You are on page 1of 19

______________________________________________________________________________

VISI
SMK KEPONG AKAN MENJADI SEKOLAH TERBILANG
BERTARAF DUNIA

MISI
Untuk memberikan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan modal insan
terbilang melalui pendidikan holistik dengan berpaksikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan

______________________________________________________________________________

Tajuk Kajian :

Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid Tingkatan Tiga


Di Sebuah Sekolah
Oleh :

Anthony Ugor Nili

______________________________________________________________________________

Unit Penyelidikan Pra-U


Sek. Men. Keb. Kepong
Jalan FRI, Kepong, 52100 Kuala Lumpur
SELANGOR DARUL EHSAN

1
ABSTRAK

Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk
membolehkan negara mencapai Wawasan 2020. Para murid sekolah dan pelajar universiti
dituntut untuk meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani
cabaran dan tekanan besar menjelang persaingan abad ke-21. Agenda membina dan memupuk
modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti
sistem pendidikan negara. Maka oleh itu, pelbagai rancangan dan dasar diperkenalkan oleh
kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memenuhi tuntutan Wawasan 2020.
Salah satu darinya ialah pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK). Setelah
segala dasar dan perancangan dilaksanakan, pasti ia telah menampakkan output ketika ini.
Maka dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau sikap murid tingkatan tiga terhadap
penggunaan komputer, tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga, dan tahap
penggunaan komputer dalam proses pembelajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan, 36
orang murid tingkatan tiga yang dikaji menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan
komputer, dengan skor min antara 3.00 hingga 4.527. Responden juga memiliki tahap literasi
komputer yang sederhana tinggi, dengan nilai skor min antara 2.611 hingga 4.694. Dapatan
kajian ini menunjukkan murid tingkatan tiga mulai menggunakan komputer dalam proses
pembelajaran masing-masing.

1. Pengenalan

Aspek teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) amat mendominasi semua bidang
dalam kehidupan seharian masyarakat pada zaman ini. Kemudahan capaian internet telah
menjadikan semua maklumat, bahan dan hasil penyelidikan mampu dikongsi bersama secara
dalam talian (on-line) di seluruh pelusuk dunia tanpa sempadan. Semua peringkat masyarakat
yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar university, pekerja syarikat, pengurusan tertinggi
korporat, ahli politik, ahli perniagaan, artis, dan sebagainya seharusnya mahir dalam
mengapplikasikan kemudahan TMK. Kealpaan dan kelekaan dalam mengharungi kehidupan
semasa tanpa kemahiran TMK, hanya akan menyebabkan sesiapa sahaja terpinggir dan tersingkir
dalam global village, (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2008).

Lantaran perkembangan dan kepentingan TMK secara global, Kementerian Pelajaran


Malaysia (KPM) telah mengorak langkah, dan berusaha menyesuaikan diri dengan arus
perubahan persekitaran. Penggunaan TMK di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi telah
diperluaskan. Dasar-dasar dan perancangan yang kondusif terhadap perkembangan TMK telah
dilancarkan. Ini bermula dengan memperkenalkan mata pelajaran yang berkaitan TMK seperti
Perkomputeran dan Teknologi Maklumat untuk murid sekolah menengah, dan juga rancangan
penubuhan Sekolah Bestari. Kementerian Pendidikan  sebagai badan induk dunia pendidikan 
telah memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia pendidikan
tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum TMK dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).

Memandangkan kemudahan TMK itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran


sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had, maka adalah

2
menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan
segera kepada perubahan-perubahan ini. Dapat kita perhatikan bahawa kerajaan amat memberi
tumpuan dan keutamaan terhadap pembentukkan masyarakat yang membudayakan ilmu dan
maklumat menerusi penggunaan TMK secara luwes dan menyeluruh. Arus pemodenan kemahiran
TMK ini bukan sahaja menukar secara besar-besaran teknik pengajaran oleh seseorang guru, tetapi juga
memberi impak yang amat mendalam terhadap kaedah pembelajaran bagi seseorang murid, iaitu
bagaimana cara murid menimba, memproses, mengaplikasi dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang
diperoleh. Dalam arus perdana ini, guru dan juga murid harus bersedia terhadap persaingan global TMK
yang tiada batas dan sempadan.

Namun demikian, usaha murni kerajaan ini sukar untuk berjaya sekiranya pelaku
masyarakat itu sendiri kurang membudayakan sepenuhnya penggunaan komputer dan kemahiran
TMK. Robiah Sidin et al. (2004) mengatakan, terdapat empat angkubah yang saling berhubung
kait antara satu sama lain bagi memacu pembudayaan TMK dalam kalangan anggota masyarakat
iaitu; pertama, sikap masyarakat dan murid mestilah positif dan bersedia untuk berubah; kedua,
prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi; ketiga, tenaga
yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah mahir; dan
keempat, wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan semuanya itu.

1.1 Pernyataan Masalah

Dalam era globalisasi sekarang, salah satu aset yang amat penting dan perlu ada pada
seseorang murid, ialah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan komputer,
dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Murid-murid bukan sahaja dituntut untuk
memiliki kepintaran dan pengetahuan dari segi penguasaan kandungan mata pelajaran, tetapi
sepatutnya mahir dalam penggunaan teknologi berasaskan komputer. Antara faktor keperluan
memiliki kemahiran komputer ini ialah untuk membantu murid-murid mencari dan memperoleh
maklumat dari sumber terbuka tanpa terhad, berkomunikasi dengan berperantaraan komputer,
melaksanakan tugasan sekolah, membuat persembahan, dan menganalisis data (Norizan &
Mohamed Amin, 2003). Teknologi TMK juga penting untuk keperluan sosial murid-murid
seperti berinteraksi di alam maya, membantu meningkatkan aktiviti luar darjah atau
melaksanakan hobi, penciptaan idea kreatif dan mencari maklumat berkaitan bidang
pembelajaran diri masing-masing.

