KLOFFE) dan
Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX). Bursa Derivatives merupakan anak
syarikat Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia).

Instrumen Yang Ditawarkan.

Bursa Derivatives merupakan bursa yang memperdagangkan produk-produk derivatif. Derivatif


ialah produk kewangan yang memperolehi nilainya daripada harga komoditi atau instrument
yang lebih asas misalnya, nilai niaga hadapan minyak sawit mentah diperolehi daripada harga
minyak sawit mentah. Produk derivatif yang biasa ialah niaga hadapan dan opsyen. Di Bursa
Derivatives, pelabur boleh mendapat kemudahan urusniaga derivatif yang sistematik dan cekap.
Antara produk derivatif yang didagangkan di Bursa Derivatif ialah:

• Derivatif Ekuiti.

• Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI)

Instrumen Pendasar:

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI)

Saiz Kontrak:

FBM KLCI didarabkan dengan RM50

Harga Minimum Fluktuasi:

Takat indek 0.1 bernilai RM5

• Opsyen Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (OKLI)

Instrumen Pendasar:

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI)

Saiz Kontrak:

FBM KLCI didarabkan dengan RM100

Harga Minimum Fluktuasi:

Takat indek 0.1 bernilai RM10

• Niaga Hadapan Stok Tunggal (SSFs)


Instrumen Pendasar:

Stok terpilih yang memenuhi kriteria pemilihan SSF

Saiz Kontrak:

1,000 saham

Harga Minimum Fluktuasi:

Takat 0.02 bernilai RM20

• Derivatif Komoditi.

• Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)

Instrumen Pendasar:

Minyak Sawit Mentah

Saiz Kontrak:

25 tan matrik

Harga Minimum Fluktuasi:

RM1 bagi setiap tan metrik

• Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah USD (FUPO)

Instrumen Pendasar:

Minyak Sawit Mentah

Saiz Kontrak:

25 tan matrik
Harga Minimum Fluktuasi:

USD0.25 bagi setiap tan matrik

• Niaga Hadapan Isirong Minyak Sawit Mentah (FPKO)

Instrumen Pendasar:

Isirong Minyak Sawit Mentah

Saiz Kontrak:

25 tan matrik

Harga Minimum Fluktuasi:

RM1 bagi setiap tan matrik

• Derivatif Kewangan.

• Niaga Hadapan Kadar Faedah Ditawarkan Antara Bank Kuala Lumpur


Tiga Bulan (FKB3)

Instrumen Pendasar:

Deposit Berjangka Ringgit Antara Bank Kuala Lumpur Dengan Tempoh


Matang 3 bulan.

Saiz Kontrak:

RM1,000,000 Dalam istilah indek (100.00 minus yield)

Harga Minimum Fluktuasi:

0.01 peratus atau 1 detik


• Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia Tiga Tahun (FMG3)

Instrumen Pendasar:

Sekuriti Kerajaan Malaysia 3 tahun.

Kadar Kupon:

6 peratus.

Saiz Kontrak:

RM100,000

Harga Minimum Fluktuasi:

0.01 atau RM10

• Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia Lima Tahun (FMG5)

Instrumen Pendasar:

Sekuriti Kerajaan Malaysia 5 tahun.

Kadar Kupon:

6 peratus.

Saiz Kontrak:

RM100,000

Harga Minimum Fluktuasi:

0.01 atau RM10

• Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia Sepuluh Tahun (FMGA)

Instrumen Pendasar:
Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 tahun.

Kadar Kupon:

6 peratus.

Saiz Kontrak:

RM100,000

Harga Minimum Fluktuasi:

0.01 atau RM10

Perkembangan Pasaran Derivatif.

Krisis kewangan global telah menyemarakkan minat baru kepada pelabur dalam produk
pengurusan risiko, apabila pasaran ekuiti yang volatile telah mendorong minat pelabur kepada
bon cair kerajaan dan menggerakkan permintaan bagi instrumen yang boleh menambah hasil
serta menyediakan perlindungan terhadap kerugian ke atas pendedahan pelaburan. Keperluan
bagi instrumen lindung nilai yang sesuai dalam semua segmen pasaran ditekankan berikutan
kesulitan yang dihadapi oleh pelabur dalam pembayaran pemulihan ke atas nota berkaitan kredit.
Unjuran bagi ekonomi yang suram memandangkan keadaan pasaran yang volatile juga terus
menyemarakkan permintaan bagi perlindungan daripada kemungkinan kejatuhan pasaran ekuiti
dan matang. Perhatian lebih tertumpu kepada instrumen pengurusan risiko kredit khususnya,
berikutan kebimbangan tentang kewajaran kredit perantara kewangan yang terdedah kepada
hutang pasaran baru muncul, permintaan hebat bagi sekuriti cair kerajaan dan volatility tinggi
bagi kadar faedah.

