You are on page 1of 6

Peranan dan kepentingan agama dalam kehidupan manusia

 Peranan dan kepentingan agama dalam kehidupan manusia


Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.Tanpa pegangan
agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia.Peranan agama yang paling dominant
adalah ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Pegangan agama
juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya
masyarakat.
Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat
serta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Ini dapat dilihat dari segi
pertuturan, perilaku dan gaya hidup seseorang manusia. Selain itu agama memainkan
peranan yang penting dalam membentuk pandangan dunia dalam kehidupan manusia
serta mendatangkan ketengan dan keamanan di kalangan penduduk dunia sehinggakan
agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh dalam
pembentukan keselamatan serantau. Ini dibuktikan dengan prinsip agama Islam yang
bencikan peperangan. Agama islam juga melarang umatnya untuk memulakan
peperangan dan menggalakkan menyelesaikan masalah dengan aman (perbincangan).
Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim. Tanpa agama sesuatu tamadun
tidak akan membangun dengan cepat. Ini kerana agama mampu memberikan suatu
lonjakkan paradigma kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia juga
merupakan salah sayu elemen yang menolak dan menggerakkan sesebuah tamadun
dalam kehidupan. Mari kita singkap sejarah Dinasti Sung yang tidak bermoral kerana
maharajanya secara dictator dan kejam. Dinasti ini pernah di labelkan "zaman
pencerobohan orang gasar". Akibat kerajaan maharaja yang kejam dan tidak bermoral
rakyatnya memberontak di bawah pimpinan petani dan akhirnya dinasti tersebut berjaya
digulingkan.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa agama memainkan peranan yang amat vital dalam
kehidupan manusia dan seterusnya dalam pembinaan tamadun.
 
 
Peranan agama Islam dalam membantu pembinaan Tamadun China

Agama Islam dipercayai tiba di Negara China lebih daripada 1400 tahun yang lalu.
Sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah Baginda Rasulullah telah mengutuskan beberapa
orang sahabat supaya berdakwah ke China. Antara sahabat yang diutuskan adalah seperti Saad
bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman dan Abu Qais bin al-Harith. Misi
dakwah ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 136 juta umat Islam yang terdapat pada hari
ini. Dan jumlah ini adalah lebih besar daripada jumlah yang diberikan oleh kerajaan China. Ini
kerana mengikut statistic bancian yang dibuat apda tahin 1990, bilangan umat Islam di China
tercatat hanya sekitar 17 juta orang sahaja.

Terdapat banyak keraguan berkaitan dengan jumlah tersebut kerana umat Islam
membentuk penduduk majoriti di sebahagian besar di wilayah China seperti Xinjian, Gansu,
Hubei, Qinghai dan Yunnan. Akan tetapi tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar
kedatangan Islam ke China, hanya di dalam rekod Dinasti Tang mennerangkan tentang hubungan
diplomatik yang terjalin antara pemerintahan China dan pemerintahan Khulafa al-Rasyidain.

Juga terdapat di dalam rekod tersebut mengenai kedatangan orang asing dari Madinah,
Annam dan kemboja. Apabila orang dari Madinah tiba mereka menyembah langit tanpa ada tugu
atau tiang di hadapan mereka, mereka juga tidak makan khinzir dan minum arak serta memakan
makanan yang disembelih sahaja. Mereka kemudiannya menetap di Canton dan mendirikan satu
penempatan. Mereka amat taat akan pemerintah yang mereka pilih, di sana juga berlaku
perniagaan diantara  mereka dan penduduk di kawasan tersebut. Maka selepas beberapa tahun
terbentuk, telah berlaku gerakan Islam di sana.

PERMULAAN GERAKAN ISLAM

Pergerakan ini berlaku setelah beberapa tahun Islam bertapak di Canton iaitu di wilayah
selatan China. Wilayah ini adalah satu pusat perdangangan yang penting bagi para pedagang.
Maka ianya telah menjadi satu kawasan yang strategik untuk melakukan kerja-kerja dakwah.
Keadaan ini membawa kepada jalinan hubungan politik  dan perniagaan antara umat Islam
dengan dinasti-dinasti yang memerintah China pada ketika itu dan hubungan yang baik ini
membolehkan kedua-dua pihak memberikan perlindungan apabila keadaan memerlukan.
Malahan juga umat Islam juga dibenarkan berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan ini
memberi kemudahan bagi umat Islam untuk menyebarkan Islam di sana. Hasil daripada
perkahwinan itu terlahirlah satu komuniti Islam yang cukup besar di China dan akhirnya telah
membentuk identitinya sendiri.
Semasa China berada di bawah pemerintahan Mongol ada di antara kalangan umat Islam
yang dilantik menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Bagi membantu pentadbiran
empayarnya. Hasilnya Islam dapat berkembang dengan pesat pada abad ke 12 ketika itu serta
ianya diterima baik oleh semua pihak. Kecekapan dan keadilan di samping sifat amanah yang
ditunjukkan oleh mereka berjaya meningkatkan imej di kalangan orang cina. Akhirnya agama
Islam dapat diterima dan diiktiraf sebagai agama Negara. Pembinaan masjid-masjid di beberapa
buah bandar besar dilakukan dengan giat sekali dan menjadi bukti kukuh tentang Islam melalui
zaman kegemilangan dan keemasan dibawah pemerintah Mongol.

