You are on page 1of 27

PENGENALAN KONKRIT BERTETULANG

Takrifan Konkrit Bertetulang

 Konkrit bertetulang ialah suatu pembentukan hasil gabungan dari sifat-sifat yang
berbeza pada konkrit dan keluli. Gabungan ini dapat menghasilkan satu kekuatan
untuk menahan daya mampatan dan tegangan.
 Bahan-bahan ini merupakan bahan-bahan binaan yang kuat dan tahan lasak bagi
menjadikannya sebagai suatu anggota bangunan. Ia boleh dibentuk kepada
bentuk-bentuk yang berbeza-beza dengan saiz yang berubah-ubah. Misalnya dari
suatu tiang segiempat yang mudah hinggalah kepada bentuk kubah (dome) yang
langsing dan melengkung.

Gambar 1 : Pembinaan menggunakan konkrit bertetulang


 Contoh-contoh ahli struktur konkrit bertetulang ialah balak, tiang, tembok dinding,
papak dan cerucuk.
 Contoh struktur konkrit bertetulang ialah bangunan, jambatan, tembok penahan dan
lain-lain.
Sifat-sifat Konkrit Tetulang

a) Kekuatan tegangan konkrit bersamaan 10 % daripada kekuatan mampatannya.


b) Rekabentuk konkrit tetulang dibuat beranggapkan konkrit tidak dapat mengatasi
rintangan daya-daya tegangan.
c) Tetulang direkabentuk untuk mengambil daya-daya tegangan yang dipindahkan
melalui ikatan permukaan dua bahan tersebut iaitu konkrit dan tetulang.
d) Jika ikatan (dalam) lekatan permukaan kedua-dua bahan tidak mencukupi,
tetulang akan tergelincir dari konkrit dan tidak akan ada tindakan gabungan konkrit
dan keluli.
e) Konkrit hendaklah dimampatkan / dipadatkan dengan baik di sekeliling tetulang
semasa pembinaannya.
f) Sebagai tambahan, tetulang yang digunakan hendaklah terdiri daripada tetulang
yang mempunyai permukaan berpintal / bertindan untuk mendapatkan cengkaman
tambahan mekanikal (ribbed and twisted bar).

Penentuan Bahan-bahan
a) Simen
Terdiri daripada simen baru (fresh). Bersih daripada ketulan-ketulan mengeras dan
disimpan di dalam bangunan simpanan (store) yang kalis air / cuaca dengan lantainya
yang dinaikkan dari permukaan bumi.

b) Batu baur
Bahannya mestilah bersih, tajam dan mempunyai gred yang baik, misalnya pasir
sungai yang bebas dari segala kotoran. Bagi pasir yang kotor (mengandungi lumpur,
kelodak dan daun-daun mati), ia mestilah dibasuh dahulu dan seelok-eloknya ditapis.

c)Batu baur kasar


Mestilah didatangkan dari kuari yang dibenarkan, misalnya batu kelikir atau batu
kapur. Ianya mesti dari gred yang baik dan sekata dengan saiznya 6 – 12 mm. Bahan
ini mestilah bebas dari kelodak, lumpur atau semua jenis kotoran.

d) Air
Hendaklah bersih dan baru (dari jenis air yang boleh diminum). Ianya diambil dari
punca air yang sebenar.

Konkrit
● Konkrit merupakan bahan campuran batu baur, simen dan air, dan apabila bertindak
antara simen dan air ia akan memejal dan padu.

● Konkrit adalah keras dan merapuh. Kekuatannya bergantung kepada kadar bancuhan,
umur kematangannya dan lain-lain lagi.

● Kekuatan ketara yang ada pada konkrit adalah lemah pada daya tegangan iaitu kira-
kira 1/10 daripada kekuatan mampatannya.

● Konkrit akan terus bertambah kekuatannya terutamanya pada peringkat awal beberapa
minggu dan ia akan berterusan secara perlahan selepas dari itu. Di peringkat 28 hari,
konkrit telah mencapai tiga perempat (3/4) daripada kekuatan maksimumnya. Sifat
kekuatan inilah kerja binaan dapat dijalankan dengan lebih maju (progress) lagi.

