Professional Documents
Culture Documents
Cuba anda bayangkan bengkel atau makmal di sekolah anda. Dalam bayangan anda,
terlihatkah peralatan pelindung keselamatan seperti gogal, topeng, sarung tangan?
Sekarang bayangkan pula suasana bengkel yang sibuk di mana pelajar-pelajar sedang
menjalankan kerja amali. Terbayangkah pelajar yang sedang menggerudi
menggunakan gogal atau tidak?
Persoalannya, kalau pelajar tidak menggunakan per alatan Keselamatan walaupun
telah disediakan, di manakah silapnya.
Menurut V. William DeLuca dan W. James Haynie, iii (1989), pengaplikasian teori
sistem dan teknologi kawalan merupakan satu perubahan yang amat signifikan dalam
teknologi moden. Teori sistem memperakui kesan komponen atau sub-sistem ke atas
prastasi keseluruhan sistem, kerana setiap sub- sistem memainkan peranan yang
menyumbang kepada operasi keseluruhan sistem. Sebenarnya wujud hubungan yang
interaktif antara semua sub - sistem. Sekiranya satu sub- sistem gagal berfungsi
dengan baik, maka keseluruhan sistem akan gagal. Untuk memaksimumkan
keberkesanan sesebuah sistem, kawalan perlu diwujudkan untuk mengoptimumkan
keberkesanan setiap sub- sistem. Pemantauan proses keselamatan dilakukan melalui
lingkaran - lingkaran maklurn balas, dan keputusan yang dibuat harus
mengoptimumkan fungsi setiap sub- sistem di samping mengambil kira kesan
keseluruhan. ke atas sistem. Sesebuah sistem keselamatan mesti direka bentuk
supaya boleh meminimumkan kecederaan. Komponen-komponen dalam sistem pula
harus merangkumi faktor-faktor dalam persekitaran yang berpotensi untuk
menyebabkan kecederaaan.
Bagi memudahkan kita untuk memahami program keselamatan secara pendekatan
sistem ini, maka Model Sistem Keselamatan yang telah dibentuk oleh DeLuca dan
Haynie (1989) dijadikan contoh. Model yang dibentuk untuk bengkel Pendidikan
Tekrnologi adalah seperti dalam Rajah c. Penerangan ringkas mengenai komponen-
komponen dalam sistem ini adalah seperti berikut:
Bahan-bahan (materials)
Persekitaran
Faktor manusia
Kognitif
Pembuatan Afktif
Komunikasi Psikomotor
Pembinaan
pengangkut
Pengaruh luar
Maklum
Pentadbiran balas
Agensi awam
Masyarakat
Rajah c
diadaptasi daripada V.William DeLuca & W. James Haynie, iii. Safety System Design
for Technology Education, 1989, m.s.3. International Technology Education
Association, USA
4. Faedah Amalan Keselamatan
Ingatkah anda kejadian letupan di sebuah kilang mercun, Sungai Buluh? Peristiwa ini
adalah antara kemalangan ngeri yang pernah dialami di negara ini. Cuba anda fikirkan
apakah kesannya kepada masyarakat dan negara? Apabila berlaku korban nyawa,
bermakna ada ahli masyarakat yang kehilangan orang yang tersayarg. Jika berlaku
kecederaan teruk yang membawa kepada kecacatan seumur hidup maka ada individu
yang telah hilang keupayaan dan kebolehan. Negara pula akan kerugian tenaga
manusia berguna, malah perlu menanggung kos menghulurkan bantuan. Lebih
merugikan lagi apabila kemalangan industri berlaku kerana negara akan kehilangan
satu sumber pendapatan, pekerja hilang pekerjaan, dan kerugian harta benda. Akibat-
akibat yang dibincangkan ini adalah sebahagian daripada kesan kemalangan yang
boleh berlaku dari aspek sosial dan ekonomi.