ISLAM DAN PERADABAN CHINA

Usaha-usaha dakwah yang dijalankan oleh Nabi diteruskan oleh para sahabat beliau. Di
antara sahabat yang paling giat menjalankan usaha dakwah di China ialah khalifah Usman bin
Affan. Pada masa itu China diperintah oleh Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menjalankan
dasar-dasar liberal terhadap kemasukan orang luar. Khalifah Usman mengutuskan 15 orang
Islam bagi berdakwah ke China. Walaupun rombongan itu tidak berjaya megislamkan maharaja,
mereka tetap berjaya menyebarkan ajaran Islam dikalangan penduduk tempatan. Kebebasan yang
diberikan oleh maharaja China digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan kecantikan dan
keindahan ajaran islam.

Selain berdakwah, umat islam juga mendirikan masjid yang kemudiannnya diterima
sebagai sebahagian daripada peradaban China. Malah ajaran Islam dianggap bersesuaian dengan
ajaran Confucius yang mementingkan ketinggian budi dan keluhuran akhlak. Nilai-nilai ini
membolehkan islam diterima dengan baik oleh masyarakat China. Kehadiran umat Islam di
China tidak lagi menjadi suatu perkara yang asing. Umat Islam turut memainkan peranan dalam
membina, membangun serta mewarnai peradaban China.
Sumbangan umat Islam ini berlanjutan hingga pemerintahan Bani Umaiyyah dan Bani
Abbasiyah. Duta-duta ini dihantar ke China bagi menjalinkan hubungan yang baik dengan
pemerintah disana. Hubungan itu bukan sekadar dalam bidang diplomatik semata-mata tetapi
menjangkau sehingga kepada kerjasama dalam bidang politik dan ketenteraan. Khalifah Al-
Mansur menghantar sepasukan tentera bagi membantu Maharaja Su Tsung dalam menghadapi
pemberontakan yang berlaku di wilayah Si Ngan dan Honan.

Sebagai menghargai bantuan yang diberikan itu, Maharaja membenarkan umat Islam
berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di China. Hasil daripada proses kahwin campur
ini melahirkan suatu ikatan persaudaraan antara orang Arab dengan orang China. Selain
membentuk ikatan sosial melalui perkahwinan, umat Islam juga menjalinkan hubungan mereka
dengan orang China melalui perdagangan. Kemuncak kepada hubungan dagang antara orang
Arab dengan orang China dikatakan berlakusemasa pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid
pada tahun 786-809 Masihi. Manakala penglibatan secara aktif umat Islam didalam politik dan
pentadbiran negara China berlaku semasa pemerintahan Mongol dan Dinasti Ming. Umat Islam
dilantik menjadi jawatan penting dalam kerajaan sekaligus menunjukkan betapa Islam
mempunyai kedudukan yang cukup tinggi serta memainkan peranan yang penting dalam
pemerintahan negeri China.

Pemerintah mongol melantik Abdul Rahman sebagai ketua perbendaharaan negara yang
mempunyai kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan keatas rakyat China. Menurut para
sejarawan, hampir tiga perempat daripada jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan Kublai
Khan beragama Islam. Hal ini memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran
Mongol. Seorang yang bernama Umar Shamsuddin atau Syeikh Ajjal dilantik sebagai panglima
tentera kerajaan Mongol. Jasanya cukup besar kepada pihak pemerintah sehingga mereka
memberi peluang kepada beliau bagi memegang jawatan itu sehingga ke penghujung ajalnya.
Umat Islam dipandang tinggi di China dan mereka dihormati. Mereka juga dikenali dengan
orang yang amanah.

Lantaran itu umat islam diberi kepercayaan memegang jawatan menteri kewangan dan
mengendalikan jabatan yang berkaitan dengan urusan perdagangan. Contohnya, pemerintahan
Dinasti Sung (960-1279M) menggunakan pakai sistem pembayaran cukai yang digunakan oleh
Khalifah Umar al-Khatab. Begitu juga dengan urusan pungutan hasil cukai dagangan dan
pemeriksaan barang-barang oleh  pihak kastam banyak diambil daripada kaedah yang
dilaksanakan oleh pemerintahan Islam.

