You are on page 1of 46

BAHASA

MELAYU 2
WACANA
DEFINISI
WACAN
A
Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh
dan melebihi batas ayat.

Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang


tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat.

Fonem Morfem Kata Frasa Klausa


Ayat Wacana

Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan.


Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato, ucapan,
khutbah, dan dialog.
• Dalam bentuk tulisan pula terdiri daripada laporan, surat, rencana,
cerpen, novel, dan puisi.

• Keutuhan fikiran dalam wacana sangat penting. Hal yang demikian


adalah kerana menerusi keutuhan ini, ahli bahasa dapat menentukan
sama ada sesuatu bentuk ujaran atau tulisan itu merupakan wacana
atau hanya terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak berhubungan.

Wacana juga dikatakan melebihi batas ayat, ini adalah kerana:

Dalam kajian wacana, aspek yang diteliti tidak terbatas pada


tahap ayat sahaja tetapi turut merangkum aspek-aspek yang
lebih luas daripada ayat.

Sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua ayat, sejumlah


ayat, satu perenggan, sebuah karangan, satu bab, sebuah buku,
ataupun satu siri buku.
• Wacana boleh terdiri daripada satu ayat yang dikaitkan dengan
konteks dan fungsi penggunaanya.

• Contoh ayat “Mengapa bising sangat” :

Daripada segi struktur merupakan ayat tanya

Tetapi apabila dilihat dalam konteks di bilik darjah, ayat ini ialah
ayat perintah, iaitu seorang guru dengan tegas memerintahkan
pelajarnya supaya senyap.
Ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa yang berasaskan
aliran stuktural (rumus) dan transformasi generatif adalah tidak
lengkap kerana huraian mereka berakhir pada tahap ayat sahaja
walhal penggunaan bahasa yang sebenarnya sering melebihi batas
ayat.

Oleh hal yang demikian, huraian bahasa sewajarnya dilanjutkan hingga


tahap wacana. Sehubungan dengan itu, kemampuan menghasilkan
wacana menjadi kayu ukur terhadap kecekapan berbahasa seseorang.
CIRI-
CIRI
WACAN
A
~CIRI-CIRI
WACANA~
Mempunyai tema
Bermotif
Gaya bahasa
Kohesi dan koherens
Tiada ayat tautologi
Elemen-elemen yang logikal
dan realistik
Terdiri daripada andaian
(subjek) dan inferensi
1. MEMPUNYAI
TEMA
Pengarang atau penulis
berkesempatan
menentukan etika dan
prosedur penghasilan
penulisan.
2. BERMOTIF

Penulisan bertujuan
untuk pebaca menilai
dan mengenalpasti
hubungan hasil bacaan
dengan pembaca.
3. GAYA BAHASA
Karya menggunakan gaya
bahasa yang sesuai kepada
para pembaca. Adakalanya,
gaya bahasa yang digunakan
mampu menimbulkan kesan
dialek sosial (laras bahasa
biasa) dalam pertuturan.
4. KOHESI DAN
KOHERENS
Ayat-ayat dihubungkan
dengan menggunakan
penanda wacana agar ayat-
ayat tersebut berkohensi
(makna tautan) dan
koherens (logik).
5. TIADA
AYAT
TAUTOLOGI

Ayat tautologi (ayat


yang sudah
dinyatakan
sebelumnya) tidak
perlu diulang.
6. ELEMEN-ELEMEN YANG
LOGIKAL DAN REALISTIK

Hasil penulisan perlulah


bersifat kenyataan, logik
dan realistik, bukanlah
rekaan individu semata-
semata.
7. TERDIRI DARIPADA
ANDAIAN (SUBJEK) DAN
INFERENSI (KOMEN/ASERI)
Kucing Parsi itu comel.

ANDAIAN INFERENSI

Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu


inferensi sahaja.
Tetapi adakalanya andaian dapat ditentukan oleh
pembaca tanpa ditulis.
Contoh : Keluar!
PENANDA
WACANA
PENANDA WACANA

Bermaksud kata, rangkai kata atau frasa yang


menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran.
Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana
bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan.
CONTOH PENANDA WACANA

Tambahan
Selanjutnya, seterusnya, selain itu, di samping itu,
tambahan lagi, demikian juga, begitu juga

Tambahan dan Penegasan


Lebih-lebih lagi, tambahan pula, malah, malahan,
bahkan, lagipun

Sebab, Kesan atau Lanjutan


Oleh sebab itu, dengan itu, dengan demikian, jadi,
sebagai akibatnya, sebagai hasilnya
Pertentangan
Namun begitu, namun demikian, bagaimanapun, walaupun,
akan tetapi, sungguhpun begitu

