You are on page 1of 21

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Mukasurat

1 Pengenalan Rekabentuk Keratan Rentas Jalan 1

2 Cerun Lintang Dan Puncak Turapan 2-4

3 Lebar Hak Lalu Dan Lebar Turapan 5-6

4 Pengasingan Lalu Lintas 7-9

5 Bahu Dan Bebendul Jalan 10-13

Rel Adang
6 14-15

7 Cerun Tambakan Dan Pemotongan 16-18

8 Kesimpulan 19

8 Sumber Rujukan 20

0
Rekabentuk Keratan Rentas Jalan

Pengenalan

Rekabentuk keratan rentas melibatkan semua unsur yang terdapat, bergantung kepada keratan
lintang pemotongan dan penambakan. Bertujuan untuk memastikan dapat menanggung semua
beban lalulintas yang bakal menggunakanya.

Tiga contoh lukisan keratan rentas di seksyen lurus yang terletak pada benteng, pemotongan
dan lereng bukit.

Bahu jalan Lorong Lalu Lintas Bahu jalan

4% 2.5% 2.5% 4%

2 2

1 1

Rajah 1 Contoh Lakaran Keratan Rentas Jalan

Selain daripada itu , lukisan keratan rentas sebenarnya haruslah memuatkan susuk bumi sedia
ada dan aras laras titik tengah jalan raya cadangan. Ruang lingkup reka bentuk keratan rentas
tidak meliputi bentuk turapan jalan raya.

1
Cerun Lintang Dan Puncak Turapan

Cerun Lintang ataupun kamber jalan pada dasarnya adalah bentuk cembung pada
permukaan jalanraya yang berfungsi untuk membenarkan air mengalir dengan mudah.
Sekiranya permukaan jalan tidak berada dalam keadaan cembung ini menyebabkan air
bertakung dan mengakibatkan perkara –perkara berikut:-

Geseran diantara permukaan turapan dan tayar akan menurun diakibatkan kehadiran
air bertakung sebagai bahan pelincir,dan menyebabkan kenderaan tergelincir dengan
kehadiranair ini juga menganggu kenderaan dengan penyatahanair dan percikan yang
berlebihan.
Dengan adanya air ini menyebabkan ikatan diantara lapisan jalan raya gagal dan
memusnahkan keseluruhan turapan dengan menyusup ke subgred jalan.
Air juga melemahkan dan menjejaskkan rekatan antara bahan berbitumen dan agregat
dan sekaligus memendekkan hayat turapan.
Takungan air ini juga merbahayakan pengguna jalan raya kerana tidak dapat
mengetahui kedalam takungan air dan benda yang terdapat didalamnya.

Pada jalan lurus yang mendatar, keratan rentas jalan raya dicuramkan dari titik tengah jalan
menuju ke dua-dua sisi turapan untuk tujuan penyaliran air permukaan. Garis tengah turapan
akan ditinggikan untuk menghasilkan satu titik tertinggi yang dinamai puncak turapan.

Perbezaan aras puncak turapn dengan sisi turapan tertkluk pada cerun lintang atau kember
jalan. Air yang akan disingkirkan akan semakin deras sekiranya perbezaan aras dan cerun
lintang semakin besar serta curam. Kederasan air juga bergantung dengan jenis dan tekstur
permukaan jalan.

Berikut merupakan saranan nilai cerun lintang mengikut piawai JKR

Hierarki Jalan Jenis Permukaan Kadar Cerun Lintang (%)


R6/U6-R4/U4 Tinggi 2.5
R3/U3-R2/U2 Perantaraan 2.5-3.5
R1/U1-R1a/U1a Rendah 2.5-6.0

Jadual 1

2
Cerun lintang yang curam adalah baik dan berkesan untuk pengaliran air permukaan , tetapi
akan menimbulkan beberapa masalah antaranya:-

