You are on page 1of 25

TANGKAPAN, GELEDAH,

PENGGUNAAN GARI
Oleh: Tuan Hj Mohd Razali
B. Hj Abu Bakar
PULAPEN – JAB
KESELAMATAN &
PENGUATKUASA DBKL
SKOP SYARAHAN
 TANGKAPAN
Isu-Isu
Kuasa Tangkapan
Cara Tangkapan
 GELEDAH
Undang-undang
Tindakan
 PENGGUNAAN GARI
Pendahuluan & Undang-Undang
Kategori Orang Yang Boleh Digari
Cara Menggunakan Gari
TANGKAPAN
ISU UTAMA

HAK KEBEBASAN

Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan:

(1) Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan


kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang

(2) Jika ditahan dengan menyalahi undang-undang, Mahkamah


Tinggi perlu siasat pengaduan dan memerintahkan orang itu
dibawa ke hadapan Mahkamah; (Kes-kes Habeas Corpus)
(3) Jika ditangkap, hendaklah diberitahu dengan beberapa segera sebab-
sebab ia ditangkap dan untuk dibenarkan berunding dan dibela
dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya. (Kes
Ooi Ah Phua (1978) 2 MFJ FC – memutuskan perlu
mempertimbangkan tugas polis menyiasat kes keatas hak ini.)

(4) Jika ditangkap dan tidak dilepaskan dalam masa 24 jam, orang itu
perlu dihadapkan ke seorang Majistret untuk ditahan lanjut.
(Kanun Prosidur Jenayah sek. 117 tahanan lanjut siasatan polis – 14
hari)
(Kes-kes ISA, Akta Kediaman Terhad (tahanan 60 hari) dikecualikan.
AKIBAT MENAHAN TANPA SAH

1) Boleh dianggap sebagai penahanan salah


d/b sek 341 Kanun Keseksaan
2) Pengurungan salah d/b sek 342 Kanun
Keseksaan
3) Menggunakan kekerasan Jenayah d/b sek
352 Kanun Keseksaan
4) Tindakan sivil di Mahkamah
KUASA-KUASA TANGKAPAN
JENIS UNDANG-UNDANG
 Akta – undang-undang diluluskan oleh Parlimen
 Ordinan – undang-undang dibuat selepas Malayan
Union (1946-1957). Bagi Negeri Sarawak semua
undang-undang negeri ini adalah dibawah tajuk
Ordinan sehingga kini.
 Enakmen – undang-undang negeri termasuk negeri-
negeri Melayu sebelum kemerdekaan
 Kanun Keseksaan, Kanu Prosidur Jenayah –
kesemuanya adalah Akta dan Parlimen
membenarkan kedua-dua Akta ini dipanggil sebagai
“Kanun”.
TANGKAPAN
KUASA-KUASA TANGKAPAN

 Terkandung dalam Kanun Prosidur Jenayah Sek. 23


(a) Menangkap tanpa waran mana-mana orang yang
melakukan kesalahan sesuatu undang-undang yang
sedang berkuat kuasa.
(b) Hanya kepada Pegawai Polis atau Penghulu

 Undang-undang lain yang memberi kuasanya sendiri kepada


mana-mana pihak yang berkenaan.
(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Enakmen Hiburan dan
Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995.
TANGKAPAN
ISU SEMASA

Bolehkan orang awam bertindak menangkap


penjenayah?

S.27 KPJ: Memberi kuasa orang awam


menangkap:
(1) Orang yang melakukan kesalahan yang boleh ditangkap dan tidak boleh dijamin yang
berlaku pada pandangannya;
(a) Kesalahan yang boleh ditangkap ertinya kes-kes dalam Jadual Pertama,
Ruangan Ketiga KPJ seperti kes rogol, bunuh.
(b) Pada pandangannya ertinya – PP v Sam Hon Choy [1995] 4 MLJ 21 – “In his
view” perlu diberi pentafsiran yang lebar dan termasuklah “in his presence”.

(2) Orang yang di proklamasi d/b sek. 44 KPJ (melarikan atau menyembunyikan diri dpd
waran Mahkamah)

(3) Orang yang melakukan kesalahan terhadap harta orang lain dan beliau boleh ditangkap
oleh empunya harta atau orang gajinya bagi tujuan mendapatkan nama dan tempat
tinggal orang itu.
CARA MENANGKAP

 S. 15 Kanun Prosidur Jenayah (KPJ) memberi kuasa kepada


Pegawai Polis atau orang lain untuk membuat tangkapan
dengan cara:
(1) Menyentuh atau mengurung badan orang yang hendak
ditangkap, melainkan ia menyerahkan diri melalui
percakapan ataupun tingkah lakunya.
(2) Jika yang hendak ditangkap melawan dengan kekerasan,
cuba lari daripada tangkapan, maka boleh menggunakan
sebarang langkah yang perlu untuk melaksanakan
tangkapan
(3) Tidak ada hak menyebabkan kematian jika kesalahan
bukan satu yang boleh dihukum mati atau penjara seumur
hidup
TINDAKAN SELEPAS TANGKAPAN

 Tindakan tertakluk kepada undang-undang yang memberi


kuasa menangkap. (Contoh: S. 21 Enakmen Hiburan dan
Tempat-Tempat Hiburan Selangor 1995 – untuk dibawa ke
balai polis berdekatan dan dihadapkan ke Mahkamah dalam
tempoh 24 jam ataupun diberi jaminan)

 S. 25 KPJ Tangkapan oleh Penghulu – diserah kepada balai


polis berdekatan

 S. 27 KPJ Tangkapan orang awam – diserah kepada balai


polis berdekatan
TINDAKAN SEMASA TANGKAPAN

 S. 16 KPJ
(1) Kewajipan tuan punya premis di mana orang yang hendak
ditangkap dipercayai telah masuk, membenarkan dan
memberi segala kemudahan untuk menjalankan
penggeladahan kepada orang yang menjalankan waran
tangkap.
(2) Kuasa memecahkan mana-mana pintu luar/dalam atau
tingkap jika tidak diberi kebenaran memasuki premis setelah
dimaklumkan tujuannya.
 Terdapat lain-lain undang membenarkan tindakan seperti
diatas tanpa waran jika kelewatan mendapatkan waran akan
menjejaskan penangkapan.
TINDAKAN SEMASA TANGKAPAN

 S. 18 KPJ
Kuasa memecahkan mana-mana tempat untuk melepaskan
dirinya sendiri atau mana-mana orang lain dalam premis yang
hendak dilakukan penangkapan.
 S. 19 KPJ
(1) Orang yang ditangkap itu tidak tertakluk pada halangan
yang lebih daripada yang difikirkan patut supaya menahan ia
daripada melarikan diri.
(2) Pemeriksaan seorang perempuan mestilah dilakukan oleh
seorang perempuan lain dengan menitikberatkan
kesopanan.
TINDAKAN SEMASA TANGKAPAN

 S. 21 KPJ
Kuasa merampas senjata yang merbahaya

 S. 22 KPJ
Orang disebabkan mabuk, sakit, gila, tersangat
muda, tidak berupaya memberi maklumat yang
memuaskan mengenai dirinya sendiri, bolehlah ia
diperiksa untuk menentukan nama dan tempat
kediamannya.
TAKE FIVE!
GELEDAH

 TUJUAN
Mencari sesuatu yang berkait dengan kesalahan
yang sedang disiasat dan akan menjadi barang kes
semasa perbicaraan untuk membuktikan sesuatu
tuduhan.

Kuasa geledah, dengan atau tanpa waran, berbeza


pada setiap undang-undang berkuat kuasa.
GELEDAH
 MENGGELEDAH DENGAN WARAN
Peruntukan d/b S. 54 KPJ – Geledah untuk mendapatkan harta
benda, dokumen atau membenarkan sesuatu pemeriksaan am
bagi tujuan sesuatu penyiasatan.

