Pengenalan Tidak dapat dinafikan bahawa bidang semantik dan pragmatik merupakan salah satu bidang yang penting

apabila kita berbahasa. Secara mudahnya, semantik merupakan bidang yang mengkaji makna manakala, pragmatik pula merupakan kajian bagaimana bahasa digunakan dalam konteks tertentu supaya ujaran dapat difahami. Kedua-dua bidang ini saling berhubungan antara satu sama lain. Pemahaman terhadap bidang tersebut banyak membantu kita untuk memahami makna setiap perkataan atau ayat yang diujarkan. Hal ini demikian kerana semua perkataan di dunia ini mempunyai maknanya yang tersendiri. Perkara yang membezakan setiap kata ini ialah bergantung kepada cara kita memberi makna kepada setiap kata tersebut. Dalam hal ini, penggunaan sesuatu kata banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur tertentu seperti faktor kebudayaan, taraf, konteks, emosi dan sebagainya. Sinonim merupakan salah satu unsur yang boleh dikaitkan bagi melihat hubungan antara makna. Walaupun sinonim dapat difahami dengan bahasa yang mudah, namun kebanyakan kita tidak mendalami tentang unsur sinonim ini dengan sebaiknya. Makna di sebalik sinonim perlu diperhalusi kerana aspek ini banyak membantu penutur Bahasa Melayu untuk menggunakannya mengikut konteks yang sesuai.

Definisi Sinonim Secara sejarahnya, kata sinonim berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu onama yang bererti ‘nama’ dan syn yang bererti ‘dengan’. Berdasarkan sejarah ini, Abd Chaer (1995:82) telah mendefinisikan sinonim sebagai nama lain untuk benda atau hal yang sama. Beliau turut menjelaskan bahawa hubungan makna antara dua kata yang bersinonim adalah bersifat dua hala. Pendapat yang sama juga turut dikemukakan oleh Mansoer Pateda (1995:176) yang menjelaskan bahawa istilah sinonim menunjukkan adanya kesamaan makna antara bentuk yang berbeza dan lazimnnya berlaku ke arah dua pihak. Sekiranya A bersinonim dengan B, maka B selalunya akan bersinonim pula

1

Pertama ialah batasan kata-kata dengan acuan ekstra linguistik yang sama misalnya. Batasan ketiga ialah batasan kata yang dapat berperanan dalam konteks ayat yang sama contohnya seperti ayat kami berupaya agar pembangunan berjalan terus dan kami berusaha agar pembangunan berjalan terus. (2009:82) sinonim merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang lebih kurang sama dan hampir serupa dengan perkataan yang lain. Walau bagaimanapun. 2 . bagi perkataan mati dan mampus dan sikat dan sisir. tidak mungkin berlaku persamaan makna secara sempurna. Perkara ini sebenarnya tidak berlaku walaupun secara umumnya kebanyakan penutur Bahasa Melayu menganggapnya begitu. Batasan yang dikemukakan oleh Abdullah Yusof ini dilihat mempunyai persamaan dengan huraian yang dikemukakan oleh Abdul Chaer (1995:87). Dalam hal ini.dengan A. beliau turut mengemukakan tiga batasan sebelum istilah sinonim didefinisikan. berlaku penggunaan urutan kata yang lebih sama maknanya. Abdullah Hassan (2006:227) pula mendefinisikannya sebagai kata yang merujuk kepada fenomena bahasa apabila ada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama. beliau tidak menghuraikannya sebagai batasan definisi sinonim sebaliknya lebih dilihat sebagai bentuk-bentuk sinonim dalam Bahasa Indonesia yang bukan sahaja terikat dalam bentuk kata dengan kata tetapi juga dalam bentuk lain. Di samping itu. Maksud ‘sama makna’ yang dinyatakan beliau ini tidak semestinya merujuk kepada perkataan yang mempunyai makna yang sama sepenuhnya. Hubungan inilah yang dilihat sebagai hubungan dua hala antara dua kata yang bersinonim. Dalam memberikan huraian tentang sinonim. Menurut Abdullah Yusof et al. Kedua merupakan batasan kata yang mengandungi makna yang sama seperti memberitahu dan menyampaikan dan menghembus dan meniup. Oleh hal yang demikian. Biarpun maknanya sama tetapi masih wujud perbezaan apabila dihubungkan dengan pemakaian kata tersebut.