Cerun lintang yan curam menyebabkan kenderaan menyendeng. Kenderaan bukan


sahaja sukar dikawal malah mencetuskan ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya.
Jika hal ini berlaku, kebanyakan pengguna jalan raya akan memandu berhapiran
debgan garis tengah jalan raya .
Tayar kenderaan juga menghaus secara tidak sekata dan seragam. Magnitud tekanan
lebih tinggi pada tayar yang terletak paling hampir dengan bahu jalan.maka di jangka
turapan pad kawasan ini juga akan menghaus dengan leih cepat.
Ketidak selesaan ketika memotong juga akan dirasai oleh pengguna disebabkan
pengguna terpaksa bertukar lorong kelorong bertentangan dan perlu melalui puncak
turapan.

Puncak turapan ialah titik pintasan dua garisan lurus atau puncak suatu lengkung. Cerun
lintang boleh berbentuk garis lurus, lengkung atau gabungan. Berikut merupakan lakaran
keratan jalan dalam rajah 2

I. Lurus

II. Parabola

Parabola

Lurus Lurus

III. Gabungan

Rajah 2: Contoh Bentuk Cerun Lintang

3
I. Lurus
Sangat sesuai digunakan untuk turapan yang mempunyai permukaan licin dan ini
menunjukkan cerun lintangnya sangat landai.

II. Parabola
Keratan rentas berlengkung parabola sangat sesuai untuk penyaliran dan aktiviti
memotong. Parabola menghasilkan kadar kecerunan sifar di puncak turapan tetapi
meningkat pada sehingga nilai maksimum pada sisi turapan. Dari sudut penyaliran ,
air terkumpul yang paling banyak di sisi turapan dapat disingkirkan dengan deras dan
mudah. Susuk ini sesuai untuk kenderaan bergerak laju yang memotong kenderaan
yang lebih perlahan dengan selamat kerana melalui garis tengah jalan.

III. Gabungan
Sesuai untuk jalan yang mempunyai jalan yang lebar dan pelbagai lorong. Perbezaan
aras diantara puncak turapan dengan sisi turapan menjadi besar sekiranya
menggunakan kaedah parobola maka terhasillah gabungan untuk menjadikan
permukaanya lebih landai dan selesa ketika memotong.

4
Lebar Hak Lalu

Hak lalu ialah sejalur tanah yang diperolehi untuk menampung keperluan semua unsur jalan
raya di sepanjang penjajarannya. Lebar tanah yang diperolehi ini dinamai lebar tanah jalan.
Jalur tanah ini diperuntukkan khusus untuk kegunaan jalan raya, maka sebarang
pembangunan fizikal berhampiran jalan mestilah mempunyai anjakan.

Peranjakan ini berlaku disebabkan kajian yang dilakukan, hak lalu jalan sempit dn kadngkala
hanya cukup untuk menampung turapan dua lorong duahala sahaja. Hal ini menyebabkan
usaha untuk melebarkan jalan raya hanya dapat diperolehi dengan perolehan harta tanah pada
kos yang tinggi. Contohnya dikawasan bandar, kadangkala aktiviti pelebaran jalan melibatkan
perobohan bangunan.

