You are on page 1of 3

Laporan Aktiviti Gotong Royong

Pada Isnin, 11 Oktober 2010, kami telah menganjurkan aktiviti gotong royong di

PPDK Ummi ini. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada aktiviti berbentuk

kemasyarakatn yang kami rancangkan sepanjang berlangsungnya program Bakti Siswa ini.

Dalam aktiviti ini, kami telah melibatkan pelbagai pihak yang menjadi tenaga kerja dalam

aktiviti ini antaranya pihak ibubapa pelatih PDK Ummi, para pelatih PDK Ummi, kakitangan

askar Kem Terendak serta penglibatan penuh kami sendiri. Gotong royong ini berfokus

kepada keceriaan dan kebersihan kawasan PDK yang mana kami telah merancang beberapa

aktiviti seperti membersihkan kawasan luar dan dalam PDK, mengecat pagar PDK, membuat

mural di bahagian dalam PDK serta membina bahan bantu mengajar seperti membuat boneka

dan mozek.

Bermula pukul 8.00 pagi, peserta-peserta gotong royong mula berkumpul di halaman

PDK Ummi. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada beberapa zon pembersihan di sekitar

kawasan PDK. Setiap zon dibekalkan dengan beberapa peralatan pembersihan seperti

pongkes, penyapu, penyodok termasuklah sarung tangan dan plastik sampah. Sebaik sahaja

peserta-peserta dipecahkan mengikut zon masing-masing, mereka mula sibuk melakukan

tugas masing-masing seperti menyodok longkang, mengutip sampah sarap dan lain-lain.

Terdapat beberapa kumpulan yang terdiri daripada kakitangan askar Kem Terendak yang

ditugaskan untuk melakukan tugasan khas seperti mengecat pagar PDK.

Sementara bagi tugasan menceriakan bahagian dalam PDK, kami membahagikan

peserta kepada 2 kumpulan kecil yang terdiri daripada kumpulan membuat bahan bantu

mengajar seperti boneka serta kumpulan mengecat mural.


Sebagaimana yang dirancangkan bersama beberapa orang petugas PDK dalam

mesyuarat- mesyuarat yang lepas, dalam sesi gotong royong ini juga kami telah

melaksanakan aktiviti melukis dan mengecat mural di satu sudut yang direncanakan untuk

dijadikan sudut bacaan untuk pelatih PDK. Justeru itu juga kami telah menetapkan beberapa

orang peserta gotong royong untuk membantu kami dari aspek keceriaan dengan membantu

kami menyediakan bahan bantu mengajar serta melukis mural di sudut bacaan yang

dirancangkan.

Kerja- kerja melukis dan mengecat mural ini mengambil masa yang agak panjang.

Justeru dalam aktiviti gotong royong ini kami hanya memfokuskan kepada kerja melukis dan

mengecat mural pada satu dinding di sudut bacaan dahulu. Dengan komitmen dan

kesungguhan yang utuh daripada peserta gotong royong, kami telah berjaya menghasilkan

mural berlatar belakangkan gambar haiwan liar. Bagi tugasan menghasilkan mural yang

kedua pula kami telah menyambung tugas ini pada keesokan harinya dan akhirnya mural

kedua yang bertajuk upin dan ipin dan kawan- kawan berjaya disiapkan sepenuhnya.

Sementara untuk tugasan menyediakan bahan bantu mengajar, kumpulan yang

ditugaskan berjaya menyiapkan beberapa contoh boneka haiwan untuk dipamerkan di sudut

bacaan yang dirancangkan. Selain itu bahan bantu mengajar berbentuk visual juga berjaya

disiapkan sepanjang waktu gotong royong ini. Bahan tersebut termasuklah kad gambar dan

huruf vokal yang dihasilakan menggunakan teknik mozek.

Pada pukul 10.15 pagi, peserta-peserta gotong royong berhenti rehat seketika untuk

menjamah sedikit juadah yang telah disediakan oleh pihak urusetia. Jamuan ala kadar ini

berupa kuih muih dan air teh tarik. Kemudian, mereka menyambung tugasan masing-masing

yang masih lagi berbaki. Pada pukul 12.00 tengahari, hampir kesemua zon telah selesai
melakukan tugasan pembersihan. Pada pukul 12.30 tengahari, para peserta gotong royong

dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan sebelum masing-masing bersurai.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Sekurang-

kurangnya mencetuskan kesedaran kepada para peserta gotong royong tentang kepentingan

menjaga kebersihan serta mewujudkan persekitaran yang ceria untuk membantu dari aspek

pembelajaran para pelatih PDK.

You might also like