You are on page 1of 3

Pengenalan

Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang
dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia
pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang
sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur
khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah
perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat
perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri
ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau
keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota
keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan
harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat
beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik,
meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

Merisik

Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya
seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan
bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali
sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan
akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan
menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.

Meminang dan Bertunang

Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua
puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat
perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang
berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat
pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah
pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu
tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian
wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara
dan jiran tetangga.

Majlis Perkahwinan

Majlis Perkahwinan Pelbagai persiapan


akan dibuat untuk majlis perkahwinan
yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga
lelaki mereka akan menyediakan  
perbelanjaan serta barang yang harus
diberikan kepada keluarga perempuan.
Keluarga perempuan juga membuat
pelbagai persiapan termasuk memburu
binatang untuk disembelih pada hari
Pengantin masyarakat Iban
 
perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing
untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul
yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu
mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima
hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua
rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya


berarak ke rumah panjang pengantin perempuan
dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu
sekiranya pengantin melalui jalan sungai  . Jika
tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan
darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang
berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik
sahaja sampai di hadapan rumah pengantin
perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan.
Upacara miring Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai
  sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di
tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin
lelaki dipelawa menyembelih seekor babi   sebagai
penghormatan dan pada masa itu juga tembakan
senapang   akan kedengaran secara balas-
membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat
rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan
pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka
tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah
dan di hujung rumah.
Upacara akad nikah  

Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum


wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai.
Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan
dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan
lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis
arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu
mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang.
Mereka juga akan berpusing di rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan
dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan
berlangsung pada waktu siang, selepas makan tengahari barulah kedua-dua pihak
berbincang tentang perihal pengantin dan susur galur mereka. Sekiranya dilangsungkan
pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas tengah malam. Mereka akan
berbincang dan golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki
dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan
diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air
perangsang kepada para tetamu.

Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka.


Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian. Terdapat nilai berian
yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak perempuan juga meminta
bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang
lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain.
Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung
gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu
dan beberapa pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka
menetapkan pula syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian.
Permintaan tersebut akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata. Sekiranya
perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang
diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku
percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab
akan dikenakan denda yang lain.

Seterusnya upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan. Seorang
perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah pinang tersebut 
. Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di
rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara
menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun.
Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi.
Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada
kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak pengantin baru akan
mandi di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang
sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan
hilang pada setiap individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai
korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin. Setelah menyucikan diri, pasangan
pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki
pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah
dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di rumah pengantin lelaki.

Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan
disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat ini juga boleh
disamakan dengan adat bersanding di kalangan masyarakat Melayu. Pasangan ini akan
disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang yang
dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya
kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil
darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan
dan minum.

Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah
pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri,
mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu.
Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud
yang tersendiri samada baik atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat
sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.

You might also like