Antara kemahiran TMK yang perlu dikuasai terlebih dahulu oleh murid ialah kemahiran
asas menggunakan komputer, kemahiran aplikasi seperti pemprosesan perkataan, hamparan
elektronik, email, browser WWW, aplikasi grafik dan aplikasi yang menjurus kepada bidang
pelajaran mereka. Dalam erti kata lain, para murid perlu literasi komputer atau “celik komputer”.

“Buta komputer” pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 60-an
walaupun anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi”.
(Baharuddin Aris et. al, 2001)

Memandangkan literasi komputer adalah antara kemahiran yang begitu penting pada era TMK,
maka buta komputer perlulah dihapuskan dalam kalangan murid dan masyarakat amnya kerana
ia merupakan komponen utama dalam bidang TMK. Oleh itu, keperluan asas yang perlu dimiliki
oleh para murid ialah memiliki pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang memadai bagi

3
membolehkan mereka menikmati dan mempelbagaikan sumber maklumat yang tidak terhad, dan
membina penjanaan budaya pemikiran kritis dan kreatif dalam pemerolehan pembelajaran
(Mashitoh Y. & Maharan M., 2000).

Berasaskan perbahasan tersebut, kajian ini diperlukan untuk mengenal pasti sikap murid
terhadap penggunaan komputer, meninjau tahap literasi komputer dalam kalangan murid, dan
meninjau sejauh mana murid-murid tingkatan tiga mengguna komputer dalam proses
pembelajaran mereka.

1.2 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan untuk;

1. Mengenal pasti sikap murid terhadap penggunaan komputer


2. Meninjau tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga
3. Meninjau tahap penggunaan komputer dalam aktiviti pembelajaran murid

1.3 Soalan Kajian

Soalan-soalan kajian ialah;

1. Adakah murid bersikap positif terhadap penggunaan komputer?


2. Apakah tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga?
3. Adakah murid tingkatan tiga menggunakan komputer dalam aktiviti pembelajaran?

1.4 Signifikan Kajian

Kajian ini penting kepada pihak pentadbir sekolah, yang terdiri daripada pengetua,
penolong kanan akademik, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum,
penolong kanan tingkatan enam, penolong kanan petang dan ketua-ketua bidang mata pelajaran.
Ini kerana, dapatan kajian ini membolehkan mereka mengenal pasti tahap literasi, dan
penggunaan teknologi komputer dalam kalangan murid-murid mereka. Dengan itu, pihak
pentadbir boleh merangka perancangan yang responsif terhadap budaya penggunaan komputer
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Dapatan kajian ini juga amat berguna kepada guru-guru mata pelajaran. Hasil kajian ini
akan menyedarkan guru-guru tentang peluang dan faedah yang diperolehi apabila menggunakan
kemudahan komputer dalam proses pengajaran masing-masing. Penggunaan komputer
memudahkan guru-guru melaksanakan tugasan pengajaran dalam kelas, disamping
berkomunikasi atau berteraksi dengan murid masing-masing.

Selain itu, pihak ibu bapa dan penjaga juga memperolehi gambaran sebenar tentang
budaya penggunaan komputer dalam kalangan anak masing-masing. Celik komputer akan
membantu meningkatkan proses pembelajaran anak-anak, dan bukannya semata-mata untuk
kegunaan berhibur dengan bermain komputer (computer games).

4
1.5 Definisi Operasional

Kamus Dewan, Edisi Keempat mendefinisikan literasi komputer sebagai “tahu


menggunakan dan mengendalikan computer”. Baharuddin Aris, et. al (2001) mentakrifkan
literasi komputer atau celik komputer melalui tiga konsep iaitu, pertama; kesedaran – menyedari
kepentingan dan kepelbagaian kegunaan komputer dalam masyarakat masa kini, kedua;
pengetahuan – mempunyai pengetahuan tentang konsep dan senibina sistem sesebuah komputer
berfungi, dan ketiga; interaksi – berkemampuan untuk berinteraksi atau mengapplikasikan
teknologi komputer. Scott (2006), menjelaskan literasi komputer sebagai keupayaan untuk
memahami bagaimana sesuatu komputer berfungsi. Maka, secara umumnya literasi komputer
boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang sekadarnya perlu ada pada seseorang individu untuk
menggunakan applikasi komputer dalam kehidupan seharian.

2. Literatur Kajian

Terdapat beberapa kajian lepas yang mengkaji tentang tahap literasi komputer dan
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan murid-murid sekolah,
pelajar universiti, guru-guru pelatih, dan juga guru-guru sekolah.

Penggunaan komputer menyediakan peluang yang unik dan cabaran menarik terhadap
proses pengajaran oleh seseorang guru dan juga aktiviti pembelajaran bagi seseorang murid,
berbanding corak pengajaran tradisional dalam bilik darjah. Aktiviti pengajaran oleh guru tidak
hanya berkisar terhadap bahan bantu maujud dalam bilik darjah, tetapi melangkaui sempadan
pemikiran murid dengan berbantukan komputer. Murid juga tidak lagi hanya mengakses kepada
buku teks dan guru-guru sekolah sahaja, tetapi mendapatkan pelbagai bahan sumber maklumat
melepasi daripada kawasan sempadan bilik darjah di sekolah (Rozinah Jamaludin, 2007).

