You are on page 1of 3

29 Januari 2008

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sekolah Wawasan
Pendahuluan

Kementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan program Sekolah Wawasan.
Namun, pelaksanaan program ini telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak terutamanya
reaksi negatif daripada pihak pembangkang.

Dalam hal ini, kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah
vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di
kalangan golongan muda negara pada masa depan.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan

Sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu bumbung atau
satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.

Konsep ini bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina
dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan,
dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya.

Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha penerapan nilai-
nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara kaum,
khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi.

Matlamat

• Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa, latar


belakang dan fahaman agama.
• Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.
• Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.
• Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian
kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.
Ciri-Ciri Dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan

Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan

a. Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran
(SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa pengantar masing-
masing.

b. Tiap-tiap sekolah mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk lencana sekolah, lagu
sekolah, logo sekolah dan peperiksaan sekolah masing-masing. Bagi Sekolah-Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), lembaga pengelola yang sedia ada akan terus kekal seperti yang
diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.

c. Sekolah Wawasan mempunyai pentadbiran secara berasingan (Peruntukan Kewangan, Anggaran


Belanja Mengurus dan Pembangunan, Guru Besar dan personel yang lain-lain) bagi aliran masing-
masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah kerajaan.

d. Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mengekalkan identiti asal sekolah-sekolah berkenaan.

e. Warga Sekolah Wawasan digalak menggunakan sebahagian kemudahan sekolah secara bersama
seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang.

f. Satu Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua orang guru dari setiap
sekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal pengurusan mengenai kebersihan, keceriaan dan
keselamatan sekolah.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Guru Besar dari Sekolah
Wawasan berkenaan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian sama ada satu atau dua tahun sekali.
Jawatankuasa Penyelaras tidak akan menggantikan fungsi Lembaga Pengelola SJKK (Cina) dan
SJK (Tamil).

g. Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah berkenaan. Dalam urusan
ini, sensitiviti semua kaum akan diambil kira dan bayaran sewa akan diagihkan kepada sekolah
-sekolah berdasarkan nisbah murid.

Makanan yang disediakan adalah makanan yang halal dan juga mengambil kira sensitiviti pelbagai
kaum.

Kurikulum dan Bahasa Pengantar

a. Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa pengantar di Sekolah


Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia manakala SJK(C) menggunakan Bahasa Cina dan SJK(T)
menggunakan Bahasa Tamil.

b. Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut Kursus-Kursus Pengajian bagi jenis
aliran sekolah.

c. Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga adalah mengikut jenis aliran sekolah
dan jumlah tenaga pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan yang telah ditetapkan.
Kokurikulum

a. Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di setiap sekolah, warga Sekolah Wawasan
digalak menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama.

Bahasa pengantar masing-masing juga boleh digunakan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan
oleh sekolah masing-masing.

b. Dalam sebarang bentuk pertandingan sama ada aktiviti kurikulum atau aktiviti kokurikulum,
sekolah-sekolah berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah masing-masing.

Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu pasukan sekolah wawasan
dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pasukan yang mempunyai ramai
penyertaan.

c. Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah Wawasan adalah digalakkan


mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, Hari Kantin secara bersama.
Namun demikian, sekolah masing-masing boleh mengadakan acara-acara tersebut secara
berasingan.

d. Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama dengan menggunakan bahasa


Malaysia sebagai bahasa rasmi perhimpunan. Bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa Tamil juga
boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu diperjelaskan.

Sekolah-sekolah berkenaan boleh menjalankan perhimpunan mingguan dan perhimpunan-


perhimpunan lain dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

Kesimpulan

Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mampu membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu,
bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi
terhadap bangsa dan negara.

Justeru, pelaksanaan Sekolah Wawasan oleh pihak kerajaan tidak seharusnya dieksploitasikan oleh
pihak tertentu terutamanya pembangkang untuk kepentingan politik maisng-masing kerana
matlamat asal penubuhan sekolah tersebut amat penting iaitu dalam melahirkan generasi yang
bersatu-padu dan saling memahami antara satu sama lain.

You might also like