You are on page 1of 28

Kumpulan 1:

Najihah Isa
Noradila Abdullah
Muhammad Faisal Razalli
Raja Mohd Fakimi Raja Mahamud

“Bidang Kajian
Sintaksis”
Pengenalan kepada Sintaksis
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur,dan
binaan atau konstruksi ayat.

Kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang


mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa.
Struktur Binaan Ayat
Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa itu
dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi.

Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau


rentetan bentuk kata yang sewenang-wenang dan tidak
tersusun,tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit
kecil rangkai kata yang dalam ilmu bahasa dikenali
sebagai unsur atau konstituen.
Contoh ayat:
1. Ahmad tertidur.
2. Ahmad
3. tertidur

Jelas bahawa dalam contoh binaan ayat 1,terdapat


hanya dua perkataan, iaitu Ahmad dan tertidur.
Namun,pada umumnya,ayat Bahasa Melayu jauh lebih
panjang dan kompleks daripada ayat 1.
PEMBAHAGIAN SUBJEK
DAN PREDIKAT
Setiap penutur asli sesuatu bahasa
mempunyai kecekapan berbahasa atau daya
pengetahuan untuk mengetahui struktur
unsur atau struktur konstituen setiap ayat.

Kebolehan memenggal ayat kepada


bahagian-bahagiannya iaitu pemenggalan
frasa subjek dan frasa predikat.
Bil Subjek Predikat

1 Petani itu membajak sawahnya setiap hari.

2 Abu bermain bola.

3 Ali guru sementara di sekolah itu.

4 Guru itu menyemak rekod kehadiran muridnya setiap hari.


Apa yang dikatakan sebagai subjek kepada sesuatu
ayat ialah konstituen, sama ada terdiri daripada
satu perkataan atau beberapa perkataan.

Subjek bertindak atau berfungsi sebagai frasa


nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang


tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.
Dalam kebanyakan bahasa, subjek
bertindak atau berfungsi sebagai frasa
nama.

Setiap ayat yang tidak mempunyai frasa


nama sebagai subjek tidak dapat diterima
dalam ayat bahasa Melayu.
Bil Subjek Predikat

1 Gemuk sekali pergi ke sekolah.

2 Tinggi sungguh membina bangunan itu.

3 Bersukan menjadi kegemarannya.

4 Mencari rotan adalah hobinya pada waktu lapang.


Petani itu membajak sawahnya setiap hari
Ayat

Subjek Predikat
Petani itu membajak sawahnya setiap hari

sawah nya setiap hari


Pembahagian atau pemenggalan kepada
frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat
tidak boleh dilakukan tanpa peraturan atau
secara ad hoc.

Contohnya, unsur ‘itu’ dan ‘membajak’


tidak boleh digabungkan menjadi sesuatu
binaan kerana bentuk tersebut termasuk ke
dalam kelompok berasingan.
Contoh lain:
Pemuda itu mengecat rumahnya setiap hari.
Kereta itu memecut dengan laju.
Ahmad membayar hutangnya setiap bulan.
*penggosok itu memandikan rumahnya
setiap saat.
*ayat tersebut menunjukkan bentuk dan
makna yang ganjil. Tetapi merupakan satu
binaan ayat dalam tatabahasa bahasa
Melayu dan dianggap gramatis kerana
mematuhi peraturan atau rumus binaan
ayat bahasa Melayu.
Setiap mengecat tahun pemuda itu
rumah
Ayat di atas dianggap tidak gramatis kerana
perkataan-perkataannya tidak tersusun
mengikut rumus struktur ayat bahasa
Melayu walaupun ia adalah perkataan
bahasa Melayu.
Kesimpulannya, pengetahuan tentang
struktur unsur ayat sesuatu bahasa
yang ada pada seseorang penutur asli
membolehkan ia mengenal pasti dan
menentukan ayat yang gramatis
dengan yang tak gramatis dalam
bahasa.
Ayat Dasar dan Ayat
Terbitan
Walaupun bilangan ayat sesuatu bahasa itu
memang tidak ada hadnya, demikian juga
panjang pendeknya dan kemajmukannya,
semua ayat yang terbentuk masih tetap
mematuhi dan pasti berasal daripada satu
ayat dasar, iaitu pola ayat yang menjadi
sumber kepada pembentukan atau terbitan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
Dalam bahasa Melayu, misalnya, semua
ayat, sama ada yang pendek atau yang
panjang, yang berbentuk ayat mudah atau
ayat kompleks, yang berstruktur biasa atau
songsang, pasti dapat dikembalikan kepada
bentuk asalnya, iaitu salah satu daripada
empat pola ayat dasar yang berikut :
Subjek Predikat
Pola 1 Frasa Nama Frasa Nama
(Ali guru)

Pola 2 Frasa Nama Frasa Kerja


(Adikku sedang tidur)

Pola 3 Frasa Nama Frasa Adjektif


(Pegawai itu amat rajin)

Pola 4 Frasa Nama Frasa Sendi Nama


(Rumahnya di Kampung Baru)
Kalau bahasa Melayu mempunyai empat pola ayat
dasar, tidak bererti bahasa-bahasa yang lain
mempunyai bilangan pola ayat dasar yang sama.
Bahasa Inggeris misalnya hanya mempunyai satu pola
ayat dasar iaitu pola frasa nama + frasa kerja, seperti :

Frasa Nama Frasa Kerja


Ali is a teacher.
My brother is sleeping.
The officer works downtown.
His house is by the roadside.
Daripada ayat dasar kita dapat membina ayat-ayat
yang lebih panjang atau lebih kompleks, yang kita
namai ayat terbitan.

Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, baik


unsur perkataan mahupun unsur frasa ditambah pada
frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar.

Misalnya, bentuk ayat dasar bahasa Melayu, seperti


yang diberikan dapat diperkembang menjadi ayat-ayat
terbitan berikut :
Subjek Predikat

Ali guru sementara di sekolah


itu.
Adik bongsuku sedang tidur di serambi
rumah.
Pegawai kanan pejabat itu amat rajin dan cekap pula.

Rumah kediamannya di Kampung Baru dalam


Wilayah Persekutuan.
Susunan Dalam Ayat
Pembentang :
Muhammad Faisal Bin Razalli
Huraian
Ayat dibahagikan kepada dua jenis iaitu susunan
biasa dan susunan songsang.
Susunan biasa bermaksud binaan ayat yang
mempertahankan pola ayat dasar, iaitu unsur frasa
subjek mendahului frasa predikat.
Susunan songsang pula terhasil apabila frasa
predikat yang mendahului frasa subjek.
Contoh Ayat Susunan Biasa
Subjek Predikat
1. Adik bongsuku Sedang tidur di serambi
rumah.

2. Cikgu Ahmad Sedang menanda kertas


jawapan peperiksaan.
Contoh Ayat Susunan Songsang
Predikat Subjek

1. Sedang tidur di serambi adik bongsuku.


rumah

2. Sedang menanda kertas Cikgu Ahmad.


jawapan peperiksaan
Sekian…
Terima Kasih

You might also like