You are on page 1of 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

TEKNIK PEMBELAJARAN AKTIF DAPAT MENARIK MINAT


MURID DALAM P&P KELAS
FOKUS KHAS TERHADAP
PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

OLEH :

PUVANESWARI VADIVELLOO

GURU CEMERLANG PSK

SMK ALMA BUKIT MERTAJAM

2010
PENDAHULUAN

Kajian tindakan ini disediakan khas untuk murid-murid kelas belakang.


Teknik Pembelajaran Aktif yang bervariasi dapat menarik minat murid dalam
melibatkan tiga dimensi pembelajaran iaitu dimensi kognitif, sosial dan afektif.
Maklumat mengenai kajian :

Tajuk : Teknik Pembelajaran Aktif dapat menarik minat murid


dalam P&P kelas – fokus Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan (PSK)
Jumlah murid : 39 orang dari 5KP2

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti corak pembelajaran yang


paling sesuai dan diminati oleh murid-murid kelas belakang dalam mempelajari
subjek ters yang tiada peperiksaan seperti Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan ini. Saya telah mula mengajar kelas ini sejak awal tahun ini.
Tinjauan awal mendapati , murid-murid kelas ini tidak begitu berminat
disebabkan tiada peperiksaan dan hanya belajar dua waktu dalam seminggu.
Oleh itu, saya telah mengaplikasikan teknik-teknik Pembelajaran Aktif dalam
P&P agar mereka faham tentang apa yang sedang mereka pelajari. Kajian ini
telah dijalankan selama 10 bulan, mulai Januari – Oktober 2010.

Dapatan soal selidik menunjukkan murid lebih suka melibatkan diri


dalam P&P kelas melalui pembelajaran aktif.

1.0Refleksi P&P lalu

Langkah saya ke kelas 5KP2 ini, disertai dengan anggapan yang negatif.
“Bagaimanakah murid-murid ini nak belajar PSK dengan saya?” Saya
lebih suka mengajar kelas hadapan dengan pelbagai teknik P&P, tetapi
budak-budak ini pula malas. Nak laksanakan P&P aktif mesti tak jadi,
ada yang suka ponteng, kerap keluar, sering digantung sekolah atau
dibuang terus.” Huh...payahlah..., biar saya gunakan teknik papan dan
kapur saja”.
Ketika saya berada di kelas 5KP2 untuk minggu kedua, tiba-tiba seorang
murid bersuara, “ Cikgu, boleh tak kita orang buat lakonan dan demo
seperti kelas 5ST yang cikgu buat tempoh hari”? Cikgu tak bagi kami
buat projek kumpulan langsung...”
Soalan sedemikian telah membangkitkan saya. Saya dengan segera, mula
berbual dengan murid-murid ini. Hasil perbualan dan perbincangan
bersama mereka, saya dapati mereka lebih suka beraktif dalam P&P
daripada duduk dan salin atau dengar ceramah.

Soalan tersebut telah memarakkan api dalam diri saya untuk tidak
melepaskan murid-murid ini. Saya bertekad untuk mengajar mereka
dengan pengaplikasian teknik Pembelajaran Aktif yang telah saya terima
dari pihak PPK. Saya berjanji, saya akan menerapkan nilai
“Saya suka belajar Sivik” pada murid-murid ini.

2.0Fokus Kajian

Fokus kajian saya ialah lebih kepada aplikasi Pembelajaran Aktif. Saya
ingin melibatkan murid-murid ini dalam setiap P&P PSK saya samada
secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Walaupun mereka kurang
berpengetahuan sivik dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, tetapi
saya akan terapkan aspek-aspek ini dalam diri mereka sepanjang tahun akhir
mereka di sekolah ini.
Saya akan menyesuaikan setiap tajuk pengajaran dengan tahap murid
saya. Walaupun murid-murid saya menghadapi masalah untuk
menyumbangkan idea dan jawapan bagi soalan-soalan secara akademik,
namun mereka dapat turut serta dalam P&P PSK dalam kelas. Murid-murid
kelas ini sering dilabel sebagai :
- Tidak suka belajar
- Tidak suka membuat kerja sekolah
- Suka bersembang

Dengan mengambil kira aspek-aspek ini, saya yakin P&P Pembelajaran


Aktif saya dapat menyekat perlabelan ini sewaktu P&P PSK dan
seterusnya dapat membantu mereka lulus kertas PSK. Secara tidak
langsung mereka juga akan menunjukkan minat pada subjek-subjek lain.

