You are on page 1of 7

PERBEZAAN ANTARA UJIAN FORMATIF DENGAN UJIAN SUMATIF

Ujian dibina untuk memenuhi dua tujuan utama pertama untuk memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran sepanjang kursus dipanggil Ujian Formatif manakala
Ujian Sumatif adalah untuk menentukan status atau pencapaian pelajar di akhir kursus.

Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal
pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada
ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat
membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk
yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk
menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang
ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian
ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.
Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif
1. Menentukan Tajuk Pengajaran
2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan
3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk
4. Membina Soalan Ujian
5. Mencadangkan Tindakan Susulan

Kata Tugas

Tahap Penilaian Bentuk Soalan


Pengetahuan  Siapa , Apa, Di Mana , Terangkan
Kefahaman Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan
Aplikasi Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih
Analisis Kenapa, Kenalpasti, Rumuskan, Tentukan,Buktikan
Sintesis Selesaikan
Penilaian Nilaikan, Pilih, Bicarakan, Menaksirkan
Berbanding dengan ujian formatif, ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di
akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang
pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana
keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan
persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan
STPM.

Yg, plaksanaan ni u wt la dalam huraian..heeee


Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif

Aspek Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

     
Konsep Ujian yang boleh dibentuk dan Ujian yang dijalankan secara
ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan
formal bagi mengesan kemajuan pencapaian murid dalam
atau penguasaan murid terhadap tempoh tertentu persekolahan.
sesuatu pembelajaran
 
     
Tujuan Mengenal pasti tahap Mengenal pasti pencapaian
  penguasaan dan kemajuan murid pelajar untuk beberapa topik
dan seterusnya mengambil pembelajaran dan seterusnya
langkah susulan bagi membaiki memberikan skor dan gred
kelemahan yang wujud. pencapaian pelajar.
   
     
Waktu penilaian Sepanjang pengajaran dan Selepas beberapa topik
pembelajaran berlangsung pembelajaran atau pada
  pertengahan atau akhir penggal
persekolahan.
 
     
Kaedah Formal : pensel-kertas Dibuat secara formal – ujian
Tidak formal : pemerhatian, soal pensel-kertas, lisan.
jawab, tugasan, latihan  
 
Dibuat secara individu atau Dijalankan secara berkumpulan
dalam kumpulan
 
     
Selepas Membaiki kelemahan murid serta Menempatkan murid mengikut
penilaian merta  dengan mengulang kumpulan pencapaian yang
dijalankan semula topik pembelajaran – sesuai.
  pemulihan  
   
Menjalankan aktiviti pengukuhan Memberikan pengiktirafan –
– pengayaan sijil, hadiah dsb.
   
Membaiki kurikulum / mata
pelajaran 
 
PERBEZAAN ANTARA UJIAN RUJUKAN NORMA DENGAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA

Perbezaan asas antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria dapat
dilihat daripada aspek fungsi, interpretasi skor dan pembinaan ujian. Fungsi utama ujian
rujukan norma (URN) ialah untuk membandingkan pelajar di antara pelajar di dalam
sesuatu bidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian itu. Markah ujian
hanyalah dapat ditafsirkan melalui perbandingan prestasi seseorang pelajar dengan
prestasi kumpulan tertentu yang mengambil ujian yang sama. Ujian rujukan norma
yang baik dapat mendiskriminasikan pelajar. Ia seharusnya boleh membezakan pelajar
yang terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan pelajar kedua terpandai
daripada pelajar yang ketiga terpandai dan seterusnya. Oleh itu ujian jenis ini
mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan yang
sederhana kesukarannya mempunyai kuasa diskriminasi yang lebih tinggi. Ujian-ujian
pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM yang melibatkan bilangan pelajar
yang banyak adalah ujian rujukan norma.

Manakala Ujian Rujukan Kriteria (URK) dibina untuk menentukan status


seseorang pelajar dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran berbandingkan dengan
pengetahuan atau kemahiran yang telah ditetapkan kriterianya. Markah yang dihasilkan
mengelaskan pelajar kepada kategori: 1. telah menguasai atau 2. belum menguasai.
Oleh itu pada ujian rujukan kriteria, perbandingan antara pelajar tidak timbul. Contoh
ujian rujukan kriteria ialah seperti ujian menaip bagi jurutaip. Ujian seperti ini
mempunyai tiga bahagian penting, iaitu (1) tugasan, (2) syarat, dan (3) piawaian.
Contoh ujian menaip: Tugasan : Boleh menaip 10 muka surat Syarat : Mengguna
mesin taip elektrik Piawaian : 1. Kelajuan menaip 50 psm atau lebih 2. Kesilapan ejaan
2 perkataan atau kurang pada setiap muka surat.
Fungsi utama Ujian Rujukan Norma ialah untuk membandingkan pelajar atau
calon berdasarkan dimensi atau sifat yang diuji dalam ujian itu. Skor ujian dapat ditafsir
hanya melalui perbandingan prestasi seseorang calon dengan prestasi kumpulan
tertentu yang mengambil ujian yang sama. Ujian Rujukan Norma yang bermutu adalah
ujian yang dapat mendiskriminasikan dengan tepat calon yang terpandai dengan calon
yang kedua pandai, dan calon yang kedua pandai dengan calon yang ketiga pandai dan
begitulah seterusnya. Tegasnya berdasarkan perspektif rujukan norma, ujian yang
gagal membezakan calon berdasarkan kebolehan yang diuji dianggap sebagai ujian
yang kurang berkualiti.

