You are on page 1of 51

September 18,

2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

10 PENGENALAN

Khidmat komuniti merupakan salah satu kegiatan yang dirancang bagi


memenuhi keperluan penilaian projek bagi mata pelajaran Kajian Sosial. Pelajar
perlu menghubungkaitkan isi kandungan pelajaran dengan pola interaksi
manusia dalam pelbagai latar belakang kehidupan. Ini bagi mengukuhkan
kemahiran sosial pelajar dan menyemai kemahiran interpersonal dalam kalangan
pelajar dengan masyarakat setempat. Semangat penyertaan dan keperihatinan
terhadap masyarakat setempat akan menyumbangkan pendidikan terhadap
bakal guru untuk menjadi seorang insan seimbang.

1.1 Latar belakang

Berdasarkan konsep khidmat komuniti yang akan dijalankan, kami perlu


merancang dan mengendalikan satu aktiviti berunsur akademik mengenai
sejarah, kemasyarakatan / perpaduan untuk dipersembahkan kepada penghuni
rumah anak yatim. Persembahan yang akan dilakukan perlu diteliti agar memberi
kesan positif kepada anak yatim. Melalui program yang dilaksanakan,
persembahan adalah merangkumi aspek Sejarah Kemerdekaan. Pelaksanaan ini
mendedahkan anak yatim mengenai konsep sejarah detik-detik sebelum dan
selepas mencapai kemerdekaan. Tema ini diambil bersempena negara kita yang
telah menyambut Hari Kemerdekaan ke-50 pada 31 Ogos 2007 baru-baru ini.
Oleh itu, bagi membangkitkan semangat kemerdekaan dalam kalangan
penghuni Rumah Anak Yatim Sekendi, pelaksanaan ini mendedahkan kepada
anak-anak yatim mengenai aspek keilmuan Sejarah Malaysia dan kemerdekaan
di mana ia adalah menjurus ke arah keberkesanan menghayati persembahan
tentang kemerdekaan. Persembahan turut mendedahkan kemahiran memberi
sepenuh tumpuan ketika aktiviti menjawab soalan tentang sejarah kemerdekaan
yang disampaikan. Nilai tanggungjawab dan kerjasama juga dipupuk kepada
kalangan penghuni rumah anak yatim melalui sikap bekerjasama ketika
menjawab soalan dan menyelesaikan susunan gambar bendera. Aktiviti juga

1
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

mewujudkan keberkesanan interaksi dan komunikasi secara berkesan di antara


pengendali program dan anak-anak yatim itu sendiri.

1.2 Objektif

Objektif khidmat komuniti diadakan adalah;


• Mewujudkan rasa kesedaran, berkeyakinan, dan berkemampuan untuk
mencapai kejayaan dari segi pengurusan dan pelaksanaan projek,
fizikal dan mental serta kerohanian seiring dengan kecemerlangan
akademik.
• Mendedahkan guru pelatih yang mengambil mata pelajaran Kajian
Sosial kepada aspek-aspek kegiatan luar dalam pengurusan program
kebajikan.
• Membina imej generasi muda yang dinamis dan rasional dalam
menghadapi cabaran di alaf baru bersesuaian dengan kehendak dan
tuntutan agama, masa dan negara demi menjamin masyrakat yang
berakhlak.
• Membentuk guru pelatih yang mempunyai semangat untuk membantu
masyarakat setempat memperbaiki kemahiran dan tahap pendidikan
mereka melalui khidmat bakti dalam program-program yang bakal
dilaksanakan sepanjang projek tersebut.
• Memberi kesedaran dalam mengisi kemerdekaan negara ke arah yang
lebih bermanfaat.
• Menyemai rasa cinta pada negara.
• Mendaulatkan kemerdekaan selama 50 tahun.
• Menghayati kemerdekaan dan mengenang jasa tokoh-tokoh terdahulu.
• Belajar bagaimana bangkit dari kemunduran kepada ke arah
kemajuan.
• Semangat perpaduan dan bersatu padu penting bagi mencapai
kemerdekaan dan kejayaaan.

2
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

1.3 Skop pemilihan

Persembahan yang dijalankan meliputi aktiviti yang berunsur akademik sama


ada mengenai sejarah dan kemasyarakatan / perpaduan.

1.4 Pelaksanaan aktiviti

Dalam projek Riang Ria Malaysia, terdapat dua aktiviti utama dalam projek ini
iaitu menjawab soalah kuiz berpandukan tayangan video berkenaan proses
kemerdekaan dan menyelesaikan susunangambar-gambar bendera negara
Malaysia. Para peserta akan dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan
dikendalikan seorang pengacara serta dibantu oleh fasilitator.
Aras soalan yang disediakan adalah senang dengan menjawab apa yang
dipaparkan dalam tayangan. Soalan akan dituliskan dalam saiz besar yang boleh
dibaca oleh semua ahli kumpulan. Langkah ini akan menggalakkan ahli
kumpulan bekerjasama. Bagi menyelesaikan soalan yang disediakan, peserta
akan terdedah kepada bagaimana proses kemerdekaan itu dicapai dengan
memerhatikan secara teliti tayangan video yang disediakan. Tayangan video ini
akan hanya ditayangkan dalam masa 15 minit sahaja. Soalan perlu dijawab
secara serentak semasa video ditayangkan.
Bagi aktiviti menyelesaikan puzzle gambar bendera, aktiviti ini hanya akan
diselesaikan oleh peserta di bawah umur 8 tahun sahaja. Aktiviti akan dibantu
oleh fasilitator bagi memastikan puzzleakan berjaya disiapkan juga dalam masa
15 minit. Kelebihannya adalah peserta bawah umur 8 tahun akan mengenali
bendera Malaysia.
Selepas dua aktiviti tersebut disiapkan, sementara keputusan diumumkan,
para peserta bersama fasilitator akan menyanyikan lagu patriotik dan lagu
Negaraku. Bendera akan diagihkan kepada semua bagi menaikkan semangat
semua peserta. Nyayian lagu patriotik akan menaikkan semangat cintakan

3
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

negara. Hadiah serta cenderamata akan diagihkan kepada semua peserta dan
pemenang sebagai tanda kenang-kenangan.
1.5 Cara pelaksanaan

i. Penghuni rumah anak-anak yatim akan dibahagikan kepada beberapa


kumpulan dengan mencampurkan semua ahli kumpulan tidak mengambil
kira peringkat umur.
ii. Kumpulan tersebut akan dibantu oleh 3 orang fasilitator bagi melancarkan
lagi perjalanan aktiviti.
iii. Sebelum aktiviti kuiz dijalankan, ceramah akan diberikan sekitar 10 minit
sebagai peringatan kepada proses kemerdekaan Negara.
iv. Setiap kumpulan akan diberi penerangan mengikut kumpulan masing-
masing dan pastikan arahan yang disampaikan boleh difahami oleh
semua ahli kumpulan.
v. Puzzle akan diedarkan setiap kumpulan dan akan diselesaikan oleh
kanak-kanak di bawah umur 8 tahun.
vi. Bagi ahli kumpulan selebihnya akan menyelesaikan soalan yang
disediakan secara beramai-ramai semasa tayangan yang disediakan.
vii. Apabila telah bersedia, masa akan bermula dan masing-masing akan
menjalankan tugas iaitu menyiapkan puzzle dan menjawab soalan. Masa
yang diperuntukan adalah 15 minit.
viii.Selepas tamat masa yang diberikan, semua kumpulan dikehendaki
berhenti daripada menjawab soalan dan menyiapkan puzzle.
ix. Sementara keputusan diketahui, para peserta akan diedarkan dengan
bendera Jalur Gemilang dan menyanyikan beberapa buah lagu patriotik
dan lagu Negaraku.
x. Setelah keputusan diumumkan, hadiah serta cenderamata akan diberikan
kepada para pemenang dan semua peserta yang terlibat