3.0Objektif Kajian
Secara umumnya, objektif kajian ini merangkumi dua aspek, iaitu :
1) Objektif umum
2) Objektif Khusus

3.1 Objektif Umum


1. Membentuk murid yang berpengetahuan, berkemahiran dan
bernilai sivik
2. Meningkatkan peratus kelulusan PSK dalam ujian dan
peperiksaan dalaman sekolah berbanding dengan subjek-subjek
lain.
3. Membolehkan murid kelas belakang turut serta dalam aktiviti
P&P dalam kelas.

3.2 Objektif Khusus


1. Membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran
belajar
2. Meningkatkan minat murid dalam PSK
3. Menanam sikap Aku Pun Boleh pada diri murid.
4. Meningkatkan peratus murid lulus PSK setiap ujian dan
peperiksaan dalaman

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan kelas 5KP2. Kesemua murid dalam kelas ini
berbangsa Melayu.

5.0 Metod kajian : Eksperimen - Etnografi - Kajian kes

- Pemerhatian
- Soal selidik 1 & 2
- Ujian 1 & Ujian 2

5.1.1 Pemerhatian
Saya melakukan pemerhatian sebelum dan selepas kajian untuk
mengetahui tingkah laku setiap murid semasa proses P&P. Sebelum kajian saya
dapati, murid seolah-olah tidak mahu member respons dan kurang aktif.
Harapan mereka sepenuhnya terikat pada buku teks dan guru sahaja. Sikap
berfikir “out of the box” tiada langsung. Saya juga mendapati kebanyakan murid
lelaki dan segelintir murid perempuan memberi riak muka yang kurang
menyenangkan jika saya menyuruh mereka bergerak atau berbincang dalam
kumpulan. Ada antara mereka yang tidaak bekerjasama langsung.

5.1.2 (a) Soal selidik 1

Soal selidik ini saya edarkan sebelum aplikasi pembelajaran aktif dalam
P&P kelas. Langkah ini merupakan akses kendiri. Murid diberi set soalan-
soalan ringkas mengenai topic yang akan saya ajar untuk mendapatkan jawapan.
Maklum balas yang saya terima agak pudar, iaitu hamper 70% mengatakan
tiada minat dalam PSK.

5.1.2 (b) Soal selidik 2

Boring soal selidik yang sama diedarkan untuk kali kedua selepas
aplikasi pembelajaran aktif dalam P&P PSK. Borang ini saya edarkan pada
pertengahan bulan Oktober 2010. Hasil maklum balas amat menggembirakan
saya sebagai seorang guru. Ramai murid berasa seronok untuk belajar PSK.
Melalui soal selidik kedua ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa
pembelajaran aktif yang saya kendalikan selama sepuluh bulan dengan
kumpulan murid ini sebenarnya telah membuahkan hasil yang cukup bermakna
bagi saya.

5.1.3 Ujian sebelum pembelajaran aktif (1)dan selepas pembelajaran aktif


(2)

Kedua-dua ujian ini, saya jalankan secara sendiri dari tema ke tema.
Ujian-ujian ini ada yang bertulis dan ada yang dijalankan dalam bentuk kuiz,
sumbangsaran dan permainan akademik.

5.1.3 (a) Ujian 1


Ujian ini dijalankan untuk menentukan tahap kebolehan dan
kecemerlangan murid dalam PSK. Ramai murid mendapati sukar untuk
menjawab soalan-soalan mudah seperti :

- Siapakah YDPA Malaysia? (Tema 5)


- Apakah maksud wawasan diri (Tema 1)
- Contoh badan kerajaan dan bukan kerajaan (Tema 2)
- Maksud pendidikan sepanjang hayat ( Tema 1)

5.1.3 (b) Ujian 2

Ujian ini saya jalankan selepas menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran


aktif mengikut tema atau unit. Saya mendapati murid dapat menjawab soalan-
soalan yang sama dengan mudah tanpa sebarang masalah. Contohnya, ketika
saya mengajar unit Pendidikan Sepanjang Hayat dengan kaedah teknik pokok
dan teknik tulang ikan secara berpasangan, murid dapat menghasilkan rajah
dengan kreatif dan baik. Mereka dapat meletakkan misi hidup mereka dan
wawasan diri di puncak rajah dengan mengariskan usaha-usaha yang perlu
dilaksanakan untuk mencapai misi tersebut. Produk setiap kumpulan tersebut
saya lekatkan pada dinding dalam kelas mereka dan menyuruh setiap murid
berjalan mengikut arah jam untuk melihat dan membaca dan menyatakan misi
rakan-rakan mereka. (Teknik Galeri Tour)

Dengan pembelajaran aktif sedemikian murid dapat menghasilkan,


mempamerkan, berkongsi dan mengambiltahu tentang pendidikan sepanjang
hayat dan usaha untuk berjaya dalam hidup masing-masing.