Berbeza dengan Ujian Rujukan Norma, Ujian Rujukan Kriteria biasanya dibina
untuk menentukan status seseorang dalam dimensi atau sifat yang diuji. Soalan yang
penting dalam pengujian rujukan kriteria ialah sejauh manakah status seseorang itu
dalam dimensi atau sifat yang diukur adalah tepat dan sama ada seseorang itu dapat
diisytiharkan sebagai telah menguasai objektif yang diuji itu dengan jitu. Tegasnya Ujian
Rujukan Kriteria dibina untuk membandingkan pengetahuan atau kemahiran seseorang
pelajar dengan pengetahuan atau kemahiran yang telah ditetapkan oleh pembina ujian
atau dalam kurikulum. Skor yang dihasilkan daripada ujian itu mempunyai pengertian
tersendiri tanpa ditafsir melalui perbandingan dengan prestasi pelajar-pelajar lain yang
mengambil ujian yang sama.

Persoalan perbandingan antara pelajar tidak penting. Apa yang dipentingkan


dalam Ujian Rujukan Kriteria, selain daripada mengkelaskan pelajar kepada kategori
‘telah menguasai/belum menguasai’, ialah sama ada skor yang dihasilkan daripada
ujian itu dapat memberi satu huraian yang jelas tentang apa yang pelajar itu dapat
lakukan dan apa pula yang tidak dapat dilakukannya.

Dalam konteks Ujian Rujukan Norma,analisis item bergantung kepada prinsip


bahawa semua pelajar yang telah diajar konsep yang sama itu tidak semuanya yang
dijangka akan menguasai konsep itu. Maka timbullah istilah ‘kumpulan berkebolehan
tinggi’ yang kebanyakannya dapat menjawab item dengan betul dan ‘kumpulan
berkebolehan rendah’ yang kebanyakannya tidak dapat menjawab dengan betul.
Manakala prosedur analisis item rujukan kriteria berpegang kepada prinsip bahawa
kebanyakan pelajar yang telah diajar akan menguasai konsep yang diajar dan hanya
pelajar yang belum diajar tidak akan menguasai. Maka indeks diskriminasi bagi item
rujukan kriteria boleh dianggap sebagai satu petanda yang menunjukkan sejauh mana
‘kumpulan yang telah menguasai konsep’ dapat menjawab item dengan betul dan
‘kumpulan yang tidak menguasai konsep’ tidak dapat menjawab dengan betul.
Kumpulan yang menguasai dan kumpulan yang tidak menguasai yang merupakan
kumpulan perbandingan yang diperlukan dalam prosedur analisis item boleh
dibentukkan atau diperoleh dengan cara yang berlainan. Ini telah mengakibatkan dua
prosedur bagi menganggarkan indeks diskrisminasi item rujukan kriteria.

PERBEZAAN ANTARA UJIAN PENCAPAIAN DENGAN UJIAN BAKAT

- Mengesan bakat seseorang menguasai sesuatu bahasa asing


- Untuk menelah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran.
- Selalunya melibatkan data-data bahasa yang ”artificial”- mengandungi pelbagai unsur
bahasa.

UJIAN PENCAPAIAN
- Menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan, atau isi
pelajaran yang telah diajar.
- Soalan-soalan dikemukakan berdasarkan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
- Boleh diajar pada akhir kursus setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran

PERBEZAAN ANTARA UJIAN KEMAJUAN DENGAN UJIAN KEFASIHAN

- Menentukan setakat mana seseorang menguasai sesuatu bahasa


- Menilai umum seseorang dalam bahasa yang dipelajari
- Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai.
- dinilai berdasarkan – sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan bahan yang dibaca, intonasi
dan nada yang betul, pemilihan ungkapan yang betul, mimik muka yang jelas, posisi tubuh yang betul,
kedudukan buku yang betul dan lain-lain lagi.

UJIAN KEMAJUAN
- Digunakan dalam bilik darjah
- Adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas sahaja.
- Berasaskan objektif pengajaran
- Mengukur dan menilai pelajar menguasai bahan atau perkara yang diajar.
- Membolehkan guru mengetahui dengan jelas kemahuan setiap pelajar.

[1:57:55 PM] makhluk kunim: ujian kemajuan

ujian rujukan norma

[1:57:28 PM] makhluk kunim: ujian rujukan kriteria

[1:57:41 PM] makhluk kunim: ujian pencapaian

[1:57:49 PM] makhluk kunim: ujian bakat

[1:57:55 PM] makhluk kunim:

[1:58:07 PM] makhluk kunim: ujian kemajuan dan ujian kefasihan

You might also like