4
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

2.0 KERTAS CADANGAN AKTIVITI

INSTITUT PERGURUAN BAHASA MELAYU MALAYSIA,


LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR

KHIDMAT KOMUNITI
PROGRAM KEILMUAN ANAK-ANAK YATIM
RIANG RIA MALAYSIA

TEMPAT
RUMAH ANAK YATIM SEKENDI
SABAK BERNAM SELANGOR

TARIKH
8 SEPTEMBER 2007

ANJURAN
PELAJAR-PELAJAR

5
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN


AMBILAN JULAI 2006 SEMESTER 3(E)
2.1 PENDAHULUAN

Kajian Sosial merupakan suatu mata pelajaran yang merangkumi pelbagai


disiplin ilmu. Penguasaan bidang ini amat penting dalam melahirkan
warganegara yang bersemangat patriotik, bertanggungjawab terhadap
persekitaran dan masyarakat yang berwibawa. Tugasan berbentuk khidmat
komuniti dapat meningkatkan keupayaan dan kefahaman pelajar tentang
kepentingan interaksi sosial dalam hidup bermasyarakat. Ini dapat membantu
pelajar mengaitkan aspek teori dengan realiti kehidupan dan isu kontemporari.
Hasil aktiviti pula dapat dijadikan salah satu sumber penting bagi memperolehi
maklumat yang sahih dan tepat tentang sesuatu perkara.

2.2 LATAR BELAKANG

Khidmat komuniti merupakan salah satu kegiatan yang dirancang bagi


memenuhi keperluan penilaian projek bagi mata pelajaran Kajian Sosial. Pelajar
perlu menghubungkaitkan isi kandungan pelajaran dengan pola interaksi
manusia dalam pelbagai latar belakang kehidupan. Ini bagi mengukuhkan
kemahiran sosial pelajar dan menyemai kemahiran interpersonal dalam kalangan
pelajar dengan masyarakat setempat. Semangat penyertaan dan keperihatinan
terhadap masyarakat setempat akan menyumbangkan pendidikan terhadap
bakal guru untuk menjadi seorang insan seimbang.
Berdasarkan konsep khidmat komuniti yang akan dijalankan, kami perlu
merancang dan mengendalikan satu aktiviti berunsur akademik mengenai
sejarah, kemasyarakatan / perpaduan untuk dipersembahkan kepada penghuni
rumah anak yatim. Persembahan yang akan dilakukan perlu diteliti agar memberi
kesan positif kepada anak yatim. Melalui program yang dilaksanakan,
persembahan adalah merangkumi aspek Sejarah Kemerdekaan. Pelaksanaan ini
mendedahkan anak yatim mengenai konsep sejarah detik-detik sebelum dan

6
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

selepas mencapai kemerdekaan. Tema ini diambil bersempena negara kita yang
telah menyambut Hari Kemerdekaan ke-50 pada 31 Ogos 2007 baru-baru ini.
Oleh itu, bagi membangkitkan semangat kemerdekaan dalam kalangan
penghuni Rumah Anak Yatim Sekendi, pelaksanaan ini mendedahkan kepada
anak-anak yatim mengenai aspek keilmuan Sejarah Malaysia dan Kemerdekaan
di mana ia adalah menjurus ke arah keberkesanan menghayati persembahan
tentang kemerdekaan. Persembahan turut mendedahkan kemahiran memberi
sepenuh tumpuan ketika aktiviti menjawab soalan tentang sejarah kemerdekaan
yang disampaikan. Nilai tanggungjawab dan kerjasama juga dipupuk kepada
kalangan penghuni rumah anak yatim melalui sikap bekerjasama ketika
menjawab soalan dan menyelesaikan susunan gambar bendera. Aktiviti juga
mewujudkan keberkesanan interaksi dan komunikasi secara berkesan di antara
pengendali program dan anak-anak yatim itu sendiri.

2.3 MATLAMAT

Program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar
dalam mengurus, mengendali dan membuat aktiviti luar. Selain itu, program
seumpama ini memberi peluang kepada pelajar dalam bekerjasama dan saling
bertoleransi dalam melakukan aktiviti sama ada secara fizikal, emosi dan rohani.
Melihat pada keupayaan yang dimiliki oleh guru pelatih dari kelas PPISMP
3E serta banyak membawa kebaikan, maka Institut Perguruan Bahasa Melayu
Malaysia (IPBMM) melalui pensyarah penasihat Kajian Sosial telah mengorak
langkah untuk mencuba mengikuti aktiviti mencabar ini bagi meningkatkan
keupayaan kecerdasan mereka. Pendedahan dan pengalaman yang akan
diperolehi oleh guru pelatih ini amat berguna dan tidak ternilai buat persiapan
mereka kelak jika berkhidmat di sekolah nanti.

7
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

2.4 TUJUAN

• Memupuk semangat saling membantu dan toleransi dalam kalangan guru


pelatih.
• Membolehkan guru pelatih memperolehi pengetahuan dan menguasai
kemahiran dalam aktiviti yang dijalankan seperti mengendalikan sesuatu
program berbentuk kebajikan sebagai persiapan apabila bekhidmat di
sekolah nanti.
• Menguasai aspek pengurusan dan kepimpinan untuk membolehkan guru
pelatih merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti program
kebajikan ini untuk memperkayakan pengalamannya apabila berada di
sekolah nanti.
• Membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni
amalan demokratis, disiplin, taat, bersikap positif, toleransi dan patrotisme
dalam program sukan mendaki.
• Memupuk sikap yakin dan percaya pada diri sendiri dan juga orang lain
sepanjang menjalankan aktiviti.

2.5 RASIONAL

• Pendedahan untuk berhibur sambil belajar


• Memberi pengalaman baru kepada penghuni Rumah Anak-anak Yatim
Sekendi
• Dapat memupuk semangat kerjasama dan berkumpulan dalam
melakukan sebarang aktiviti

8
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

2.6 OBJEKTIF

• Mewujudkan rasa kesedaran, berkeyakinan, dan berkemampuan untuk


mencapai kejayaan dari segi pengurusan dan pelaksanaan projek,
fizikal dan mental serta kerohanian seiring dengan kecemerlangan
akademik.
• Mendedahkan guru pelatih yang mengambil mata pelajaran Kajian
Sosial kepada aspek-aspek kegiatan luar dalam pengurusan program
kebajikan.
• Membina imej generasi muda yang dinamis dan rasional dalam
menghadapi cabaran di alaf baru bersesuaian dengan kehendak dan
tuntutan agama, masa dan negara demi menjamin masyrakat yang
berakhlak.
• Membentuk guru pelatih yang mempunyai semangat untuk membantu
masyarakat setempat memperbaiki kemahiran dan tahap pendidikan
mereka melalui khidmat bakti dalam program-program yang bakal
dilaksanakan sepanjang projek tersebut.
• Memberi kesedaran dalam mengisi kemerdekaan negara kearah yang
lebih bermanfaat.
• Menyemai rasa cinta pada negara.
• Mendaulatkan kemerdekaan selama 50 tahun.
• Menghayati kemerdekaan dan mengenang jasa tokoh-tokoh terdahulu.
• Belajar bagaimana bangkit dari kemunduran kepada ke arah
kemajuan.
• Semangat perpaduan dan bersatu padu penting bagi mencapai
kemerdekaan dan kejayaaan.