● Kuantiti penggunaan air juga penting. Jika terlalu banyak air, ia akan melemahkan
sifat kekuatan konkrit dan jika terlalu berkurangan pula ia akan menyebabkan konkrit
sukar untuk dimampat dan dipadukan.
● Kuantiti penggunaan air adalah bergantung kepada jenis batu baur yang digunakan dan
kuantiti simen itu sendiri. Tetapi biasanya ialah lebih sedikit atau separuh daripada
jumlah berat simen.

● Bagi kerja kecil, simen biasanya boleh dibeli dalam kampit 50 kg dan dengan beg
simen ini bolehlah dijadikan sebagai satu kadar bancuhan seperti berikut:
i) simen 50 kg
ii) pasir 85 kg
iii) kelikir 160 kg
iv) air 28 kg

● Bagi kerja yang besar, simen dibekalkan dalam kelompokan besar 1 meter padu dan
ini bolehlah juga dijadikan sebagai satu kadar bancuhan seperti berikut:
i) simen 360 kg
ii) pasir 600 kg
iii) kelikir 1150 kg
iv) air 200 kg

● Bancuhan yang diterangkan di atas adalah dikenali sebagai bancuhan diterangkan


(prescribed mix) dan dari bancuhan ini kiub konkrit 150 mm dibentuk dan dibiarkan
selama 28 hari. Purata kekuatan dari keputusan ujian kiub yang ada ialah 33 N/mm 2
dan biasanya tidak ada yang kurang daripada 25 N/mm 2.

● Jika ada yang mempunyai kekuatan yang kurang daripada 21 N/mm 2, ini menunjukkan
ada sesuatu yang diluar dari prosedur penyediaan kiub iaitu simen, batu baur dan
kadar bancuhan atau mungkin pada kaedah ujian mampatan.

Biasanya kiub 150 mm pada peringkat umur 28 hari mempunyai kekuatan minima 25
N/mm2 dan dengan alasan ini kita menamakannya sebagai konkrit gred 25 dan 25
N/mm2 adalah kekuatan ciri bagi konkrit (fcu) tersebut.

● Bancuhan rekabentuk adalah merupakan bancuhan yang memerlukan data-data yang


berkaitan dengan sejarah bahan-bahan yang digunakan, penggunaan jentera
pembancuh dan sistem penyeliaan.

● Konkrit lain juga digredkan mengikut sistem yang sama iaitu gred 20, 30, 40 dan lain-
lain lagi. Konkrit gred 20 biasanya digunakan untuk tiang / balak untuk superstruktur
yang besar saiznya. Konkrit gred 40 biasanya digunakan di keadaan tertentu,
terutama untuk mengelakkan saiz yang terlalu besar bagi bangunan rendah atau bagi
struktur tinggi.

● Konkrit gred 25 adalah dari jenis yang biasa digunakan pada struktur yang kerap
didapati pada hari ini dan penggunaan simennya mestilah ekonomi dan keputusan
kiub yang dihasilkan mencapai matlamat tanpa menimbulkan kesukaran.

● Terdapat dua (2) faktor di mana konkrit patut dikenakan tetulang untuk kegunaan
praktikal selain dari kemampuannya terhadap kekuatan mampatannya iaitu:

i) Pertambahan kekuatan
Pertambahan kekuatan konkrit berlaku mengikut pertambahan umurnya iaitu ia
bertambah dengan cepat di peringkat awal dan akan berkurangan kemudiannya.
Perubahan tipikal dalam kekuatan bagi konkrit simen Portland yang dibenarkan
dalam CP 110 ialah:

Jadual 1 : Perubahan tipikal kekuatan Simen Portland dalam CP 110

Umur 7 hari 1 bulan 2 bulan 3 bulan 6 bulan 1 tahun


Kekuatan N/mm2 16.5 25.0 27.5 29.0 30.0 31.0

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

ii) Ciri-ciri ketahanan (durability) konkrit


Struktur konkrit direkabentuk dan dikira untuk jangka masa panjang dan memerlukan
pemeliharaan yang sedikit. Sifat ketahanan konkrit dipengaruhi oleh :
● Keadaan pendedahannya.
● Mutu konkrit
● Tebal penutup (concrete cover)
● Lebar permukaan keretakan

Pendedahan struktur akan mempengaruhi campuran simen yang diperlukan; penggunaan bahan
dan nisbah air-simen; tebal minima penutup konkrit serta penggunaan jenis simen misalnya simen
rintangan sulfat.

Mengadakan penutup konkrit adalah untuk bertujuan menghalang ejen pengaratan dari
merosakkan tetulang, melindungi tetulang dari mengalami kenaikan suhu yang cepat serta
menghilangkan kekuatannya semasa kebakaran.

iii) Kesimpulan
a) Pemilihan jenis konkrit dipengaruhi oleh kekuatan yang diperlukan.
b) Kekuatan konkrit diperolehi dengan mengukur kekuatan hancur contoh kiub
yang diawetkan. Pada kebiasaannya kekuatan untuk 7 atau 28 hari diukurkan.
c) Kekuatan konkrit diketahui melalui gred yang diberikannya.

Keluli / Bar Tetulang


Keluli bukanlah logam asli kerana keluli lembut biasanya mengandungi 90 %
besi dan 10 % terdiri daripada setengah bahagian manganese, suku bahagian karbon dan
selebihnya ialah silikon, sulfur dan fosforus. Dari bahan kandungan minor tadi,
karbonlah yang terpenting.

a) Jenis Keluli
Keluli lembut tergelek panas biasanya mempunyai pemukaan yang licin. Oleh itu keluli
jenis ini senang dibengkokkan dan memerlukan jejari yang kecil. Contohnya dawai keluli
pengikat tiang atau balak kecil.

Keluli alah tinggi tergelek panas ialah keluli yang mempunyai bahan kandungan karbon
yang lebih dari keluli lembut biasa. Ianya dikilangkan dengan permukaan kasar yang
bertindih.

Keluli alah tinggi kerja sejuk mempunyai permukaan bertindih-tindih berbentuk pintal
empat segi, juga disebut sebagai “deformed bar” atau bar dibentuk.

Bentuk piawai bar dan cara menjadualkan tetulang ditentukan dalam BS 446. Jenis
tetulang (keluli) ditandakan dengan kod iaitu R bagi keluli lembut dan Y bagi keluli
tegasan tinggi.

Pengukuran bagi kekuatan berjenis-jenis keluli adalah sukar untuk dinyatakan dalam
bentuk mudah kerana timbulnya nilai-nilai kesesuaian penggunaannya tetapi ia lebih
dikenali sebagai:
i) Keluli lembut tergelek panas (Hot rolled mild steel) mempunyai kekuatan 250
N/mm2 (fy)
ii) Keluli alah tinggi tergelek panas (Hot rolled high yield steel) mempunyai kekuatan
410 N/mm2 (fy)
iii) Keluli alah tinggi kerja sejuk (Cold worked high yield steel) mempunyai kekuatan
425 N/mm2 (fy)
b) Sifat tetulang / bar

Jadual 2 : Sifat tetulang (bar)


Bar Keluli Saiz nominal (mm) Kekuatan ciri
(fy) N/mm2
1. Hot rolled mild steel (BS 4449) Semua saiz 250
2. Hot rolled high yield steel (BS 4449 Semua saiz 410
3. Cold worked high yield steel (BS 4461) Sehingga dan termasuk 16 460
Melebihi 16 425
4. Hard drawn steel wire Sehingga dan termasuk 16 485

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Semua tetulang hendaklah bebas dan bersih dari karat, minyak, gris, cat atau lapisan-
lapisan keluli yang lain sebelum ia diletakkan dalam konkrit. Tetulang yang digunakan
hendaklah bersesuaian dengan penentuan piawaian British yang terbaharu untuk rekabentuk
struktur. Tetulang tidak boleh dipanaskan atau dibakar. Semua tetulang yang cacat seperti
bengkok, cengkok, retak dan lain, jika ianya perlu dibaiki hendaklah dibuat di dalam keadaan
sejuk.