Industri derivatif Malaysia telah nenyaksikan beberapa perkembangan besar dari tahun ke
tahun yang bertujuan meningkatkan akses dan kecairan pasaran. Pada tahun 2008, Bursa
Malaysia telah melancarkan platform Akses Pasaran Langsung (DMA) bagi derivatif untuk
memudahcara strategi perdagangan canggih seperti dagangan algoritmatik dan perdagangan
bakul (basket trading). Penggunaan nota kontrak elektronik bagi pasaran sekuti dan derivatif
turut diperkemas dan senarai bursa khusus telah dikembangkan untuk merangkumi Dubai
Mercantile Exchange dan Central Japan Commodity Exchange. Keadaan ini membolehkan Bursa
Malaysia Derivatives memperolehi pengikhtirafan timbal balik daripada pertukaran ini dan
meluaskan pelbagai produk derivatif yang boleh ditawarkan oleh broker Malaysia. Selain itu, SC
juga telah meluluskan kerangka kerja bagi menggerakkan pasaran untuk menarik penggerak
pasaran tempatan dan asing dengan matlamat untuk meningkatkan kecairan dalam pasaran
derivatif.

Platform DMA telah dipilih sebagai ‘Inovasi Terbaik Oleh Bursa’ oleh Anugerah Niaga
Hadapan dan Opsyen Dunia (FOW) 2009. Anugerah tersebut dimenangi bagi kategori
Perkhidmatan Pengguna, Asia Selatan dan Tenggara serta Australasia yang mana mengikhtiraf
kecemerlangan dalam inovasi produk dan perkhidmatan yang telah terbukti bermanafaat kepada
pasaran derivatif. Model DMA ini membolehkan peserta dan peniaga pasaran akses yang lebih
cepat, pelaksanaan perniagaan yang tepat pada masa dan membolehkan mereka mempunyai
kawalan yang lebih baik terhadap pelaksanaan pesanan secara terus ke infrastruktur dagangan
Bursa Malaysia.

Fungsi-Fungsi Dan Kepentingan Pasaran Derivatif.

Pasaran Derivatif merupakan platform di mana instrumen-instrumen kewangan derivatif


didagangkan bagi mengurus pelabur-pelabur yang terdedah kepada pasaran volatile. Nilai-nilai
produk derivatif bergantung kepada instrument yang didasarinya seperti harga komoditi, kadar
faedah, indeks dan harga saham. Fungsi utama pasaran derivatif adalah sebagai medium
pengurusan risiko (risk management) untuk mengimbangi portfolio pelabur-pelabur. Walaupun
pasaran hadapan tidak terlepas daripada para spekulator, tetapi pasaran hadapan adalah juga
tempat yang penting untuk para pelabur mengurangkan risiko masing-masing berdasarkan
pengalaman dan kepintaran mereka.

Kesimpulan.

Secara umumnya, pasaran dervatif merupakan medium yang amat penting bagi pelabur-
pelabur mengimbangi risiko portfolio pelaburan mereka. Dengan adanya entiti seperti Bursa
Malaysia Derivatives Berhad yang bertanggungjawab penuh kepada pelabur-pelabur dengan
menyediakan kemudahan dagangan yang terkini seperti sistem KATS yang mana dapat
melaksanakan urusniaga yang cekap, cepat dan tepat di samping menjadikan pengurusan kredit
dan risiko yang lebih berkesan membolehkan pasaran derivatif berkembang dan semakin
dikenali di kalangan pelabur. Selain itu, produk-produk derivatif yang ditawarkan juga selaras
dengan perkembangan pasaran semasa dan pelbagai pilihan yang menjadikannya tarikan kepada
pelabur-pelabur untuk mengembangkan potensi pelaburan mereka di samping meminimumkan
risiko yang dihadapi. Dalam keadaan krisis ekonomi global yang masih berlaku kini, produk-
produk deravatif merupakan alternatif utama untuk mengurangkan risiko pelaburan.

Bibliografi.

• Www.klse.com.my – Direct Market Access Handbook

• Www.sc.com.my – Laporan Tahunan 2008 dan 1998, Panduan Pelabur

• Www.bernama.com

• Www.wikipedia.org

You might also like