You are on page 1of 12

Perbezaan Di antara Pengurus dan Pemimpin

www.scribd.com/.../Perbezaan-Antara-Pengurus-Dan-Pemimpin
Published by mie on Tuesday, June 3, 2008 at10:58 AM http:/ / muhamadazmi.blogspot.com/ 2008/ 06/
perbezaan-di-antara-pengurus-dan.html
Adakah pemimpin dan pengurus it u sama? I niperlu diket ahuiker ana ada pendapatyang mengat
akan terdapat nya per bezaan dan adapula yang mengatakan tidak. Soalan inimungkin terjawab bila kita
meneliti tugasdan tanggungjawab kedua-duanya.Sebenarnya menjadi seorang pemimpin bukan sekada
rmengendalikan sekumpulan manusia.Mann (1965) berpendapat,pemimpin memudahkan interaksi
perorangan dan hubungan dalam pekerjaan. Mereka mempromosikan penstrukturan tugas dan kerja-
kerja yang perlu disiapkan. Merekajuga mengaturdan menilai kerja-kerja yang telah dan akan
dilakukan.Sementara itu, tugaspengur uspula ialah merencana, menyiasat, menyelaras, menilai, menguruskan
penstafan, berunding dan mewakili (Mahoney, Jerdee & Carroll, 1965, Achua; 2001). Sebenarnya
kesemuafungsi-fungsi pengurusan mempunyai potensi kearah menyediakankepimpinan, begitu juga semua
aktivitikepimpinan boleh menyumbangke arah pengurusan.
Bennis dan Nanus pula percaya asas kepada perbezaan diantara keduanya adalah terletak
kepadadef inisi mengurus danmemimpin. Mengikutahli-ahli teori situasi “mengur usbermaksud,
bertanggungjawab terhadap sesuatu dan mengendali. Memimpin pula melibatkan mempengaruhi; memandu
arah, kelakuan, tindakan atau pendapat ” (Bennis & Nanus, 1985, m.s. 21).Pe ngurusa nber gant ung
kepada kuasa sah yang rasmi untuk mempengaruhi orang lain dan ia juga memberipenekanan kepada
kecekapan. Sebaliknya,kepimpinan menggunakan proses pengaruh sosial untuk mempengaruhi pengikut
dan memberifokus kepada keberkesanan.  Gardner juga percaya bahawape mimpinberfikiruntuk jangka
panjang, memahami hubungan kumpulannya dengan organisasiluar, mereka j uga cuba menj angkau dan
mempengaruhi konstituensi diluarsempadan kuasanya, memberi penekanan kepada visi, nilai dan motivasi,
mempunyai kemahiranberpolitik dan selalu berfikirtentang pembaharuan (Gardner, 1990).Pemimpin tidak berpuas
hati dengan status quo, Sebaliknya, merekalebih gemarmembericabaran dan inspirasi kepada pengikut mereka
semasa bekerja bersama dalam mencapaivisiorganisasi. Bennis danNanus mengatakan “dengan memberifokus
kepada visi, pemimpintersebutberoperasi dengan menggunakan sumberemosi dan rohaniorganisasi, nilainilainya,
iltizam dan aspirasi. Ini berbeza dengan pengur us yang beroperasidengan menggunakan sumber fizikal
organisasi iaitu dananya, kemahiran manusia, bahan mentah dan teknologi” (Bennis & Nanus, 1985, m.s.
92). Satu lagiperbezaan diantara kepimpinan dan pengurusan ialah kepimpinanmelibatkan hubungan dengan
pengikut. Ada orang yang berpendapat pemimpin dan pengikut adalah dua kategori yang sangat berbeza.
Walaubagaimana pun kepimpinan dan kepengikutan adalah dua konsep yang berangkaidan keduanya mesti
difahami. Tanpa pemahaman salah satunya, maka seseorang itu tidak akan dapat memahami gambaran
sebenar mengenai kepimpinan (Heller& Til, 1982;Witherspoon, 1997). Sebaik-baiknya hubungan ini patut dilihat
sebagai satu hubungan peranan yang ditemuidalam setiap organisasi.Witherspoon seterusnya mencadangkan
pemimpin dan pengikut mempunyai peranan yang berkaitan dan saling bergantungan (Witherspoon, 1997). Hasil
dari pergantungan ini, kepimpinan sebenarnya dianugerahkan oleh pengikut. Dengan itu pengikut yang baik akan
menghasilkan pemimpin yang baik. Edgar Schein juga berpendapat, di dalam organisasi yang berkesan terdapat
paduan diantara kepimpinan yang baik dan kepengikutan yang baik (Schein, 1965).
Dalam hubungan pemimpin-pengikut, pemimpinlah yangmenetapkan piawai organisasi dengan
cara berhati-hati memilihindividu-individu yang perlu beliau berinteraksi, dengan mengkomunikasikan
tujuan dan halatuju dan juga dengan menjadi rolemodel.Seorangpe mimpin juga berperanan memutuskan
apakah tingkahlaku-tingkahlaku yang paling sesuai dalam berinteraksi dengan pengikut untuk menjamin hasil
yang diingini. Gaya kepimpinan yang digunakan oleh seseorang pemimpin boleh mempengaruhi pencapaian
kumpulan atau matlamat perseorangan (Gardner, 1990). Contohnya,seorang pemimpin boleh menimbangkan
sama ada kumpulannya dapatberf ungsidengan berkesan sekiranya gaya membuatkeputusan secarademokratik
dipilih. Mungkin pada masa yang lain, pemimpin berkenaanboleh menimbangkan samada fokus patut diberikan
kepada tugas atau kehendak ahli dalam organisasi. Gaya kepimpinan yang dipilih sesungguhnya “terkesan oleh
jangkaan pengikut mengenai bagaimana pemimpin patut bertindak, persepsi pemimpin mengenai apakah
tingkahlaku yang sesuai didalam berbagai peranan yang bakal dimainkannya dan apakah tingkahlaku yang akan
melahirkan hasil yangdiinginkan” (Whiterspoon, 1997, m.s. 80). Dalam proses berinteraksi dengan pengikut-
pengikutnya, pemimpin  akan membentuk gayakepimpinan yang paling berkesan dalam usaha menggerakkan
organisasi kearah pencapaian matlamat.
Walaupun terdapatperbezaan, sekiranya diteliti secaraterperinci, seorang pemimpin yang berkesan
akan juga menjalankanfungsiseorang pengurus dan begitu juga sebaliknya. Organisasi padamasa inimemerlukan
pengurus yang juga mempunyaikeupayaan danketerampilan untuk memimpin.