Berdasarkan hal ini, amalan yang baik unutk membuat perolehan adalah semasa proses
rekabentuk dan lebar tanah yang diperolehi hendaklah dapat menampung jangkaan
pembangunan masa depan jalan raya. Terdapat beberapa faktor yang dipertimbangkan untuk
menetapkan lebar hak lalu antaranya ialah :-
Pada jalan berhierarki tinggi, hak lalunya lebar kerana terpaksa menampung jumlah
lorong yang lebih dan keperluan kawasan persimpangan yang luas. Jalan raya ini
lazimnya menjadi nadi infrastruktur pengangkutan. Kadar pertumbuhan lalu lintas
tahunannya sangat tinggi dan menuntut pelebaran jalan pada suatu masa kelak.
Turapan jalan raya yang merentasi kawasan luar bandar khususnya mungkin terletak
pad aras bumi, permukaan pemotongan, atau diatas benteng. Lebar hak lalu
bergantung pada dalam serta cerun dinding pemotongan dan tinggi serta cerun dinding
benteng.
Pada penjajaran datar, keterusan jarak penglihatan mestilah dipenuhi. Jika jarak
penglihatan, khususnya pada selekoh tajam, diganggu bangunan atau dinding
pemotong, lebar tanah jalan hendaklah dilebihkan bagi menjamin keterusan jarak
penglihatan.
Kawasan di sepanjang jalan raya cepat membangun setelah kemudahan jalan raya
disediakan, dan keadaan demikian akan meningkatkan penjanaan lalu lintas. Lebar hak
lalu harus mempertimbangkan keperlun pelebaran dan peningkatkan jalan raya supaya
dapat menampung kehendak lalu lintas masa depan.
Keperluan estetika, aktiviti landskap atau pemasangan adang hingar untuk mengawal
hingar.

Contoh lebar hak lalu

5
Berikut merupakan saranan nilai lebar berlaku mengikut piawaian JKR. Jadual 2

Hierarki jalan R6 R5 R4 R3 R2 R1 R1a


Hak lalu (m) 60 50-60 30-40 20 20 12 12
Hierarki jalan U6 U5 U4 U3 U2 U1 U1a
Hak lalu (m) 60 50 30-40 20-30 20 12 12
Jadual 2

Lebar Turapan

Lebar turpan bergantung pada lebar lorong dan jumlah lorong lalulintas. Lebar lorong lalu
lintas bergantung pda lebar kenderaan. Lebar lorong haruslah dapat menampung lebar
kenderaan dengan sedikit lega sisi. Lorong yng lebar adalah dihajtkan kerana lebar lorong
meninggalkan kesan psikologi keatas laju kenderaan.

Pada kelajuan yang sama, pemandu merasakan mereka bergerak lebih laju di atas jalan sempit
berbanding dengan jalan lebar. Ini secara tidak langsung lebar lorong menpengaruhi muatan
jalan raya. Lebar maksimum yang dibenarkan dimalaysia ialah 2.5m. lorong pada jalan raya
selorong sehala ialah 7 m. Seperti rajah 3

0.5m

2..5m

1.0m

2.5m

0.5m

Rajah 3

Berikut merupakan saranan nilai lebar lorong untuk jalan lurus. Jadual 3

Hierarki jalan R6/U6 R5/U5 R4/U4 R3/U3 R2/U2 R1/U1 R1a/U1a


Lebar lorong (m) 3.5 3.5 3.25 3.00 2.75 5.00* 4.50*
* Jalan raya tunggal yang menunjukkan lebar keseluruhan turapan.

Jadual 3

6
Pengasingan Lalu Lintas

Fungsi utama pengasingan lalu lintas adalah untuk mengelakkan pelanggaran berdepan antara
arus kenderaan yang bergerak dalam arah yang bertentangan. Selain itu pengasingan lalu
lintas berperanan menyalurkan lalu lintas kepada arus tertentu di persilangan menurut arah
perjalanan yang dihajatkan, mengasingkan arus lalu lintas yang bergerak perlahan serta
melindungi perjalan kaki dan lalu lintas yang menyilang dan memusing

Lalu lintas dapat diasingkan oleh tanda turapan, struktur fizikal, atau jalur kawasan. Pada
kawasan persilangan dan jalan raya dua lorong dua hala, lalu lintas lazimnya diasingkan
melalui tanda turapan. Dimensi dan bentuknya hendaklah mematuhi ketentuan yang
terkandung dalam arahan teknik Jalan 1/85.

Pada lebuh raya LLM , pengasingan fizikal dalam bentuk rel adang keluli digunakanjika arus
lalu lintas yang berlawanan tidak diasingkan dengan satu bidang tanah ditengah.rel adang
konkrit juga digunakan kerana dapat menahan magnitud hentaman yang tinggi.