Penglibatan secara serius pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam


memperkenalkan TMK dalam P&P dapat dilihat dengan jelas melalui Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 6/2003: Dasar Pengajaran Media dan Teknologi Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jld. XVIII. Pekeliling ini menyatakan KPM teleh
membekalkan pelbagai jenis peralatan TMK ke sekolah-sekolah untuk meningkatkan
keberkesanan proses P&P. Di antara perkakasan dan perisian yang dibekalkan ialah komputer
dan peranti-perantinya, sistem multimedia digital, rancangan TV pendidikan, dan perisian-
perisian pendidikan. Selain itu, melalui pekeliling ini pihak KPM menjelaskan bahawa perisian
kursus, makmal komputer dan pelbagai peralatan TMK wajib digunakan dan dimasukkan dalam
Buku Rancangan Mengajar Harian.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


mentakrifkan Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai menggunakan
TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan P&P. Pendekatan dan syarat asas penggunaan TMK dalam P&P mestilah sesuai
dengan kemahiran seseorang guru, dan sesuai dengan keperluan murid. Ianya boleh dilihat dari
dua aspek iaitu, aspek pengajaran guru, dan aspek pembelajaran murid. Dalam konteks
pembelajaran, penggunaan TMK dalam P&P dapat dikategorikan kepada empat bahagian atau
pecahan, iaitu sebagai alat; tutorial, penerokaan, aplikasi dan untuk komunikasi (PPK, 2001).

5
Terdapat beberapa kajian yang cuba melihat tahap pengetahuan dan kemahiran komputer
dalam kalangan murid dan juga guru-guru sekolah. Bajing Angieng (2006), telah membuat
kajian tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan lima di sebuah sekolah menengah
luar bandar, Sarikei, Sarawak. Kaedah soal-selidik dan ujian kemahiran secara amali telah
digunakan untuk mengumpul data ke atas 43 orang responden dan 8 orang guru yang mengajar
tingkatan lima. Secara keseluruhan, keputusan kajian mendapati tahap literasi komputer yang
dimiliki oleh responden adalah rendah. Secara purata, 38.7% dan 53.5% (N=43) responden
masing-masing tidak pernah menggunakan perkakasan dan aplikasi komputer yang dinyatakan.
Kesedaran tentang kepentingan komputer pula adalah tinggi dengan min keseluruhan ialah 3.88.
Kemahiran berinteraksi dengan komputer pula masih rendah di mana seramai 54.5% (N=33)
responden gagal atau tidak dapat berinteraksi menggunakan komputer walaupun dengan
kemahiran yang paling asas. Kajian juga mendapati 90.7% (N=43) responden tidak memiliki
komputer di rumah, manakala sebanyak 88.4 % responden tidak pernah menggunakan e-mel.
Walaupun responden mempunyai tahap literasi komputer yang rendah, mereka masih bersedia
untuk menggunakan komputer sebagai alat bantu belajar.

Mohd Arif & Norsiati (2004), telah melakukan kajian terhadap aplikasi TMK dalam P&P
dari aspek mata pelajaran Kimia SPM, di sebuah sekolah bestari di Kuantan. Kajiannya
mendapati, penggunaan makmal komputer untuk kegunaan perisian kursus bestari atau melayari
internet agak kurang memuaskan. Hanya 24.56% guru-guru menggunakan makmal komputer
dalam tiga bulan pertama persekolahan. Kadar kekerapan penggunaan yang tertinggi ialah 21
kali, dan yang terendah ialah sekali sahaja dalam tempoh masa tersebut. Hanya 16 daripada 22
buah kelas yang menggunakan makmal komputer dan menggunakan perisian kursus bestari dan
melayari internet. Dan, dapatan kajian juga menunjukkan hanya 40.53% daripada masa P&P
guru-guru menggunakan komputer dan teknologi internet. Hasil temubual pengkaji mendapati,
guru kurang menggunakan prasarana TMK adalah disebabkan kekangan masa untuk
menghabiskan sukatan pelajaran. Pengendalian peralatan TMK sebagai media untuk kegunaan
P&P memerlukan masa yang lama.

Norinah Mohd Ali (2002), membuat kajian mengenai literasi komputer dalam kalangan
324 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya. Dapatan kajian beliau
menunjukkan tahap literasi komputer pelajar adalah sederhana tinggi dengan min skor 78.27%.
Hasil kajian beliau menunjukkan, tahap literasi komputer para pelajar adalah agak tinggi bagi
yang berasal dari ibu-bapa yang berpendapatan tinggi melebihi RM3,000.00 sebulan. Kajian
Norinah juga mendapati sikap para pelajar adalah positif terhadap penggunaan komputer dalam
bidang pengajian. Ini kerana komputer amat membantu dalam menyelesaikan tugasan projek
atau latihan ilmiah pelajar.

Tan Lee Fong (2004), telah membuat kajian terhadap sikap 87 orang guru bahasa Cina
terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Cina. Kajian beliau mendapati, kebanyakkan guru positif terhadap penggunaan komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rata-rata guru sudah bersedia menggunakan
komputer dalam proses pengajaran masing-masing. Selain itu, Pengkaji juga menggesa pihak
kerajaan agar dapat menawarkan kursus kemahiran TMK kepada guru-guru sekolah, dan
membekalkan peralatan TMK yang lebih banyak untuk keperluan sekolah.