Zaharah Hasan (PusatPengajian Umum, UKM)


Posted by mie
Labels: Azmi
Edited By: Fred Apat(mrfred85@gmail.com
KEPIMPINAN DAN PERBEZAAN DENGAN PENGURUSAN
http://msgsabah.blogspot.com/2009/04/kepimpinan-dan-perbezaan-dengan.html

Pengenalan

Mengurus dan mentadbir seuatu itu adalah merupakan satu kerja yang amat penting. Seseorang itu mungkin

mengetuai sesebuah organisasi ataupun jabatan, dan dibawahnya terdapat banyak sumber ataupun harta yang

perlu diurus dan ditadbir secara betul. Justeru itu perkara yang perlu diurus atau ditadbir itu boleh wujud dalam

bentuk sumber manusia, sumber kewangan, alat-alat jentera dan sebagainya. Seorang itu mungkin pula

mempunyai kuasa dan pengaruh sebagai seorang pentadbir. Oleh itu eleman mengurus, mentadbir dan mempunyai

kuasa oleh seseorang pentadbir disini boleh dilihat daripada prespektif kepunyaan elemen memimpin dan

menguruskan sumber sumber organisasi.

Kegagalan Organisasi

Kajian kajian pengurusan telah Berjaya melihat bahawa kejayaan sebuah organisasi adalah bertitik tolak daripada

keupayaan kepimpinan dan kecekapan pengurusan pentadbir organisasi tersebut. Didapati salah satu masalah yang

menyebabkan kegagalan organisasi kecil mahupun besar ialah kelemahan pengurusan dan kepimpinan. Kelemahan

pengurusan ini boleh berlaku dalam berbagai bentuk, termasuklah kelemahan mengurus dengan cekap, kekurangan

ilmu sains pengurusan, kerendahan akhlak dan moral, kelemahan dan ketandusan pemimpin yang berkesan dan

sebagainya. Adalah percayai bahawa yang paling penting diubah dalam memastikan kecekapan dan kejayaan diatas

adalah manusia yang menjadi pengurus mahupun pemimpin serta juga manusia yang diurus serta dipimpin. Yang

