You are on page 1of 24

Biodata Tokoh: Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj

Biodata Tokoh: Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj

Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah.

Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah)
Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong
Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung
atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas
wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

Sumber http://ifinika.tripod.com/
Biodata Tun Abdul Razak

Dipetik dari tulisan: Mohamed Yosri Mohamed Yong

Allahyaraham Tun Abdul Razak

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein


Perdana Menteri Malaysia Kedua (1970-1976)
Bapa Pembangunan Malaysia

Era
Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk
menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya
menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk
ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala
sumbangannya di dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar.

Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah


mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta
negara Malaysia. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali
sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya yang
juga mengenali beliau sebagai Tun Razak. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922.

Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein
bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein berkhidmat menggantikan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman
Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia sewaktu masih
berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976

Asal Usul
Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu
Kampung Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat
Melayu yang dirundung masalah kemiskinan. Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 4
batu dari rumahnya.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meneruskan pendidikan di Maktab


Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura.
Perang Dunia ke 2 menyebabkan pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Lantaran itu,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai Angkatan 136 (Force
136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya
untuk mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten
Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.

Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan
biasiswa oleh Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk
melanjutkan pengajian di bidang undang-undang di England. Pada tahun 1950,
beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn dan
menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di England,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's
Scolar'.

Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah
menunjukkan kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain.
Beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh
British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak
Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan
Fabian dan Malayan Student's Union.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang


cerdas, dalam masa 18 bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein menamatkan pengajian undang-undangnya dan dalam masa yang sama
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif sebagai pemimpin pelajar
serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang menyemaikan
semangat Kemerdekaan Tanah Melayu.

Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan


dengan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi
rakan karib. Sekembalinya dari England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya
Indera Shahbandar. Pada masa yang sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil Service. Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein mula melibatkan diri dalam politik tanah air pada
tahun 1950 apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai
Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan menyertainya.
Pada tahun 1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai
Timbalan Yang DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
bertanggungjawab membawa Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan mengenepikan dirinya sendiri.

Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein


bermula pada tahun 1952 dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan
Negeri Pahang. Pada Februari 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun 1955 Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan dan
bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan. Berkat
sokongan masyarakat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memenangi
kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.

Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila


Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri
Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang
terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan 'Penyata Razak'
yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengahwini Toh Puan Rahah dan
anak sulung Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ialah Datuk Seri Najib
Abdul Razak.

Peranan Dan Sumbangan


Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan
Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa.
Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan
pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Menteri
Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan
dasar pecah dan perintah.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu


serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang
kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan sistem
pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan,
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar
utama. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah
seorang ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama rombongan
kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.

Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul


Razak Dato' Hussein memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada
tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein membawa perubahan
kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang
moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan
mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis
dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi
pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim
Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.

Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat,


Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas
yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan pembangunan' apabila
dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10 tahun
memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah
berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program


pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila
menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta
mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa
dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar
hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk
merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara,
yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab


menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti
memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli
parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui
kestabilan politik.

Di arena antarabangsa
Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga
adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk
menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia
yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan
Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah
mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan
Amerika Syarikat.

Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas
pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan
darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-
Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam
berjaya dipulihkan.

Membangunkan Malaysia

Walau bagaimanapun, sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein


yang paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah untuk menghapuskan
kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan
pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan
Malaysia dari 1970 hingga 1990. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi.
Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan
taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta
pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-
benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.

Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein


mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham
Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dengan rela hati meletakkan jawatan
ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri. Pada tahun 1971
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO
dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 22. Iltizam utamanya sebagai Perdana
Menteri ialah menangani ke peringkat akar umbi sebab-musabah yang
menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab utama yang menjadi punca
ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya
perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara.

'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu
falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan
sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya:

? Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum


? Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.

Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh


dan sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima
tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun
telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan
pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan
Malaysia ke-7 yang dilancarkan pada tahun lalu.

Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi


Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990
merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus mencapai 30% di
akhir tempoh itu.

Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land
Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan
mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembagunan. Program ini
sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar
dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar
getah dan minyak kelapa sawit.