6
Terdapat banyak kajian lepas yang mengkaji tentang penggunaan komputer dalam proses
P&P bagi murid-murid dan guru-guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Kebanyakkan daripada kajian tersebut meninjau dari sudut penggunaan kemudahan komputer
dari aspek pengajaran guru-guru. Agak kurang kajian berkaitan yang meninjau tentang
penggunan komputer dalam proses pembelajaran dari sudut perolehan kendiri murid-murid. Oleh
itu, kajian ini amat bersesuaian untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap celik komputer
dalam kalangan murid tingkatan satu, dan sejauh manakah mereka menggunakan teknologi
komputer dalam proses pembelajaran.

3. Metodologi, Instrumen, dan Persampelan Kajian

Kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Kajian deskriptif
akan menggunakan statistik deskriptif seperti, min untuk mengukur kecenderungan memusat,
sisihan piawai untuk mengukur keserakan data, dan menggunakan peratusan untuk
mempiawaikan data. Responden kajian adalah murid-murid tingkatan tiga dari sebuah sekolah
menengah harian biasa dalam pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Selangor Darul
Ehsan. Sebanyak 36 borang soal selidik telah diedarkan kepada murid-murid dari beberapa buah
kelas tingkatan tiga secara rawak.

Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah satu set soal selidik yang
mengandungi soalan-soalan berstruktur respon terhad. Terdapat 37 item soalan yang dipecahkan
kepada empat bahagian, iaitu; Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

Bahagian A mengandungi 12 soalan yang bertujuan untuk mengetahui maklumat tentang


latar belakang responden. Bahagian B mengandungi 8 item soal selidik digunakan untuk
meninjau tentang sikap murid terhadap penggunaan komputer. Bahagian C juga mengandungi 8
item soal selidik yang dibina untuk mengenal pasti tahap literasi komputer dalam kalangan
murid. Dan, Bahagian D mempunyai 9 item soal selidik untuk meninjau tahap penggunaan
komputer dalam proses pembelajaran murid.

3.1 Prosedur Penganalisaan Data

Data yang diperoleh melalui borang soal selidik, dianalisis dengan menggunakan perisian
SPSS (Statistical Pakage for The Social Science) versi 13.0. Statistik deskriptif berbentuk
frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis dapatan bagi
menjawab soalan, iaitu; adakah murid bersikap positif terhadap penggunaan komputer; apakah
tahap literasi komputer dalam kalangan murid tingkatan tiga; dan, adakah murid tingkatan tiga
menggunakan komputer dalam aktiviti pembelajaran.

Proses pengumpulan data telah diselesaikan dalam masa sehari kajian. Kemudian, data-
data tersebut telah dikumpul dan maklumat-maklumat tersebut dimasukkan ke dalam komputer
untuk dianalisis melalui program SPSS. Melalui program SPSS dapatan kajian telah diperoleh,
dan pengkaji telah melakukan analisa, mencatat keputusan dan membuat ulasan.

7
4. Dapatan Kajian

Bahagian ini akan memerihalkan tentang dapatan penganalisisan data berkenaan


responden melalui set soal selidik yang telah dijalankan. Responden terdiri daripada 36 orang
murid tingkatan tiga dari sebuah sekolah.

Latar belakang responden memaparkan data-data berkaitan dengan taburan responden


mengikut kategori jantina, kursus komputer, pemilikan komputer, kemudahan internet di rumah,
memiliki emel, memiliki laman web, memiliki blog, memiliki facebook, kebebasan
menggunakan komputer di rumah, maklumat pekerjaan bapa/penjaga, kumpulan etnik dan
pendapatan keluarga sebulan.

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Latar Belakang

Latar Belakang Responden Kekerapan (N=36) Peratus (100%)

1. Jantina
1.1 Lelaki 16 44.4
1.2 Perempuan 20 55.6
2. Menghadiri Kursus Komputer
2.1 Pernah 09 25.0
2.2 Tidak Pernah 27 75.0
3. Memiliki Komputer Di Rumah
3.1 Ada 33 91.7
3.2 Tiada 03 08.3
4. Memiliki Internet Di Rumah
4.1 Ada 27 75.0
4.2 Tiada 09 25.0
5. Memiliki Alamat Emel
5.1 Ada 35 97.2
5.2 Tiada 01 02.8
6. Memiliki Laman Web Peribadi
6.1 Ada 04 11.1
6.2 Tiada 32 88.9
7. Memiliki Blog Peribadi
7.1 Ada 12 33.3
7.2 Tiada 24 66.7
8. Memiliki Facebook
8.1 Ada 34 94.4
8.2 Tiada 02 05.6
9. Bebas menggunakan komputer di rumah
9.1 Bebas 25 69.4
9.2 Tidak bebas 11 30.6
10. Pekerjaan Bapa / Penjaga
10.1 Kerajaan 12 33.3
10.2 Swasta 11 30.6
10.3 Bekerja sendiri 13 36.1

8
11. Kumpulan Etnik
11.1 Melayu 18 50.0
11.2 Cina 13 36.1
11.3 India 04 11.1
11.4 Lain-lain 01 02.8
12. Pendapatan Keluarga Sebulan
12.1 Kurang RM3,000.00 16 44.4
12.2 RM3,001.00 – RM6,000.00 13 36.1
12.3 RM6,001.00 – RM9,000.00 02 05.6
12.4 RM9,001.00 – RM12,000.00 03 08.3
12.5 Lebih RM12,001.00 02 05.6

Merujuk kepada jadual 1, 16 orang (44.4%) responden adalah terdiri daripada pelajar
lelaki, dan 20 orang (55.6%) adalah perempuan. Daripada 36 orang responden, 9 orang (25.0%)
pernah mengikuti kursus komputer secara formal, dan 27 orang (75.0%) tidak pernah. Seramai
33 orang (91.7%) responden memiliki komputer di rumah, dan selebihnya tiada. Seramai 27
orang (75.0%) memiliki kemudahan talian internet di rumah, dan selebihnya tiada. Hampir
semua pelajar, iaitu tiga puluh lima orang (97.2%) memiliki alamat emel sendiri. Dan, agak
mengagumkan apabila terdapat 4 orang (11.1%) responden memiliki laman sesawang (website)
sendiri, 12 orang (33.3%) memiliki blog peribadi, dan 34 orang (94.4%) memiliki akaun
facebook. Seramai 25 orang (69.4%) responden mengaku mereka bebas menggunakan komputer
di rumah tanpa kekangan ibu-bapa.