Besar atau kecil, sesuatu kemalangan, membawa kesan dari segi sosial dan ekonomi.
Maka, kita harus sentiasa peka kepada kewujudan bahaya dan berusaha mengamalkan
keselamatan yang balk, sama ada di tempat kerja, atau bengkel sekolah. Amalan
Keselamatan, di tempat kerja atau industri akan memberikan beberapa faedah seperti
berikut:
Industri yang mewujudkan suasana kerja selamat dan sihat menunjukkan kepada bakal
klien mahupun pelabur akan kebolehannya beroperasi dengan cekap.
Amalan keselamatan di bengkel sekolah pula akan memberikan beberapa faedah
berikut.
Memupuk sikap selamat di kalangan peiajar bukanlah perkara yang mudah. Pelajar
tidak sutra dibebelkan untuk menjaga keselamatan-, tetapi pada mesa sama, pelajar
perlu diajar mengenai keselamatan. Tanggungjawab guru dalam mengamalkan
keselamatan bengkel terbahagi kepada:
jw
b
O
y
h
k
irtu
g
n
la
s
e
T
G
M
A
P
K
a) Perlaksanaan Objektif Keselamatan
Guru bertanggungjawab di atas keselamatan semua pelajarnya. Oleh itu, guru mestilah
melaksanakan objektif keselamatan seperti berikut:
menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain dan harta
benda dalam diri setiap pelajar.
Membantu pelajar rnemahami kaedah yang selamat untuk bertindak
secara berkesan.
Semasa membuat perancangan, guru harus seder bahawa mengajar keselamatan tidak
sama seperti mengajar mata pelajaran akademik. Adakalanya, keselamatan tidak
sesuai untuk diajar sebagai satu mata pelajaran tersendiri teta pi D diterapkan dengan
mata pelajaran yang sesuai. Untuk memast ,kan bahawa konsep dan amalan yang
selamat dapat di terapkan derco n bak make guru perlu berusaha membuat persediaan
dengan teliti. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah:
Kemalangan boleh dielakkan jika peraturan keselamatan dipatuhi. Guru adalah contoh
kepada pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk melaksanakan peraturan
keselamatan yang telah dibuat untuk setiap bengkel. Seandainya guru melakukan
sesuatu yang membahayakan, pelajar akan menganggap itu sebagai kaedah yang
boleh diterima dan ditiru
Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis dan juga
praktis, meliputi keselamatan umum dan juga keselamatan khusus. Penilaian akan
membolehkan:
Seterusnya, keputusan penilaian dijadikan laporan bertulis bahawa guru telah mengajar
keselamatan. Jawapan pelajar disimpan supaya boleh dijadikan bahan bukti jika
berlaku kemalangan atau kecederaan.
7. Peraturan Am Keselamatan
Terdapat beberapa peraturan keselamatan yang umum dan sesuai digunakan di mana-
mana bengkel. Peraturan ini mesti disampaikan kepada semua pelajar sebelum mereka
memulakan kerja-kerja amali di bengkel. Senarai peraturan mestilah generik dan
ringkas supaya boieh menjadi asas bagi semua bengkel dan mudah diingat oleh
pelajar. Guru perlu memastikan bahawa semua pelajar memahami peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan. Satu cara yang berkesan adalah meminta pelajar menyalin
semula peraturan-peraturan tersebut, kemudian menandatangani salinan tersebut.
pelajar diwajibkan, membuat ikrar keselamatan di mana mereka berjanji untuk
mengutamakan keselamatan dalam bengkel. Guru mesti menyimpan salinan peraturan
tersebut dengan baik, tetapi perlulah member salinan kepada pelajar. Senarai peraturan
am keselamatan serta penjelasan ringkasnya adalah seperti berikut.
Senarai peraturan am ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi guru untuk memulakan
kelas amali. Walau bagaimanapun, guru boleh menambah peraturan am yang lebih
spesifik untuk bengkel sendiri.