Jarak Tetulang CP 110


a) Jarak minima antara bar keluli
Jarak tetulang di dalam ahli struktur adalah penting kerana sekiranya terlalu dekat, sukar
untuk kerja-kerja mampatan hendak dilakukan. Dari itu kekuatan konkrit yang
diperlukan tidak tercapai. Sekiranya terlalu jauh, kemungkinan kegagalan ricih akan
berlaku. Oleh itu kod praktik dalam CP 110 telah menyarankan perkara berikut:

i) Bar Individu
Jarak mengufuk mestilah tidak kurang daripada Hagg = saiz maksima batu baur.
ii) Bar berpasangan
Jarak mengufuk mestilah tidak kurang dari H agg + 5 mm. Jarak pugak mestilah tidak
kurang daripada 2/3 Hagg. Jarak pugak sekiranya bar berpasangan tersebut adalah sebelah
menyebelah mestilah tidak kurang daripada H agg + 5 mm.
iii) Sekumpulan Bar
Jarak mengufuk dan pugak mestilah tidak kurang daripada H agg + 15 mm.
Jadual 3 : Tebal nominal penutup konkrit (concrete covers)
Tebal nominal penutup konkrit mengikut gred
Fungsi penutup (mm)
Gred konkrit
20 25 30 40 50 dan ke
atas
1. Melindungi daripada cuaca biasa 25 20 15 15 15

- 40 30 25 20
2. Melindungi daripada hujan, cairan air batu
dan konkrit terendam.

- 50 40 30 25
3. Melindungi daripada hujan lebat, hujan dan
panas silih berganti dan punca pengaratan.
- - - 60 50
4. Melindungi daripada air laut dan aliran air
di bawah tekanan.
- - 50 40 30

5. Melindungi daripada garam bagi kegunaan


cairan air batu.

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)


Perbandingan Konkrit dan Keluli

JADUAL.4 : Perbezaan Sifat-sifat (Ciri) Konkrit dan Tetulang

Sifat Keluli
Konkrit
1. Kekuatan tegangan Lemah Baik
2. Kekuatan mampatan Baik Baik (keluli langsing akan membengkok dan
Mengembur)
3. Kekuatan ricihan Sederhana Baik
4. Ketahanan lasak Baik Berkarat jika tidak dilindungi
5. Rintangan kebakaran Baik Lemah (mengalami kehilangan kekuatan dengan
cepat pada suhu yang tinggi)

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Kegunaan Tetulang untuk Zon Tegangan

Jika suatu balak disangga di atas dua sesangga pada kedua-dua hujungnya dan dikenakan
beban di atas bahagian tengahnya, maka akan berlaku lenturan pada balak itu. Apabila
lenturan terjadi, maka permukaan bahagian atas balak akan memampat akibat dari
tegasan mampatan dan di bahagian bawahnya berkeadaan tegang dan memanjang
disebabkan oleh tegasan tegangan.

Tegasan maksima didapati berlaku pada lengkungan yang terbawah sekali bagi
permukaan bawah balak itu. Sekiranya balak itu terdiri tanpa bertetulang, maka akan
berlakulah keretakan pada bahagian bawah dan kemungkinan akan terus patah. Akan
tetapi sekiranya balak tersebut dilengkapi dengan tetulang di bawahnya, balak tersebut
tidak akan mengalami apa-apa kegagalan.

Rajah 1 : Lenturan balak konkrit

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Kegunaan Tetulang Untuk Zon Ricihan

 Suatu balak boleh dibuat dengan keupayaan menahan kesan lenturan iaitu
dengan mengadakan saiz konkrit yang sesuai untuk menahan kesan
mampatan dan dengan pemasangan bar tetulang keluli untuk mengatasi
kesan tegangan. Tetapi balak yang sama ini mungkin akan gagal disebabkan
oleh satu tindakan yang dikenali sebagai ricihan.
 Jumlah tindakan daya luaran yang bertindak melintang pada paksi akan
memanjangkan balak dan daya ini dikenali sebagai daya ricihan.

 Kekuatan ricihan sesuatu balak pula diadakan di sebahagian balak iaitu yang
menghubungkan antara kawasan mampatan konkrit dengan kawasan
tegangan keluli.

Rajah 2 : Prinsip asas ricihan pada satu balak konkrit

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

 Salah satu cara untuk mengatasi tegangan sendeng pada balak ialah dengan
mengikatkan bar tetulang keluli dengan sudut tepat dari arah retakan.

