You are on page 1of 3

SKRIP REMAN (Seksyen 117 KANUN ACARA JENAYAH)

IO: Dengan izin Tuan Majistret saya Inspektor Baharudin dari balai polis
cawangan Seksyen 8 Shah Alam, ingin membuat satu permohonan
tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Saspek dalam kes ini disyaki terlibat dalam satu kes kesengajaan melakukan
kecederaan teruk dengan meggunakan cara atau senjata merbahaya di bawah
Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Fakta kes ini adalah seperti yang berikut.

Pada 04/08/10, jam lebih kurang 0000 hrs, Sjn 14521 K.Rajagopal bersama-
sama L/Kpl 11542 Wong Chu Min , L/Kpl 21342 Alia Binti Ali dan L/Kpl 15421
Ahmad Ramzi telah pergi ke rumah saspek di alamat, block 32-02-04, Jalan
Plumbum 3, section 7 shah alam, Selangor Darul Ehsan yang telah di
berikan oleh pengadu. Ketika sampai di rumah saspek, Sjn K.Rajagopal telah

memperkenalkan diri sebagai polis. Saspek cuba untuk melarikan diri dan satu
pergelutan kecil berlaku antara saspek dan pihak polis.

Walaubagaimanapun pihak polis telah Berjaya menangkap saspek. Hasil


pemeriksaan kad pengenalan saspek menunjukkan bahawa saspek ialah
Hantam Singh a/l Kerjakan Singh (KP: 850902-14-7767). Polis tangkapan juga
telah menemui satu ‘pen knife’ berjenama ‘SWISS pen knife’ bewarna merah
yang disyaki di gunakan untuk mencederakan pengadu. Saspek dan barang
yang disyaki kemudiannya telah di bawa ke balai polis Seksyen 8 bagi tujuan
siasatan lanjut.

Oleh kerana siasatan pihak Polis tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam,
maka saya mohon jasa baik Yang Arif supaya saspek dapat ditahan Reman
dibawah Sek.117 (KPJ) selama (4) hari, mulai (04/02/10) hingga 06/08/10)
dengan alasan:-

2.1 merakam percakapan saksi


2.2 Membuat kawad cam
2.3 membuat siasatan lanjutan di tempat kejadian
2.4 melengkapkan kertas siasatan
MAJISTRET: Apakah alasan kamu untuk menahan saspek selama 4 hari?

IO: Pihak polis ingin menahan saspek selama 4 hari untuk

1.1 merakam percakapan saksi


1.2 membuat siasatan lanjutan di tempat kejadian
1.3 melengkapkan kertas siasatan
1.4 menyiasat penglibatan saspek dalam kes yang diadu

MAJISTRET: Adakah saspek diwakili peguam?

COUNSEL: Dengan izin, Tuan, saya Zawani dari Tetuan Bahar Bil Akmal & Laila

Wani mewakili saspek dalam kes ini.

MAJISTRET: Saya tengok dalam ID ni dah ada rakaman percakapan. Apa lagi
yang nak dirakamkan?

IO : Minta maaf Tuan, ada lagi saksi yang belum dirakam percakapannya.

MAJISTRET: Siapa?

IO: Isteri saspek

COUNSEL: Isteri saspek tak ada kena mengena dengan kes ini, awak tak perlu
rakam percakapan isteri saspek kerana semasa kejadian berlaku isteri saspek
berada di rumah.

MAJISTRET: Adakah benar IO?

IO: Benar Tuan.

MAJISTRET: Adakah kamu mempunyai alasan lain?

IO: Ada Tuan, untuk membuat siasatan lanjut berkenaan kes ini.
MAJISTRET: Saya dapati alasan yang awak kemukakan itu tidak berasas, oleh yang

demikian, saya menolak permohanan reman dari pihak kamu dan


memerintahkan saspek dibebaskan.

COUNSEL: Mohon gari dibuka Tuan kerana saspek telah dibebaskan.

IO: Bantahan Tuan, gari hanya akan dibuka apabila saspek kembali di balai polis.

COUNSEL: Bantahan Tuan. Oleh kerana tertuduh sudah dibebaskan, tertuduh tida
lagi perlu digari. Lagipun tiada sebab untuk terus menggari kerana

saspek tiada kecenderungan untuk bertindak ganas.

MAJISTRET : Atas alasan apa kamu membantah? Adakah kamu mempunyai

sebarang autoriti bagi menyokong hujah kamu? Mohon kemukakan


kes kepada mahkamah.

COUNSEL: Ada Tuan, menurut kes Ramanathan a/l Chelliah, di dalam kes ini, gari
hanya perlu dikenakan terhadap tertuduh yang mempunyai
kecenderungan untuk melarikan diri atau bertindak ganas. Saya pohon
kemukakan kes ini kepada Mahkamah.

MAJISTRET: (membaca kes)

Menurut kes ini, polis kena ada bukti yang kukuh bahawa saspek ada
kecenderungan untuk lari atau bertindak ganas. Dalam kes yang ada di hadapan
saya sekarang, saspek telah disyaki melakukan cedera kepada pengadu.

Dengan itu, saya berpuas hati dengan IO mempunyai sebab untuk tidak membuka
gari sekarang. Lagipun menurut kes Mahkamah Rayuan yang diputuskan oleh Yang
Amat Arif Augustine Paul, gari adalah urusan polis.

Jika terdapat sebab yang munasabah sebagai contoh untuk menjaga keselamatan
mahkamah dan orang awam, gari tidak sepatutnya dibuka di mahkamah tetapi
dibalai polis. Counsel ada apa-apa nak cakap?

COUNSEL: Tiada

MAJISTRET: Oleh itu, saya arahkan agar saspek dibebaskan tetapi gari hendaklah
dibuka apabila saspek sampai dibalai polis. (sign)

SEMUA PEGAWAI KECUALI MAJISTRET: Terima kasih, Tuan.

You might also like