Perkaitan
Sehubungan dengan itu, dalam hal ini, berhubung dengan,
dari segi, sejajar dengan, selaras dengan, merujuk kepada

Waktu
Sebelum itu, kini, pada masa ini, sementara itu, kemudian,
pada waktu yang sama, lama-kelamaan, akhirnya
Tempat
Disini, di sana, di samping, berhampiran dengan,
bersebelahan dengan, bertentangan dengan

Perbandingan
Dalam hal yang demikian, sebagaimana, seperti juga,
serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

Contoh
Misalnya, sebagai contoh, contohnya
Pernyataan semula
Yakni, dengan kata lain

Urutan
Pertama, kedua, selepas itu, kemudian, akhirnya

Tujuan dan Maksud


Untuk tujuan ini, hal ini bermaksud, hal ini bererti,
hal ini membawa pengertian, maksudnya
Harapan
Semoga, moga-moga, mudah-mudahan

Pendahuluan
Sebagai pendahuluan, sebagai permulaan, mulanya,
pertamanya, sebagai mukadimah

Rumusan
Kesimpulannya, akhir kata, sebagai penutup,
sebagai rumusan, secara keseluruhannya.
Singkatan
Ringkasnya, pendek kata, secara ringkasnya

Generalisasi
Pada umumnya, secara amnya, secara umumnya

Penekanan atau Penegasan


Sesungguhnya, sebenarnya, sememangnya,tentulah,
Pastilah, jelaslah, tidak dapat dinafikan
Bahasa Klasik
Hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian,
Sebermula, sekali peristiwa, arakian
KEUTUHAN
WACANA
Terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau
teratur dalam sesuatu wacana

Ciri ini sangat penting kerana cirri inilah yang menentukan


sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan
kumpulan ayat yang tidak teratur.

Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang


utuh, iaitu :
terdapatnya runtuhan atau koheren, (kesinambungan idea
yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan
dapat difahami) ; dan wujudnya tautan atau kohesi,
(keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan
unsur linguistik yang lain).
Seterusnya, keutuhan wacana dapat dianalisis daripada
wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan
gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana.
Hubungan Wacana daripada Aspek Semantik.

Bermaksud hubungan daripada aspek kepaduan makna yang wujud dalam


sesuatu wacana. Kepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana,
keseluruhan wacana, situasi sesuatu wacana, dan unsur-unsur paralinguistik
yang terdapat dalam wacana.
Hubungan Semantik
Hubungan sebab dan akibat

Contoh = Lelaki itu terbabit dalam pengedaran dadah. Dia dijatuhi hukuman
gantung sampai mati

Hubungan sebab dan hasil

Contoh = Pelajar itu rajin berusaha. Dia mencapai keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan STPM.

Hubungan latar dan kesimpulan

Contoh =

Halaman rumah Cikgu Mohamad sentiasa hijau dengan pokok-pokok


bunga yang menyegarkan. Rupa-rupanya isteri beliau yang pandai
menanam dan mengurus tanaman
Hubungan syarat dan hasil,

Contoh = Rakyat harus tekun bekerja. Ketekunan rakyat menentukan kemajuan


negara

Hubungan perbandingan

Contoh = Soalan analisis ayat susah. Soalan analisis wacana lagi susah

Hubungan memperkuat isi atau hubungan penjelasan

Contoh =

Bencana Tsunami sungguh dasyat. Ombak besar itu mengorbankan ratusan ribu nyawa
manusia serta banyak memusnahkan harta benda
Hubungan semantik antara bahagian wacana juga dapat ditimbulkan oleh
unsur-unsur fonologi dalam sesuatu wacana. Antaranya termasuklah
hentian, intonasi, dan nada suara.

CONTOH :

Ayat Ibu bapa Ali telah meninggal dunia mengandung ketaksaan makna, bergantung pada
hentian atau kesenyapan suara yang berlaku.
Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ali, maka ayat ini membawa
maksud ”kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia”. Akan tetapi, sekiranya kesenyapan
suara berlaku selepas perkataan Ibu dan perkataan Ali, maka ayat ini bermaksud ”nenek Ali
telah meninggal dunia”.

