You are on page 1of 9

JENIS-JENIS SUMBER

FAIZIHILMI BIN RAMLI


‘AINUDDIN HANIF BIN KHIREL AZMAN
Apa itu sumber?
• Sumber merupakan alat untuk menambahkan
sesuatu kandungan atau untuk mengesahkannya.
• Setiap petikan atau maklumat yang mungkin
dipersoalkan perlu mempunyai sumber petikan.
Sumber memenuhi beberapa matlamat:

•Memastikan kandungan rencana boleh dipercayai dan


boleh disahkan oleh semua pembaca.
•Untuk mempertingkatkan kebolehpercayaan umum dan
ciri-ciri boleh dipercayai.
•Untuk membuktikan bahawa suntingan bahan bukannya
penyelidikan asal.
•Untuk memberi penghargaan kepada sumber bagi
memberikan maklumat berguna dan mengelakkan
dakwaan plagiarisme.
•Untuk memberikan lebih maklumat untuk rujukan lanjut.
JENIS-JENIS SUMBER
 PRIMER :
• Merujuk kepada sumber yang diperolehi
sendiri oleh pengkaji.
• Contohnya, membuat survey/soal selidik
tentang kes-kes jenayah dan menganalisis
sendiri.
• Temuduga dengan pegawai-pegawai khas
seperti di Pejabat Polis Diraja, Pejabat Daerah.
 SEKUNDER
• Merujuk kepada sumber yang dicari selain
daripada sumber primer iaitu melalui
pembacaan, perpustakaan, akhbar, dan
sebagainya.
• Antara contoh sumber sekunder ini yang
boleh diperolehi daripada pusat sumber ialah:
a) Bahan-bahan terbitan bersiri
•Contohnya, bahan-bahan terbitan bersiri seperti
akhbar, majalah , jurnal tempatan dan luar negeri,
yang dilanggan oleh perpustakaan. Koleksi ini hanya
untuk rujukan sahaja.

b) Bahan rujukan.
•Contoh termasuklah ensiklopedia, kamus, buku
tahunan, direktori, buku istilah, atlas, dsb. Bahan-
bahan ini tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar
dari perpustakaan tanpa kebenaran.
c) Bahan Rujukan Laman Internet Perpustakaan.
•Terbahagi kepada 3 :
i) “On-Line Database”
Selain bahan bercetak, koleksi seperti cakera padat, dan pelbagai jenis
pita audio dan video juga boleh didapati dari perpustakaan.
ii) Tesis / Projek Pelajar
Terdapat juga bahan-bahan seperti Tesis dan Projek Pelajar yang
membawa kepada anugerah akademik seperti Diploma, Ijazah Sarjana
muda. Ini adalah hasil penyelidikan dan kajian daripada pelajar –
pelajar peringkat diploma dan ijazah. Biasanya koleksi ini adalah
koleksi terhad dan tidak dibenarkan untuk difotostat di perpusatakaan
tertentu.
iii) Kertas Soalan Digital
Kertas – kertas soalan peperiksaan akhir dan ujian juga boleh didapati
di perpusatakaan bagi tujuan rujukan tertentu.
d) Koleksi majalah
Koleksi majalah adalah seperti –

e) Koleksi akhbar
•Koleksi akhbar juga merupakan maklumat
berhubung isu semasa dan menjadi tumpuan
masyarakat umumnya. Ianya mudah didapati di
perpustakaan awam khususnya yang
mempunyai jilid mengikut isu.
JENIS-JENIS SUMBER PEMBELAJARAN
• Sumber pembelajaran pada asasnya adalah
seperti berikut:
I. Sumber manusia (guru, sasterawan, tokoh
masyarakat, tutor, sebaya dsb)
II.Sumber bukan manusia (buku, majalah, surat
khabar, radio, tv, internet, dsb)

You might also like