You are on page 1of 3

Modul Terapi Lukisan

Tarikh : 25/01/2011

Masa : 8.30pg – 9.30pg

Alat : Kertas lukisan, berus warna, warna air, LCD,laptop, palatte

Sasaran : Tahun 2 Amanah ( 32 orang murid – 16 lelaki, 16 perempuan)

Tempat : Bilik darjah Tahun 2 Amanah

Tajuk : Warna asas

Objektif :

Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:-

1) meningkatkan kemahiran berfikir.

2) meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

3) meningkatkan kemahiran menggunakan warna.

Prosedur :

Set induksi (5 min)

 Guru menanyakan khabar murid.


 Guru menunjukkan pelbagai jenis objek yang berwarna asas iaitu kuning,
biru dan merah bagi memulakan pembelajaran.
 Guru menanyakan persamaan di antara objek tersebut kepada murid.
 Murid memberitahu persamaan di antara objek tersebut kepada guru iaitu
warna semua objek itu adalah sama (warna asas).
Langkah 1 (25 min)

 Guru mengedarkan alat-alat lukisan seperti berus, warna air, kertas lukisan,
palatte kepada murid- murid.
 Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk melukis dan mewarna
mengikut kehendak masing-masing.
 Semasa murid-murid melukis guru bergerak mengelilingi bilik darjah untuk
memerhatikan hasil lukisan mereka.
 Selepas, murid-murid tamat melukis dan mewarna, guru mengadakan sesi
soal jawab dengan murid.
 Dalam sesi soal jawab guru menanyakan sebab untuk hasil lukisan tersebut
daripada murid.
 Murid-murid memberi penjelasan kepada guru tentang hasil lukisan mereka.

Langkah 2 (20 min)

 Selepas itu, guru meminta murid – murid melukis gambar yang sesuai
dengan warna (biru, kuning dan merah) yang diberi oleh guru.
 Guru meminta lapan orang murid untuk membentang hasil lukisan mereka di
hadapan bilik darjah.
 Murid-murid menjelaskan hasil lukisan mereka.

Penutup (10 min)

 Guru menunjukkan pelbagai jenis gambar yang berwarna asas dengan


menggunakan LCD.
 Murid – murid diminta menjawab “warna asas” sebanyak dua kali bagi
gambar yang mempunyai warna asas dan “shhhhh” bagi gambar berwarna
lain.
 Guru menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran selepas permainan
ini.
Falsafah :

1. Lukisan merupakan suatu alat yang melambangkan perwatakan


seseorang individu.
2. Kemahiran berfikir merupakan suatu kemahiran yang penting
3. Lukisan merupakan suatu medium untuk meluahkan perasaan.
4. Melukis adalah bakat yang terpendam dalam diri setiap individu
5. Melukis merupakan suatu aktiviti yang mengisi masa lapang individu dengan
berrfaedah.
6. Melukis mengurangkan tekanan emosi seseorang individu.

You might also like