Terdapat 12 orang (33.3%) responden yang ibu-bapa mereka bekerja dengan kerajaan, 11
orang (30.6%) bekerja dengan pihak swasta dan 13 orang (36.1%) bekerja sendiri. Daripada 36
orang responden, 18 orang (50.0%) adalah etnik Melayu, 13 orang (36.1%) etnik Cina, 4 orang
(11.1%) etnik India dan seorang (2.8%) lain-lain. Terdapat 16 orang responden (44.4%)
mengaku datang dari keluarga berpendapatan kurang dari RM3000.00 sebulan, dan 2 orang
responden (5.6%) dalam kalangan keluarga berpendapatan melebihi RM12,000.00 sebulan.

Objektif kajian 1 : Sikap Murid Terhadap Penggunaan Komputer

Bahagian ini ingin mengenalpasti sikap murid terhadap penggunaan komputer, sama ada
untuk kegunaan peribadi atau untuk tujuan pembelajaran.

Jadual 2: Sikap Murid Terhadap Penggunaan Komputer

Butiran Respon
Sangat Kurang Sederhana Setuju Sangat Jum Skor Sisihan
Tdk Setuju Setuju Setuju Kes Min Piawai
% Bil % Bil % Bil % Bil % Bil
Sangat suka 00 00 00 00 5.6 02 36.1 13 58.3 21 36 4.53 0.6088
menggunakan komputer
Ketagih menggunakan 2.8 01 16.7 06 44.4 16 13.9 05 22.2 08 36 3.36 1.0994
komputer balik sekolah
Membuat kerja komputer 11.1 04 27.8 10 27.8 10 16.7 06 16.7 06 36 3.00 1.2649
amat menyeronokkan

9
Bercerita mengenai 5.6 02 16.7 06 38.9 14 22.2 08 16.7 06 36 3.28 1.1113
kecanggihan komputer
Suka mempelajari 2.8 01 8.3 03 5.6 02 38.9 14 44.4 16 36 4.14 1.0462
program baru
Menggunakan komputer 00 00 8.3 03 8.3 03 33.3 12 50 18 36 4.25 0.9373
amat mudah / senang
Teringin membeli jenama 8.3 03 16.7 06 16.7 06 16.7 06 41.7 15 36 3.67 1.3939
/ model baru
Sangat suka guru 5.6 02 8.3 03 5.6 02 8.3 03 72.2 26 36 4.33 1.2421
menggunakan komputer

Berdasarkan jadual 2, nilai skor min bagi mengambarkan sikap murid terhadap
penggunaan komputer ialah antara 3.0000 hingga 4.5278. Ini memberi kesimpulan bahawa
majoriti murid tingkatan tiga ini mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer.
Nilai skor min yang tertinggi bagi menunjukkan betapa sukanya murid menggunakan komputer
ialah 4.5278, dan sisihan piawai 0.6088. Seramai 21 (58.3%) mengaku sangat setuju terhadap
kenyataan bahawa mereka sangat suka menggunakan komputer. Dapatan kajian menunjukkan
responden kajian tidak sabar untuk menggunakan komputer selepas balik dari sekolah, dengan
skor min 3.3611, dan sisihan piawai 1.0994. Seramai 8 (22.2%) sangat tidak sabar menggunakan
komputer, dan hanya seorang (2.8%) responden tidak setuju dengan kenyataan tersebut.
Manakala, nilai skor min yang terendah bagi memaparkan sikap murid apabila membuat kerja-
kerja rumah dengan menggunakan komputer ialah 3.0000, dengan sisihan piawai 1.26491.

Objektif kajian 2 : Tahap literasi komputer dalam kalangan murid.

Jadual di sebelah memaparkan tahap-tahap literasi komputer dalam kalangan murid.


Dapatan kajian merumuskan bahawa kadar literasi komputer dalam kalangan murid adalah
sangat tinggi dengan purata skor min antara 2.61 hingga 4.69. Kajian mendapati, responden
kurang mahir menggunakan perisian MS Publisher, tetapi sangat mahir dalam menggunakan
perisian MS Word.

