You are on page 1of 9

Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

Kertas Kerja Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling

Peringkat IPG Kampus Rajang

1.0 Pendahuluan/Pengenalan
Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti program yang bakal
dilaksanakan yang melibatkan guru-guru pelatih, dan warga IPG Kampus Rajang.
Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara
warga institut dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan. Selain itu, aktiviti ini
diharap dapat menyemaikan ciri-ciri sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang positif
dan juga dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri kita. Aktiviti ini juga
digunakan sebagai landasan penting untuk membentuk semangat berpasukan di
kalangan peserta-peserta. Dalam pada itu juga, semasa aktiviti ini dijalankan adalah
diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan di kalangan peserta. Sifat
yang baik ini sekiranya diasah boleh dijadikan contoh yang baik kepada generasi
yang akan datang. Secara tidak langsung, ia juga akan dapat merangsang
pembentukkan sahsiah yang baik di kalangan peserta. Selain itu juga, aktiviti ini juga
dilihat sebagai jalan terbaik untuk berinteraksi di mana peserta dapat mengurangkan
rasa tekanan dalam pembelajaran. Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini
memberi maklumat yang diperlukan untuk program ini.

2.0 Tajuk :

Pertandingan Bola Jaring (perempuan) dan Bola baling (lelaki dan


perempuan) Peringkat Institut Pendidikan Guru, Kampus Rajang
3.0 Unit yang mengemukakan :

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Biro Sukan dan Rekreasi

Pensyarah Penasihat Bola Jaring PISMP Semester 2

4.0 Rasional/ Matlamat dan Objektif :

4.1 Rasional/ Matlamat :

Memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan


guru-guru pelatih dan semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.
Selain itu juga, aktiviti ini dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam
kalangan pelajar. Di samping itu, ia dapat melahirkan sifat kepimpinan dan
merapatkan hubungan dalam kalangan pelajar.

4.2 Objektif :

Melalui aktiviti ini, secara langsung dan tidak langsung dapat :

(a) melahirkan generasi pelajar yang mempunyai semangat kesukanan yang


kuat.

(b) mengeratkan hubungan dan silaturahim di antara warga IPG Kampus


Rajang
(c) melahirkan guru yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama,

semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab.

5.0 Tarikh dan tempat pertandingan

Tarikh : 9 – 11 Ogos 2010 ( Bola Jaring)

20 – 22 September 2010 ( Bola Baling)

Tempat : Gelanggang Bola Jaring dan Bola Baling, IPG Kampus Rajang
6.0 PENYERTAAN
1. Setiap kumpulan wajib untuk menyertai dan menghantar 1 pasukan untuk
setiap permainan yang dipertandingkan.
 PISMP BM SEM 8
 PISMP PS SEM 4
 PISMP PRA SEM 4
 PISMP BM SEM 2
 PISMP PEM. BC SEM 2
 PISMP BC SEM 2
 PISMP PS SEM 2
 PPISMP PEM. BM SEM 3
 PPISMP BM SEM 3
 PPISMP PEM. BC SEM 3
 PPISMP PJ SEM 3
 PPISMP BM 1 SEM 1
 PPISMP BM 2 SEM 1
 PPISMP PSV SEM 1
 KPLI MALAYSIAKU NEGARAKU SEM 1
 KPLI SAINS SEM 1
 KPLI PEMULIHAN SEM