perlu diubah ialah sikap manusia. Sikap ini boleh diubah dengan menanam kefahaman yang jelas mengapa

pentingnya elemen pengurusan dan kepimpinan yang akan mengurus serta memimpin organisasi. Jika tiada sifat

kesedaran tersebut maka perasingan konsep pengurusan dan kepimpinan pasti gagal menguruskan organisasi. Jika

seorang pentadbir mampu mengurus tetapi lemah memimpin, apa yang pasti organisasi gagal dibawa kepada hala

tuju yang telah ditetapkan kerana arahan yang dikeluarkan tiada siapa yang mengikutnya. Begitu juga jika ia

mempunyai kemahiran memimpin tetapi gagal dalam mengurus maka pastinya urusan organisasi akan menjadi satu

hala dan tiada tersusun organisasi kerana tiadanya elemen mengurus dan mentadbir secara sistematik dapat

diterapkan.

kepimpinan?

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatupertubuhan.

Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang
mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai

kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau

aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke

arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung

besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa

berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg

plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa.Kemahiran bekerjasama

amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin

mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang

menerima arahan.Di dalam masyarakan negara ini terutama masyarakat melayu, konsep malu alah boleh di

gunakan untuk mendapatkan kerjasama daripada pekerjanya.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada

mereka , mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpni,mereka akan

berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di perlakukan baik kepadanya.Oleh yang demikian,

seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam suatu organisasi bagi

mencapai kecemerlangan.

Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan

utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa

dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal

melihat masa hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan

melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada

lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan

bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di Kedah.Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai

keupayaan mendahului zamannya,caranya ialah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.

Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu juga mestilah

berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-

pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang

penting.Ramai yang beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada

teknologi semata-mata tetapi seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang teknologi dalam erti

kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan

terhadap kerja didalam organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan
dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang

lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang pemimpin mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu

kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja

konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.

Selain itu,untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,seseorang pemimpin itu perlu memberi

dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan merupakan usaha untuk memupuk pekerja melakukan

kerja dengan cara terbaik.Gelagat yang ada pada pekerja boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari

situlah dorongan perlu di serap ke dalam sanubari mereka.Sebagai contoh,beberapa model yang di kemukakan oleh

Abraham H Maslow iaitu seorang sarjana barat boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada

pekerja mengikut keadaan,masa dan suasana. Tingkat kehendak Maslow meletakkan manusia sebagai makluk yang

mempunyai peringkat tertentu dan ianya di mulakan dari peringkat fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan

dan peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati.Oleh demikian,model tingkat kehendak Maslow boleh

digunakan dengan baik untuk tujuan memberi dorongan kepada pekerja.Dari struktur kehendak ini biasanya

pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan

kecemerlangan organisasi tersebut.

Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan

etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga

mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja

cemerlang.Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa

organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan

peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya.Kepimpinan

merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke

arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.Akhir kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung

kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di

dalam organisasi.

Definisi Kepimpinan

Pada amnya kepimpinan didefinisikan sebagai satu proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan

tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha kea rah pencapaian matlamat organisasi. Terdapat tiga (3)

factor penting tentang definisi kepimpinan iaitu


1. Kepimpinan mestilah melibatkan orang lain atau pihak lain samada pekerja bawahan yang dipertanggungjawab

atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan membantu mentakrifkan status pemimpin dan mewujudkan proses

kepimpinan melalui kesanggupan mereka yang menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang diantara para

pemimpin dan ahli kumpulan.

2. Para pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan kegiatan-kegiatan anggota

kumpulan. Arahan ini membuktikan kekuasaan yang dimiliki yang menjadikan statusnya sebagai pemimpin.

3. Selain daripada berkuasa untuk member arahan tentang apa yang perlu dilakukan,, pemimpin boleh dan perlu

mempunyai daya mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan bagi membolehkan pekerja atau anggota

pengikut melakukan arahan tersebut.

Secara umumnya kepimpinan amat diperkukan dalam sesebuah organisasi dan kumpulan supaya ada pihak yang

menyusun dan mengatur segala urusan bagi mencapai tujuan atau misi yang telah ditetapkan. Dengan adanya

seeorang pemimpin, setiap keputusan atau tindakan yang akan diambil oleh kumpulan tersebut dapat dibincangkan

secara bersama. Seterusnya dengan kepercayaan yang diberikan kepada pemimpin, sesuatu keputusan yang dibuat

akan dihormati dan ini menjamin kepentingan semua pihak supaya terpelihara.