9
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

2.7 AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

PENAUNG:
PENGARAH IPBMM
PN. SORIAH BT. ABDULLAH

PENASIHAT:
TIMBALAN PENGARAH IPBMM

PENSYARAH PENASIHAT:
PN. KHALIJAH MAIMON

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : MOHD ZULHILMI MAT RAHIM

NAIB PENGERUSI : HUZAINI AMIR

SETIAUSAHA : NOR IZZATI ROHAIMI

BENDAHARI : SUHAINITA MD ZAIN

AJK PERALATAN :MUHAMMAD RAIMI YUSUF

AJK MULTIMEDIA :MUHAMAD KAMARUL ARIFFIN LOKMAN


MOHD AMINILLAH MUSTAPHA

AJK AKTIVITI DAN PERSEMBAHAN : MOHD FAREEZ MAZLAN

10
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

MD AZRI SIDIK

AJK DISIPLIN DAN KEBERSIHAN : NURZEHAN ZAKARIA


NOR ROHAIZAH AHMAD
HASNURFARISHA HASAN

AJK HADIAH: NURHAYATI MAHDZIR


FATIN ADILA JAMIL
NOOR HAFIZAH ALI
ARINA ABD GHANI

AJK KESELAMATAN : MUMTAZAH JOHAR


SYAZA YASMIN ISMAIL

* Pembentukan AJK ini berdasarkan aktiviti yang akan di jalankan dalam acara
tersebut.

11
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

2.8 PROJEK

Nama Projek :Riang Ria Malaysia

Program utama yang akan dijalankan ialah persembahan multimedia sambil


menjawab soalan-soalan yang disediakan mengenai sejarah Malaysia. Secara
rasionalnya program ini dapat memberi input serta maklumat kepada anak-anak
yatim mengenai Sejarah Malaysia seperti kisah silam pejuang-pejuang Negara,
susah senang Negara mendapatkan kemerdekaan, tokoh-tokoh kemerdekaan
Negara.

Tema Projek : Yang Jauh Didekatkan Yang Dekat Dimesrakan


Sasaran : Penghuni Rumah Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam Selangor

Anjuran :
• Pelajar-pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Perguruan kelas 3E.
• Unit Kajian Sosial, Jabatan Kajian Sosial, Institut Perguruan Bahasa
Melayu Malaysia.

Tempat :
Rumah Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam Selangor

Tarikh :
8 September 2007-Program yang dirancang akan dilaksanakan selama 1 hari.

Pengangkutan:
Bas IPBMM

12
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Peralatan:
Disediakan oleh pihak penganjur
Pengisian :

Dalam projek Riang Ria Malaysia, terdapat dua aktiviti utama dalam projek ini
iaitu menjawab soalah kuiz berpandukan tayangan video berkenaan proses
kemerdekaan dan menyelesaikan puzzle gambar-gambar bendera negara
Malaysia. Para peserta akan dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan
dikendalikan seorang pengacara serta dibantu oleh fasilitator.
Aras soalan yang disediakan adalah senang dengan menjawab apa yang
dipaparkan dalam tayangan. Soalan akan dituliskan dalam saiz besar yang boleh
dibaca oleh semua ahli kumpulan. Langkah ini akan menggalakkan ahli
kumpulan bekerjasama. Bagi menyelesaikan soalan yang disediakan, peserta
akan terdedah kepada bagaimana proses kemerdekaan itu dicapai dengan
memerhatikan secara teliti tayangan video yang disediakan. Tayangan video ini
akan hanya ditayangkan dalam masa 15 minit sahaja. Soalan perlu dijawab
secara serentak semasa video ditayangkan.
Bagi aktiviti menyelesaikan puzzle gambar bendera, aktiviti ini hanya akan
diselesaikan oleh peserta di bawah umur 8 tahun sahaja.Aktiviti akan dibantu
oleh fasilitator bagi memastikan puzzleakan berjaya disiapkan juga dalam masa
15 minit. Kelebihannya adalah peserta bawah umur 8 tahun akan mengenali
bendera Malaysia.
Selepas dua aktiviti tersebut disiapkan, sementara keputusan diumumkan,
para peserta bersama fasilitator akan menyanyikan lagu patriotik dan lagu
Negaraku. Bendera akan diagihkan kepada semua bagi menaikkan semangat
semua peserta. Nyayian lagu patriotik akan menaikkan semangat cintakan
negara. Hadiah serta cenderamata akan diagihkan kepada semua peserta dan
pemenang sebagai tanda kenang-kenangan.

13
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Perlaksanaan Aktiviti :

i. Penghuni rumah anak-anak yatim akan dibahagikan kepada beberapa


kumpulan dengan mencampurkan semua ahli kumpulan tidak
mengambil kira peringkat umur.
ii. Kumpulan tersebut akan dibantu oleh 3 orang fasilitator bagi
melancarkan lagi perjalanan aktiviti.
iii. Sebelum aktiviti kuiz dijalankan, ceramah akan diberikan sekitar 10
minit sebagai peringatan kepada proses kemerdekaan Negara.
iv. Setiap kumpulan akan di beri penerangan mengikut kumpulan masing-
masing dan pastikan arahan yang disampaikan boleh difahami oleh
semua ahli kumpulan.
v. Puzzle akan diedarkan setiap kumpulan dan akan diselesaikan oleh
kanak-kanak dibawah umur 8 tahun.
vi. Bagi ahli kumpulan selebihnya akan menyelesaikan soalan yang
disediakan secara beramai-ramai semaasa tayangan yang disediakan.
vii. Apabila telah bersedia, masa akan bermula dan masing-masing akan
menjalankan tugas iaitu menyiapkan puzzle dan menjawab soalan.
Masa yang diperuntukan adalah 15 minit.
viii. Selepas tamat masa yang diberikan, semua kumpulan dikehendaki
berhenti daripada menjawab soalan dan menyiapkan puzzle.
ix. Sementara keputusan diketahui, para peserta akan dieadrkan dan
menyanyikan beberapa buah lagu patriotik dan lagu Negaraku.
x. Setelah keputusan diumumkan, hadiah serta cenderamata akan
diberikan kepada para pemenang dan semua peserta yang terlibat.

14
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

2.9 PEMBAHAGIAN TUGAS

PENCERAMAH
MOHD ZULHILMI MAT RAHIM
HUZAINI AMIR
MUMTAZAH JOHAR

KUMPULAN 1
MOHD FAREEZ MAZLAN
SUHAINITA MD ZAIN
NURHAYATI MAHDZIR

KUMPULAN 2
MUHAMAD RAIMI YUSUF
ARINA ABD GHANI
NOR ROHAIZAH AHMAD

KUMPULAN 3
MOHD KAMARUL ARIFFIN LOKMAN
NURZEHAN ZAKARIA
HASNURFARISHA HASSAN

KUMPULAN 4
MOHD AMINILLAH MUSTAPHA
NOR IZZATI ROHAIMI
NOOR HAFIZAH ALI

KUMPULAN 5

15
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

MD AZRI SIDIK
SYAZA YASMIN
FATIN ADILA JAMIL
2.10 ANGGARAN PERBELANJAAN

Program Keilmuan Anak-Anak Yatim


“Riang Ria Malaysia 2007”
Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia
di Rumah Anak Yatim Sekendi

Jumlah peserta yang terlibat untuk program ini termasuk fasilitator adalah :
60 orang ( peserta ) + 18 orang ( fasilitator )
= 78 orang

Kos yang terlibat bagi menjayakan program Riang Ria Malaysia 2007 adalah
seperti berikut:

HARGA PER
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
KUANTITI
1. Kad Manila 20 Helai RM 0.50 RM 10
2. Hadiah 5 Bungkus RM 20.00 RM 100
3. Maker Pen 1 Kotak RM 10.00 RM 10
4. Belon 2 Pek RM 8.00 RM 8
5. Pengangkutan - - RM 10
6. Pembalut Hadiah 10 Helai RM 1.00 RM 10
JUMLAH
RM 148.00
KESELURUHAN
Jadual 1: Anggaran perbelanjaan

* Pengangkutan pelajar menggunakan bas IPBMM.


* Alat tulis akan didapatkan daripada stor IPBMM.

16
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Dana yang dapat dikumpulkan melalui kutipan daripada setiap fasilitator adalah
seperti berikut:

RM 10.00 X 18 = RM180.00

Selain itu juga, dana juga akan diperoleh daripada sumbangan pihak-pihak
tertentu yang prihatin dengan program kebajikan seperti :

• Kantin IPBMM
• Pensyarah-pensyarah IPBMM
• Badan-Badan Korporat
• Ahli-Ahli Korporat
• Individu-Individu yang prihatin

Sumbangan yang diterima akan digunapakai untuk memeriahkan lagi aktiviti


kebajikan ini.

Penutup

Diharapkan dengan adanya aktiviti seumpama ini akan dapat membentuk


bakal guru yang berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai
peribadi yang tinggi di samping dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar
keluaran IPBMM. Diharap pihak institut dapat menimbangkan dan memberi
kelulusan bagi memastikan kelancaran perjalanan program Khidmat Komuniti
bersama anak-anak yatim ini dengan jayanya dan menjulang nama institut.

17
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

18
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

3.0 LOG PELAKSANAAN AKTIVITI

TARIKH / HARI MASA TEMPAT PERKARA


25 JULAI 2007 4.00-6.00 DEWAN • Menerima penerangan awal dan secara kasar mengenai kerja
RABU PETANG ABDUL kursus yang perlu di lakukan oleh pensyarah Kajian Sosial, Puan
RAHIM Khalijah Maimon
KAJAI • Melantik ahli jawatankuasa tertinggi program yang akan dijalankan
di Rumah Anak Yatim Sekendi
31 JULAI 2007 9.00-11.00 KELAS • Perlantikan ahli jawatankuasa sampingan untuk program
SELASA PAGI PPISMP • Pembahagian pelaksanaan tugasan kepada setiap ahli
3E jawatankuasa
• Perbincangan mengenai pengisian program yang akan dijalankan
pada hari pelaksanaan
13 OGOS 2007 11.00-1.00 DEWAN • Penerimaan kerja kursus Kajian Sosial dari pensyarah
ISNIN TENGAHARI HAMZAH • Persediaan untuk untuk membuat pra persembahan
FANSURI

19
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

15 OGOS 2007 4.00-6.00 DEWAN • Pra Persembahan oleh pelajar PPISMP Kumpulan C dan PPISMP
RABU PETANG ABDUL Kumpulan D
RAHIM
KAJAI
27 OGOS 2007 11.00-1.00 DEWAN • Pra Persembahan oleh pelajar PPISMP Kumpulan B dan PPISMP
ISNIN TENGAHARI HAMZAH Kumpulan E. Penerangan ringkas mengenai keadaan dan suasana
FANSURI di Rumah Anak Yatim Sekendi

3 SEPTEMBER 11.00-1.00 DEWAN • Taklimat tambahan oleh En. Ramli sebelum hari pelaksanaan
2007 TENGAHARI ABDUL
ISNIN RAHIM
KAJAI
5 SEPTEMBER 4.00-6.00 DEWAN • Taklimat akhir oleh pensyarah Kajian Sosial, Pn. Khalijah Maimon
2007 PETANG ABDUL mengenai persiapan akhir sebelum hari pelaksanaan program
RABU RAHIM
KAJAI

7 SEPTEMBER 9.30-10.30 ASRAMA • Persiapan barang-barang yang akan dibawa


2007 MALAM BUKIT • Pemeriksaaan dan pengumpulan barang
JUMAAAT PANTAI
20
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

8 SEPTEMBER 6.30 PAGI- RUMAH 6.30 pagi - Bertolak dari IPBMM ke Rumah Anak Yatim Sekendi
2007 6.00 ANAK 10.15 pag i- Sampai ke destinasi iaitu Asrama Anak Yatim Sekendi
PETANG YATIM Satu taklimat ringkas diberikan oleh pensyarah Kajian Sosial,
SEKENDI En. Johari Joned mengenai keadaan di rumah anak yatim
SABAK Sekendi. Sedikit taklimat mengenai perjalanan program
BERNAM sepanjang hari tersebut turut di berikan.
10.30 pagi - Minum pagi bersama anak-anak yatim dan para pensyarah
11.00 pagi - Bergerak ke kawasan masing-masing untuk aktiviti gotong-
royong.
1.00 tengahari - Para pelajar, para pensyarah dan semua penghuni rumah
anak yatim makan tengahari bersama-sama dan berehat
untuk solat Zohor
2.30 petang - Bersiap sedia untuk persembahan kumpulan oleh Pelajar-
pelajar Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.
- Empat buah persembahan dipersembahkan bagi memenuhi
skop projek khidmat komuniti ini.
5.00 petang - Upacara penyampaian hadiah dan ucapan penutup oleh
seorang dari wakil pelajar, wakil pensyarah dan pemilik
21
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

rumah anak yatim


6.00 petang - Bertolak pulang ke IPBMM

22
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

4.0 LAPORAN PERSEMBAHAN (secara kelas)

Program yang dijalankan memerlukan kami merancang dan mengendalikan satu


aktiviti berunsur akademik mengenai sejarah, kemasyarakatan/ perpaduan untuk
dipersembahkan kepada penghuni rumah anak yatim. Pada hari pelaksanaan
kami telah mengendalikan aktiviti dengan menunjukkan kolaborasi,
keberkesanan dan kreativiti persembahan. Persembahan yang dilakukan
memberi kesan dan impak kepada penghuni rumah anak yatim itu. Melalui
persembahan yang dilaksanakan, persembahan adalah merangkumi aspek
mengenai Sejarah Kemerdekaan. Pelaksanaan ini mendedahkan anak yatim
mengenai konsep sejarah detik-detik sebelum dan selepas mencapai
kemerdekaan. Tema ini diambil bersempena negara kita telah yang telah
menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 50 tahun pada 31 Ogos 2007 baru-baru
ini. Pelaksanaan ini mendedahkan kepada anak-anak yatim mengenai aspek
keilmuan Sejarah Malaysia dan Kemerdekaan dimana ia adalah menjurus ke
arah keberkesanan menghayati persembahan tentang kemerdekaan.

23
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Gambar 1: Pengendalian persembahan oleh PPISMP 3E yang bertemakan


Kemerdekaan.
Persembahan turut meliputi pendedahan mengenai kemahiran memberi
sepenuh tumpuan ketika aktiviti menjawab soalan tentang sejarah kemerdekaan
yang dipersembahkan. Aktiviti juga mewujudkan keberkesanan interakasi dan
komunikasi secara berkesan di antara pengendali program dan anak-anak yatim
itu sendiri. Muhd Zulnilmi selaku pengerusi bagi aktviti persembahan ini telah
megambil peranan sebagai Ketua Fasilitator dan bertindak sebagai pengacara
program. Dia di bantu oleh ahli-ahli lain yang bertindak sebagai fasilitator kepada
penghuni rumah anak yatim tersebut. Terdapat dua aktiviti utama dalam projek
ini iaitu menjawab soalah kuiz berpandukan tayangan video berkenaan proses
kemerdekaan dan menyelesaikan susunan gambar bendera negara Malaysia.
Para peserta yang terdiri dalam kalangan anak-anak yatim itu sendiri
dibahagikan kepada lima kumpulan dengan dikendalikan seorang pengacara
serta dibantu oleh fasilitator. Kumpulan di bahagikan mengikut peringkat umur di
mana dua kumpulan dari sekolah menengah dan tiga kumpulan adalah
kumpulan kanak-kanak. Dua kumpulan dari peringkat sekolah menengah
menjawab soalan kuiz dan tiga kumpulan lagi menyelesaikan susunan gambar
bendera.

24
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Gambar 2: Aktiviti menjawab soalan kuiz

Gambar 3:
Susunan gambar bendera

25
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Aras soalan yang disediakan adalah mudah dengan menjawab apa yang
dipaparkan dalam tayangan. Soalan akan dituliskan dalam saiz besar yang boleh
dibaca oleh semua ahli kumpulan. Langkah ini akan menggalakkan ahli
kumpulan bekerjasama. Bagi menyelesaikan soalan yang disediakan, peserta
akan terdedah kepada bagaimana proses kemerdekaan itu dicapai dengan
memerhatikan secara teliti tayangan video yang disediakan. Tayangan video ini
akan hanya ditayangkan dalam masa 15 minit sahaja. Soalan perlu dijawab
secara serentak semasa video ditayangkan.
Bagi aktiviti menyelesaikan susunan gambar bendera, aktiviti ini hanya
diselesaikan oleh peserta di bawah umur 12 tahun sahaja iaitu yang masih
bersekolah rendah. Aktiviti dibantu oleh fasilitator bagi memastikan susunan
berjaya disiapkan juga dalam tempoh masa 15 minit. Kelebihannya adalah
peserta akan mengenali bendera Malaysia dan menegetahui rupa bentuk
bendera Malaysia.
Selepas dua aktiviti tersebut disiapkan, sementara keputusan diumumkan,
para peserta bersama fasilitator menyanyikan lagu patriotik dan lagu Negaraku.
Bendera diagihkan kepada semua bagi menaikkan semangat semua peserta.
Nyayian lagu patriotik akan menaikkan semangat cintakan negara. Tayangan
video lagu Wajah nyanyian penyanyi tanah air di perdengarkan kepada penonton
dan penghuni Rumah Anak Yatim Sekendi bagi mengakhiri persembahan dari
kumpulan kami.

26
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Gambar 4: Sewaktu pengendalian persembahan

5.0 LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM KHIDMAT KOMUNITIDI


RUMAH ANAK YATIM SEKENDI, SABAK BERNAM, SELANGOR

Khidmat komuniti merupakan salah satu kegiatan yang dirancang bagi


memenuhi keperluan penilaian projek bagi mata pelajaran Kajian Sosial. Pelajar

27
September 18,
2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

perlu menghubungkaitkan isi kandungan pelajaran dengan pola interaksi


manusia dalam pelbagai latar belakang kehidupan. Ini bagi mengukuhkan
kemahiran sosial pelajar dan menyemai kemahiran interpersonal dalam kalangan
pelajar dengan masyarakat setempat. Semangat penyertaan dan keperihatinan
terhadap masyarakat setempat akan menyumbangkan pendidikan terhadap
bakal guru untuk menjadi seorang insan seimbang.
Berdasarkan konsep khidmat komuniti yang akan dijalankan, kami perlu
merancang dan mengendalikan satu aktiviti berunsur akademik mengenai
sejarah, kemasyarakatan serta perpaduan untuk dipersembahkan kepada
penghuni rumah anak yatim. Pelaksanaan persembahan ini mendedahkan
kepada anak-anak yatim mengenai aspek keilmuan Sejarah Malaysia dan
Kemerdekaan di mana ia adalah menjurus ke arah keberkesanan menghayati
persembahan tentang kemerdekaan. Aktiviti juga mewujudkan keberkesanan
interaksi dan komunikasi secara berkesan di antara pengendali program dan
anak-anak yatim itu sendiri.
Oleh itu, sebelum bertolak ke tempat tersebut, pelbagai persiapan telah
dilakukan. Antaranya termasuklah mesyuarat pembentukan ahli jawatankuasa,
pembahagian tugas dan perbincangan mengenai peralatan yang perlu dibawa ke
tempat tersebut. Mesyuarat pertama diadakan adalah bertujuan untuk
membentuk ahli jawatankuasa bagi setiap bidang tugas masing-masing. Pelajar-
pelajar yang dipilih kebanyakannya berdasarkan kepada kemahiran dan
kepakaran mereka dalam bidang tugas yang telah diberikan. Mesyuarat ini telah
dihadiri oleh semua peserta yang terlibat dengan khidmat komuniti yang bakal
diadakan. Setelah selesai memilih AJK, Pengerusi dan Naib Pengerusi telah
memberi sedikit gambaran mengenai bidang tugas dan perlaksanaan aktiviti
yang bakal berlangsung. Setelah selesai perkara berikut, mesyuarat telah
ditangguhkan.
Berikut adalah Jawatankuasa Induk Projek Komuniti Masyarakat Kajian
Sosial PPISMP Semester 3 Ambilan Julai 2006;

28
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

JAWATANKUASA INDUK PROJEK KOMUNITI MASYARAKAT


KAJIAN SOSIAL PPISMP AMBILAN JULAI 2006

Pengerusi
Mohd. Zulhelmi b. Mat Rahim

Naib Pengerusi
Shafiq Ikhwan b. Mohamad

Setiausaha
Muhammad Safwan b. Mohd. Noor Azmi

Naib Setiausaha
Zainab bt. Zahari

Bendahari
Nor Izzati bt. Rohaimi

Naib Bendahari
29
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Nuramalina bt. Hamzah

Ahli Jawatankuasa Kecil

Sumbangan dan Derma


Mawardi b. Yusof (K)
Norfarehan bt. Fadzin
Mohd Hafiz b. Samsuddin
Norhafezah bt. Ali

Multimedia, Teknikal dan Peralatan


Muhammad Naim b. Roslee (K)
Mohd. Ikhsan b. Ghafar
Amirul Faiz b. Abdul Raof
30
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Mohamad Raimi b. Yusof


Azrizal b. Zaini
Mohd. Ashrar Ikhwan b. Rosli
Mohd Syukri b. Ishak

Jamuan
Julia bt. Ehmawai (K)
Norkamalia bt. Muhamad Razali
Jacques Tadong ak Joannis
Arina bt. Abd Ghani
Siti Roedah bt. Md. Jemary
Suhainita bt. Md. Zain

Cenderamata
Nurhayati bt. Mahdzir (K)
Nor Akmal bt. Kamarudzaman
Mohd. Safrul Mizuan b. Mohd. Isa
Norlinda bt. Ramli

31
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Pengangkutan
Muhammad Aminnillah b. Musthapa (K)
Mohd. Hakimi b. Mohd. Nor
Mohamad Fadzli b. Asmarani
Mohd. Hafiz b. Zakaria
Md. Azri b. Sidik

Gotong Royong
Mohd. Ruzaiman b. Abdullah Halim (K)
Hasnurfarisha bt. Hassan
Youhan b. Yon
Siti Zaharah bt. Muwaaz
Siti Mazlizawati bt. Zakaria

Perpustakaan Mini
Muhammad Fitri b. Mohd Taufik (K)
Nor Rohaizah bt. Ahmad
Nursyazwani bt. Abdul Latif
Afifah bt. Mohd Rosli
32
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Nur Hidayah Nabila bt. Ripin


Harzunika bt. A. Hamid

Kebajikan
Fatin Adila bt. Jamil (K)
Mohd. Ashrah b. Razali
Muhamad Sahid b. Abu Bakar
Najwa bt. Mohd Rozmi
Anas b. Abd Aziz
Nurzehan bt. Zakaria

Disiplin dan Kebersihan


Mohd Fauzi b. Abdul Latib (K)
Mohd. Hafiz Hafifi b. Hafhas
Syaza Yasmin bt. Ismail
Firdaus b. Bakri
Najihah bt. Zakaria

33
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Kain Rentang
Muhammad Kamarul Ariffin b. Lokman (K)
Nurul Syazwani bt. Abu Hasan Sazali
Siti Shuhada bt. Lukman
Izhar Raihan b. Muhammad Yazid

Soal Selidik
Juaini Amalina bt. Jamaludin (K)
Noor Zulaikha binti Kassnan
Mumtazah bt Johar
Nurhaslina bt. Hasnan

Sebelum hari pelaksanaan itu juga, kempat-empat kumpulan PPISMP Semester 3 Kajiian Sosial perlu melakukan
pra persembahan sebelum disampaikan kepada anak-anak yatim di Asrama Anak-anak Yatim Sekendi itu nanti. Pra
persembahan yang dilakukan dinilai oleh pensyarah dan jika persembahan yang akan disampaikan tidak bersesuaian
dengan konsep yang diminta, ahli kumpualan perlu membaiki persembahan mereka agar persembahan yang
disampaikan bersesuaian dan mudah difahami oleh anak-anak yatim yang tinggal di situ.
Mesyuarat kali kedua telah diadakan di Bilik Rehat Asrama Bukit Pantai bertujuan untuk mendengar laporan
daripada setiap AJK mengenai hasil dapatan berdasarkan bidang tugas masing-masing. Pada mesyuarat tersebut semua
34
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

laporan telah disampaikan oleh setiap AJK mengenai bidang tugas mereka. Menyuarat kedua itu tamat setelah kesemua
AJK membentangkan hasil laporan masing-masing. Selain daripada kedua-dua mesyuarat tersebut, kami bersama rakan-
rakan kelas yang lain membuat beberapa perjumpaan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan
dengan lebih teliti dan baik. Kami juga turut menyenaraikan alatan-alatan yang perlu dibawa ke Asrama Anak Yatim
Sekendi, Sabak Bernam. Semua barangan dan peralatan yang perlu digunakan itu telah disenaraikan di dalam borang
peralatan sebelum ditunjukkan kepada Puan Khalijah untuk diambil tindakan selanjutnya. Setiap ahli dalam AJK kami
telah menunjukkan komitmen yang baik. Setelah bertemu pensyarah, terdapat sedikit perubahan yang perlu dilakukan
pada kertas kerja untuk program kami agar dapat mengikut kesesuaian program. Contohnya, penerangan mengenai
aktiviti yang bakal dijalankan perlu diceritakan dengan lebih teliti lagi di dalam kertas kerja tersebut.
Setelah selesai semua perkara mengenai aktiviti kumpulan dan peralatannya, kami telah melengkapkan borang
yang diberikan oleh ketua peralatan iaitu Saudara Mohd Raimi Yusof, untuk meminta peralatan yang berkaitan. Borang itu
telah dihantar setelah kesemuanya siap diisi dan disemak. Kami telah pergi ke Stor Peralatan untuk memastikan
peralatan yang telah diminta sudah tersedia. Walau bagaimanapun kebanyakan barangan yang diminta tersebut tidak
dapat diambil sepenuhnya atas alasan stor kekurangan barang-barang tersebut
Pada 7 Ogos 2007, sehari sebelum program dijalankan, beberapa orang peserta telah berkumpul di Bilik Rehat
Asrama Bukit Pantai untuk memastikan kesemua persediaan aktiviti yang dirancang telah dilakukan dengan sebaiknya.
Pada hari tersebut juga kami telah membuat raptai aktiviti yang bakal dijalankan itu. Setelah beberapa kali sesi raptai,
akhirnya aktiviti tersebut berjaya dilakukan dengan baik sekali.

35
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Pada 8 September 2007, semua peserta yang terdiri daripada pelajar Persediaan Ijazah Sarjana Muda semester
tiga dari kelas 3B, 3C,3D dan 3E yang mengambil mata pelajaran Kajian Sosial telah mengikuti satu aktiviti Khidmat
Komuniti bagi subjek Kajian Sosial. Aktiviti khidmat sosial ini diadakan di Rumah Anak-anak Yatim Sekendi, Sabak
Bernam. Aktiviti ini berlangsung selama satu hari dengan pelbagai perisian aktiviti yang telah dirancang dengan lebih
awal. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberi khidmat komuniti kepada rumah kebajikan tersebut. Terdapat sedikit
Info Ringkas Asrama Anak-anak Yatim Islam, Sekendi yanag telah di perolehi dari laman web di internet.
Rumah anak-anak yatim ini didirikan di atas tanah seluas 2 ekar yang diwakafkan. Sebuah rumah kediaman yang berusia
lebih 40 tahun dan sebuah bangunan dijadikan asrama untuk anak-anak yatim perempuan dan sebuah bangunan asrama
yang lain untuk anak-anak yatim lelaki. Penghuni rumah anak yatim ini adalah seramai 60 orang yang berusia dari 6
tahun hingga 16 tahun. Dianggarkan 70% daripada jumlah penghuninya adalah perempuan. Kemudahan yang ada amat
terhad, tiada bahan rujukan yang mencukupi di perpustakaan. Tiada sebarang kemudahan komputer, hanya ada
beberapa bahan bacaan seperti majalah yang kebanyakannya sumbangan dari syuarikat-syarikat pengeluaran buku dan
buku-buku rujukan sumbangan dari orang perseorangan. Kebanyakan sumbangan yang diterima adalah berupa wang
tunai dari orang ramai atau beberapa syarikat swasta. Pendapatan sampingan asrama ini diperolehi dari membela itik,
ayam, kambing dan lembu.

36
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Gambar 5: Penghuni Rumah Anak Yatim Sekendi

Sebelum aktiviti khidmat komuniti ini diadakan,guru-guru pelatih telah bekerjasama mencari sumbangan daripada
masyarakat umum untuk meringankan beban masyarakat di rumah anak-anak yatim di Sekendi. Guru-guru pelatih
mencari sumbangan mengikut pelbagai cara yang sesuai dan di antaranya sesetengah mereka menjual barang yang
terpakai,menjual surat khabar lama dan mencari sumbangan ikhlas dari syarikat-syarikat swasta atau orang persendirian.
37
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Selain itu,guru-guru pelatih ini juga telah bersama-sama berganding bahu menyediakan persembahan yang bertemakan
nasionalisme mengikut kelas masing-masing serta mempunyai kreativiti tersendiri. Persembahan yang akan diadakan ini
juga adalah salah satu pengisian program di rumah anak-anak yatim. Pada tarikh 5 September 2007, pensyarah
penasihat projek, Dr. Ramli bin Sa’adon telah memberikan penerangan yang terakhir kepada guru-guru pelatih tentang
situasi kehidupan masyarakat di rumah anak-anak yatim di samping pembahagian jawatankuasa kecil aktiviti khidmat
komuniti di rumah anak-anak yatim diagihkan oleh Pengerusi Program.
Pada awal pagi tersebut, iaitu pada jam 6.15 pagi, para peserta bersama AJK Peralatan telah bekerjasama
membawa barangan dan peralatan yang hendak dibawa ke tempat menunggu. Semua peralatan dan barangan diletak di
satu tempat sementara menanti ketibaan bas. Pada jam 6.30 pagi, setelah semua barangan dan peralatan telah
dimasukkan ke dalam bas, kami telah bertolak ke destinasi dengan menaiki dua buah bas yang menampung para peserta
seramai 78 orang beserta empat orang pensyarah.
Setelah melalui perjalanan jauh yang memakan masa lebih daripada tiga jam, kami telah tiba ke destinasi iaitu
Asrama Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam pada jam 10.15 pagi. Sebaik sahaja tiba ke destinasi, kami bersama-sama
menurunkan barangan dan peralatan daripada dalam bas ke dalam sebuah bangsal. Kami menyusun semua barangan
tersebut agar memudahkan kami untuk mengambil barangan tersebut. Satu taklimat ringkas telah diberikan oleh
pensyarah Kajian Sosial, Encik Johari Joned mengenai keadaan di asrama tersebut dan tugasan serta kerja-kerja yang
perlu kami lakukan sepanjang hari tersebut. Selepas taklimat diberikan, sedikit jamuan ringan diadakan bersama
penghuni Asrama Anak Yatim serta para pensyarah.

38
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Gambar 6: Pensyarah penasihat memberi taklimat sebelum agihan tugas dilakukan

Selepas taklimat selesai, Pengerusi Program, Saudara Mohd Zulhelmi serta AJK Gotong-royong telah
membahagikan kumpulan kami kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk menjalankan gotong-royong. Pembahagian tugas
telah dilakukan mengikut kumpulan. Kumpulan-kumpulan kecil ini telah dibahagikan tugas dan masing-masing telah
ditugas untuk membersihkan bilik-bilik asrama, mencuci tandas dan longkang, membersihkan surau dan kawasan
39
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

sekitarnya, dan AJK Perpustakaan Mini pula mengemas dewan dan membina serta melengkapkan perpustakaan mini
yang terdapat di dalam dewan.
Banyak perkara yang perlu kami lakukan. Keadaan asrama yang tidak terurus dan kotor menyukarkan tugas kami.
Pakaian kelihatan bertaburan di dalam sebuah bilik stor dan dilonggokkan tanpa dilihat serta disusun dengan kemas
menunjukkan penghuni asrama ini seperti tidak tahu menguruskan diri masing-masing serta menguruskan asrama
mereka. Selain itu, terdapat juga najis-najis kucing kelihatan di atas tilam dan juga di atas lantai. Mereka seolah-olah tidak
mengendahkan keadaan persekitaran mereka yang kotor. Masalah ini mungkin berlaku disebabkan tiadanya pemantauan
dari pihak pengurusan asrama itu sendiri. Anak-anak yatim tersebut tidak didedahkan dengan cara mengurus diri yang
betul. Oleh itu, kami dapati pengurusan diri mereka agak tidak terurus.

40
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Gambar 7: Lambakan pakaian yang tidak diurus dengan baik dan teratur

Pada jam 1.30 tengah hari, setelah semua kerja-kerja pembersihan selesai, para peserta, para pensyarah dan
semua penghuni Asrama Anak Yatim Sekendi makan tengah hari bersama-masa.Selepas makan, kami memperuntukkan
masa yang diberikan untuk berehat dan solat Zuhur.

41
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Selepas selesai solat Zuhur dan pengurusan diri, kami bersiap sedia untuk melakukan persembahan kumpulan
mengikut kelas masing-masing. Terdapat empat buah persembahan telah dipersembahkan bagi memenuhi skop projek
khidmat komuniti. Keempat-empat persembahan ini masing-masing mempunyai tema tersendiri. Persembahan yang
dilakukan telah diteliti agar memberi kesan positif kepada anak yatim. Melalui program yang dilaksanakan, persembahan
adalah merangkumi aspek Sejarah Kemerdekaan. Pelaksanaan ini mendedahkan anak yatim mengenai konsep sejarah
detik-detik sebelum dan selepas mencapai kemerdekaan. Persembahan pada petang tersebut di kulakan oleh kumpulan
pelajar PPISMP 3E. Persembahan ini menjurus ke arah kemerdekaan di mana anak-anak yatim diberikan kuiz mengenai
sejarah kemerdekaan dan juga kenali bendera Malaysia. Sebelum kuiz diadakan, setiap pelajar diberi bendera dan
bersama-sama mengibarkan bendera kebangsaan sambil menyanyikan lagi patriotik. Setiap soalan dijawab mengikut
kumpulan yang telah diagihkan oleh fasilitator yang membantu dan pemenang diberi hadiah pada akhir program khidmat
komuniti ini. Setelah 20 minit Kumpulan PPISMP 3E membuat persembahan, anak-anak yatim dihiburkan pula mengenai
aktiviti yang melibatkan kesihatan. Persembahan kedua ini disampaikan oleh pelajar-pelajar PPISMP 3B di mana mereka
telah menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kesihatan dan gaya hidup sihat. Taklimat ini menjadi lebih
berkesan apabila guru-guru pelatih PPISMP 3B telah menggunakan LCD untuk mempamerkan dan menerangkan lebih
teliti mengenai perkara yang dibincangkan di samping pelajar mudah menyalin perkara-perkara penting tentang budaya
hidup sihat. Kemudian, slot ini dimeriahkan lagi dengan soalan kuiz berdasarkan taklimat ringkas tentang cara
pemakanan yang betul dan budaya hidup sihat. Beberapa langkah senaman juga turut dilakukan oleh anak-anak yatim
diiringi muzik yang telah dipasang. Seterusnya ialah persembahan ketiga adalah persembahan dari pelajar-pelajar
PPISMP 3C. Persembahan mereka lebih mendedahkan penghuni rumah anak yatim agar mereka mempunyai keyakinan
42
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

diri yang tinggi untuk menyampaikan maklumat di khalayak ramai. Penghuni rumah anak-anak yatim telah diberikan
kepada empat kumpulan dan mereka semua diminta untuk melukiskan benda atau binatang yang paling digemari dan
juga yang tidak disukai. Penghuni rumah anak-anak yatim diberi masa 10 minit untuk melaksanakan aktiviti tersebut.
Setelah itu, setiap kumpulan menghantar wakil untuk memberikan alasan dan pendapat serta menjawab beberapa soalan
yang ditanya oleh pengacara majlis. Persembahan terakhir pada petang itu adalah persembahan dari kumpulan PPISMP
3D. Kumpulan PPISMP 3D telah menyampaikan satu sketsa yang menceritakan serba sedikit mengenai kehidupan anak
yatim. Guru-guru pelatih dari kelas PPISMP 3D telah melakonkan watak yang berkesan dan memberikan persembahan
sketsa yang mengandungi penuh dengan unsur-unsur pengajaran. Sketsa yang menyayat hati ini berjaya menarik
perhatian penghuni rumah anak-anak yatim dan berjaya menanam nilai-nilai murni serta dapat memberikan pengajaran
dan kenangan manis untuk penghuni rumah anak-anak yatim di Sekendi ini. Walaupun penuh dengan unsur emosi serta
menyentuh hati, guru-guru pelatih dari kelas PPISMP 3D ini berjaya menceriakan suasana di akhir slot mereka dengan
chicken dance. Selesai sahaja slot terakhir dari kumpulan guru-guru pelatih dari PPISMP 3D, maka berakhirlah program
kedua ini. Semua penghuni asrama ini kelihatan begitu terhibur dengan persembahan yang dilakukan. Ada juga para
peserta yang terharu dengan persembahan sketsa yang disampaikan sehingga ada peserta yang dilihat menitiskan air
mata.
Semua persembahan berakhir pada jam 5.00 petang. Upacara penutupan dan penyampaian hadiah diadakan
setelah semua aktiviti berakhir. Dalam upacara penutupan ini, seorang wakil pelajar, wakil pensyarah serta pemilik
asrama berkenaan telah menyampaikan ucapan penghargaan. Wakil pensyarah iaitu Encik Ramli telah memberi sedikit
komen mengenai aktiviiti yang dijalankan sepanjang hari tersebut dan beliau juga merasmikan majlis penutup pada
43
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

petang tersebut serta menyampaikan hadiah dan sumbangan kepada penghuni rumah anak-anak yatim. Beberapa
hadiah dan saguhati juga telah diberikan di akhir upacara ini sebagai tanda ingatan dan sumbangan ikhlas daripada para
peserta.
Akhirnya pada jam 6.00 petang, setelah selesai aktiviti mengemas peralatan dan barangan yang di bawa masuk
kedalam bas, semua pelajar bersalam-salaman dengan anak-anak yatim dan menasihati mereka agar sentiasa kuat
mengharungi kehidupan seterusnya dan menasihati mereka supaya rajin belajar dan menjadi orang yang berguna
kepada masyarakat. Beberapa minit selepas itu, kami bertolak pulang ke IPBMM.

5.1 Hasil temubual

Temubual bersama Penghuni Anak-anak Yatim,Sekendi,Sabak Bernam

44
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Tarikh / hari : 8 September 2007 / Sabtu


Tempat : Dewan rehat asrama Anak-anak Yatim Sekendi.
Masa : 5.00 petang
Penemuramah : Nor Izzati
Responden : Mohd Izat

Penemuramah: Selamat petang adik. Boleh akak tahu berapa umur adik dan
adik berasal daripada mana?
Responden: Umur saya baru mencecah usia 11 tahun dan saya tinggal di
sekitar Sabak Bernam juga.
Penemuramah: Sejak bila adik menghuni rumah anak-anak yatim Sekendi
ini?
Responden: Saya tidak berapa ingat, tetapi saya datang ke sini dulu saya
masih kecil dan ketika itu saya datang bersama adik dan kakak
saya. Kakak dan adik saya ada di sini bersama saya.
Penemuramah: Jadi,adik menetap di rumah anak-anak yatim ini tiga
beradiklah. Bagaimana pula dengan pengisian program di
hujung minggu?
Responden: Hujung minggu selalunya saya akan pulang ke rumah. Saya
bukanlah yatim piatu,tetapi saya mempunyai ibu. Disebabkan

45
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

ibu tidak dapat menanggung perbelanjaan kami,kami dihantar


ke rumah-rumah anak yatim. Kadang-kadang,saya duduk di
sini setiap hujung minggu kerana ada lawatan seperti melawat
tempat bersejarah.
Penemuramah: Baiklah,adik selalu tak menerima bantuan atau tidak dari
mana-mana pihak atau orang ramai?
Responden: Ohh, selalu juga saya dengan yang lain menerima sumbangan
dari orang ramai.
Penemuramah: Oklah adik. Yang tu sahaja yang kakak nak tanya. Terima
kasih banyak ya adik.
Responden: Ya, sama-sama.

46
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

60 RUMUSAN
47
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

Kesimpulan yang dapat kami rumuskan daripada keseluruhan program yang kami jalankan ini ialah kami dapati program
ini memberi kami pengalaman berkhidmat kepada masyarakat khususnya kepada anak-anak yatim. Ia juga dapat
mengukuhkan kemahiran sosial kami dan menyemai kemahiran interpersonal dalam kalangan pelajar dan masyarakat
setempat. Kesan daripada program yang dijalankan juga, kami merasakan timbulnya semangat penyertaan dalam
masyarakat dan keperihatinan terhadap masyarakat.
Oleh itu, program ini menyumbangkan pendidikan terhadap bakal guru untuk menjadi seorang individu yang
seimbang. Program yang kami ikuti ini juga dapat memupuk sikap yakin dan percaya pada diri sendiri dan juga orang lain
sepanjang menjalankan aktiviti serta memupuk semangat saling membantu dan toleransi dalam kalangan guru pelatih.
Selain itu juga aktiviti persembahan dan gotong-royong yang dijalankan membolehkan guru pelatih memperolehi
pengetahuan dan menguasai kemahiran dalam aktiviti yang dijalankan seperti mengendalikan sesuatu program
berbentuk kebajikan sebagai persiapan apabila bekhidmat di sekolah nanti. Aktiviti-aktiviti ini membolehkan pelajar dan
kami sendiri menguasai aspek pengurusan dan kepimpinan untuk membolehkan guru pelatih merancang, mengurus dan
melaksanakan aktiviti program kebajikan ini untuk memperkayakan pengalaman apabila berada di sekolah nanti.
Setelah menjalankan program, kami dapati banyak perubahan yang perlu diambil bagi meningkatkan tahap
pengurusan anak-anak yatim di Asrama Anak-anak Yatim Sekendi Sabak Bernam itu. Tahap kebersihan dan disiplin
penghuni juga perlu di ambil kira bagi melahirkan generasi yang sihat dari segala aspek termasuk aspek kesihatan tubuh
badan dan peribadi diri mereka. Keadaan tempat tinggal dan tempat tidur juga harus dititikberatkan supaya mereka hidup
dalam keadaaan selesa dan jauh dari segala kekotoran dan pencemaran bagi mengelakkan sebarang penyakit. Kami
48
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

dapati selepas mengikuti program di Rumah Anak-anak Yatim Sekendi ini, apa yang perlu diubah dan ditingkatkan adalah
dari aspek pengurusan anak-anak yatim itu sendiri. Mereka perlu sentiasa dipantau.
Kesimpulannya, aktiviti ini memberi banyak pengalaman kepada kami walaupun banyak halangan yang perlu kami
tempuhi. Secara positifnya, ia sangat memberi kebaikan kepada kami kerana dari situlah datangnya pengalaman yang
berharga

49
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

6.2 Rujukan

• www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?

• www.salam.org.my/kandungan/bekerjasama/anakyatim.htm

• dir.home.net.my/result/SOC/ORP/SEL/SEL - 55k –

• Faizah Yunus (2006), Khidmat Sosial Malaysia. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
50
September 18, 2007 [KS_KAJIAN SEKENDI]

51

You might also like