Jadual 3:Tahap Literasi Komputer Dalam Kalangan Murid

Butiran Respon
Sangat Tidak Sederhana Mahir Sangat Jum Skor Sisihan
Tdk Mahir Mahir Mahir Mahir Kes Min Piawai
% Bil % Bil % Bil % Bil % Bil
Mengoperasikan 2.8 01 2.8 01 22.2 08 30.6 11 41.7 15 36 4.06 1.0126
computer
Menamakan fungsi 2.8 01 5.6 02 25.0 09 36.1 13 30.6 11 36 3.86 1.0185
perkakasan computer
Menggunakan Perisian 00 00 00 00 27.8 10 36.1 13 36.1 13 36 4.08 0.8062
Microsoft Word
Menggunakan Perisian 2.8 01 30.6 11 30.6 11 16.7 06 19.4 07 36 3.19 1.1667
Microsoft Excel
Menggunakan Perisian 11.1 04 41.7 15 30.6 11 8.3 03 8.3 03 36 2.61 1.0764
Microsoft Publisher

10
Menggunakan Perisian 11.1 04 25.0 09 33.3 12 16.7 06 13.9 05 36 2.97 1.2068
Microsoft PowerPoint
Kebolehan melayari 00 00 00 00 2.8 01 25.0 09 72.2 26 36 4.69 0.5248
internet
Kebolehan memuat naik / 00 00 8.3 03 16.7 06 19.4 07 55.6 20 36 4.22 1.0173
memuat turun bahan dari
sumber internet

Berdasarkan jadual 3 di atas, hampir semua responden mampu mengoperasikan komputer


tanpa bantuan pihak lain, dengan nilai min 4.06, dan sisihan piawai 1.0126. Seramai 15 orang
(41.7%) sangat mahir, dan hanya 2 orang (2.8%) mengaku tidak mampu mengoperasikan
computer tanpa bantuan pihak ketiga. Rata-ratanya, responden mampu menamakan fungsi
perkakasan yang ada pada komputer dengan skor min 3.86, dan sisihan piawai 1.0185. Antara
perisian yang paling dikuasai oleh responden ialah MS Word, dengan nilai min 4.08, dan sisihan
piawai 0.8062. Semua responden mampu menggunakan perisian MS Word untuk menaip nota,
menulis surat dan sebagainya. Responden memiliki tahap yang sederhana dalam menggunakan
perisian MS Excel dengan nilai min 3.19, dan sisihan piawai 1.1667. Seorang responden (2.8%)
tidak boleh menggunakan MS Excel, dan 7 orang (19.4%) mengaku sangat mahir menggunakan
perisian MS Excel. Responden agak kurang mahir menggunakan perisian MS Publisher dengan
skor min 2.611, dan sisihan piawai 1.0764. Seramai 15 orang (41.7%) tidak mahir, dan hanya 3
orang (8.3%) responden yang mahir menggunakan perisian MS Publisher.

Responden juga kurang mahir menggunakan perisian MS PowerPoint dengan nilai min
2.97, dan sisihan piawai 1.2068. Seramai 12 orang (33.3%) responden mengaku sederhana mahir
menggunakan MS PowerPoint, dan hanya 5 orang (13.9%) yang sangat mahir menggunakannya.
Dapatan kajian menunjukkan responden mahir dalam melayari internet untuk membaca surat
khabar, mendapatkan sumber berita, mengakses akaun facebook dan sebagainya, dengan skor
min 4.69 dan sisihan piawai 0.5248. Seramai 26 orang (72.2%) mengaku sangat mahir dan hanya
seorang (2.8%) yang sederhana mahir melakukannya. Selain itu, responden kajian juga mahir
dalam aktiviti memuat turun dan memuat naik bahan dari sumber internet, dengan nilai min 4.22
dan sisihan piawai 1.0173. Seramai 20 orang (55.6%) sangat mahir, dan hanya 3 orang (8.3%)
yang tidak mahir memuat tutun – memuat naik bahan dari sumber internet.

Objektif kajian 3 : Tahap penggunakan komputer dalam proses pembelajaran murid.

Kajian mendapati penggunaan computer dalam aktiviti pembelajaran murid adalah pada
skala sederhana dengan skor min antara 1.61 hingga 4.25. Responden sangat jarang
menggunakan perisian MS PowerPoint dan MS Publisher dalam proses pembelajaran. Namun
demikian, responden kajian sangat kerap melayari internet dengan enjin carian Yahoo, Google
dan sebagainya, untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan pembelajaran mereka.

11
Jadual 4:Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Pembelajaran

Butiran Respon
Tidak Jarang- Sederhana Kerap Sangat Jum Skor Sisihan
Pernah jarang Kerap Kerap Kes Min Piawai
% Bil % Bil % Bil % Bil % Bil

Menggunakan perisian 13.9 05 25.0 09 30.6 11 16.7 06 13.9 05 36 2.92 1.2507


Microsoft Word
Menggunakan perisian 33.3 12 27.8 10 25.0 09 11.1 04 2.8 01 36 2.22 1.1241
Microsoft Excel
Menggunakan perisian 52.8 19 38.9 14 00 00 8.3 03 00 00 36 1.64 0.8669
Microsoft PowerPoint
Menggunakan perisian 61.1 22 25.0 09 8.3 03 2.8 01 2.8 01 36 1.61 0.9644
Microsoft Publisher
Melayari website, 00 00 2.8 01 25.0 09 16.7 06 55.6 20 36 4.25 0.9373
Google, Yahoo dll
Menghantar dan 30.6 11 16.7 06 16.7 06 22.2 08 13.9 05 36 2.72 1.4660
menerima emel
Membaca akhbar / 2.8 01 47.2 17 13.9 05 22.2 08 13.9 05 36 2.97 1.1829
majalah secara online
Melayari Wikipedia, 5.6 02 22.2 08 13.9 05 16.7 06 41.7 15 36 3.67 1.3732
direktori, kamus dll
Melayari Portal, 27.8 10 30.6 11 16.7 06 16.7 06 8.3 03 36 2.47 1.2980
MySchoolNet, dll

