You are on page 1of 13

1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa


yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran
membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti
mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba
ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-
pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan
pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam
pelbagai bidang.
Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses
membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-
lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan
oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan
kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita
akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang
sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.
Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran
kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap
sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama
dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal
lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca
bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam
bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri
menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

1
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

Takrif membaca

Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca. Membaca dimaksudkan sebagai


proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak
dan bertulis (Harris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai
keupayaan seseorang itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk
itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan
akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya.
Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan
mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yang
dibuat oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula menyatakan
membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca
mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah
terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan
melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana
hubungan hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku
dalam dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan
pemikiran yang wujud dalam minda.

Jenis peringkat membaca

Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu;


• Bacaan mekanis (bersuara)
• Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)
• Bacaan intensif (mendalam)
• Bacaan ekstensif (meluas)

BACAAN MEKANIS (BERSUARA)


2
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti


membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau
apapun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti
membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan
informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah
bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan
terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan
menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai
kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan
yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta
pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata
dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.
Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan
kompleks. Ia menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan
memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu
kepada usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman. Membaca
mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta
mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat. Oleh sebab itu, dalam
mengajarkan ketrampilan ini, guru harus dapat memahamkan proses komunikasi
dua arah. Lingkaran komunikasi belum sempurna sekiranya pendengar belum
dapat memberi tanggapan secukupnya terhadap fikiran atau perasaan yang
diekspresikan oleh pembaca.
Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca
secara mekanis ini, pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai
ketrampilan persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang
membolehkannya mengenal, memahami kata-kata dengan cepat dan tepat.
Aspek lain yang sama pentingnya ialah kemampuan mengelompokkan kata-kata
dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Untuk
membantu pelajar menangkap serta memahami maksud pengarang secara
berkesan, ia haruslah boleh melakukan perkara-perkara berikut;

3
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

(a) Menyoroti idea baru dengan menggunakan penekanan yang jelas,


(b) Menjelaskan perubahan dari satu idea kepada idea yang lain,
(c) Menerangkan kesatuan-kesatuan fikiran dalam satu kalimat dengan
penyusunan kata yang tepat dan sempurna,
(d) Menghubungkan idea yang bertautan dengan cara menjaga suaranya
sehingga akhir dan tercapai tujuannya,
(e) Menjelaskan klimaks dengan gaya dan daya ekspresi yang baik dan
tepat.

Oleh itu, bacaan mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan
dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut
gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan
bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas
permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat
menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama
yang sempurna.

Tujuan

Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan;


(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang
betul.
(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa,
kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus.
(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta
tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran
yang lain.

4
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan


membaca bersuara.
(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.
(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.

Aktiviti bacaan mekanis

Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;


(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan,
sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-
perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan
atau makna perkataan-perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan
guru.
(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara
kelas atau kumpulan.
(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu
bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara
lisan dan bertulis.

BACAAN MENTALIS / AKALIAH (KEFAHAMAN)

Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan
membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata

5
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh
informasi dan pemahaman. Membaca mentalis ialah kunci bagi segala ilmu
pengetahuan. Membaca mentalis merupakan aktiviti membaca yang dapat
menguasai sebahagian besar hidup kita. Dibandingkan dengan membaca
nyaring, dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika kegiatan membaca
dilakukan, orang lain tidak terganggu.
Dalam kehidupan yang sebenar, setiap anggota masyarakat membaca
bahan-bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Ini
dilakukan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Membaca secara
perseorangan menuntut selera masing-masing dan ini disebut sebagai
personalized reading. Pengajaran membaca seperti ini merupakan satu falsafah
pengajaran yang melibatkan satu pendekatan terhadap organisasi kelas.
Berdasarkan konsep bahawa setiap kanak-kanak harus mencari, memilih,
melangkah dan maju sendiri, program membaca perseorangan adalah satu
strategi yang amat menarik. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan
individu tersebut secara berkesan.
Biasanya, membaca dalam hati atau membaca senyap ini melibatkan dua
jenis bacaan, iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Oleh itu, bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau
menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan
bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa
perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan
yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan
mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan
kecekapan bacaan mekanis.

