You are on page 1of 1

29 Januari 2008

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Laporan Abdul Rahman Talib (1960)

Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang
terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang
terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-

• Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
utama dan proses penukaran bahasa pengantar.
• Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di
peringkat rendah, menengah,dan menengah atas
• Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga
mahir
• Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian
sebagai teras.

Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan
Laporan Rahman Talib ialah:

• Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma


• Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
• Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
• Murid naik darjah secara otomatik
• Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.
• Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah
Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan
di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian
dan Perdagangan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di
Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola
tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir
pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang
getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein
Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman
Talib.

You might also like