 Bagaimanapun bar tetulang memanjang mesti diadakan pada balak untuk


memberi kekuatan menahan lenturan dan lebih normal untuk menahan
ricihan lebih-lebih lagi jika ianya digabungkan dengan besi pengikat (rujuk
Rajah 5. 3)
 Satu cara lagi untuk mengatasi tegangan sendeng yang berlaku pada balak
ialah dengan mengadakan bar bengkokan 45 o bagi merintangi satah yang
mana dijangkakan keretakan berkembang, Cara ini adalah yang paling
berkesan dan kaedah yang terakhir bagi penyelesaian masalah ini.

Rajah 3 : Daya ricihan menahan hasil dari gabungan bar memanjang, bar
pengikat

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Rajah 4 : Bar Bengkokan, bar memanjang dan besi pengikat bagi gabungan tetulang ricihan
untuk balak berterusan

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Balak Julur
Balak julur ialah balak yang terikat pada satu hujung sahaja. Apabila balak
seumpama ini dibebankan, maka akan berlakulah tegangan di bahagian atas balak
dan mampatan berlaku di bahagian bawahnya. (Rujuk Rajah 5 )
Rajah 5 5 : Balak Julur
Balak Terikat
Balak terikat ialah balak yang terikat pada kedua-dua hujungnya. Pada kebiasaannya
tetulang disediakan pada zon mampatan dan juga pada zon tegangannya.

Rajah 6 : Balak Terikat

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

A, C dan E mengalami tegasan tegangan.


B, D dan F mengalami tegasan mampatan.

Balak Selanjar
Apabila satu batang balak diletakkan di antara beberapa penatang, pergerakan
lenturan positif akan terbentuk di antara penatang. Begitu juga dengan pergerakan
lenturan negatif. Ini menunjukkan tegangan dalam satu balak selanjar berterusan di
atas penatang.
Oleh yang demikian tetulang dalam balak konkrit jenis ini hendaklah ditempatkan di
bahagian-bahagian yang diperlukan (Rujuk Rajah 7).
Rajah 5.7 : Balak Selanjar
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)
Jenis-jenis Tetulang
Terdapat 2 jenis tetulang iaitu:
i) tetulang dalam bentuk bar. (Rujuk Gambar 5.2)
ii) tetulang dalam bentuk jejaring. (Rujuk Gambar 5.3)

Gambar 2 : Tetulang dalam bentuk bar (Bar Reinforcement)

Jenis bahan dan ciri-ciri tetulang keluli


Tetulang dalam bentuk bar
a) Bar Keluli Lembut
Dibuat dengan haba panas menurut BS 449 : 1974. Ianya dibentuk dalam keadaan
permukaan yang licin dan berpintal. Ia mempunyai kekuatan tegasan 250N/mm².
Pemanjangan yang dibenarkan ialah 22.0%.
b) Bar Tetulang Tegasan Tinggi Berpintal
Ianya dibuat daripada pancalogam BS 4449 :1978. Ia adalah berbeza daripada keluli
lembut kerana permukaannya yang berpintal dan kekuatan tegasan 460N/mm².
Pemanjangan minima sekurang-kurangnya 12% kecuali tetulang yang lebih besar
daripada 16mm dimana kekuatan tegasannya ialah 425N/mm² dengan pemanjangan 14%.

c) Bar Tetulang Tegasan Tinggi Buatan Sejuk


Ianya merupakan keluli lembut yang dipintal menurut BS 4461 : 1978. Kekuatan tegasan
ialah 460N/mm² dengan pemanjangan yang dibenarkan 12%. Walaubagaimanapun, bagi
tetulang yang besar, kekuatan tegasannya ialah 425N/mm² dengan pemanjangan yang
dibenarkan 14%.

Kesemua tetulang ini diperbuat dalam saiz metrik seperti berikut : 6,8,10,12,16,20,25,32
dan 40mm. Panjang keluli dibuat dalam bentuk panjang piawai seperti 12 atau 5 meter.

Tetulang dalam bentuk jejaring.


Ianya adalah sejenis kawat yang dibuat dalam pelbagai saiz. Jejaring ini biasanya
mengandungi dawai-dawai halus dan dikimpal sebagai satu jaring. Keutamaannya ia
mesti senang digunakan dan jika perlu senang untuk dibengkokkan terutamanya disudut-
sudut tajam. Fungsi tetulang jejaring ini adalah sebagai satu rangkai yang mudah untuk
memberi bentuk dan juga menyokong konkrit.

