You are on page 1of 1

Definasi Kurikulum Kebangsaan

“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan


kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan”

Akta Pendidikan 1996


[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

Kurikulum adalah ‘core; kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu


rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran,
nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi
pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada
satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi
keperluan individu dan engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :

Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina


perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan
emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang
diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks
negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat
yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang
berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang
terlatih untuk keperluan negara.

[ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]

• ‘Perancangan yang dibuat untuk mengarah atau membantu


pembelajaran di sekolah-sekolah, dan ia biasanya diwakili oleh
dokumen-dokumen umum’ (Husen & Lethwaite, 1987)
• ‘Kursus pembelajaran yang terancang yang dilalui oleh pelajar di
bawah kawalan kolej, sekolah, universiti atau institusi pengajian
tinggi yang lain’ (Page & Thomas, 1978)

• ‘Tradisi ilmu yang terancang dan terkumpul yang terkandung di


dalam mata pelajaran di sekolah atau kolej’
• Kurikulum - isi kandungan/ sukatan pelajaran/ silabus

You might also like