Rajah 4 Contoh Pulau Penengah

Contoh pembahagi jalan

7
Lalu lintas yang cenderung untuk pemandu menbawa dengan laju lebih sesuai dipisahkan
oleh satu jalur kawasan lapang .pengasingan lalu lintas daripada jenis ini memainkan peranan
berikut:-

Menjadi zon neutral untuk membenarkan pemandu mengawal kenderanya dalam kes
kecemasan.
Menghalang kenderaan melintasinya atau sebarang aktiviti memusing yang tidak
diingini.
Melindungi perjalan kaki dan kenderaan yang berhenti sebelum mendapat peluang
membelok.
Mencantikkan lagi pemandangan jalan raya, terutamnya sekali jika dilandskapkan
dengan sempurna.
Meningkatkan keselesaan memandu.
Mengurangkan kadar silauan suluhan lampu depan kenderaan dari arah hadapan
dengan bantuan tanaman dan peranti penabiran. Ketinggian tanaman yang memadai
untuk memerangkap suluhan lampu depan tanpa menjejaskan jarak penglihatan perlu
dipastikan.

Pulau pembahagi dan pembahagi tengah atau median tergolong dalam ketegori ini
pengasingan lalu lintas jenis ini. Pembahagi tengah boleh dijadikan satu kawasan simpanan
untuk penambahan lorong pada masa hadapan. Lebar pembahagi jalan tengah haruslah
mencukupi untuk pembinaan lorong lalu lintas yang dirancangkan pada suatu masa kelak.ia
juga dipanggil simpanan tengah.

Lebar pembahagi tengah sukar ditetapkan dan pereka bentuk haruslah mempertimbangkan
faktor hierarki jalan, kos tanah, pembangunan masa hadapan, dan kawasan yang direntasi
jalan raya. Menurut piawaian LLM lebar minimun simpaan tengah ialah 4m untuk laju
rekabentuk melebihi 100km/j dan 3m untuk laju rekabentuk melebihi 80km/j. Jika lebarnya
kurang daripada 6m, rel adang hendaklah disediakan.

Keterusan rel adang perlu piputuskan setiap 2km hingga 4km supaya apabila satu seksyen
lebuh raya ditutup untuk penyenggaraan, maka satu seksyen lagi yang brsebelahan dpat
dijadikan jalan dua hala. Bukaan rel adang membenarkan ambulans dan kenderaan peyelamat
lain melakukan pusing balik untuk berkejar kes uatu tempat berlakunya kecemasan.

8
Lebar Pembahagi Tegah (M)

Rupa Bumi
Piawaian
Rekabentuk Jenis Pembahagi
Datar Beralun Berbukit
Tengah
Minimum Dihajatkan Minimum Dihajatkan Minimum Dihajatkan

R6 6.0 18.0 5.0 12.5 4.0 8.0 B,C,E,F

R5 4.0 12.0 3.5 9.0 3.0 6.0 E,F

R4 3.0 9.0 2.5 6.5 2.0 4.0 E,F

U6 4.0 12.0 3.5 9.0 3.0 6.0 B,C,E,F

U5 3.0 9.0 2.5 6.5 2.0 4.0 B,C,E

U4 2.5 7.5 2.0 5.0 1.5 3.0 A,B,C,D

U3 2.0 6.0 1.5 4.0 1.0 2.0 A,B,D

Jadual 4 Saranan Lebar Pembahagi Tengah

9
Bahu jalan

Bahu jalan adalah bagian tepi jalan yang dipergunakan sebagai tempat untuk kenderaan yang
mengalami kerosakan berhenti atau digunakan oleh kenderaan darurat seperti ambulans,
Bomba , polisi yang sedang menuju tempat yang memerlukan bantuan kecemasan dikala jalan
sedang mengalami kesesakan yang tinggi.