Tetulang jejaring ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu :


i. Tetulang jejaring dawai hexagonal.
Jejaring ini adalah yang mudah dikenali dan termurah sekali. Jejaring ini juga
dikenali sebagai ‘chicken wire mesh’ dan dawai yang biasa digunakan adalah
bersaiz antara 10-25mm (diameter).

ii. Tetulang jejaring dawai terkimpal.


Dawai yang membentuk jejaring ini dibuat daripada keluli yang berkekuatan kecil
dan sederhana. Dawai ini lebih kuat dan teguh, daripada dawai jenis hexagonal.
Jejaring jenis ini boleh dibentukkan kepada bentuk lengkuk struktur. Keburukan
jejaring ini ialah merupakan kelemahan sambungan dua dawai kerana kimpalan
sering tidak dibuat dengan baik pada masa membuat jejaring ini.
iii. Tetulang rangka.
Penggunaannya adalah untuk rangka struktur yang merupakan lapisan-lapisan
jejaring diikat. Tetulang rangka diletakkan dengan jarak jauh sebanyak 30cm empat
persegi. Saiz garispusat tetulang 4.20mm dan 6.25mm adalah yang paling biasa
digunakan.

Gambar 3 : Tetulang Dalam Bentuk Jejaring

5.5.1 Penyimpanan Tetulang


Tetulang yang telah sampai di tapak bina perlulah diikatkan mengikut saiz yang
digunakan. Ianya disusun mengikut jenis, panjang dan saiz tetulang tersebut. Jika tetulang
tersebut berkarat, maka ianya hendaklah dibuang dan diganti semula. Tetulang hendaklah
sentiasa bersih dan jauh dari kotoran minyak, karat, tanah dan bahan-bahan lain (Rujuk
Gambar 4).

Gambar 4 : Penyimpanan Tetulang Di Tapak Bina


Pemasangan Tetulang di Tapak Bina

Tetulang dipasang mengikut lukisan kejuruteraan yang disertakan untuk sesuatu binaan
tersebut. Adalah amat penting untuk memastikan adanya penutup konkrit (concrete
cover) bagi tetulang tersebut.

Oleh itu, setiap struktur hendaklah mengikut ketetapan jadual penutup konkrit. Keluli ini
diikat dengan besi pengikat gauge 16 atau 18. Besi pengikat ini digunakan untuk tujuan
menstabilkan dan memudahkan peletakan rangkaian tetulang.

Di dalam CP 110, kita dapat ketahui kehendak-kehendak rekabentuk tetulang di dalam


bahagian struktur bangunan. Segala pembengkokan hendaklah dibuat mengikut lukisan
kejuruteraan dengan tolerans kerja ialah 25% (Rujuk Rajah 5.8).

Rajah 8 : Kiraan Bagi Bengkokan Besi Tetulang


Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)
Pembinaan Konkrit Bertetulang

Kaedah Pembengkokan Bar Tetulang

 kerja-kerja pembengkokan bar tetulang dijalankan setelah selesai kerja-kerja


pemotongan.
 Ia menggunakan alat pembengkok tangan yang diletakkan di atas meja.
 Meja mestilah cukup panjang untuk meletakkan bar tetulang yang panjang (Rujuk
Gambar 5.5).
 Sekiranya bar terlalu panjang dan banyak, maka dua alat pembengkok digunakan.
 Pembengkokan bar dilakukan dengan perlahan supaya tidak berlaku retak rerambut.
 Untuk bar yang bergarispusat besar, bar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.
 Untuk bar yang alah tinggi, tidak boleh dipanaskan sebelum dibengkokkan.

Gambar 5 : Meja dan Mesin Bagi Kerja Membengkok Tetulang (Bar)

Kaedah Susunan, Jarakkan Ikatan Dan Pemasangan Keluli.

Selepas pemotongan bar, kerja-kerja mengikat bar dengan dawai halus. Tujuannya
supaya tidak berlaku pergerakan terutama apabila kerja-kerja concreting dijalankan.
Dawai pengikat yang digunakan adalah bergarispusat 0.8 mm hingga 1.6 mm. Untuk
mendapatkan jarak antara acuan dan bar tetulang yang sesuai maka blok-blok kecil
konkrit (spacer block) digunakan (Rujuk Rajah 5.9).