Definisi sinonim juga turut dijelaskan oleh Gorys Keraf (1986:34) yang menghuraikan sinonim sebagai telaah mengenai bermacam-macam kata yang memiliki makna yang sama atau keadaan di mana dua kata atau lebih memiliki makna yang sama. kata yang mengandungi makna yang sama dan juga kata yang dapat berperanan dalam konteks ayat yang sama. tidak boleh tidak dan harus. Walau bagaimanapun. Selain itu. Hal ini kerana setiap kata mempunyai makna atau nuansa makna yang berlainan walaupun terdapat persamaan makna antara satu kata dengan kata lain. frasa dan juga ayat. Abdullah Yusof dilihat tidak pula menyebut huraian tersebut secara terus seperti Abdul Chaer yang menghuraikan secara terus bentuk-bentuk sinonim seperti bentuk kata. Terdapat juga sinonim antara frasa dengan frasa contohnya antara ayah ibu dengan orang tua dan meninggal dunia dengan kembali ke rahmatullah. Seterusnya ialah sinonim antara kata dengan kata seperti perkataan mati dan meninggal. buruk dan jelek.Beliau mengemukakan lima bentuk sinonim iaitu sinonim antara morfem (bebas) dengan morfem (terikat) contohnya dia dan –nya dalam ayat seperti minta bantuan dia dan minta bantuannya. Beliau turut berpendapat bahawa dalam ilmu bahasa. Kedua ayat ini dianggap bersinonim walaupun ayat pertama merupakan ayat aktif dan ayat kedua merupakan ayat pasif. terdapat juga sinonim antara ayat dengan ayat seperti ‘adik menendang bola’ dengan ‘bola ditendang oleh adik’. Bentuk ketiga pula ialah sinonim antara kata dengan frasa. maka persamaan inilah yang menyebabkan konsep sinonim diterima umum. Daripada huraian tersebut juga kita dapat memahami tentang bentuk-bentuk sinonim yang bukan sahaja terdiri daripada unsur kata sahaja malahan boleh diwakili dalam bentuk ayat. Berdasarkan pendapat di atas. Oleh kerana wujudnya persamaan di antara beberapa kata. Abdullah Yusof memperincikan batasan sinonim dengan istilah seperti kata-kata acuan ekstra linguistik. bunga dan puspa. sinonim sebenarnya tidak diakui atau tidak wujud. Contohnya. 3 . kata meninggal dunia dan tutup usia. terdapat persamaan dalam huraian yang dikemukakan oleh kedua-dua ahli bahasa ini.

pengertian yang lebih tepat untuk sinonim ialah pertindihan dan bukannya kemasukkan sepenuhnya. tanggapan am yang menyatakan semua perkataan yang bersifat sinonim boleh bertukar ganti dalam semua konteks adalah kurang tepat. Jelasnya. Dalam hal ini. A B Rajah 1: Hubungan Sinonim 4 . Berdasarkan gambaran tersebut. namun konsep ‘sama’ itu tidaklah pula merujuk kepada kata yang seratus peratus sama. Seperti yang dihuraikan oleh Assmah Osman (2000:124). dalam memberikan makna bagi sepatah kata. kita dapat memahami bahawa kata sinonim yang digunakan seharusnya terdiri daripada kata yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. tetapi sinonim itu hendaklah kata yang sering digunakan dalam percakapan sehari-hari dan tidak dianggap sebagai kata yang lebih sukar. Jawapan yang baik mungkin dalam bentuk sinonim.Di samping itu. beliau membuat perbandingan dengan gambaran dua bulatan iaitu bulatan A dan bulatan B. Konsep Sinonim Dalam membicarakan soal sinonim ini. Hal ini bagi memastikan setiap kata yang bersinonim itu memiliki unsur persamaan yang mudah untuk difahami. Walaupun sinonim dianggap sebagai kata yang mempunyai makna yang sama atau serupa. kebanyakan ahli bahasa dilihat sependapat dalam memperkatakan tentang aspek kesamaan makna dalam sinonim. kita boleh menggunakan kata sinonim atau ungkapan yang menerangkan maksudnya. menurut Yeop Johari Yaakob (1985:18). Berdasarkan pendapat beliau. pertindihan antara bulatan A dan B inilah yang menjelaskan konsep sinonim dan bukannya kemasukan sepenuhnya bulatan B ke dalam bulatan A.