5.2 Teknik-teknik Pembelajaran Aktif


Berikut merupakan antara teknik-teknik pembelajaran aktif yang sering
saya guna pakai dalam P&P PSK bersama 5KP2 ini.

- Galeri Tour
- Sumbang saran
- Choose n Pick
- Dictogloss
- Me n Mirror
- Lakonan dan Simulasi
- Penulisan koperatif
- Deal or No Deal
- Word Craze

5.3 Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan pemerhatian, terdapat perubahan yang mendadak sebelum


dan selepas. Sebelum kajian, murid menunjukkan tindakan yang pasif terhadap
P&P manakala selepas kajian saya dapat melihat satu corak perubahan yang
positif. Saya berasa seolah-olah murid sentiasa menunggu untuk mendapatkan
teknik yang baru setiap kali saya masuk ke kelas. Murid juga didapti lebih
berkeyakinan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti P&P. Mereka juga
dapat mengangkat tangan untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan tanpa
perasaan rendah diri. Selain itu, murid juga sering memberi idea dalam jenis
aktiviti yang boleh dikendalikan dalam P&P kelas. Ini sekaligus mewujudkan
suasana pembelajaran yang konduksif dan memberangsangkan

6.0 Refleksi Kajian

Pencapaian murid dalam Ujian 1 dan Ujian 2 menunjukkan peningkatan


yang amat ketara. Penglibatan murid dalam P&P kelas ketika saya mengajar
amat positif.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa, teknik pembelajaran aktif


sebenarnya dapat membantu murid tanpa mengenal kelas yang diduduki oleh
mereka. Kepelbagaian teknik yang digunapakai dalam kelas dapat mewujudkan
suasana P&P yang positif. Walaubagaimanapun, terdapat tiga orang murid
lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa. Saya tidak dapat membuat
sebarang perubahan pada ketiga-tiga murid ini kerana mereka terlibat dengan
masalah disiplin sekolah dan pada pertengahan bulan April mereka tidak lagi
bersekolah.

Analisis ujian dan peperiksaan dalaman sekolah PSK bagi tahun 2010
menunjukkan peratus kelulusan yang baik berbanding dengan subjek-subjek
yang lain. Selain itu, murid 5KP2 merupakan kumpulan pertama yang dapat
menghantar semua folio kerja Khidmat Masyarakat mereka. Kejayaan saya
dengan kelas ini amat bermakna kerana akhirnya saya lebih suka mengajar kelas
ini berbanding dengan kelas hadapan yang lain.

7.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Berikut merupakan cadangan untuk kajian seterusnya;

- Mengguna pakai beberapa teknik pembelajaran aktif yang terpilih


dalam mengajar topik yang bertema Malaysia Negara Berdaulat
- Guru boleh merekacipta teknik pembelajaran aktif yang lebih bercorak
individualistic
- Penggunaan teknik Futuristik dalam pembelajaran aktif.

8.0 Penutup

Hasil dari kajian tindakan yang saya kendalikan ini, saya dapati terdapat
perubahan yang positif dari aspek pengajaran guru dan amalan pembelajaran
murid. Saya berharap agar hasil kajian ini, dapat dijadikan ikhtibar dan kepada
guru-guru yang mengajar kelas-kelas belakang. Ingatlah P&P yang berkesan
sebenarnya dibentuk oleh seorang guru.

BIBLIOGRAFI
Alexander, E.R., Helms, M.M. & Wilkin, R.O. (1989). The relationship between
supervisor communication and subordinate performance and satisfaction among
professionals. Public Personnel Management 18(4) Winter: 415-429.

Anatol, K.W.E. Applbaum, R.L. & Koehler, J.W. (1981).Organizational


Communications: Behavioral Perspective.Ed. Ke 2. New York: Holt, Rinehart &Wionston.

Flores, M. A. (2001). Person and context in becoming a new teacher. Journal of Education
for Teaching, 27(2): 135-148.

Hodkinson, H. and Hodkinson, P. (1999). Teaching to learn, learning to teach? School-based


non teaching activity in an initial teacher education and training partnership scheme.Teaching
and Teacher Education, 15: 273-285.

Mohd. Majid Konting. 2004. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.

Lampiran 1
Histogram menunjukkan peratus kenaikan minat belajar murid sebelum dan
selepas pembelajaran aktif dalam kelas
70%

60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%
penglibatan diri dlm P&P kelas

You might also like