Malah dalam islam kepimpinan amat ditekankan seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “ jika tiga orang

keluar bermusafir, hendaklah salah seorang daripada mereka dilantik menjadi ketua”

Pengurusan – satu pemahaman dalam mentadbir organisasi

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih

orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai

sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta

juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang

menjalankan fungsi pengurusan.

Kata kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare (menangani — khususnya, seekor

kuda), yang pada dirinya diterbitkan daripada perkataan Latin, manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis,

mesnagement (kemudiannya ménagement), telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa

Inggeris, management pada abad-abad ke-17 dan ke-18.


Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh.

Pengurusan dikendalikan melalui berbagai-bagai fungsi yang sering dikelaskan seperti yang berikut:

1. Merancang: Memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan (hari ini, minggu depan, bulan depan,

tahun depan, pada sepanjang lima tahun yang berikut, dan sebagainya), dan mencipta rancangan-rancanganuntuk

dilaksanakan.

2. Mengatur: Menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan-

rancangan dilaksanakan dengan berjaya.

3. Memimpin/Memotivasi: Menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk

mendapatkan orang-orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-rancangan.

4. Mengawal, mengawas: Memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan, serta

mengubah suai rancangan tersebut (jika perlu), berdasarkan maklum balas.

Mary Parker Follett (1868 - 1933) yang menulis tentang topik ini pada awal abad ke-20 mentakrifkan "pengurusan"

sebagai "seni untuk mencapai sesuatu maklumat melalui orang.. Seseorang juga boleh memikirkan pengurusan

berdasarkan fungsinya, iaitu sebagai:

 tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan

keputusannya, mengubah suai sebahagian rancangan asal; atau

 tindakan untuk mencapai sesuatu maklamat yang dirancang.

Pengurusan juga merangkumi keadaan-keadaan yang tidak adanya perancangan. Dari sudut pandangan ini,Henri

Fayol, seorang anak Perancis, menganggap bahawa pengurusan terdiri daripada lima fungsi:

1. merancang

2. mengatur

3. memimpin

4. menyeleraskan

5. mengawal
Walaupun takrif ini berguna, sesetengah orang berpendapat bahawa ia terlalu terbatas. Frasa "pengurusan ialah

apa yang dibuat oleh para pengurus" sering terdengar, dan membayangkan kesusahan untuk mentakrifkan

pengurusan, dengan sifat takrif yang berubah-ubah, serta hubungan antara amalan pengurusan

dengan kader atau kelas pengurusan.

Salah satu aliran fikiran menganggap pengurusan sebagai serupa dengan "pentadbiran perniagaan", walaupun ini

mengecualikan pengurusan di tempat-tempat bukan perniagaan seperti pertubuhan amal dan perkhidmatan awam.

Sungguhpun demikian, banyak orang merujuk kepada jabatan universiti yang mengajar pengurusan sebagai "pusat

pengajian perniagaan", dengan sesetengah institusi seperti Pusat Pengajian Perniagaan Harvard menggunakan

nama ini.

Walau bagaimanapun, menurut definisi Anderson yang lebih lengkap, ada tiga tingkatan takrif yang boleh difahami

daripada pengurusan iaitu

1. Pengurusan membawa maksud pengurus atau pekerja sesebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk

mengatur atau merancang urusan organisasi dalam lingkungan polisi dan kehendak organisasi atau institusi

perniagaan pekerja tersebut.

2. Pengurusan sebuah syarikat berhad dianggotai oleh lembaga pengarah. Ahli Lembaga pengarah pula dianggotai

oleh ahli yang mempunyai jawatan eksekutif dan bukan eksekutif. Mereka ini bertanggungjawab untuk merancang

dan mengatur segala falsafah dan polisi syarikat.

3. Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai aktiviti mengurus sumber dan tugas untuk mencapai objektif yang

telah ditentukan.

Anderson juga menjelaskan fungsi pengurusan adalah :

1. Pengurusan yang mantap mestilah mempunyai wawasan dan mampu melihat hambatan serta peluang untuk

Berjaya dalam rangka dunia yang sentiasa berubah.

