You are on page 1of 15

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WESTON,

PETI SURAT 197,

89808 BEAUFORT, SABAH

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA UNIT


BERUNIFORM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WESTON
TAHUN 2008

TARIKH : 1 – 3 OGOS 2008

TEMPAT : PADANG SMK WESTON, BEAUFORT, SABAH


A. PENGENALAN :

Unit beruniform SMK Weston akan menganjurkan Perkhemahan Perdana bagi semua
unit-unit pakaian seragam yang bernaung di bawahnya. Peserta yang akan mengambil bahagian
adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 4 dan 6 Rendah. Aktiviti perkhemahan ini
akan berjalan dari 01 Ogos hingga 03 Ogos 2008, iaitu selama 3 hari dan 2 malam bertempat di
kawasan padang Sekolah Menengah Kebangsaan Weston.

B. RASIONAL :

Aktiviti perkhemahan adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti utama kegiatan


kokurikulum di sekolah. Aktiviti ini akan dapat memupuk unsur pembangunan kemanusiaan di
kalangan peserta di samping menerapkan unsur-unsur mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi,
tolong menolong, berdisiplin dan mengutamakan kepentingan bersama melebihi kepentingan diri
sendiri. Aktiviti ini juga dapat mendedahkan para peserta dengan cabaran fizikal dan mental di
samping mengembangkan kreativiti peserta dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan
mereka. Selain daripada itu, aktiviti yang dilaksanakan akan dapat membantu para peserta
mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor dalam diri masing-masing.

C. OBJEKTIF :

Adalah diharapkan aktiviti Perkhemahan Perdana ini akan dapat :

a. Mendedahkan para peserta perkhemahan tentang aspek dan asas dalam perkhemahan.
b. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
c. Melatih dan membimbing para peserta melaksanakan aktiviti kehidupan seharian
secara teratur dan berdisiplin.
d. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing
dalam pelbagai bidang.
e. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan Prinsip Rukunegara.
f. Memberi peluang kepada para peserta mewujudkan semangat integrasi antara
pelbagai kaum dan agama.
g. Menanamkan semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
D. KONSEP PELAKSANAAN :

Aktiviti perkhemahan akan dilaksanakan berasaskan konsep ‘Pembelajaran Melalui Aktiviti’


yang akan disampaikan melalui unsur-unsur berikut :

a. Pemupukan semangat bekerjasama dan berpasukan.


b. Penerapan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni.
c. Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi.
d. Pemantapan kemampuan fizikal dan toleransi fisiologi.
e. Pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.
f. Pemantapan disiplin kendiri serta berpasukan.
g. Pengukuhan keimanan dan ketakwaan.
h. Menyemai perkembangan daya saing dan daya juang.
i. Membina ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa.
j. Menjana pelbagai pengalaman bersama secara harmonis.

E. SENARAI AKTIVITI :

BIL AKTIVITI ASAS AKTIVITI KAEDAH

1. Pertandingan Kawad Berpasukan Disiplin kendiri dan Pasukan


berpasukan. Campuran
Patuh kepada arahan.
Keseragaman.

2 Pertandingan Memasak Kerjasama dalam pasukan. Antara Unit

3. Pertandingan Merentas Halangan Kemahiran dan kecekalan Berkumpulan


Dan Jalan Lasak diri individu dan pasukan.
Ketabahan menghadapi
cabaran.

4. Kraf Perkhemahan Pemupukan daya kreativiti Antara Unit


dan semangat bekerjasama.

5. Malam Persembahan Antara Unit Memupuk bakat dan daya Antara Unit
Beruniform kreativiti.

6. Kegiatan Kerohanian, Keagamaan Keimanan Dan Ketakwaan. Semua Peserta


Dan Moral
F. KETETAPAN PELAKSANAAN :

1. Tarikh : 01 hingga 03 Ogos 2008.

Hari : Jumaat – Ahad.

Tempat : Padang SMK Weston, Beaufort.

2. Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah :

a. Tarikh : 03 Ogos 2008.

b. Hari : Ahad.

c. Masa : 11.00 pagi.

d. Perasmi : Tuan Pengetua SMK Weston.

G. MAKLUMAT PENYERTAAN :

Setiap pasukan pakaian seragam akan HANYA diwakili oleh :

Pelajar : Tingkatan 1, 2, 4 dan 6 Rendah sahaja.

Jumlah : 20 peserta terdiri daripada 10 lelaki dan 10 perempuan

bagi setiap unit beruniform (kecuali Puteri Islam).

H. JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN PERDANA 2008 :

Penaung : En.Abd.Samat B. Jumat (Pengetua)

Penasihat I : En.Zulailli B. Hason (PK Pentadbiran)

Penasihat II : En.Wira B. Idris (PK HEM)

Pengerusi : Tuan Hj.Suhardi B. Samidi (PK Kokum)

Setiausaha : En.Mohd.Noor Ridhwan B. Abdullah

(Penyelaras Unit Beruniform)


AJK : Ketua-Ketua Penasihat

1. En.Hamzah B. Mahmun – Pengakap.

2. En.Md.Hussin B. Kamaruddin – KRS. (En.Abd.Ghaffor Awg.Yaacob)

3. En.Mazlan B. Joleh – PBSM. (Ismandi Sarbini)

4. Pn.Siti Muslihat Bt. Ag.Damit – Pandu Puteri.

5. En.Abd.Ghani Hj.Kambar – Bomba.

6. Ustazah Nik Zuraida Nik Long – Puteri Islam.

7. En.Affendi B. Abd.Rahman – Kadet Polis. (En.Irwan Misdon)

I. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERKHEMAHAN PERDANA 2008 :

PENYELARAS PERKHEMAHAN : Tuan Hj,Suhardi B. Samidi

PEN. PENYELARAS PERKHEMAHAN : En.Mohd.Noor Ridhwan Lee

KOMANDAN KEM : En.Mohd.Hussin B. Kamaruddin

TIMB. KOMANDAN : En.Lalim B. Hj.Tarip

URUSETIA PENDAFTARAN : Pn.Norasmah Hj.Abu Bakar (K)

Pn.Hassnidah Ali Hassan

6 orang pelajar Ting, 6 Rendah.

JAWATANKUASA PERALATAN / KHEMAH : En.Yunus Hj.Idris (K)

En.Imran B. Idris

En.Ibrahim Hj.Ag,Besar

En.Abd.Kadir Hj.Kula

JAWATANKUASA KESELAMATAN : En.Amin Yusop Sulaiman (K)

Cik Faridah Ali


JAWATANKUASA KECEMASAN : En.Mazlan B. Joleh (K)

Cik Sazliana Armawansah

En.Christopher Sia Pik Lok

JAWATANKUASA KEROHANIAN / AGAMA : Ustaz Ghazali Shafie Mat Rashid (K)

Ustaz Marzuba Mohammad

Tuan Hj.Mat Puziha Mat Ail

JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN AKTIVITI :

En.Affendi Abd.Rahman (K) 10 pelajar Ting.6 Rendah.

En.Mohd.Noh Sahri B. Salleh

En.Mohd.Nazri Musuhin

Cik Harmawati Mohd.Wali

JAWATANKUASA KEBERSIHAN :

En.Mohd.Suhaimi Muda (K)

En.Al Hussin Saimih

Cik Junaidah Mokhtar

Pn.Siti Sarah Seliman

JAWATANKUASA HADIAH :

Cik Zuraifah Abd.Rajak (K)

Cik Norshaheera Ibrahim

Cik Nurul Tahirah Tasim

Cik Karamjit Kaur a/p Manjit Singh


JAWATANKUASA MAKANAN :

Pn.Sharifah Hj.Abdullah (K)

Cik Norazillah Bt. Sulaiman

Cik Wan Nor Hasmuni Wan Mahmod

J. JAWATANKUASA KAWALAN MALAM :

En.Abd.Ghaffor Awg.Yaacob (K)

En.Mohd.Fazli Jani

K. JAWATANKUASA PENGADILAN / PENGHAKIMAN :

Tuan Hj.Suhardi Samidi (K)

En.Mohd.Noor Ridhwan Lee

En.Affendi Abd.Rahman

L. JAWATANKUASA RIADAH :

Cik Faridah Ali (K)

En.Saridun Mohd. Jinin

En.Amin Yusop Sulaiman

M. JAWATANKUASA BILIK MANDI / TANDAS :

En.Imran B. Idris (K)

En.Mohd.Afri Tangilol

Cik Faridah Ali

Cik Junaidah Mokhtar

N. JAWATANKUASA PENUTUPAN :

En.Idrus Shuhaini (K)

Pelajar Ting.6 Rendah.


LAMPIRAN
TENTATIF PROGRAM
01 OGOS 2008 (JUMAAT)

MASA 02.00 pm - Pendaftaran peserta mengikut unit masing-masing.

03.00 pm - Taklimat oleh PK Kokum / Penyelaras.

03.50 pm - Upacara Menaikkan Bendera dan Menyanyikan Lagu

Kebangsaan.

04.00 pm - Pembahagian tapak perkhemahan serta mendirikan

khemah.

05.00 – 05.30 pm - Membersihkan diri / Solat.

06.00 – 09.00 pm - Pertandingan Memasak Antara Kumpulan.

- Solat / Tazkirah.

- Makan malam.

10.00 pm - Persiapan untuk hari berikutnya dalam unit masing-

masing.

10.50 pm - Upacara Menurunkan Bendera dan Menyanyikan

Lagu Kebangsaan.

11.00 pm - Tidur.

02 OGOS 2008 (SABTU)

MASA 04.30 - 06.00 am - Bersihkan diri / Solat / Tazkirah.

06.30 – 07.00 am - Senaman beramai-ramai.

07.15 am - Upacara Menaikkan Bendera dan Menyanyikan


Lagu Kebangsaan.

07.30 am - Sarapan pagi.

08.00 – 10.30 am - Pertandingan Merentas Halangan dan Jalan Lasak.

11.00 - 01.00 pm - Menyiapkan makan tengahari / Solat / Makan.