Pendapat beliau ini dapat difahami berdasarkan contoh kata cangkat dan cetek yang telah dikemukakan di atas. Sinonim yang maknanya benar-benar sama akan dapat bertukar ganti dalam konteks yang sama dan dinamakan sinonim total. Selain itu. Dua kata yang mempunyai ‘kesamaan’ erti agak sukar ditemui.Begitu juga pendapat yang dikemukakan oleh Mohd Shariff Marikan (1984:492495) yang menjelaskan bahawa tidak semua sinonim dapat saling menggantikan dalam semua konteks tanpa sedikit sebanyak merubah pengertiannya. tetapi sebenarnya tidaklah sepenuhnya. (2009:82) menjelaskan bahawa sinonim mempunyai ciri menjadi pengganti kepada perkataan yang bersinonim dengannya. Kata cangkat boleh menggantikan kata cetek dalam ayat air sungai itu cetek. Abdullah Yusof et al. Konsep ‘sama makna’ juga dibincangkan oleh Keris Mas (1988:37) yang menjelaskan bahawa kata-kata yang bersinonim sebenarnya jarang mempunyai makna yang benar-benar sama. pemilihan kata menjadi rumit. beliau berpendapat bahawa kebanyakan kata yang ditemui adalah kata yang mempunyai ‘persamaan’ erti dengan kata yang lain. Oleh sebab itu. Dalam hal ini mungkin ada sinonim yang sama sekali tidak boleh menggantikan kata yang lain dalam konteks tertentu. Walaupun pasangan kereta dan motokar dikatakan mempunyai sama makna. kebanyakan kata-kata yang bersinonim mempunyai persamaan erti yang bukan total. Sebagai contoh. Walau 5 . Walau bagaimanapun. tetapi tidak dalam ayat pengetahuannya cetek. Hal ini kerana perkataan kereta dan motokar tidaklah sama sepenuhnya. Tidak dinafikan terdapat perkataan-perkataan yang sama makna apabila digunakan. makna kereta dan motokar adalah sama dan dianggap bersinonim. Oleh hal yang demikian. dalam penggunaan sinonim kita dapat memahami bahawa pemilihan kata amat penting untuk mendapatkan makna yang tepat dan sesuai agar tidak menimbulkan kejanggalan ayat yang diujarkan. Beliau telah mengemukakan contoh perkataan cangkat. Justeru. Kita boleh mengungkapkan ungkapan kereta lembu tetapi tidak boleh membentuk ungkapan motokar lembu. Pendapat yang sama turut dikemukakan oleh Abdullah Hassan (2006:227) yang menjelaskan bahawa konsep ‘sama makna’ bukanlah bererti perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama seluruhnya.

Dalam hal ini. Mengambil contoh perkataan ibu misalnya. sinonim berdasarkan konteks. Hal ini jelas membuktikan bahawa sinonim bukanlah kata yang sama maknanya seratus peratus. Jenis-Jenis Sinonim Jika diperhalusi. cantik. Menurut Abdullah Hassan (2006:227) terdapat pelbagai jenis sinonim seperti sinonim berdasarkan pinjaman. Hal ini disebabkan penggunaan perkataan bergantung kepada konteks ayat tersebut. Huraian tentang perbezaan pada sinonim yang dikemukakan oleh Palmer ini dilihat mempunyai persamaan dengan huraian Abdullah Hassan yang membahagikan sinonim-sinonim mengikut jenisnya. kata ini tidak boleh bertukar ganti dalam semua konteks. perempuan dan sebagainya. terdapat pelbagai jenis sinonim dalam Bahasa Melayu.bagaimanapun. kita dapat memahami bahawa perbezaan konteks ayat akan membawa maksud yang berbeza kepada kata yang bersinonim walaupun dari sudut perkamusan kedua-dua perkataan membawa makna yang sama. kita juga boleh memahami konsep kesamaan sinonim ini dengan merujuk beberapa perkataan lain dalam Bahasa Melayu seperti perkataan ibu. Kata emak tidak sesuai digunakan dalam ungkapan emak sawat walaupun pada dasarnya kedua-dua kata ini bersinonim. undang. Masih terdapat perbezaan antara dua kata walaupun digolongkan dalam unsur sinonim. Berdasarkan huraian dan pendapat ahli bahasa di atas. Walaupun istilah yang digunakan kedua-dua ahli bahasa ini berbeza. Tidak mungkin kata ibu sawat bertukar ganti dengan kata emak sawat. sinonim berdasarkan laras sosial dan juga sinonim berdasarkan kolokasi. walaupun kata ini dianggap bersinonim dengan kata emak namun. Walau bagaimanapun. Palmer (1992:98) tidak pula menyebut aspek-aspek ini sebagai jenis-jenis sinonim tetapi sebagai keberangkalian perbezaan pada sinonim. kata yang bersinonim turut mempunyai kekecualian apabila digunakan di dalam ayat. namun perkara 6 . Jenis-jenis sinonim ini boleh dikenal pasti jika kita menguasai dan memahami dengan sebaiknya konsep sinonim.