Pensyarah terlibat untuk Bola Jaring dan Bola Baling


Hari pertama En K. Raja , Cik Hong Moi Hiong , Puan Aliza / Encik K.Raja
Hari kedua En Ling Chung Yeo , Cik Hong Moi Hiong , Puan Aliza / En
Ling Chung Yeo
Hari ketiga Pn Florina , Cik Hong Moi Hiong , Puan Aliza / Pn Florina
7.0 Jawatankuasa Pertandingan
Pensyarah Penasihat : Encik K.Raja
Ketua Biro Sukan dan Rekreasi : Donny Segie Thomas
Setiausaha : Felicia Kiai
AJK Peralatan dan Kebersihan : Mohamad Shahrizan
AJK Keselamatan dan Publisiti : Mohamad Azraf
Pengadil Pertandingan :
1. Felicia Kiai PISMP BM Semester 2
2. Mahakendra Ak Akang PISMP BM Semester 2
3. Jong Soo Chin PISMP BM Semester 2
4. Eriana Binti Kamat PPISMP PJ Semester 3
5. Vallerie Jirum PPISMP PJ Semester 3
6. Stephanie Anthong PPISMP BM Semester 3
7. Nur Syuhada PPISMP PJ Semester 3

8.0 Perbelanjaan
Perbelanjaan Anggaran Kasar (RM)
Hamper 100.00
Makanan dan minuman 30.00
Peti kecemasan 10.00
Perbelanjaan lain 30.00
Jumlah RM 170 .00

Kutipan sebanyak RM 10.00 bagi setiap pasukan yang menyertai pertandingan


Bola Jaring dan Bola Baling .
Hadiah
Pemenang bagi Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling akan mendapat
Hamper dan saguhati ( bagi tempat keempat ) .
KEPUTUSAN Nilai Hamper ( RM )
Johan 40
Naib Johan 30
Tempat Ketiga 20
Tempat Keempat 10

SYARAT PERTANDINGAN
BOLA JARING (Perempuan Sahaja)
1. Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem “kalah-mati”.
2. Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAHMATI,jika keputusannya
berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti
berikut :-
a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan bertukar kawasan
bermain serta merta dan meneruskan permainan dengan masa
tambahan selama lima (5) minit tanpa rehat.
b) Undang-undang yang meliputi Hantaran Tengah dan Penggantian,
sepertimana terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan, akan
dilaksanakan.
c) Setelah masa tambahan lima (5) minit pertama tamat, pasukan akan
sekali lagi bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama
lima (5) minit lagi tanpa rehat.
d) Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua (2) minit kedua
tamat, maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya
dijaringkan.

BOLA BALING (LELAKI DAN PEREMPUAN)


1. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas
sepenuhnya masa :
a) Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima
minit.
b) Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi
untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi.
c) Jika keputusan masih lagi seri, sistem balingan 7 akan dijalankan kecuali
dalam perlawanan akhir.
d) Jika balingan 7 tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak
mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan.
BORANG PENYERTAAN
(BOLA JARING)

NAMA KUMPULAN :

PENGURUS PASUKAN :

KETUA PASUKAN :

SENARAI NAMA PEMAIN KUMPULAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN


_________________________________

( )

***Yuran penyertaan sebanyak Rm10.00 bagi setiap kumpulan.Borang Penyertaan


boleh diserahkan kepada Donny Segie ( 0135600808 ) , Felicia Kiai ( 0198058334 ) ,
Mohamad Azraf ( 0145994649 ) dan Mohamad Shahrizan ( 0148892865 )

BORANG PENYERTAAN
(BOLA BALING)
NAMA KUMPULAN :

PENGURUS PASUKAN :

KETUA PASUKAN :

SENARAI NAMA PEMAIN KUMPULAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN


_________________________________

( )

***Yuran penyertaan sebanyak Rm10.00 bagi setiap kumpulan . Borang Penyertaan


boleh diserahkan kepada Donny Segie ( 0135600808 ) , Felicia Kiai ( 0198058334 ) ,
Mohamad Azraf ( 0145994649 ) dan Mohamad Shahrizan ( 0148892865 )

6.0 Penutup

Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan menepati


segala objektif yang digariskan. Diharapkan semua pihak dapat memberi
kerjasama bagi menjayakan Pertandingan Bola Jaring Peringkat IPG Kampus
Rajang.

Yang menjalankan tugas,

...................................................................

( Donny Segie Thomas )

Biro Sukan dan Rekreasi Sesi 2010/2011,

Jawantankuasa Perwakilan Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang,

96509 Bintangor.

You might also like