2. Pengurus perlu mengadakan perancangan jangkamasa panjang yang menggariskan halacara operasi, menyusun

pekerja untuk melakukan tugasan dengan cekap, mengagih, mengawal, merangsang motivasi dan tugas kepada

semua pekerja dibawahnya agar objektif dan matlamat dicapai.

Kepimpinan & Pengurusan – satu perbezaan tetapi kearah matlamat yang sama.

Berdasarkan kepada dua definisi yang telah dijelaskan diatas, maka ternyata wujud perbezaan ketara antara

kepimpinan dan pengurusan. Namun dalam usaha menjadikan organisasi yang diterajui cemerlang, isu perbezaan
ini harus dilihat dalam konteks yang lebih meluas iaitu kea rah menjurus pencapai wawasan dan misi yang

ditetapkan organisasi. Seorang pengurus atau pemimpin memerlukan kemahiran mengurus dan memimpin. Seorang

pemimpin yang gagal memiliki kebolehan mengurus hanya akan mampu menjadi seorang pemimpin yang gagal

menentukan matlamat. Begitu juga seorang pemimpin yang tiada memiliki kebolehan kepimpinan akan menjadikan

ia sebagai seorang pemimpin yang gagal mengarahkan anggotai kea rah mencipta pencapaian matlamat yang

ditetapkan.

Justeru itu saya sangatlah bersetuju bahawa wujud elemen perbezaan antara kebolehan kepimpinan dan

kebolehan pengurusan tetapi ianya harus dilihat dari sudut kedua-dua elemen ini amat diperlukan oleh seorang

pentadbir atau pemimpin organisasi. Kepimpinan akan membicarakan wawasan dan pengurusan pula lebih

menjurus kepada membincangkan strategic yang perlu dilakukan kea rah mencapai wawasan tersebut. Arahan kea

rah mencapai wawasan dapat dilaksanakan menerusi kebolehan kepimpinan dan kebolehan merancang,menyusun,

mengurus dan mengawal strategic bagi mencapai wawasan akan dilakukan dengan kebolehan pengurusan yang

dimiliki.Disinilah kita melihat bahawa kepimpinan akan menfokuskan kepada visi dan kebolehan pengurusan

menfokuskan kepada aspek objektif.

Kesimpulan

Diakui bahawa wujud perbezaan dari sudut definisi dan pelaksanaan bagi kepimpinan dan pengurusan. Namun

dalam konteks seorang pentadbir organisasi, kebolehan kedua-dua elemen ini amat penting dalam memastikan

hala tuju wawasan dan objektif organisasi dapat dicapai. Pengurusan akan memastikan wujud elemen kawalan dan

perancangan serta menyusunkan kea rah visi yang ditetapkan oleh seorang pemimpin. Kepimpinan pula akan

menjuruskan kepada hala tuju yang boleh mendorong kepada motivasi, aspirasi, semangat dan tenaga kepada

pengikut atau pekerja bawahan untuk membantu pentadbir melaksanakan strategic yang telah dibentuk. Seorang

pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang baik akan mampu memotivasi dan mewujudkan tenaga aspirasi

kepada orang bawahan atau pengikut bagi melaksanakan segala perancangan atau arahan kea rah mencapai visi

yang ditetapkan. Kepimpinan yang baik juga akan selalu menghadiahkan dan member sokongan yang jitu kepada

pengikut atau orang bawahanya untuk terus bersemangat melaksanakan yang terbaik kepada organisasi.

Justeru itu kebolehan yang berbeza ini tetapi amat penting kepada organisasi kerana kepimpinan pengurusan akan

dapat melahirkan

1. Kepimpinan pengurusan akan mengambil berat kedua-dua belah pihak iaitu pemimpin dan yang dipimpin.
2. Walaupun ketua selalunya seorang tetapi dalam konteks kepimpinan pengurusan satu tindakan bersama akan

terserlah kerana terdapatnya peluang bermesyuarat dan kebebasan mengeluarkan pendapat yang meluas.

3. Pemimpin harus menjadi contoh yang mana pengikut bukan hanya disuruh melakukan sesuatu tetapi dapat

melihat pemimpinnya sendiri melaksanakan apa yang diperintah.