penulisan ini akan menggunakan istilah jenis-jenis sinonim. Walau bagaimanapun.pokok yang dibincangkan adalah sama. Pasangan kata ini dipinjam daripada Bahasa Inggeris dan satu lagi daripada Bahasa Arab. Sinonim Berdasarkan Pinjaman Dalam memperkatakan tentang sinonim. Perkataan seluar merupakan perkataan dalam Bahasa Melayu manakala celana pula merupakan kata yang berasal daripada Bahasa Portugis. papa. sinonim jenis ini boleh juga terdiri daripada perkataan-perkataan yang dipinjam daripada dialek Melayu. abah. Hal ini demikian kerana Bahasa Melayu bertembung dengan kedua-dua bahasa ini serentak. dipanggil cikcabau dalam dialek Perak. Di samping itu. politik dan siasah. kebanyakan istilah daripada Bahasa Inggeris semakin popular digunakan berbanding kata yang berasal daripada Bahasa Arab. perkataan percubaan juga dikatakan bersinonim dengan perkataan eksperimen yang diambil daripada Bahasa Inggeris. Abdullah Hassan (2006:227) telah mengemukakan contoh perkataan kereta dan motokar. belalang yang dipanggil patung dalam kebanyakan dialek Melayu. kebanyakan kata-kata yang mempunyai sama makna terdiri daripada pasangan kata yang dipinjam dengan kata asalnya terdapat dalam bahasa tersebut atau kedua-duanya merupakan kata pinjaman. Oleh hal yang demikian. Selain itu. Satu daripada kata ini dipinjam daripada bahasa asing. Pemahaman sinonim jenis ini juga boleh kita perhatikan bagi perkataan seluar dan celana. Hal inilah yang menyebabkan dua perkataan yang mempunyai makna yang sama wujud dalam Bahasa Melayu. daddy. Sebagai contoh. Dalam membicarakan tentang sinonim jenis ini Assmah Osman (2000:24) turut menjelaskan bahawa terdapat penutur dari dialek yang berlainan yang memanggil ayah. bapak dan pa bergantung kepada daripada dialek mana penutur berasal. Begitu juga dengan pasangan perkataan seperti ekonomi dan iktisad. abi. 7 . Keadaan seperti inilah yang menyebabkan sesuatu kata itu mendapat sinonim daraipada bahasa asing dan dikelompokkan sebagai sinonim berdasarkan pinjaman dengan merujuk kepada pinjaman bahasa asing.