Tujuan

(a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.


(b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami
apa yang dibacanya,

6
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

(c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.


(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan
pengetahuan.
(e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.

Aktiviti bacaan mentalis

(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.


(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada
bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang
banyak dan susah.
(c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran
dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.
(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata
yang susah.

BACAAN INTENSIF (MENDALAM)

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan


memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu ia memberi tekanan kepada
kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan
7
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi
yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan
dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Bacaan intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu
bahan bacaan. Biasanya, ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek
untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum
dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan,
iaitu yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya.
Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah
isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi ini, membaca teliti,
membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan.
Sementara dalam membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang menyangkut
bahasa ditegaskan.
Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran
membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam
dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut
perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan
tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa
sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif boleh
dilaksanakan.
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada
kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan
perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang
berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan
bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Konsep

8
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

(a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha


melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di
bawah pimpinan guru.
(b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan
mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk
memperkembangkan perbendaharaan kata.
(c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan
kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh
pelajar dalam bacaannya.
(d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam
pertuturan dan tulisan.
(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

Tujuan

(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari


segi sebutan, intonasi, lancer dan tahu menggunakan tanda-tanda
bacaan dengan baik.
(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam
bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian
dalam kamus.
(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
(d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan
yang dibaca.
(e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam
bahasa.
(f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan
sebagainya.

Aktiviti bacaan intensif

9
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

(a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh


pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya
dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.
(b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah
buku teks rujukan tatabahasa.
(c) Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama
misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari
kedua ‘latihan perkamusan’, hari ketiga ‘latihan meneka maksud
mengikut konteks’, hari keempat ‘membaca dengan laju’ dan
sebagainya.
(d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu
bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk
jawapan bertulis.
(e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam.

PERBANDINGAN PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA

Perbezaan Bacaan mekanis Bacaan intensif


Konsep Bacaan untuk menyuarakan Bacaan untuk perkembangan
tulisan dengan sebutan yang kebolehan dalam meneliti,
jelas dan terang memahami dan mentafsir apa
sahaja yang dibaca dengan tepat
Tujuan Membaca dengan cekap dan Membolehkan kanak-kanak
pantas mentafsir apa yang ditulis dengan
mengkaji susunan ayat
10
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

Peringkat Lebih kepada peringkat asas Lebih kepada peringkat yang lebih
kerana tertumpu kepada mendalam kerana menganalisis,
permulaan membaca memahami dan mentafsir ayat
Cara Bersuara secara jelas dan Senyap
membaca terang
Cadangan • Beri petikan teks yang • Pelajar membaca petikan
aktiviti sesuai yang sesuai dengan tajuk
• Buat latih tubi baca tugasan
perkataan / rangkai kata • Pelajar merujuk kamus dan
yang sukar buku bahasa yang berkaitan
• Tunjuk cara contoh tajuk
bacaan yang betul • Guru beri pelbagai soalan
• Murid membaca dan guru sebagai latihan
memantau bacaan murid

Kefahaman Tidak menitikberatkan aspek Lebih kepada pemahaman ayat


kefahaman ayat
Bimbingan Memerlukan bimbingan yang Kurang diberikan bimbingan kerana
guru kukuh bagi membina asas yang asas
kukuh membaca sudah mantap
Kemahiran Kemahiran sebutan dan intonasi Kemahiran faham, analisis dan
yang terlibat yang betul membuat rumusan
Cara Menggunakan petikan yang Menggunakan petikan yang intensif
pelaksanaan mudah dan laras bahasa yang dan laras bahasa yang sederhana
mudah dan susah
Pemerolehan Tidak mendapat banyak ilmu Banyak mendapat ilmu dan mudah
ilmu dan info baru mendapat ilmu
Kelajuan Tidak pantas Pantas
membaca

Huraian jadual perbandingan peringkat kemahiran bahasa;

