You are on page 1of 8

PENILAIAN TAHAP KEPUASAN PENGUNJUNG TERHADAP PERANCANGAN LANDSKAP

DARI SEGI KESELAMATAN DI PUSAT PELANCONGAN

KAJIAN KES : BANDAR LUMUT (BANDAR PELANCONGAN DAN MARITIM)

ISI KANDUNGAN

BAB 2 LITERATURE RIVIEW

1.1 DEFINISI PELANCONGAN


1.2 DEFINISI PERANCANGAN LANDSKAP
1.3 DEFINISI KESELAMATAN
1.4 KAWASAN PELANCONGAN YANG MENERAPKAN ELEMEN KESELAMATAN DALAM
PERANCANGAN LANDSKAP
1.1 DEFINISI PELANCONGAN

Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak-


pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri
pelancongan. 

Pelancongan dalam bahasa Latin iaitu ‘tornare’ dan Greek iaitu ‘tornos’ membawa
maksud pergerakan dalam satu bulatan. Oka A. Yoeti dalam buku beliau Pemasaran
Pelancongan (1988), menyatakan definisi pelancongan oleh Krippendorf iaitu “semua bentuk
perniagaan yang menyediakan barangan dan berbagai-bagai jenis perkhidmatan yang
memenuhi keperluan pelancong dan dengan demikian mengadakan hubungan dengan
pelancong-pelancong dalam urusan mereka sehari-hari. Adalah tidak penting sama ada
perusahaan-perusahaan ini menyediakan perkhidmatan yang eksklusif banyak atau sedikit
sahaja bagi pelancong”.

Bagi World Tourism Organistaion (WTO) pula, pelancongan didefinisikan sebagai aktiviti
pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan
menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya.

Menurut Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Tenkgu Adnan Tengku Mansor,
industry pelancongan melibatkan perkhidmatan dan banyak melibatkan hubungan manusia dan
kenalan. Para pelancong mendapat pengalaman melancong sepanjang hayat mereka.
Pengalaman yang mereka alami dan lalui ketika melancong sama ada pahit atau manis, akan
kekal dalam ingatan mereka selama-lamanya.

Terdapat pelbagai bentuk dan pilihan pelancongan kepada pengunjung di antaranya


adalah pakej pelancongan kesihatan, pelancongan sukan, pelancongan rehat dan rawat,
pelancongan pendidikan, perlancongan perniagaan, dan ekopelancongan.
1.2 DEFINISI PERANCANGAN LANDSKAP

Berikut adalah beberapa kenyataan masalah yang dikenalpasti berhubung kait dengan tahap
kepuasan pengunjung terhadap perancangan landskap dari segi keselamatan di pusat
pelancongan :

a) Penilaian terhadap penerapan elemen-elemen lanskap di dalam mengambil kira aspek-


aspek keselamatan tidak mengambil kira kepuasan pengunjung dalam menentukan
keberkesanan konsep itu secara menyeluruh terutamanya bagi pelancong-pelancong.

b) Penyediaan elemen-elemen lanskap yang menepati kriteria keselamatan masih sukar


dilaksanakan secara menyeluruh terutamanya bagi kawasan yang menjadi tumpuan
masyarakat terutamanya di kawasan pelancongan kerana aspek estetika untuk tarikan
masyarakat lebih dititik beratkan berbanding aspek keselamatan.

c) Pendekatan terhadap penerapan elemen-elemen landskap yang mengambil kira aspek


keselamatan perlu disesuaikan mengikut fungsi dan peranan sesuatu Bandar kerana
setiap Bandar mempunyai kepentingan dan cirri-ciri yang berbeza antara satu sama lain.

d) Pemantauan ke atas setiap kriteria di dalam penyediaan landskap perlu dilakukan


dengan lebih sistematik kerana sesetengah criteria memerlukan penyelenggaraan bagi
memastikan ia terus berfungsi bagi tujuan menjamin keselamatan yang berterusan dan
berupaya mengelak dari berlakunya perkara yang tidak diingini menimpa pengunjung.
1.3 DEFINISI KESELAMATAN

Aspek keselamatan merupakan satu elemen yang penting bagi setiap perancangan yang
dilakukan terutamanya bagi kawasan pelancongan. Keupayaan menyediakan aspek
keselamatan yang tinggi dan berkesan akan memberikan lebih keyakinan kepada masyarakat
ataupun pengguna untuk menjalankan rutin seharian dan seterusnya menggalakkan
kepercayaan dari masyarakat luar terutamanya pelancong.
1.4 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini turut diperjelaskan kepada beberapa perkara penting yang membantu dalam
mencapai tujuan dan objektif kajian ini.

a) Mengenalpasti setiap kriteria-kriteria elemen lanskap yang mengambil kira aspek


keselamatan secara lebih terperinci dan menyeluruh supaya penilaian ke atas setiap
kriteria tersebut dapat dijalankan bagi mengukur tahap penyediaan yang telah sedia
wujud di dalam kawasan pelancongan.

b) Mengkaji secara tioritis tentang setiap aspek yang berkaitan elemen lanskap dan konsep
keselamatan secara umu mahupun secara khusu supaya pemahaman yang lebih
mendalam dapat dijana dalam menjalankan kajian ini.

c) Menyediakan metodologi kajian yang bersesuaian dengan kajian ini supaya tujuan dan
objektif utama kajian ini akan dapat dicapai dan akan menghasilkan sebuah keputusan
yang baik serta meyakinkan.

d) Mengenalpasti setiap halangan dan masalah yang wujud yang mondorong kepada
kelemahan perancangan seterusnya mewujudkan sebuah pusat pelancongan yang
efisien.

e) Mencadangkan usul dan strategic terbaik untuk perkembangan perancangan bagi


keseluruhan kawasan kajian dari setiap aspek supaya usul dan strategi tersebut dapat
diterapkan di kawasan pembangunan yang lain.
1.5 PENDEKATAN KAJIAN

Methodologi kajian merupakan perkara penting dalam menjalankan kajian ini. Dengan adanya
methodologi kajian, sesuatu kajian yang dilakukan akan berjalan lancar dan mengikut susunan
yang telah ditetapkan. Antara peringkat-peringkat tersebut adalah seperti berikut:

1.5.1 Peringkat 1 : Kajian Awalan

Peringkat pertama ini adalah kajian awalan yang merupakan peringkat dalam pembentukan
tujuan, objektif dan juga skop kajian. Ini bertujuan supaya kajian yang dijalankan tidak lari
dan terpesong dari tujuan utama kajian. Ini bertujuan supaya kajian yang dijalankan tidak lari
dan terpesong dari tujuan utama kajian. Selain itu, pada peringkat ini pengkaji akan melihat
dan membuat gambaran awalan masalah yang telah dikenalpasti di kawasan kajian.

1.5.2 Peringkat 2 : Kajian Teoritikal

Kajian teoritikal ini adalah menumpukan kepada pemahaman tentang kajian yang dijalankan.
Maklumat-maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan peringkat ini diperolehi daripada
bahan-bahan bacaan yang berkatian seperti laporan-laporan, majalah dan buku-buku
berkaitan.

1.5.3 Peringkat 3 : Kajian Lapangan

Peringkat ini merupakan peringkat pengumpulan data yang melibatkan dua jenis sumber
data yang boleh diperolehi iaitu data primer dan data sekunder :

a) Data Primer
Bagi mencapai kesahihan data nda menjayakan kajian yang dijalankan, pengkaji
memerlukan data primer sebagai alat atau indicator yang membantu dalam
memantapkan kajian dan bagi mengukuhkan lagi kenyataaan masalah yang dibuat.
Kajian tapak akan dilakukan untuk melihat scenario pembangunan yang dijalankan di
kawasan kajian.
b) Data Sekunder
Data sekundar merupakan data yang telah sedia ada untuk dijadikan sebagai rujukan di
antaranya adalah seperti piawai perancangan di dalam pusat pelancongan dari Majlis
terlibat serta bahan rujukan yang berkaitan.
1.5.4 Peringkat 4 : Analisis Data dan Maklumat

DI peringkat ini adalah kaedah bagi pemprosesan data. Segala data dan maklumat data
primer dan sekunder yang telah dikumpulkan akan diproses dan dianalisis. Ini merupakan
satu langkah yang penting untuk mengetahui isu dan masalah yang berlaku dalam kawasan
kajian. Secara amnya, penganalisaan data ini boleh digunakan dalam teknik-teknik yang
tertentu mengikut jenis kesesuaian kaedah kajian yang dipilih. Analisis data ini perlu
dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi membuktikan kesahihan kenyataan masalah yang
dibuat.

1.5.5 Peringkat 5 : Pembentukan Cadangan

Peringkat yang akhir adalah peringkat mengemukakan cadangan dan juga strategi atau jalan
penyelesaian. Cadangan yang dibentuk ini adalah berdasarkan kepada tujuan asal kajian.
Pembentukan masalah mestilah mengambil kira masalah yang timbul di kawasan kajian
supaya cadangan yang dibentuk tidak tersasar dari objektif asal kajian ini dijalaknakn. Selain
itu juga cadangan yang dibuat juga seharusnya merujuk kepada teori-teori yang bersesuaian
supaya cadangan yang dibuat tidak terpesong.

1.6 RUMUSAN

Dengan adanya kajian ini diharapkan agar beberapan tindakan dan alternatif dapat dirangkakan
dan dilaksanakan supaya penerapan elemen-elemen lanskap yang mengambil kira aspek
keselamatan dapat dipertingkatkan di Bandar Lumut. Aspek keselamatan merupakan aspek
yang sangat penting terutamanya di kawasan yang menjadi pusat tumpuan umum seperti
kawasan pelancongan. Hasil daripada kajian ini diharap akan dapat memperkukuhkan lagi
fungsi kawasan kajian sebagai pusat pelancongan terhadap keperluan dan tuntutan umum
kerana pendekatan yang digunakan di dalam kajian ini lebih berbentuk telus dan mengambil
kita pandangan atau persepsi umum.
Rajah 1.1 Carta Alir Pembentukan Kajian

KAJIAN AWALAN

Peringkat 1

KAJIAN TEORITIKAL/ILMIAH

Peringkat 2

KAJIAN LAPANGAN

DATA PRIMER DATA SEKUNDER

I. Kaedah Pengamatan I. Gunatanah Semasa


II. Kaedah Soal Selidik II. Lanskap Sedia Ada
III. Elemen Keselamatan
IV. Risalah, Laporan & Jurnal
Berkaitan

Peringkat 3

ANALISIS DAN PENEMUAN

Peringkat 4

PEMBENTUKAN CADANGAN

Peringkat 5

You might also like