Rajah 9 : Cara Mengikat Rajah 10 : Spacer Block

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Kaedah Sambungan
Sambungan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
a) Sambungan lekap
b) Sambungan kimpal
c) Sambungan kimpal tertekan

Rajah. 11 : Sambungan Lekap, Kimpal dan Kimpal Tertekan


Sambungan Lekap Sambungan Kimpal Samb. Kimpal Tertekan

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Sambungan Bagi Tiang


Sebaik-baik sambungan perlulah dibuat pada 1/3 ketinggian tiang dari bawah

Sambungan Rasuk
Sambungan bagi rasuk perlu dibentuk ¼ jarak rasuk dari kedua-dua hujung.
Tambatan
Berlaku apabila menyambung dua bahagian binaan konkrit tetulang yang mana bar disampaikan
ke dalam bahagian yang lain. Contohnya ialah antara tiang dan rasuk atau antara asas dengan
tiang (Rujuk Rajah 12).

Rajah 12 : Tambatan Bagi Tiang Dan Asas

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Susunan dan Jarak Tetulang

ditempatkan di titik-titik di mana adanya tegasan maksimum seperti di bawah permukaan


struktur. Ini adalah kerana kemasukan tetulang boleh menyebabkan bar / tetulang
berkarat dan ini akan melemahkan ikatannya dengan konkrit. Jarak dari permukaan
konkrit ke tetulang dipanggih penutup (concrete cover) dan biasanya berjarak 15 mm
hingga 40 mm.

Pembinaan Kotak Bentuk (Formwork).


 Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah papan, papan lapis, keluli, getah
polystyrene, sistem thermo dan lain-lain lagi.
 Untuk kerja-kerja pembinaan yang besar, kotak bentuk merupakan sebahagian
daripada sistem kerja.
 Sistem tupang peranca (scaffolding) digunakan untuk menyokong kotak bentuk.
Tujuannya adalah untuk menahan beban yang dikenakan ke atasnya.
 Peranca yang biasa digunakan ialah peranca keluli atau sangga keluli.
Gambar 5.6 : Kotak Bentuk Menggunakan Keluli

Sumber : Fundamentals of Building Construction, Materials & Methods (Edward Allen)

Kegunaan Kotak Bentuk (Formwork)

i. Untuk memasukkan konkrit basah sebelum dimampat supaya ia boleh mencapai


kekuatan yang diperlukan.
ii. Mendapatkan ahli struktur konkrit mengikut bentuk dan juga saiz yang
dikehendaki.
iii. Untuk memperolehi kemasan yang baik.

Rujuk Rajah 13 : Kotak Bentuk Bagi Tiang


Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Gambar 7 : Kotak Bentuk Bagi Rasuk (Beam)

Ciri-ciri kotak bentuk yang baik:


i. Kotak bentuk hendaklah kuat untuk menahan dari berlakunya pesongan semasa
penempatan konkrit basah dilakukan.
ii. Mesti kuat untuk menampung beban kerja (working load)
iii. Mestilah dibina dengan tepat tanpa melebihi had-had yang ditetapkan.
iv. Semua sambungan hendaklah ketat untuk mengelakkan kehilangan mortar dari
konkrit basah.
v. Saiz panel dan unit hendaklah mudah untuk dikelolakan dan rekabentuk hendaklah
mengambilkira kaedah penegakan dan juga pembukaan.

Tempoh Minima Bagi Pembukaan Kotak Bentuk (Pampan) Untuk Struktur


Tempoh pembukaannya kotak bentuk adalah bergantung kepada jenis konkrit yang
digunakan, cuaca,kaedah pengawetan dan lain-lain. Kotak bentuk dibuka apabila ianya
cukup kuat untuk menanggung beban berat sendiri dan beban-beban yang akan
dikenakan.

Jadual 5 : Tempoh Pembukaan Kotak Bentuk (Formwork)


Tempoh Bukaan
Tempat Acuan
Lantai (floor) dengan kelebaran 3.3 meter 21 hari
Lantai (floor) yang melebihi 3.3 meter 28 hari
Balak Konkrit (Concrete Beam) 28 hari
Tiang (Column) 14 hari
Dinding (Wall) 7 hari

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

You might also like