Terdapat banyak perbezaan yang boleh dilihat dalam kedua-dua peringkat


bacaan iaitu bacaan secara mekanis dan bacaan intensif. Jadual di atas

11
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

menunjukkan perbezaan yang ketara di antara kedua-duanya. Jika kita lihat dari
segi konsep, kedua-dua jenis bacaan mempunyai perbezaan di mana
pembacaan secara mekanis menumpukan kepada bacaan untuk menyuarakan
tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, intonasi dan irama yang betul
manakala bacaaan secara intensif merujuk kepada bacaan bagi
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa
sahaja bahan yang dibaca dengan tepat. Bacaan secara mekanis lebih kepada
bacaan yang berbentuk bacaan permulaan manakala bacaan intensif merujuk
kepada peringkat selepas asas pembacaan telah kukuh.
Perbezaan yang kedua yang wujud ialah dari segi tujuannya. Di dalam
jadual menunjukkan bahawa tujuan utama bacaan mekanis adalah untuk
membaca dengan cekap dan pantas manakala bacaan intensif adalah untuk
membolehkan kanak-kanak mentafsir apa yang ditulis dengan mengkaji susunan
ayat. Dalam hal ini kita lihat kemahiran yang terlibat berbeza antara satu sama
lain dan tujuan kemahiran dibentuk juga mempunyai motif yang berlainan.
Perbezaan yang ketiga iaitu perbezaan dari segi peringkat kemahiran.
Bacaan mekanis menunjukkan bahawa peringkat bacaan baginya adalah di
peringkat yang rendah, peringkat asas atau peringkat permulaan manakala
peringkat intensif merujuk kepada peringkat yang lebih mendalam lagi kerana
lebih kepada menganalisis, mentafsir dan membuat rumusan ayat itu, sama ada
berkaitan dengan apa yang diperkatakan dalam ayat tersebut. Hal ini sudah
menunjukkan bahawa perbezaan yang wujud adalah disebabkan oleh tahap
kemahiran bacaan di mana kemahiran mekanis lebih kepada tahap pertama
manakala kemahiran intensif lebih kepada tahap yang kedua atau ketiga.
Keempat, perbezaan dari segi cara pembacaan. Pembacaan mentalis
merujuk kepada pembacaan terang atau jelas mengikut irama dan yang selaras
dengan penggunaan bahasa. Bagi pembacaan intensif pula pembacaan pula ia
dilakukan secara senyap dan ditambah dengan analisis dan membuat rumusan.
Kelima, perbezaan yang wujud pada peringkat membaca ialah dari segi
kefahaman ayat. Bagi pembacaan mentalis pembacaan hanya tertumpu kepada
cara menyebut sahaja akan tetapi bagi pembacaan intensif memberikan
kefahaman yang tinggi.

12
1 OKTOBER 2007 [KEMAHIRAN MEMBACA_OKED]

Keenam, perbezaan daripada bimbingan guru. Jika kita lihat dalam jadual
di atas menunjukkan bahawa peringkat mentalis lebih memerlukan guru
berbanding dengan peringkat intensif. Hal ini demikian kerana pada peringkat
mentalis, guru haruslah melibatkan diri sepenuhnya dalam porses membaca
kerana ia boleh membetulkan apa yang salah dan membetulkan apa yang betul
supaya murid-murid tidak tersalah menyebut dan sebutan ini dibuat mengikut
sebutan yang betul. Hal ini berbeza dengan peringkat intensif di mana pada
peringkat ini kanak-kanak lebih kepada ‘semi-bimbingan’ di mana bimbingan
guru kurang diberikan kerana peringkat ini merupakan peringkat permulaan
membaca secara berdikari.
Kesimpulannya perbezaan yang ketara yang ditunjukkan di dalam jadual
dari segi konsep, tujuan, cara membaca, tahap kefahaman adalah disebabkan
oleh peringkat ataupun tahap yang diperlukan dan ianya merupakan satu latih
tubi mengikut kesesuaian umur kanak-kanak.
RUJUKAN

Ab. Rahman Ab. Rashid. 1997. Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan


Malaysia. Balakong, Selangor; Longman Malaysia

Amdun Husain. 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur;
Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. Siri Panduan Guru KBSR Asas Kemahiran
Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka

13

You might also like