S. 56 KPJ – Majistret mempunyai kuasa mengeluarkan waran


geledah tersebut dengan kuasa merampas barang kes dan
untuk barang dirampas dihadapkan dengannya.

S. 59 KPJ – Kuasa memecahkan pintu/tingkap luar atau dalam


untuk melaksanakan waran jika mana-mana orang enggan
memberi kerjasama/kebenaran masuk.
GELEDAH
 TINDAKAN SELEPAS GELEDAH DENGAN WARAN
Menandatangani dibelakang waran geledah tarikh,
masa dilaksanakan.

S. 64 KPJ – Pegawai yang membuat penggeladahan


perlu membuat satu senarai pemeriksaan dan untuk
menyerahkan satu salinan kepada tuan punya
premis di mana barang dirampas ataupun kepada
tuan punya barang.
(Akibat tidak membuat senarai pemeriksaan – buang
kes)
PENGGUNAAN GARI

 PENDAHULUAN
TIADA UNDANG-UNDANG TERHADAP
KEGUNAAN GARI

POLIS MENGIKUTI PERATURAN-PERATURAN


TERKANDUNG DALAM PERINTAH TETAP KETUA
POLIS NEGARA
PENGGUNAAN GARI

 S. 15 kpj – “…pegawai polis atau orang lain (yang


membuat tangkapan) boleh menggunakan sebarang
langkah yang perlu melaksanakan tangkapan itu.”
(Ingatan:S. 19 KPJ – Ditegah menahan secara berlebih-lebihan)

 AKIBAT MELEPASKAN ORANG TAHANAN


S. 223 Kanun Keseksaan untuk pegawai kerana cuai melepaskan orang
tahanan;
S. 224 Kanun Keseksaan untuk orang tahanan yang melarikan diri.
(Penjara dua tahun, denda ataupun kedua-duanya)
PENGGUNAAN GARI

 PRINSIP KEGUNAAN GARI


Kegunaan gari adalah untuk menentukan orang
tahanan selamat ditahan dan digunakan apabila
perlu sahaja.

Pegawai bertanggungjawab untuk orang tahanan


perlu menimbangkan segala keadaan termasuklah
kategori orang tahanan, sikap orang tahanan,
kesalahan orang tahanan sebelum membuat
keputusan menggunakan gari.
PENGGUNAAN GARI
 KATEGORI TIDAK SEMESTINYA GARI
(1) Orang tua dan uzur
(2) Kecacatan yang tidak memberi peluang kepada orang tahanan melarikan
diri
(3) Juvana (dibawah 18 tahun)
(4) Orang-orang yang terlibat dalam kes tidak serius atau kes sivil
(5) Orang-orang yang tidak akan melarikan diri
(6) Orang tahanan perempuan

 Bagi orang tahanan perempuan, samada digari ataupun tidak,


ianya perlu dijagai oleh eskot perempuan.

 Selain daripada kategori yang telah dinyatakan, lain orang lelaki (dewasa)
perlu digari.
PENGGUNAAN GARI

 CARA MENGGUNAKAN GARI


(1) Bagi setiap orang tahanan – tangan kebelakang dan
digari.

(2) Bagi dua orang tahanan – gari dihadapan diantara


tangan kiri seorang tahanan dengan tangan kanan seorang
lagi.

(3) Kunci gari perlu disimpan oleh penyelia eskot/lain


anggota mengikuti.
PENGGUNAAN GARI

 PERJALANAN ORANG TAHANAN


(1)Apabila berjalan kaki, orang tahanan perlu berjalan sedikit
hadapan daripada eskot supaya eskot dapat
memerhatikan gerak geri orang tahanan.

(2) Jika dalam motokar, bagi seorang tahanan, ianya


digari di tangan kanan kepda tangan kiri eskot.

(3) Keadaan menggari tidak bertukar untuk dua orang


tahanan.
SESI SOAL JAWAB

You might also like