Begitu juga halnya dengan intonasi yang berbeza. Misalnya, dengan tingkat nada yang
meninggi di akhir ayat, ayat penyata Ali menulis surat akan menjadi ayat tanya Ali menulis
surat? Seterusnya, ayat minimal duduk, sekiranya diucapkan dengan nada yang lembut,
maka ayatnya ialah silaan. Tetapi, jika diucapkan dengan nada yang keras, ayat ini
merupakan ayat suruhan yang membawa perasaan marah dan tidak boleh ditentang.
Hubungan semantik dalam sesuatu wacana juga dikaitkan
dengan situasi wacana. Dalam hal ini, pengetahuan tentang
laras bahasa yang digunakan akan membantu seseorang
memahami sesuatu wacana.

Pemahaman tentang sesuatu wacana juga dibantu oleh unsur-unsur


paralinguistik yang terdapat dalam wacana. Unsur-unsur paralinguistik merujuk
kepada alat-alat lain yang digunakan untuk memperjelas persembahan wacana.
Dalam tulisan, alat-alat ini termasuklah penggunaan tanda baca seperti koma,
noktah, koma bertitik, noktah bertindih, tanda petik, dan sebagainya. Dalam lisan,
keadaan air muka dan isyarat daripada gerakan tangan akan menghasilkan
wacana yang utuh daripada segi semantik kerana penggunaan unsur-unsur
paralinguistik ini membantu seseorang memahami ujaran tersebut.
Hubungan Wacana daripada Aspek Leksikal
Hubungan ini dapat dilihat daripada aspek wujudnya pertalian
antara perkataan dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal
antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih kosa
kata yang serasi. Terdapat beberapa cara untuk memperoleh
hubungan leksikal. Antara caranya termasuklah, pertama, dengan
mengulang kata yang sama,

CONTOH :

”Semalam dia termenung. Hari ini dia termenung lagi. Tampaknya dia memang
gemar termenung”.
Dengan menggunakan sinonim

CONTOH :
”Sindrom bahasa rojak kini menular dalam masyarakat kita. Gejala ini sungguh
membimbangkan para pencinta dan pejuang bahasa Melayu”.

Dengan menggunakan antonim


CONTOH :
”Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Dengan menggunakan hiponim


CONTOH :

”Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di dalam kolam itu. Antaranya termasuklah
keli, haruan, tilapia dan puyu”.
Dengan menggunakan kolokasi

CONTOH :

”Kawasan hutan digondolkan untuk pembangunan. Kini gajah dan harimau


kehilangan habitat semula jadi”.

Dengan memanfaatkan unsur bersambut

CONTOH :

”Guru mengemukakan soalan. Pelajar memberikan jawapan”.


Hubungan Wacana daripada Aspek Gramatikal.

3. Hubungan daripada aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang


berkaitan dengan tatabahasa.

5. Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah


penanda rujukan, penanda penggantian, elipsis dan penanda penghubung.
Penanda Rujukan.

• Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti
nama diri tunjuk.

• Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara bahagian dalam


wacana.

• Berikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti


nama diri orang. Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai
penanda rujukan dalam contoh ini ialah mereka, :

• ”Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. Dahulu mereka lebih


banyak membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka telah tampil
ke hadapan untuk memberikan sumbangan dalam pembangunan
negara”.
1. Yang berikut ini pula ialah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata
ganti nama tunjuk :

a) ”Ini kampung saya. Saya telah tinggal di sini sejak empat puluh tahun
yang lalu”.

Penanda Penggantian.

3. Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa


dengan unsur lain.

5. Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat kata nama (nominal), kata
kerja (verbal), dan klausa.

7. Ini ialah contoh penggantian yang bersifat kata nama atau nominal:
• ”Jiran kami membeli sebuah kereta baru. Kami juga membeli sebuah”.
• Ini pula ialah contoh penggantian yang bersifat kata kerja atau verbal :

• ”Pelajar itu sering melakukan kegiatan samseng di sekolah. Perbuatan


seperti itu menyebabkan dia diberhentikan sekolah”.
Elipsis.

• Elipsis melibatkan pengguguran kata, frasa, atau klausa yang telah disebut
dalam ayat sebelumnya.

• Pengguguran ini dilakukan kerana pembaca atau pendengar sudah


mengetahui maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana.

• Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu yang ada
tetapi tidak diucapkan atau dituliskan. Contohnya :

REMAJA A: Sekarang kamu belajar di mana?

REMAJA B: Institut Bukit Metajam. (Sepatutnya, Sekarang saya belajar di


Institut Bukit Mertajam.)

REMAJA A: Sejak bila? (Sepatutnya , Sejak bila kamu belajar di situ?)