Rajah 4 di atas memaparkan tahap penggunaan computer dalam proses pembelajaran


murid. Merujuk kepada rajah di atas, tahap penggunaan perisian MS Word untuk kegunaan
menaip nota, membuat latihan, dan mengarang esei adalah pada skala sederhana dengan skor
min 2.92, dan sisihan piawai 1.2507. Seramai 5 orang murid (13.9%) sangat kerap menggunakan
perisian MS Word dalam proses pembelajaran, dan 5 orang (13.9%) pula mengaku tidak pernah.
Dapatan kajian di atas, memaparkan bahawa murid tingkatan tiga ini jarang menggunakan
perisian MS Excel dalam aktiviti pembelajaran, dengan skor min 2.22, dan sisihan piawai
1.1241. Seramai 12 orang (33.3%) tidak pernah menggunakan MS Excel, dan hanya seorang
sahaja (2.8%) yang sangat kerap menggunakannya. Responden juga sangat kurang menggunakan
perisian MS PowerPoint dalam aktiviti pembelajaran. Seramai 19 orang (52.8%) tidak pernah
menggunakan perisian MS PowerPoint dalam aktiviti pembelajaran, dan hanya 3 orang (8.3%)
mengaku agak kerap menggunakannya.

Perisian MS Publisher adalah yang paling kurang digunakan oleh responden dalam
proses pembelajaran, dengan nilai min 1.61, dan sisihan piawai 0.9644. Seramai 22 orang
(61.1%) tidak pernah menggunakan perisian ini, dan hanya seorang (2.8%) mengaku kerap
menggunakannnya. Walau bagaimanapun, rata-rata responden menyatakan kerap melayari
internet, Yahoo dan Google untuk mencari bahan, dan maklumat pembelajaran, dengan skor min
4.25, dan sisihan piawai 0.9373. Seramai 20 orang (55.6%) mengaku sangat kerap melayari
laman sesawang (website), dan hanya seorang (2.8%) yang jarang-jarang melakukannya.
Dapatan kajian juga memaparkan bahawa kekerapan responden untuk membaca akhbar, majalah
dan maklumat-maklumat pembelajaran secara dalam talian (online) adalah pada kadar sederhana,

12
dengan nilai min 2.97, dan sisihan piawai 1.1829. Seramai 17 orang (47.2%) mengaku pernah
melakukannya, tetapi agak jarang. Kekerapan responden melayari Wikipedia, direktori, kamus,
dan buku elektronik untuk tujuan pembelajaran adalah pada skala sederhana, dengan nilai min
3.67, dan sisihan piawai 1.3732. Seramai 15 orang (41.7%) mengaku sangat kerap melayari
Wikipedia dan yang seumpama, dan hanya 2 orang (5.6%) tidak pernah melakukannya. Selain
itu, kajian juga memaparkan bahawa kekerapan responden untuk melayari laman MySchoolNet,
Portal Pendidikan Utusan Melayu, ScoreA.com, dan seumpamanya adalah pada tahap yang agak
membanggakan, dengan skor min 2.47, dan sisihan piawai 1.2980. Seramai 3 orang (8.3%)
sangat kerap, dan menjadi pelanggan tetap laman sesawang tersebut, dan 10 orang (27.8%) pula,
mengaku tidak pernah.

5. Perbincangan Dan Rumusan

Berdasarkan dapatan kajian dari jadual 1, seramai 33 orang (91.7%) responden memiliki
komputer, dan hanya 3 orang (8.3%) yang tiada komputer di rumah. Selain itu, hampir semua
(97.2%) responden memiliki alamat emel. Ini mengambarkan tahap kesedaran dan penerimaan
keluarga responden terhadap penggunaan komputer adalah amat tinggi. Seramai 25 orang
(69.4%) responden menyatakan mereka bebas menggunakan komputer di rumah tanpa
‘pengawasan’ daripada ibu-bapa. Ini memudahkan responden menerokai maklumat tentang
pembelajaran. Situasi ini kondusif kepada penambahbaikan pedagogi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, dan juga menjadi pemangkin kepada pembangunan persekitaran
pembelajaran bagi seseorang pelajar. Kajian juga mendapati nilai skor min bagi mengambarkan
sikap murid terhadap penggunaan komputer ialah antara 3.0000 hingga 4.5278. Ini memberi
kesimpulan bahawa majoriti murid tingkatan tiga ini mempunyai sikap yang positif terhadap
penggunaan komputer. Responden amat menyukai persekitaran pembelajaran yang
menggunakan kemudahan teknologi perkomputeran. Ini memberi gambaran bahawa, terdapat
ruang dan peluang kepada guru-guru menggunakan teknologi komputer sebagai bahan bantu
mengajar di sekolah. Dan, pihak sekolah juga perlu menambahkan prasarana kemudahan
komputer di sekolah. Sekiranya berkenaan, setiap kelas seharusnya dibekalkan kemudahan LCD,
dan setiap panitia mata pelajaran dibekalkan sekurang-kurangnya satu computer riba (notebook).