Pemimpin yang berjiwa rakyat


Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang
berjiwa rakyat. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke
kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menghidupkan semangat
bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir
Melayu.

Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara
merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah
membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil,
saksama, liberal dan progresif.

Era kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya,
sosial, politik dan ekonomi negara dirumus semulakan secara komprehensif dan
pragmatik.
Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Malaysia
melalui satu proses transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan
benar-benar dapat dirasai. Gelaran 'Bapa Pembangunan' memang bertepatan
buatnya kerana Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Husseinlah yang
bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati
hari ini.

Keistimewaan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang
peka terhadap masalah-masalah yang dialami rakyat negara ini. Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein seorang pemimpin yang mencintai keamanan
dan pembangunan. Kepimpinan Tun Abdul Razaklah yang mengasaskan
perancangan yang sistematik dan teliti melalui sistem `Bilik Gerakan'.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah
air yang telah berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan
dan sosio ekonomi. Pelbagai kurniaan dan darjah kebesaran dicurahkan kepada
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di dalam dan luar negara sebagai
tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa
Pembangunan Malaysia.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari
1976 di London kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato' Onn. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah
seorang pemimpin yang berjiwa besar dan seorang negarawan yang ulung dan
setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara melahirkan seorang
pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan pembangunan
yang sejati. Allahyaraham Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah
disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Pemergian Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat
Malaysia.
Biodata Tun Hussein Onn

Dipetik dari Tulisan Mohamed Yosri Mohamed Yong tahun 2002

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (Tun Hussein Onn)


Perdana Menteri Ketiga (1976-1981)
"Penyambung Warisan Yang Terbilang"

Era
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah anakanda kepada Allahyaraham
Dato' Onn bin Jaafar yang memimpin ke arah penubuhan UMNO, malah
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sendiri adalah salah seorang pengasas
UMNO. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilahirkan pada 12 Februari
1922 di Johor Bahru dan merupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan
Datin Halimah Hussein. Setelah berkhidmat selama hampir 5 tahun sebagai
Perdana Menteri yang ke 3, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan
jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Pada 29 Mei 1990, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn meninggal dunia dan disemadikan di Makam Pahlawan,
Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Asal Usul
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menerima pendidikan awal di English
College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahr u. Malangnya pendidikan
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn tidak dapat diteruskan selepas
menamatkan Senior Cambridge kerana meletusnya Perang Dunia ke II.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terus menyertai Pasukan Tentera Johor
(Johor Military Forces) dan menjalani latihannya di Maktab Tentera Sandhurst
di Dehra Dun, India dan setelah ditauliahkan Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn menyertai Regimen Hyderabad ke 19. Perkhidmatan Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn sebagai Kapten tentera membawa beliau ke Mesir,
Syria, Palestine, Iran dan Iraq.
Bermula tahun 1942 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terlibat secara
aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq. Apabila Perang Dunia
Kedua meletus di rantau Asia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New
Delhi.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya dipinjamkan ke unit
pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya
menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn merancang dan menggerakkan operasi peperangan
gerila terhadap Jepun.
Apabila Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Allahyaraham Tun Hussein
bin Dato'Onn kembali ke Tanah Melayu dan memulakan tugasnya sebagai
Pemerintah Polis Depot, di Johor Bahru. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn kemudiannya bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan
berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang
bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun berkhidmat dalam
tentera, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dikenali sebagai seorang yang
berdisiplin dan menepati masa.

Kemudiannya Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menjadi ahli


Perkhidmatan Pentadbiran Melayu. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
dihantar ke beberapa tempat di Johor dan Selangor sebagai Penolong Pegawai
Daerah.
Semangat Allahyaraham Datuk Onn b Jaafar menentang Malayan Union turut
mengapikan semangat Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn untuk bersama
bapanya menentang Malayan Union. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
kemudian menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila ayahandanya
menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO
ditubuhkan, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai Penolong
Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Allahyaraham Tun
Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.
Disamping penglibatannya dalam politik, Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala
Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1950
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat
Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor
dan Majlis Kerja Negeri Johor.
Walau bagaimanapun penglibatan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mulai
pudar apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang
bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila Datuk Onn bin
Jaafar menarik diri dari UMNO, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
kemudianya menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan
Independent of Malaya Party (IMP) pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti
Negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya meninggalkan
alam politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang
undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus pada tahun 1958.
Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn membuka
firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu beliau telah pun
berumah tangga dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan
mempunyai 6 orang anak.Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau menyertai
UMNO semula atas pelawaan birasnya, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein, Yang DiPertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969 Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini
Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Walaupun Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
telah lama menghilangkan diri dari arena politik, tapi UMNO yang mempunyai
kepercayaan atas kebolehan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru
Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah sahaja pada Mei 1969.