Selain itu bahu juga dipergunakan sebagai tempat menghindar dari kecelakaan lalu-lintas
terutama pada jalan yang tidak dipisah dengan median jalan,terutamanya pada waktu
kenderaan yang memotong atau menyilang dari arah berlawanan dan arah hadapan, sehingga
kenderaan yang datang dari depan boleh menghindari dan masuk ke bahu jalan. Oleh kerana
itu bahu jalan tidak boleh mempunyai beza tinggi yang melampau dari jalan utama.

Bahu jalan juga merujuk satu jalur kawasan yang terletak bersebelahan dan selari dengan
lorong lalu lintas. Bahu jalan adalah tidak malar dan bergantung dengan sesuatu kawasan.
Kebiasanya bahu jalan di lebuh raya berturap dan kecil berbanding di desa yang mempunyai
bahu jalan yang lebih besar dan tidak berturap. Antara fungsi fungsi bahu jalan ialah :-

Menyediakan ruang untuk pemberhentian kecemasan di luar lorong lalu lintas.


Kenderaan yang berhenti diatas lorong lalu lintas kerana kerosakan mekanik
berpotensi mencetuskan kemalangan.
Menyediakan ruang khas untuk membolehkan pemandu mengawal kembali kenderaan
setelah gagal dikawal.
Bahu jalan menghasilkan perasaan lapang yang dapat membantu keselesaan
pemanduan.
Meningkatkan jarak penglihatan terutamanya diselekoh.
Meningkatkn muatan jalan.
Menyediakan ruangan untuk operasi peyenggaraan. Jik lorong llu lints biasa terpaksa
ditutup unutk pembaikan atau penyenggaraan, lalu lintas dapt dilencongkan diatas
bahu jalan buat sementara waktu.
Meningkatkan sokongansisi struktur turapan.

Reka bentuk bahu jalan dibuat dengan mengambil kira faktor keselanjaran, tekstur
permukaan, warna, kekuatan galas, cerun lintang dan lebar. Lebar minimum bahu jalan di
sepanjang jalan raya seboleh-bolehnya hendaklah disediakan. Jika tidak , ruang perhentian sisi
yang masing-masing didahului dan disudahi dengan lorong nyahpecutan dan lorong pecutan
pendek hendaklah disediakan.

Pemandu akan cenderung menjadikan bahu jalan yang berturap sebagai lorong biasa. Hal ini
akan memendekkan usia bahu jalan, dan seterusnya menimbulkan masalah penyengaraan
kerana struktur turapan bahu jalan tidak direka untuk menanggung beban tinggi.

Tekstur permukaan bahu jalan hendaklah dibezakan daripada kelicinan permukaan lorong lalu
lintas biasa untuk mengelakkan kenderaan biasa melalui diatasnya. Lebar bahu jalan haruslah
mencukupi untuk menampung lebar kenderaan perdagangan dengan lega sisi selamat diantara
kenderaan dan sisi luar lorong lalu lintas. Perundangan menghadkan lebar kenderaan tidak
melebihi 2.5m lebar dan bahu jalan mestilah melebihi 2.5m.

10
Berikut merupakan saranan piawaian JKR mengenai lebar bahu jalan luar bandar. Jadual 5

Hierarki Jalan Lebar Bahu Jalan (Luar Bandar)


Rupa Bumi
Datar Beralun Berbukit
R6 3.0 3.0 2.5
R5 3.0 3.0 2.5
R4 3.0 3.0 2.0
R3 2.5 2.5 2.0
R2 2.0 2.0 1.5
R1 1.5 1.5 1.5
R1a 1.5 1.5 1.5

Jadual 5

Berikut merupakan saranan nilai lebar bahu jalan bandar. Jadual 6

Hierarki Jalan Lebar Bahu Jalan (Bandar)


