You are on page 1of 1

NAMA: THAM MUN YIN, TAM YOU MING, KOK YU CHUAN, YEOH KANG SEAN

KUMPULAN: 2PC1

LARI PECUT

1. Pengenalan Lari Pecut

Lari pecut ialah larian terpantas dalam sukan olahraga. Larian pantas ini bergantung pula
kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan
dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan.
Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik
menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai
oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk
menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan
keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya
bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya
mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan
dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

2. Sejarah Lari Pecut

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah
dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan di kalangan
pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin
popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan
jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini
acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman
olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan
stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok
permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang
tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex
digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas
kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan
masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai
cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan
cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua
pihak.

Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian.
Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama
dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan.
Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai
kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,
pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

You might also like