02.00 – 04.00 pm - Latihan Kawad Kaki.

05.00 – 08.30 pm - Menyediakan makan malam / Solat / Tazkirah / Makan.

09.00 – 10.50 pm - Malam Persembahan Antara Unit Beruniform.

11.00 pm - Upacara Menurunkan Bendera dan Menyanyikan Lagu

Kebangsaan.

11.15 pm - Tidur.

03 OGOS 2008 (AHAD)

MASA 04.30 – 06.00 am - Membersihkan diri / Solat / Tazkirah.

07.00 am - Upacara Menaikkan Bendera dan Menyanyikan

Lagu Kebangsaan.

07.15 am - Sarapan Pagi.

07.30 – 08.30 am - Pertandingan Kawad Berpasukan.

09.00 – 10.00 am - Mengemas khemah / Membersihkan tapak perkhemahan.

11.00 – 12.00 - Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan Perkhemahan

Perdana Tahun 2008 oleh Tuan Pengetua.

12.05 pm - Upacara Menurunkan Bendera dan Menyanyikan Lagu

Kebangsaan.

12.20 pm - BERSURAI.
ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN :
JADUAL KAWALAN MALAM

01 OGOS 2008 (JUMAAT)

Masa 11.00 pm – 01.00 am : 1. En.Abd.Ghaffor Awg.Yaacob

2. En.Faizal B. Arshad

3. En.Yunus Hj.Idris

4. En.Mohd.Suhaimi B. Muda

01.00 – 03.00 am : 1. En.Mohd.Hussin B. Kamaruddin

2. En.Mazlan B. Joleh

3. En.Mohd.Noor Ridhwan Lee

4. En.Mohd.Fazli B. Jani

03.00 - 05.00 am : 1. En.Idrus Shuhaini

2. En.Al Hussin B. Saimih

3. En.Amin Yusop B. Sulaiman

4. Tuan Hj.Mat Puziha B. Mat Ail

02 OGOS 2008 (SABTU)

Masa 11.00 pm – 01.00 am : 1. En.Saridun Mohd.Jinin

2. En.Mohd.Noh Sahri B. Salleh

3. En.Ismandi B. Sarbini

4. En.Irwan B. Misdon

01.00 – 03.00 am : 1. En.Abd.Kadir B. Hj.Kula

2. En.Affendi B. Abd.Rahman

3. En.Christopher Sia Pik Lok


4. En.Mohd.Afri B. Tangilol

03.00 – 05.00 am : 1. En. En.Mohd.Nazri B. Musuhin

2. En.Lalim B. Hj.Tarip

3. En.Ismail B. Langgar

4. En.Abd.Ghani B. Hj.Kambar
PERATURAN TETAP PERKHEMAHAN
1. Penyertaan :

Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 4 dan 6 Rendah sahaja

berasaskan kuota yang telah ditetapkan bagi setiap unit pakaian seragam. Setiap pelajar

yang terpilih menyertai perkhemahan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada

ibubapa atau penjaga.

2. Disiplin Perkhemahan :

Semua peserta diwajibkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa menyertai

perkhemahan.

3. Peraturan Perkhemahan :

- Setiap peserta dikehendaki menginap di khemah yang telah ditetapkan.

- Tiada seorang peserta pun dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa

kebenaran Kem Komandan.

- Semua peserta adalah dilarang sama sekali membawa pihak luar ke kawasan / tapak

perkhemahan.

- Semua peserta juga dilarang membawa masuk sebarang senjata atau peralatan yang

boleh digunakan sebagai senjata, termasuklah juga barang-barang berharga seperti

telefon bimbit dan barang kemas.

- Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari

semasa ke semasa.

- Semua peserta hendaklah peka kepada kepentingan menjaga keselamatan diri di

sepanjang perkhemahan berjalan.

Justeru itu, kejayaan dan kelancaran perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua

pihak yang terlibat.


IKRAR PERKHEMAHAN

Kami

Para peserta Perkhemahan Perdana Unit Pakaian Seragam

SMK Weston bagi tahun 2008

Dengan penuh keikhlasan dan takzimnya berikrar :

Bahawa kami akan menyertai perkhemahan ini dengan bersungguh-sungguh.

Bahawa kami akan menjalankan semua aktiviti yang dirancang dengan tabah dan penuh
semangat.

Bahawa kami akan memanfaatkan peluang yang diberi untuk memperkaya pengetahuan dan
kemahiran kami serta mempereratkan lagi perpaduan di antara kami.

Bahawa kami akan menghargai dan menjunjung tinggi segala panduan, nasihat dan tunjuk ajar
yang bakal kami perolehi.

Bahawa kami akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dengan penuh kesedaran
dan tanggungjawab.

Bahawa kami akan menghadapi setiap kesukaran dan masalah sebagai suatu cabaran dan ujian.

Bahawa kami akan berusaha bersama-sama menjayakan perkhemahan ini.

Bahawa kami akan kembali dengan semangat perjuangan yang tinggi

Dan kamilah

PENDUKUNG CITA-CITA BANGSA DAN NEGARA

You might also like