Jenis Kawasan
I II III
U6 3.0 3.0 2.5
U5 3.0 3.0 2.5
U4 3.0 2.5 2.0
U3 2.5 2.0 1.5
U2 2.0 1.5 1.5
U1 1.5 1.5 1.5
U1a 1.5 1.5 1.5

Jadual 6

11
Menurut piawaian LLM, lebar minimum bahu jalan dalam keadaan biasa ialah 3.0m dan 2.5m
daripadanya lebar bahu jalan itu berturap. Kebiasaanya bahu jalan dicuram lebih untuk
mempercepatkan penyaliran air permukaan. Cerun lintang bahu jalan melebihi cerun lintang
lorong lalu lintas kerana permukaanya yang lebih kasar. Kawasan luar bandar biasanya bahu
jalan ada daripada batu kelikir dan tanah rata.

Dalam piawaian JKR cerun lintang bahu jalan ialah diantara 2 % hingga 6% dan bergantung
kepada jenis bahan seperti dalam jadual 7.

Jenis bahan permukaan Cerun lintang bahu jalan (%)

Berbitumen atau konkrit 2-6


Kelikir atau batu terhancur 4-6
Rumput –rampai 6
Jadual 7

Dalam piawaian LLM , cerun lintang bahu jalan ialah 4% jika kamber lorong lalu lintas, s,
kurang daripada 4 % dan bersamaan dengan (8.5-s) % jika kamber lorong lalu lintas melebihi
4%

Bebendul Jalan

Bebendul jalan dipertimbangkan dalam reka bentuk jalan desa. Bebendul jalan dapat
mengawal laluan penyaliran, menunjukan sempadan diantara turapan dan bebendeul jalan,
pulau lalu lintas atau lorong perjalan kaki.

Bebendul jalan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu

Bebendul sawar
Bebendul boleh naik

Bebendul Sawar Bebendul Boleh Naik

Bebendul Separa Sawar Bebendul Separa Boleh Naik

12
Bebendul sawar menghalang kenderaan perlahan terkeluar dari lorong lalu lintas biasa. Tinhhi
bebendul ini lebih kurang 380mm. Dindingnya tegak atau dicerunkan sedikit dan tidak harus
digunakan pada lebuh raya ekspres atau jalan raya yang laju rekabentuknya melebihi 70 km/j

Dikawasan perumahan atau kawasan bandar lorong perjalan kaki dilindungi oleh bebendul
jenis sawar atau separa sawar. Contoh seperti rajah 5

Rajah 5

Bebendul boleh naik direka bentuk supaya kenderaan dapat menaikinya dengan mudah.
Bebendul ini rendah dan permukaan dindingnya seakan mendatar. Bebendul ini digunakan
untuk memisahkan sisi turapan dengan bahu jalan atau pulau lalu lintas.

Bebendul perlu dicatkan dengan bahan pemantul cahaya supaya mudah dilihat pada waktu
malam atau kabus tebal. Bahagian talang unutk penyaliran harus ditempatkan pada bahagian
yang hampir dengan lorong lalulintas dengan merujuk prinsip hidraulik.

Rajah 6 menunjuk pembinaan bebendul jalan sawar

Rajah 6

13
Rel Adang

Fungsi utama rel adang adalah untuk mengarahkan kembali dengan selamat kenderaan yang
terbabas dari lorong biasa dan seterunya mengurangkan kemalangan dan kecederaan serius.