Kesimpulannya ternyata sekiranya kita melihat dua perkara ini secara berbeza , pasti dan nyata ianya perkara yang

berbeza. Tetapi dalam konteks kejayaan organisasi, kita harus boleh melihat keperluan dan kemestian yang

membezakan ini perlu disatukan sebagai kepimpinan pengurusan. Jika ini dapat dilihat secara prespektif yang lebih

meluas dalam konteks pengurusan pencapaian organisasi, kepimpinan pengurusan akan mampu membantu kita

mengenalpasti kebolehan pentadbir untuk menjana kejayaan organisasi dimasa hadapan.


oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah

http://ideologi.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=12
Dalam sistem pengurusan, kepimpinan adalah proses yang melaksanakan fungsi-fungsi pengarahan. Justeru, apa

beza seorang pemimpin dan pengurus? Kepimpinan berbeza daripada pengurusan. John Maxwel menjelaskan,

kepimpinan ialah sifat yang lebih menjurus kepada hal-hal perancangan strategik dan masa hadapan, manakala

pengurusan pula lebih bersifat penyelesaian terhadap agenda-agenda yang sedang berlaku. 

Selain itu, kepimpinan perlu wujud pada seorang ketua, manakala pengurusan pula boleh dilakukan oleh semua

peringkat dalam organisasi tertakluk kepada bidang kuasa dan tahap-tahapnya. Bagi John Maxwell, tidak semua

pengurus itu adalah pemimpin, tapi pemimpin perlu boleh menjadi pengurus. Organisasi boleh berjalan dengan

baik dengan adanya pengurus yang cekap, tapi untuk berkembang dengan pesat, perlukan seorang pemimpin.

Adakalanya, pemimpin tidak perlukan organisasi untuk punyai pengikut, berbeza dengan pengurus yang perlu

organisasi khas untuk berfungsi.

Menurut Tariq Suwaidan, kedua-dua unsur sama ada kepimpinan dan pengurusan adalah saling berkepentingan

antara satu sama lain dalam sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun menurut beliau, seseorang yang dianggap

mempunyai daya kepimpinan yang tinggi perlu juga mempunyai kemahiran pengurusan tetapi tidak semestinya

seorang pengurus perlu memiliki sifat kepimpinan yang baik.

Perbincangan antara kepimpinan dan pengurusan ini menimbulkan perdebatan yang hangat di kalangan sarjana

pengurusan. Ada yang mengatakan bahawa ilmu-ilmu pengurusan boleh dipelajari sedangkan kepimpinan pula

adalah bakat semula jadi seseorang yang merupakan anugerah Tuhan. Namun ada juga yang mengatakan bahawa

kepimpinan boleh dipelajari sebagaimana ilmu pengurusan. Tariq Suwaidan membuat kesimpulan bahawa

kepimpinan terbahagi kepada dua bentuk; pertamanya bentuk yang boleh dipelajari melalui latihan-latihan

kepimpinan yang konsisten dan keduanya ialah ia merupakan bakat semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah

sebagai mana bakat-bakat lain seperti kesenian dan kemahiran-kemahiran fizikal.


Namun dalam sistem pengurusan Islam, kepimpinan dilihat sebagai satu tanggungjawab yang wujud dalam diri

setiap manusia. Yang berbeza ialah tahap kemampuan seseorang itu memimpin sama ada dalam skop yang sempit

untuk diri dan keluarga sahaja atau dalam skop yang lebih luas. Perbezaan ini ialah selari dengan fitrah perbezaan

manusia dan ia juga berkait rapat dengan proses kehidupan (upbringing) seseorang itu. Ini bertepatan dengan

tugas setiap manusia yang menjadi khalifah di bumi Allah ini, dan bertempatan dengan hadis yang menyatakan

bahawa setiap manusia adalah pemimpin, dan akan dipertanggungjawabkan ke atas pimpinannya itu.

Oleh sebab itu, seseorang yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi mungkin boleh memimpina organisasi

yang besar, manakala yang tidak mempunyai daya kepimpinan yang tinggi boleh memimpin organisasi yang kecil

seperti keluarga dan seumpamanya.

[petikan daripada Ahmad Sufyan Che Abdullah (2006) "Kepimpinan Islam Dalam Tuntutan Era Globalisasi", dalam

Dimensi Pengurusan Islam: Mengurus Kerja dan Mengurus Modal Insan (Suntingan: Ab Mumin Ab Ghani, Fadillah

Mansor), Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur]

© 2006 Penerbit Universiti Malaya

You might also like