REMAJA B: Tiga bulan lalu. (Sepatutnya, Saya belajar di situ sejak tiga bulan
yang lalu.)
Penanda Penghubung.

• Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa


dengan frasa, klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat.

4. Perhatikan contoh ayat ini untuk mengetahui bagaimana penanda


penghubung menjalin semua yang dinyatakan itu :

a) ”Gejala bahasa rojak turut menular melalui rancangan-rancangan


hiburan.

i. Dalam hal ini, rancangan yang paling ketara banyak merojakkan


bahasa Melayu ialah drama dan siri komedi tempatan yang
sengaja merojakkan bahasa Melayu dengan alasan untuk
memperlihatkan realiti masyarakat Malaysia.
a) Sebagai contoh, dlam siri komedi tempatan, kita sering mendengar kata-
kata atau ungkapan –ungkapan seperti :

i. ”cubateral”, ”you ni teruk la”, ”I punya motor buat trouble”, ”break


no eat”, ”What la you ni”, dan sebagainya.

• Ungkapan-ungkapan seperti ini memberikan kesan negatif terhadap


penggunaan bahasa anak-anak muda kerana merekalah golongan yang
kerap menonoton rancangan hiburan seperti ini.
MAKLUMAT

2. Maklumat yang terkandung dalam sesuatu wacana dapat dibahagikan


kepada maklumat lama dan maklumat baharu.

4. Untuk mengetahui hal ini, perhatikan contoh ini :

• ”Saya membela seekor kucing. Kucing itu sangat comel”.

• Dalam wacana itu, frasa kucing itu dalam ayat kedua merupakan
maklumat lama manakala frasa sangat comel ialah maklumat
baharu.

• Dalam sesuatu wacana, setiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang
belum dinyatakan dalam ayat sebelumnya.

• Oleh hal yang demikian, ayat yang berupa tautologi, iaitu mengulang idea
yang terkandung dalam ayat yang sebelumnya, tidak harus wujud dalam
sesuatu wacana seperti ini :
a) ”Pesakit AIDS itu telah meninggal dunia. Pesakit AIDS itu telah
menghembuskan nafas terakhir”. Ayat kedua merupakan tautologi bagi
ayat pertama dan oleh itu, contoh tersebut bukanlah suatu wacana.

• Sesuatu wacana juga tidak seharusnya mempunyai maklumat yang


bertentangan seperti ayat ini :

• ”Pelajar itu amat berdisiplin. Dia sentiasa ponteng dan tidak mematuhi
peraturan sekolah”.

• Kedua-dua ayat ini tidak dianggap sebagai wacana kerana maklumat


yang terkandung dalam ayat kedua bertentangan dengan maklumat
dalam ayat pertama.

3. Selain itu, maklumat yang terkandung dalam wacana mesti bersifat logik,
iaitu dapat diterima akal.

4. Sekiranya maklumat dalam sesuatu wacana tidak logik, maka ayat-ayat itu
tidak menghasilkan sesuatu wacana yang mantap.
1. Contoh yang berikut ini tidak memprlihatkan wacana yang logik :

• ”Negara kitas menghadapi masalah kekurangan tenaga. Oleh itu,


kerajaan terpaksa membenarkan pekerja asing yang merugikan”.

• Dalam hal ini, penggunaan perkataan merugikan adalah tidak logik dan
dengan demikian, kedua-dua ayat tersebut tidak menghasilkan wacana
yang mantap.

• Wacana itu dapat dibaiki dengan menukar perkataan merugikan kepada


klausa yang mendatangkan pelbagai kesan ekonomi dan sosial.
1. Contoh ini juga tidak memperlihatkan wacana yang logik :

• ”Kerajaan memang tegas hendak menghantar pendatang tanpa izin


Indonesia pulang ke negara mereka tetapi bencana Tsunami telah
berlaku”.

• Ayat tersebut tidak dapat dianggap sebagai wacana kerana idea-idea


yang dikemukakan tidak memperlihatkan proses berfikir yang sistematik
dalam membuat penaakulan (reasoning), iaitu idea-ideanya tidak
dikemukakan secara logik.

• Ayat ini dapat menjadi wacana yang mantap dengan pembaikan seperti
yang berikut :

• ”Kerajaan memang tegas hendak menghantar pendatang tanpa izin


Indonesia pulang ke negara mereka tetapi bencana Tsunami yang
berlaku di negara berkenaan telah menyukarkan kerajaan untuk berbuat
demikian”.
~TAMAT~

You might also like