You are on page 1of 2

Iban Sarawak

Apa yang anda tahu tentang masyarakat Iban di


Sarawak? banyak masyarakat luar tidak tahu tentang asal usul,
budaya, pertuturan dan adat-adat yang dijalankan oleh masyarakat
ini. umumnya, masyarakat luar hanya menyedari kewujudan kaum
ini melalui pembelajaran di sekolah-sekolah dengan
memperkenalkan kaum-kaum minoriti yang wujud di Sabah dan
Sarawak. kalau di semenanjung malaysia kaum Melayu merupakan
komuniti terbesar, di Sabah kita ada kaum Kadazan dan begitu juga
di Sarawak di pelopori oleh masyarakat kaum Iban.

Kita bermula dengan sejarah kewujudan kaum ini di Sarawak. secara


umumnya, masyarakat Iban dikatakan berasal dari satu daerah kecil
di Kalimantan, Indonesia. namun, ada juga ura-ura mengatakan
bahawa Iban sebenarnya berasal daripada Myanmar yang membawa
diri ke Indonesia seterusnya ke Sarawak. pada zaman dahulu,
masyarakat Iban cukup dikenali kerana kepahlawanannya,
keberanian dan kekejaman terhadap musuh dan dikenali sebagai
"Headhunter". ini adalah kerana sebagai tanda kemenangan
terhadap pihak musuh, ketua pahlawanan tersebut hendaklah
membawa pulang kepala musuh tersebut dan kepala tersebut akan
digantung di rumah panjang. cerita kepahlawanan ini boleh kita
dengar melalui cerita-cerita orang- orang tua, dan pada zaman
sekarang "Sarawak Culture Village" pernah melakonkan semula
cerita sebegini kepada orang awam yang datang berkunjung ke situ.
Masyarakat Iban lagi didedahkan lagi dengan sejarah-sejarah
pahlawan-pahlawan dan tokoh-tokoh terkenal seperti Keling, Rentap
dan Tun Jugah.
Masyarakat Iban mengamalkan pelbagai perayaan dan tradisi.
antaranya adalah perayaan Hari Gawai yang diraikan pada 1 Jun
setiap tahun oleh golongan masyarakat Dayak sebagai tanda
keberkatan dan kesyukuran terhadap penanaman padi. selain itu di
antara perayaan lain adalah Gawai Antu, Gawai Burung, dan Gawai
Lelabi. oleh kerana kebanyakan masyarakat Iban menganuti agama
Kristian, mereka juga menyambut perayaan Hari Krimas.

Tradisi masyarakat Iban selalunya terletak pada tarian, pakaian,


makanan dan minuman. masyarakat Iban dikenali dengan tarian
"Ngajat" iaitu tarian kepahlawanan. pakaian yang di pakai oleh
kaum wanita adalah "Ngepan" manakala untuk kaum lelaki adalah
"Sirat" dan tak ketinggalan dengan pua kumbu. minuman yang
paling dikenali sekali adalah Tuak. sudah pasti ramai yang
tahu...kalau di semenanjung malaysia ia dikenali dengan nama air
Tapai.

Pada zaman sekarang dunia sudah berubah mengikut


peredaran zaman. kalau dahulunya masyarakat Iban kebanyakannya
tinggal di Rumah Panjang, sekarang ramai yang keluar untuk
mencari rezeki. bahkan ada yang pergi belajar ke luar negara dan ini
membuktikan masyarakat Iban setanding dengan kaum-kaum yang
lain di Malaysia ini.

You might also like