Perincian panduan reka bentuk rel adang diberikan dalam arahan teknik jalan 1/85. Rel adang
disediakan di pinggir bahu jalan dan menjadi peranti pelindungan kenderaan yang sangat
penting apabila wujud keadaan berikut:-

Benteng tinggi yang bercerun curam, terutama sekali pada selekoh tajam. Bencana
keatas kenderaan yang terbabas ke benteng ini lebih serius daripada melanggar rel
adang. Rajah 7 boleh dijadikan garis panduan untuk menetapkan keperluan rel adang
berasaskan faktor kadar cerun dan tinggi benteng.
Menurut arahan teknik jalan 1/85, sejauh 10m dari sisilorong lalulintas tepi haruslah
bebas daripada sebarang gangguan fizikal seperti tembok atau tiang jambatan, batu
bundar besar, tiang lampu atau tiang tanda jalan, tembok penahan dan deretan pokok
besar. Jika tidak rel adang perlu disediakan.
Anak sungai , landasan kereta api dan jalan raya lain yang terletak berhampiran.
Terowong untuk melindungi pekerja semasa penyenggaraan.

Rajah 7

14
Keperluaan memasang rel adang tidak bergantug pada kekerapan kemalangan walaupun data
kemalangan dapat membantu menetapkan keutamaan. Keperluan memasang patut dielakkan
kerana rel adang itu sendiri boleh menjadi objek gangguan. Rel adang dapat dielakkan dengan
melandaikan cerun dibahagian bahu jalan atau menyingkirkan objek gangguan.

Rel adang terdapat dalam berbagai-bagai bentuk, dan bentuk yang paling lazim digunakan
ialah rasuk keluli berombak yng dipasang pada tiang kayu atau keluli. Rajah 8 menunjukan
beberapa corak yang sering digunakan

Rajah 8

Panjang rel adang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-

i. Panjang awal
ii. Panjang yang diperlukan
iii. Panjang penamat

Panjang yang diperlukn dapat dikenal pasti daripada persamaan berikut

L= (1-A/B) x 100

L= panjang yang diperlukan (m)

A= jarak rel adang dari sisi turapan

B = jarak objek gangguan dari sisi turapan.

Pada jalan raya berlaju rekabentuk tinggi , panjang minimum rel adang ialah 75m

Pemasangan rel adang Pemasangan rel

pada tepi laut adang pada tepi cerun

15
Cerun tambakan dan pemotongan

Keadaan topografi dan bentuk muka bumi negara kita yang berbukit, menyukarkan untuk
pembinaan jalaraya yang lurus. Maka penambakkan dan pemotongan diperlukan untuk
menghasilkan seberapa rata permukaan jalan. Cerun yang landai dihajatkan kerana faktor
estetika dan keselamatan pergerakan kenderaan. Cerun yang terlalu curam menyulitkan usaha
penyenggaraan dn mendedahkan permukaan kepada hakisan.

Piawaian AASHTHO (The American Association Of State Highway And Transportation


Officials. Washington D.C) menyarankan cerun dinding seperti dalam jadual 8.

Cerun (Datar:Tegak)
Jenis Rupa Bumi
Tinggi Benteng Atau Tambakan (Kaki)
Datar Atau Beralun Agak Cerun Curam

0-4 6:1 4:1 4:2


4-10 4:1 4:2 2:1
10-15 4:1 2.5:1 1.75:1
15-20 2:1 2:1 1.75:1
>20 2:1 2:1 1.75:1
Jadual 8

Pemotongan

Pemotongn perlu dilakukan jika aras adalah lebih rendah daripada tanah asal. Pemotongan
juga dilakukanpada lubang tanah pinjam (borrow pit). Dimana tanah yang dikorek digunakan
untuk penambakan, rumput dan tunggul kayu serta akar diatas tanah hendaklah dibuang sekali
dengan 30cm tabal lapisan tanah atas (topsoil) jika ianya tidak sesuai. Akar pokok sehingga
1.0m dalam dibawah paras cadangan subgred jalan hendaklah dihapuskan sama sekali.