apabila diperhatikan secara halus. perkataan undang dan jemput. maka didapati perkataan jemput digunakan dalam konteks lisan dan undang dalam bentuk tulisan. kedua-dua perkataan ini dianggap mempunyai makna yang sama. Jika diihat secara kasar. Lazimnya. Sekali imbas. Rahim Mahmood (1998:24) yang menjelaskan bahawa perkataan jemput jika diperhalusi dengan teliti jelas menunjukkan sesuatu yang membawa maksud ‘mempersilakan seseorang’ tetapi lebih kepada bahasa lisan. mati. jemput makan atau jemput masuk.Perkara ini berlaku kerana penutur yang berasal daripada dialek yang berbeza perlu menuturkan ‘bahasa’ yang berlainan dalam perbualan sesama mereka. Tetapi perkataan jemput lazimnya dipakai dalam konteks perbualan seperti jemput datang. mangkat. Namun. sinonim juga berlaku berdasarkan konteks. Sebagai contoh. Antara yang sering kita lakukan ialah dengan menggunakan beberapa perkataan yang mempunyai makna denotasi yang sama tetapi digunakan dalam wacana yang berlainan. Sinonim Berdasarkan Konteks Menurut Abdullah Hassan (2006:228) perkataan-perkataan yang sama makna telah lama wujud dalam Bahasa Melayu. kita akan mengubah laras bahasa kita berdasarkan kepada konteks sosial yang berlainan. Manakala perkataan undang pula digunakan dalam konteks bertulis atau rasmi contohnya seperti undangan ke majlis perkahwinan. kojol. Pendapat yang sama turut dikemukakan oleh Ab. kejang dan kerpus difahami sebagai perkataan yang bermakna mati tetapi penggunaan setiap perkataan ini berbeza mengikut 8 . Manakala perkataan undang pula memperlihatkan maksud mempersilakan tetapi lebih kepada bentuk tulisan seperti undangan perkahwinan. Sinonim Berdasarkan Laras Sosial Sinonim juga boleh wujud berdasarkan laras sosial atau gaya yang berlainan. Perkataan seperti wafat. kedua-dua perkataan tersebut iaitu jemput dan undang seolah-olah sama. Daripada huraian pendapat di atas.

Oleh hal yang demikian. Perkataan banyak dikatakan bersinonim dengan perkataan ramai. Perbezaan seperti ini bukan timbul disebabkan oleh perbezaan kawasan geografi. Lebih-lebih lagi apabila kita menggunakan kata sinonim yang tergolong sebagai kata yang berbudaya. Perkataan ramai tidak digunakan untuk binatang atau barang. mati untuk orang biasa dan kojol. Oleh hal yang demikian. Sinonim Berdasarkan Kolokasi Sinonim jenis ini digunakan dalam konteks penggunaan masing-masing. Abdullah Hassan (2006:229) turut mengemukakan contoh seperti perkataan kemuruk yang digunakan untuk telur dan basi untuk nasi. makan untuk orang biasa dan sebagainya. 9 . tetapi kerana gaya atau laras bahasa yang perlu digunakan dalam keadaan dan rujukan yang betul. penutur Bahasa Melayu perlu berhati-hati menggunakan perkataan sinonim dan memahami penggunaan laras sosial yang betul kerana penggunaan sinonim yang salah boleh menimbulkan kelucuan dan kemarahan seseorang.laras yang betul. Perkataan wafat digunakan untuk nabi. manakala ramai hanya digunakan untuk kata nama manusia sahaja. Semuanya bermaksud makan tetapi santap digunakan untuk raja. mangkat untuk raja. ramai arnab dan lain-lain dianggap tidak gramatis. santap. agak janggal sekiranya kita mengatakan bahawa telur itu basi kerana perkataan basi digunakan untuk nasi dan bukan untuk telur. Keduaduanya membawa makna busuk. kejang dan kerpus bagi menyatakan makna yang sama dengan tidak sopan. Walau bagaimanapun. tetapi wujud sebagai perkataan yang berlainan dan ditentukan oleh konteks tertentu. Berdasarkan contoh tersebut. ungkapan seperti ramai baju. perkataan banyak digunakan dengan pelbagai kata nama. melantak dan rongos. Begitu juga dengan perkataan makan.

sinonim bukanlah bertujuan untuk mengelirukan tetapi untuk membantu pengguna bahasa memahami makna sesuatu perkataan dengan menggunakan perkataan lain. Kata sinonim sebenarnya menandai perkembangan ilmu bahasa. pengguna akan dapat menggunakan perkataan tersebut berdasarkan konteks yang sesuai. Konsep sinonim juga perlu difahami dengan sebaiknya kerana kesalahan penggunaan sinonim boleh menimbulkan kemarahan dan kelucuan kepada pendengar. 10 . Oleh hal yang demikian. Hal ini demikian kerana usaha mencipta pelbagai istilah dan perkataan umum yang baru adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan perkataan dalam Bahasa Melayu seperti sinonim umpamanya. bahkan menambahkan lagi kosa kata dalam Bahasa Melayu.Kesimpulan Kewujudan sinonim dalam Bahasa Melayu bukanlah satu kata yang mubazir. Justeru.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful