You are on page 1of 9

Sebelum kewujudan Asean, pelbagai langkah dan tindakan kerjasama telah diambil oleh

pemimpin-pemimpin terdahulu dalam mengeratkan hubungan rantau Asia Tenggara

seperti ASA (Association of Southeast Asia) yang  dianggotai oleh Malaysia, Thailand dan

Filipina pada tahun 1961. Diikuti pula dengan penubuhan MAPHILINDO pada tahun

1963 dan dianggotai oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia. Namun, kesemua usaha ini

dilihat tidak begitu mencapai matlamat yang telah ditetapkan, malah masih terdapat krisis

dalaman yang berlaku dan setiap Negara juga mempunyai masalah dan isu dalaman

masing-masing. Contohnya isu antara Malaysia dan juga Indonesia serta tuntutan Filipina

ke atas Sabah yang tetap berlanjutan sehingga pada hari ini. Kata sepakat kemudiannya

telah dicapai memandangkan kesemua negara juga memikirkan mengenai kesan daripada

jangka panjang kerana berada dalam rantau yang sama iaitu Asia Tenggara. Jika terus

berbalah dan menaruh syak wasangka, tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat. Maka

dengan itu, kelima-lima negara Asia Tenggara ini telah mengeluarkan kenyataan bersama

dan menandatangani satu pengisytiharan yang dikenali sebagai Pengisytiharan Bangkok/

ASEAN (Association of South East Asian Nations), pada 08.08.1967, merangkumi negara

Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Matlamat penubuhan Asean ini

ialah untuk menjernihkan keadaan dan setiap negara anggota diwakili Menteri Luar

masing-masing terdiri dari Tun Adam Malik (Indonesia), Tun Abdul Razak (Malaysia),

Tuan Narcisco Ramos (Filipina), Tuan S. Rajaratnam (Singapura) dan Tun Thanat

Khoman (Thailand).
Pengisytiharan Bangkok atau ASEAN ini mengandungi 7 fasal yang merupakan objektif-

objektif kepada penubuhan ASEAN itu sendiri:

1. Memperhebatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan kebudayaan serantau

dengan berusaha bersama-sama dengan semangat persamaan dan persaudaraan demi

memperkukuhkan asas bagi satu masyarakat negara Asia Tenggara yang makmur dan

aman.

2. Menggalakkan kerjasama dan saling bantu membantu atasi masalah bersama dalam

lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

3. Menggalakkan keamanan dan stabiliti serantau dengan mematuhi dan menghormati

keadilan dan undang-undang Negara-negara Anggota dan mematuhi prinsip Piagam

Bangsa-bangsa Bersatu.

4. Saling bantu membantu dalam lapangan latihan dan kemudahankemudahan

penyelidikan, pelajaran, professional, teknikal dan pentadbiran.

5. Bekerjasama dengan bersungguh-sungguh untuk memaju dan memesatkan lagi

pertanian dan perusahaan, mengembangkan perdagangan antarabangsa, membaiki

kemudahan-kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta meninggikan taraf hidup

rakyat.

6. Menggalakkan pengkajian mengenai Asia Tenggara.


7. Memelihara hubungan yang rapat dan bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa

dan serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama serta mengkaji semua

bidang untuk mengadakan kerjasama yang lebih rapat antara negara-negara anggota.

Asean kemudiannya dianggotai oleh Negara-negara di Asia Tenggara yang lain seperti

Brunei, Vietnam, Laos, Myanmmar, dan juga Kemboja setelah melihat kepada potensi

dan kesan kepada jangka masa panjang yang akan diperoleh.


KEPENTINGAN ASEAN KEPADA ASIA TENGGARA MELAUI ASPEK EKONOMI

Walaupun politik merupakan asas kepada penubuhan ASEAN, bidang ekonomi juga

tidak terkecuali, selari dengan matlamat dan tujuan ASEAN itu sendiri yang mahukan

pertumbuhan ekonomi yang pesat. Aspek ekonomi sememangnya membawa banyak

kepentingan dan juga kejayaan kepada Asia Tenggara melalui penubuhan ASEAN. Pada

peringkat awal penubuhan Asean, kemajuan dalam aspek perdagangan masih belum

mencapai matlamat dan tujuan kepada penubuhan Asean itu sendiri. Sehinggalah pada

tahun 1975, beberapa faktor telah menggerakkan peralihan Asean dengan segera kepada

tindakan yang lebih kolektif. Kejatuhan kerajaan Phnom Penh dan juga Saigon pada

bulan April 1975, perubahan keseimbangan kekuasaan serantau, krisis minyak dan

kemelesetan ekonomi dunia merupakan faktor yang menyumbang kepada peringkat baru

dalam pembangunan dan perkembangan Asean, dan hanya selepas Sidang Kemuncak

Bali pada tahun 1976, dan juga Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN

Concord) barulah kerjasama ekonomi dimulakan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini

dapat dilihat melalui petikan buku THE ASEAN READER yang menyatakan

”member states shall vigorously develop an awareness of regional identity and extert all

efforts to create a strong Asean community, respect by all and respecting all nations on

the basic of mutually advantageous relationship, and in accordance with the principles

of self-determination, sovereign equality and non-interference in the internal affairs of

nations.1

1
Ungku A. Aziz, (1992). THE ASEAN READER. Singapore: Institute of Asian Studies. Hlm 171.
Petikan ini membawa maksud Negara-Negara Asean perlu bersatu dan bersemangat

dalam mengembangkan kesedaran mengenai identiti serantau dalam usaha untuk

mencipta sebuha komuniti ASEAN yang kuat , Saling hormat-menghormati dan tidak

campur tangan dalam urusan dalaman negara. Sekaligus menunjukkan kepada kita

bahawa ASEAN mahukan hubungan kerjasama dari aspek perdagangan yang lebih kuat

melalui timbulnya kesedaran untuk bersatu dan saling hormat-menghormati tanpa perlu

campur tangan dalam urusan dalaman sesebuah Negara dan hanya mementingkan

mengenai huibungan kerjasama semata-mata.

Mengukuhkan kedudukan ekonomi sesama Negara dan kebergantungan kepada

Negara-Negara Luar.

Penggabungan Negara-Negara di Asia Tenggara yang membawa kepada pembentukan

Asean akan mewujudkan satu pasaran baru bagi Asia Tenggara dan akan mengurangkan

kebergantungan kepada blok ekonomi Barat. Hal ini kerana jika kita hanya bergantung

kepada sebelah pihak sahaja, semua pasaran akan lebih terdedah dan berisiko untuk

gagal. Untuk itu, kerjasama sesama Negara dalam Asia Tenggara sememangnya

diperlukan untuk menguatkan perkembangan ekonomi itu sendiri. Dalam sidang puncak

Bali pada tahun 1976, satu kata sepakat telah dicapai dan membawa kepada pembentukan

PKP (Peraturan Keutamaan Perdagangan). Tujuan PKP ialah untuk mengurangkan

jumlah cukai yang dikenakan ke atas barangan terpilih antara negara-negara anggota dan

dengan itu menggalakkan perdagangan di kalangan negara-negara anggota. 2 Hal ini

menunjukkan kepada kita bahawa pembentukan Asean membawa kepada kerjasama

2
S. Jayakrishnan, Siri Asean, Pentingnya Menjadi Anggota Asean, (1987) Kuala Lumpur: Institut Kajian
Startegik dan Antarabangsa. Hlm 14.
ekonomi dan ini akan menggalakkan urusan perdagangan yang meliputi import dan

eksport.

Di bawah PKP, Filipina akan menawarkan potongan cukai ke atas bajak salji,

Malaysia pula mengecualikan cukai sepenuhnya ke atas import minyak sawit mentah dan

Singapura menurunkan harga cukai yang telah dikenakan sebelumnya. Kesemua yang

dilakukan ini membawa kepada kemajuan Asia Tenggara dalam usaha untuk

mengukuhkan kedudukan ekonomi masing-masing. Hal ini kerana apabila Asean

membuka pasaran kepada satu sama lain, industri-industri yang wujud akan bertambah

besar dan secara tidak langsung akan membolehkan Negara-Negara anggota menikmati

penjimatan dari keluaran secara besar-beasaran.3

Penubuhan pelbagai badan yang bertujuan meningkatkan ekonomi ASEAM seperti


AFTA, EAEC, ASEAN Banking Council, ASEAN FUND dan lain-lain.

Saat penting kepada perkembangan kerjasama dalam bidang ekonomi dicapai pada tahun

1992 ketika Asean sepakat mengenai Peningkatan Kerjasama Ekonomi ASEAN yang

memainkan peranan sebagai payung bagi semua bentuk kerjasama ekonomi ASEAN di

masa akan datang. Pada tahun yang sama juga, Asean juga telah menubuhkan AFTA iaitu

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN. Pendirian AFTA memberikan implikasi dalam

bentuk pengurangan dan eliminasi tariff, penghapusan hambatan-hambatan non-tarif dan

perbaikan terhadap kebijakan-kebijakan fasilitasi perdagangan.4 Maksudnya di sini,

pembentukan AFTA adalah bertjuan untuk meningkatkan kerjasama ekonomi yang

menghilangkan masalah-masalah dalam perdagangan seperti kadar cukai yang tinggi, dan