Penambakkan

Penambakkan perlu dijalankan jika aras jalan adalah lebih tinggi dari aras tanah asal.
Menebas rumput, menyungkal tunggul dan akr pokok-pokok kecil dan meratakan tanah
adalah perlu dalam perkara-perkara berikut :

Tambak dibina ditempat yang curam, tanah atas dan segala tumbuhan hendaklah
ditebas dan dipotong kepada ‘ benches’
Tinggi tambak itu rendah, segala tumbuhan hendaklah ditebas. Adalah wajar bahawa
menebas tumbuhan adalah perlu jika tinggi tambak tersebut kurang 3m.
Lekok-lekok di dalam hutan atau padang rumput dimana daun pokok atau rumput
yang lama bertambah di permukaan tanah dengan tidak merendahkan tinggi tambak
yang dibina.

16
Rajah 9 : Menunjukan Operasi Penambakkan Dan Pemotongan Tanah

Rajah 10: Pembinaan Jalan Pada Cerun Bukit

17
Penambakkan yang baik memerlukan pemadatan yang sempurna, berikut merupakan perkara
yang perlu diambil kira semasa proses pemadatan tanah tambak.

a) Kandungan lembapan tanah


Kandungan lembapan yang terdapat dalam tanah tambak perlu diketahui terlebih
dahulu bagi menentukan jentera yang sesui digunakan dlam kaedah pemadatan yang
perlu dilakukan keatas tanah tersebut. Bagi tanah tambak yang terlalu kering, ia perlu
dibasahkan bagi memudahkan proses pemadatan.
b) Jentera pemadat
Penggunaan jentera pemadat yang berat dapat mempercepatkan proses pemadatan.
Kelajuan dan jumlah bilangan larian jentera juga menpengaruhi proses pemadatan
tanah
c) Ketebalan setiap lapisan yang dimampatkan
Lapisan tebal adalah sukar untuk dimampatkan. Oleh itu, proses pemadatan dilakukan
secara berperingkat dengan membuat lapisan mampatan yang nipis.

Sebelum pembinaan jalan raya diatas pemukaan cerun penambakan dan pemotongan
dilakukan dan kerja-kerja tanah yang perlu dilakukan ialah

1. Kerja-kerja mengali
2. Kerja-kerja mencakar
3. Kerja-kerja pengorekan danpeparitan
4. Kerja-kerja jentolak
5. Kerja-kerja mengikis
6. Kerja-kerja rawatan pada dasar tambak.

18
Kesimpulan

Kesimpulannya, dalam pembinaan jalan raya, terdapat banyak aspek yang


perlu diambil kira terutamanya perkara yang berkaitan seperti perabot jalan, cerun
lintang/ kamber ,pemotongn penambakan dan pengasingan lalu lintas.

Selain itu, unsur-unsur tersebut juga berperanan sebagai faktor keselamatan


bagi membolehkan pengguna jalan dapat memandu dengan lancar dan sampai ke
destinasi yang ingin ditujui. Selain daripada nilai estetika, setiap pembinaan ataupun
pemasangan komponen jalan perlulah mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh
pihak berkuasa seperti JKR dan LLM .

19
Sumber Rujukan

1. Reka Bentuk Jalan Raya Untuk Jurutera . Oleh Meor Othman Hamzah, Asri Hasan,
Dan Mohamed Rehan Karim .Cetakan pertama 1992
2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4 . Oleh Yusop Bin Paal , Werdah Binti
Abdul Halim Dan Sarifah Binti Daud. Cetakan kedua 2003.
3. Kejuruteraan Jalan Raya . C3010.
4. http://www.scribd.com/doc/20316208/SEMESTER-5-Keratan-Rentas-Jalan
5. http://images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0S020n43M5KgIMAtw.JzbkF?f
r2=sg-gac&sado=1&p=jalan%20raya&fr=yfp-t-158&ei=utf-8&x=wrt
6. http://images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0S020nk5M5KvYkATieJzbkF?
p=pagar+jalan&fr=yfp-t-158&ei=utf-8&x=wrt&y=Search
7. http://www.scribd.com/doc/19208737/Kejuruteraan-Jalan-Raya
8. http://id.wikipedia.org/wiki/Bahu_jalan

20

You might also like