Peranan Dan Sumbangan


Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila
dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung
UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib
Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos
1973 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan
Presiden UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail.
Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap
Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan
seluruh negara. Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi
pada 17 Januari Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah disahkan sebagai
pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978 Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika
menjadi Perdana Menteri Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah
meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi
Baru'.
Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang
hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata
Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia
Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan
komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa
pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di
bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan
yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan
pengitipan (intelligen) yang berjaya.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai
pemimpin yang melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten
tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang
diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.
Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi
dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan
membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn pernah menjalani rawatan jantung pada awal 1981.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya melancarkan Rancangan
Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup masyarakat
Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain
terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan
ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar
menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya.
Sumbangan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah
menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang
merosot, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyatakan hasratnya untuk
tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri
dari kepimpinan negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab
kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad pada 18
Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan
seperti Tabung Mata dan ISIS.

Keistimewaan
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang yang amat berhati-hati
apabila membuat keputusan yang melibatkan hal-ehwal negara. Beliau sangat
tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman ketenteraan
menjadikan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn seorang yang berdisiplin
dan mementingkan ketepatan masa. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
memberi kebebasan akhbar dan majalah untuk memberi kritikan dan komentar
dengan harapan ini akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang negarawan yang disegani dan
dihormati. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terkenal dengan sifat
merendah diri serta jujur dan beliau disanjungi oleh masyarakat Malaysia
sebagai seorang pemimpin.
Dalam sejarah, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang
sebagai 'Penyambung Warisan Yang Terbilang'. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn juga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana berjaya memupuk
semangat perpaduan berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat
Malaysia. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mewarisi kepimpinan UMNO
yang pernah disandang oleh ayahandanya, mewarisi program pembangunan
yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh setia. Malah
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pula mewariskan kerajaan kepada Dr.
Mahathir dalam keadaan yang stabil dan UMNO dalam keadaan yang begitu
kukuh.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei
1990 dalam usia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan
sakit jantung. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn disemadikan di Makam
Pahlawan Masjid Negara. Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa
Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk
perpaduan di negara ini.
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia Keempat
1981 – 2003
“Bapa Pemodenan”
Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada
pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah
bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor
Star, Kedah.
Beliau merupakan anak bongsu di kalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir
memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua
tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Government English School, Alor Star yang
kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior
Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.
Dalam tahun 1947,selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan
biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College
of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan
bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat
tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.
Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University
of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya
dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954,
Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Star bagi
memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi,
Jitra dan Perlis.
Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti
Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII College of Medicine
berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang
terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai
suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata
iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz (
kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.
Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan
kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di
Jalan Tunku Ibrahim, Alor Star. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah.
Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau
menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.
Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk
rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena ‘C.H.E Det’ antara
tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada
tahun 1945, semasa beliau masih di bangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting
Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai
penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut.
Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan
beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku “Dilema Melayu” yang
diterbitkan dalam tahun 1970.
Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan
berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan
profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu
sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti
kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau.
Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah
dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British
Carpenters Society.
Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an
disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei
dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan
jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat
semula di dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun
1959, tetapi menolaknya.
Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan
seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Star di atas tiket Parti Perikatan. Bermula
dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.
Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli
Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun
1969.
Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau
dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis
Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of
Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir
dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk
membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang
tanpa bertanding.
Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai
Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi
pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan
kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi
peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau
mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan
pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria
kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM).
Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang
oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Akan tetapi sebagai seorang
yang berdisiplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan.
Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Panduan Kementerian Pendidikan.
Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong
UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada
kejayaan politik beliau.
Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn
sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi
Timbalan Perdana Menteri di masa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti.
Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan
Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet
dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing.
Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau
mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan
perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir
telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.
Dr. Mahathir digelar “Bapa Pemodenan Malaysia” dan merupakan pemimpin yang paling lama
memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.
Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan
dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan
idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang
berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu
khususnya.
Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu
yang paling berkuasa di Asia, di mana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang
dikeluarkan oleh majalah tersebut.
Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan
manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di
Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar
Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan
dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia
adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan
tersebut tanpa perlu ‘mengikat diri’ kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang
berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah
memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara.
Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat
dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi
asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara
berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri
Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi
utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan
secara kecil-kecilan.
Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,
maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan
kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi.
Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga
bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga mata
wang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.
Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor
perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian
menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.
Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar di mana
Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang
saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan
dan kerajaan. Di masa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik
Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam.
Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej
negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang
penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan di
dalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta
dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana
kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga
meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan
perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham
Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.
Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah
diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai
Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries
Corporation of Malaysia).
Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih
muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana
projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh
dunia.
Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering
menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan
kewangan negara berada dalam keadaan terkawal.
Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak
memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal pelaksanaannya. Dasar yang
diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak
kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.
Walau banyak pihak mempersoalkan dasar ini, disebabkan terdapat tuduhan berlaku sikap pilih
kasih terhadap syarikat yang ditawarkan projek-projek kerajaan, namun lebih ramai orang dapat
menikmati hasil yang lebih baik daripada dasar yang dibuat ini.
Selain itu, dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang
teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi
untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi.
Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir dalam mengurus ‘perniagaan’ sememangnya sesuatu yang
semula jadi kerana beliau pernah menjadi usahawan muda di Pekan Rabu, Alor Star semasa
masih berada di alam persekolahan.
Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah
Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan
direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.
Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi ‘CEO’ Malaysia
antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil,
Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan
Menara Berkembar Petronas.
Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara
sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang
ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini
disegani dunia.
Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke
persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial.
Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di kalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan
Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah
diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di
mana sahaja.
Sumber: Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor
Falsafah (Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan
Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti
Hasmah binti Mohd Ali.
YB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi

Biodata Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kepala Batas, Pulau
Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di
Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di
Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian
Islam pada tahun 1964.

Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam
arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau
berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Beliau adalah ahli Majlis
Tertinggi UMNO semenjak 1981. Dato' Seri Abdullah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
pada tahun 1984 hingga 1990, dan dipilih semula memegang jawatan berkenaan pada tahun
1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan
Presiden bagi penggal 2000 - 2003. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Pulau Pinang pada tahun 1999.

Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa


kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah
Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81),
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86), dan Menteri
Pertahanan (1986-87). Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga
Februari 1999. Dato' Seri Abdullah kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Dalam Negeri pada Februari 1999.

Pada petang Jumaat, 31 Oktober 2003, bersamaan 5 Ramadan 1424 Hijrah, dengan
ketentuan Allah s.w.t. beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri
Malaysia kelima.

Biodata Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak

PERDANA MENTERI
MALAYSIA KE-6 DAN PRESIDEN UMNO

YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai,
1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009,
selain menjadi Menteri Kewangan I, bekas Menteri Pertahanan dan ahli
parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki kepada bekas perdana
menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.

Keluarga
Isteri keduanya ialah Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat tiga anak
lelaki, Nizar (lahir 1978), Nazifuddin dan Norashman, dan dua anak
perempuan, Puteri Norlisa dan Nooryana Narjawa. Tengku Puteri Zainah
Tengku Eskandar merupakan isteri pertamanya dan mendapat 3 anak.

Pendidikan
Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada
Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau
juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John,


Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di
Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan
Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham,
England pada tahun 1974.

Kerjaya Politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian
mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari
1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan
yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan
merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai


Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia
25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi
Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai
Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

* 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos


* 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
* 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
* 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
* 1986-1987 - Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
* 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
* 1995-1999 - Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan
Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau
teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam
UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan
ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai
ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO
tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan
itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan


Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding
Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah
UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding
jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding
jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan
Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri


Malaysia.

You might also like