3
S. Jayakrishnan, Siri Asean, Pentingnya Menjadi Anggota Asean, (1987) Hlm 15.
4
Direktorat Jeneral Kerjasama ASEAN DEPARTMENT LUAR NEGERI REPUBLIK INDONESIA,
(2007). ASEAN SELAYANG PANDANG. Indonesia: Jakarta. Hlm 43.
juga syarat serta terma yang terlalu ketat. Selain daripada itu, ASEAN turut

mencadangkan penubuhan EAEC (EAST ASIA ECONOMIC CAUCAS) sebagai satu

forum untuk membincangkan isu-isu perdagangan bagi memelihara kepentingan negara-

negara ASEAN. Matlamat kepada EAEC ialah meningkatkan kerjasama politik,

mengawal perdagangan bebas, meningkatkan persefahaman serantau dan menyumbang

kepada sistem perdagangan pelbagai hala. Dengan adanya perlindungan seperti ini,

pelabur-pelabur asing tidak merasa takut untuk bekerjasama dengan Negara-Negara

ASEAN. Dalam bidang kewangan pula, ASEAN telah bekerjasama untuk menubuhkan

satu Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council). Majlis Perbankan ini pula

ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyelaraskan kegiatan bank-bank perdagangan di

rantau ASEAN dan juga memberi kemudahan dari aspek kewangan kepada Negara-

negara yang terlibat dalam projek-projek usahasama ASEAN. Manakala ASEAN FUND

pula telah dibentuk pada 17 Disember 1969 oleh lima negara pendiri ASEAN sebagai

satu bentuk kerjasama ekonomi.5Hal ini secara tidak langsung menunjukkan kepada kita

bahawa penubuhan ASEAN membawa kepada kemunculan pelbagai dasar-dasar baru

yang bertujuan untuk melindungi hak dan situasi ekonomi di Asia Tenggara.

Mewujudkan usahasama perdagangan sesama Negara anggota dan juga Asia

Tenggara

Melalui pertubuhan ASEAN juga, pelbagai bentuk usahasama dalam ekonomi dapat

dicapai melalui kerjasama sesama Negara anggota dengan Negara-Negara yang lain.

Kerjasama di sektor perdagangan barang diawali dengan ditandatanganinya Agreement

5
Direktorat Jeneral Kerjasama ASEAN DEPARTMENT LUAR NEGERI REPUBLIK INDONESIA,
(2007). ASEAN SELAYANG PANDANG. Indonesia: Jakarta, hal 25.
on ASEAN Prefential Trading Arrangment (ASEAN PTA) tahun 1977 di Manila yang

mulai diberlakukan pada tanggal 1 Januari 1978.6

Antara contoh usahasama yang telah dilaksanakan ialah

- Projek Industri ASEAN 1976.


- Skim Pelengkap Industri ASEAN 1981.
- Skim Usahasama Perindustrian ASEAN 1983.
- Projek Baja Urea ASEAN masing-masing di Malaysia dan Indonesia,
- Projek Vaksin Hepatitis B di Singapura,
- Projek Fabrikasi tembaga di Filipina

Usahasama yang dijalankan tidak hanya berpusat dan bertumpu kepada sesebuah Negara

sahaja, sebaliknya meliputi kesemua Negara anggota dan ini boleh meyakinkan Negara-

Negara yang lain mengenai keberkesanan ASEAN sekaligus akan menarik lebih banyak

pihak untuk menjalankan usahasama sekaligus membangunkan ekonomi di Asia

Tenggara. Selain daripada itu, ASEAN juga turut mengadakan Skim Pelengkapan

Perindustrian ASEAN terutamanya dalam bidang automotif, juga mewujudkan Peraturan

Perdagangan Istimewa 1977 yang bertujuan untuk meningkatkan perdagangan antara

Negara anggota.

Segitiga Pertumbuhan: Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Pembentukan Segitiga Pertumbuhan (Growth Triangle) dimulakan selepas pertemuan

antara pemimpin ASEAN di Pulau Langkawi pada 20 Julai 1993. Kerjasama segi tiga

pertumbuhan ini meliputi tiga Negeri di Indonesia iaitu Sumatera Utara, Acheh dan juga

Sumatera Barat. Manakala di Malaysia pula terbahagi kepada Perak, Penang, Kedah dan

6
Direktorat Jeneral Kerjasama ASEAN DEPARTMENT LUAR NEGERI REPUBLIK INDONESIA,
(2007). ASEAN SELAYANG PANDANG. Hlm 44.
juga Perlis, manakala di Selatan Thai pula, merangkumi 14 Negeri di kawasan itu.

Kerjasama pertumbuhan tersebut diharap akan mempercepat pertumbuhan ekonomi dan

memperlancar arus perdagangan, inventasi, pariwisata, dan jasa serta membuka peluang

pemanfaatan sumber daya alam dan sumber daya manusia secara optimal.7

7
Direktorat Jeneral Kerjasama ASEAN DEPARTMENT LUAR NEGERI REPUBLIK INDONESIA,
(2007). ASEAN SELAYANG PANDANG. Hlm 79.

You might also like