Sumbangan Islam sebenarnya tidak terbatas dalam hal ehwal politik dan pentadbiran
tetapi turut meliputi perkembangan ilmu pengetahuan orang Islam dalam bidang sains, astronomi
dan matematik dikenali sejak lebih seribu tahun yang lalu. Ilmu-ilmu ini diterjemahkan ke
astronomi Islam seperti Masali, Bakhtiar dan Abdulla. Mereka mencipta kalendar yang
mempunyai tambahan 7 hari dalam setiap pusingan 19 tahun berdasarkan kepada kiraan
pusingan matahari dan bulan. Sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah membolehkan
ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat.

Pada masa ini dinasti Tang dan Sung berkuasa, orang cina diperkenalkan dengan kaedah
pengiraan Arab yang dikenali sebagai Xiyi Lishu. Senario yang sama dapat diperhatikan pada era
pemerintahan dinasti Ming yang memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh para saintis Islam
digunakan bagi mengkaji kejadian alam yang berbentuk sfera. Ketika orang Eropah masih
percaya dunia ini berbentuk empat segi, umat Islam sudah lama  telah mengetahui bumi ini
sebenarnya bulat dan bergerak mengelilingi matahari. Teori ini yang digunakan oleh dinasti
China bagi menjelajah laut yang terbentang sebagaimana yang dilakukan oleh laksamana Cheng
Ho.

Dalam bidang sastera, pengaruh Islam dapat dilihat pada pengkhasilan karya-karya
falsafah dan sastera yang bermutu tinggi. Satunya satunya ialah
Shih Ching atau Classic of songs yang mengandungi 305 lagu. Sanjungan kepada Islam dapat
dilihat pada karya yang ditulis oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya
besardalam bahasa Cina.

Terdapat juga dinasti yang menggunakan khidmat ilmuan Islam bagi mencipta pelbagai
peralatan pelayaran dan meramalkan cuaca. Dinasti Yuan menggunakan kepakaran orang Islam
bagi membina pusat kajian bintang pada tahun 1272 Masihi. Tokoh-tokoh ilmu Islam dilantik
bagi melakukan kajian yang berkaitan dengan peredaran bintang. Salah seorang daripada ilmuan
itu adalah Jamaludin atau Tcha Ma Lao berasal dari Parsi. Beliau menterjamahkan banyak
penemuan dari bahasa Arab ke bahasa Cina. Jamludin juga memperkenalkan calendar 10 ribu
tahun yang juga dikenali sebagai Wan Nein Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan
Dinasti Yuan. Banyak kalendar yang digunakan oleh orang Cina dicipta oleh ahli termasuk
dalam bidang-bidang undang-undang, bahasa dan sejarah yang kini dianggap sebagai sebahagian
daripada warisan peradaban China yang tiada tolak bandingnya.

Agama telah menjadi pegangan dalam kehidupan setiap insan. Tanpa agama, tamadun yang
dicapai itu tidak membawa apa-apa nilai kepada umat manusia. Antara peranan dan
kepentingan agama adalah agama melahirkan tamadun. Contoh yang terbaik dan mudah
diingati sudah tentu agama Islam yang berjaya menjadi asas kepada pembentukkan tamadun
Islam.
Agama berperanan meningkatkan penghayatan umat manusia terhadap nilai-nilai kehidupan
yang tulus dan murni.Selain itu, agama juga penting untuk melahirkan sifat terbuka di
kalangan umat manusia. Agama turut berupaya mengurangkan jurang perbezaan diantara
setiap individu. Sebaliknya mendorong penyatuan bangsa. Tambahannya pula, agam memberi
peluang kedua kepada sesuatu tamadun yang telahpun atau sedang mengalami keruntuhan.
Pembentukkan kerohanian turut dicapai dengan adanya pegangan agama. Setiap tamadun
berterusan atas agama yang berbeza dimana agama tersebut menjadi semangat atau spirit
untuk memastikan perkembangan sesebuah tamadun. Maka, ternyatalah agama menggerakkan
sesebuah tamadun sama ada dari segi intelek, fizikal, rohani dan sebagainya.
Memandangkan agama adalah suatu unsur yang penting dalam kehidupan setiap insan,
ayuhlah kita sama-sama berpegang teguh terhadap agama masing-masing,pada masa yang
sama menghormati agama lain yang terdapat demi mencetuskan satu peradaban yang tinggi
dan terpuji untuk kebaikan bersama.

You might also like