Kajian mendapati, hanya 9 orang (25.0%) responden pernah menghadiri kursus


kemahiran komputer secara formal. Walau bagaimanapun, berdasarkan jadual 3 majoriti
responden adalah literasi komputer, dan memiliki kemahiran yang mencukupi untuk
mengendalikan dan menggunakan komputer, dengan skor min antara 2.611 hingga 4.694.
Responden sangat mahir menggunakan perisian MS Word (skor min 4.08), dan ini amat
memadai untuk mereka melakukan kerja-kerja sekolah seperti menaip karangan, membuat
laporan, membina jadual, dan sebagainya. Selain itu, responden juga sangat mahir dalam aktiviti
melayari internet (skor min 4.694) dengan menggunakan enjin carian Google, Yahoo dan
sebagainya. Kemahiran ini amat berguna kepada seseorang pelajar untuk menerokai dunia
pendidikan tanpa sempadan secara kendiri. Kemahiran responden menguasai asas teknologi
komputer sepatutnya digunakan semaksimum mungkin oleh pihak keluarga, dan juga pihak
sekolah dalam memartabatkan budaya penerokaan ilmu pengetahuan. Dalam era globalisasi
tanpa sempadan, para pelajar seharusnya sudah memperoleh ilmu dan berkongsi pendapat
dengan rakan-rakan pelajar dari sekolah-sekolah lain, bahkan juga para pelajar dari negara-
negara lain.

13
Dapatan kajian mengambarkan bahawa, responden menggunakan kemudahan teknologi
komputer dalam proses pembelajaran adalah pada tahap sederhana dengan nilai min antara 1.61
hingga 4.25. Antara perisian yang kurang digunakan oleh responden ialah MS Publisher (skor
min 1.61) dan MS PowerPoint (skor min 1.64). Ini adalah kerana, peringkat persekolahan seperti
mereka (tigkatan 3), penggunaan perisian-perisian tersebut adalah kurang digunakan. Walau
bagaimanapun, responden sangat kerap melayari internet untuk tujuan mencari bahan dan
maklumat pembelajaran (skor min 4.25). daripada data-data kajian yang diperolehi, responden
sudah mula membudayakan teknologi komputer dalam proses pembelajaran mereka.

Peranan dan kepentingan teknologi komputer zaman millenium ini tidak dapat dinafikan.
Di mana-mana telah dibahas, diperdebat dan diseminarkan peri kepentingan bidang
perkomputeran. Dengan kemudahan komputer, pelajar boleh mengakses apa jua maklumat dari
sumber seluruh pelosok dunia tanpa sempadan. Kemahiran berkomunikasi dan menggunakan
komputer, memungkinkan seseorang pelajar melaksanakan amanahnya dengan lebih cepat,
pantas dan cepat. Mana-mana negara yang ingin menjadi negara perindustrian yang maju dan
kuat dari segi sains, politik, ekonomi dan ketenteraan, mesti berjaya menyematkan ilmu dan
kemahiran berasaskan komputer dalam kalangan pelajarnya. Negara Malaysia adalah merupakan
kategori negara membangun yang mempunyai pengguna internet yang ramai dalam kalangan
penduduknya.

14
BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, (2008). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Edisi
Kedua. Tanjong Malim, Perak: Quantum Books.

Ahamad Sipon, (2007). Usaha Kementerian Pelajaran membudayakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah bukan sekadar melepaskan batuk di tangga
Dalam talian http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=259276
Diaskes pada 10 September 2009

Anthony Ugor Nili, (2010). Pembudayaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam
Kalangan Murid Tingkatan Enam. Dissertation (M.Ed.). Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya

Baharuddin Aris & Mohammad Bilal A. & Jamalludin H. & Zaidatun T., (2001). Sistem
Komputer & Aplikasiny., Kuala Lumpur: Venton Publishing

Bajing Angieng, (2006). Tahap literasi komputer pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah
menengah luar Bandar, Sarikei, Sarawak. (Sumber : Seminar Penyelidikan Pendidikan,
Institut Perguruan Rajang, Bintangor, Sarawak; 9 – 11 November 2006).
www.geocities.com/seminarrnd2006/KertasKerja_Word/14_Bajing_Angieng.doc -

Chua Yan Piaw, (2006). Kaedah dan Penyelidikan. Kaedah Penyelidikan (Buku 1). Kuala
Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dalam talian
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx
Diakses pada 1 September 2009

Mashitoh Yaacob, & Maharam M., (2000). Sekolah bestari: Menangani pembinaan budaya
ilmu berfikir secara kritis dan kreatif. Dalam Proceedings of the International Conference
on Teaching and Learning. Putrajaya, Selangor, 24 November 2000

Nik Hairi Omar, Mohd Azul & Norizan A. R., (2006). Penilaian Kecekapan Teknologi
Komunikasi Maklumat (TKM) Dalam Kalangan Pelajar Sains Sosial. Kuala Lumpur.
(Sumber: Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya)

Norinah Mohd Ali, (2002). Kajian Mengenai Literasi Komputer di Kalangan Pelajar Ijazah
Sarjana Muda Ekonomi Pentadbiran Universiti Malaya. Dissertation (M.Ec.). Fakulti
Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya

Norizan Abdul Razak, & Mohamed Amin Embi (2003). Piawaian kemahiran ICT untuk pelajar
UKM. Kertas kerja Bengkel Piawai Kemahiran ICT UKM, anjuran FTSM UKM, 14-16
September 2003

Norizan Abdul Razak, Rozainee K. & Ravichndran V., (2006). Isu-Isu Pendidikan Bahasa

15
Sastera dan Psikologi di Malaysia. Bangi, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia

Norizan Abdul Razak, (2006). Isu-Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia.
Kemahiran Penggunaan Komputer di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Bangi, Selangor
Darul Ehsan: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2001). Penggunaan


Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kuala
Lumpur

Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2004). Pembudayaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) di Kalangan Pelajar: Ke Arah Mengurangkan Jurang Pendidikan.
SOURCE: Persidangan Kebangsaan Sains, Teknologi dan Masyarakat (10-11 Disember
2004: Kuala Lumpur): vol. 3, paper 50 (19p).

Rozinah Jamaludin, (2007). Internet Dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia

Sajap Maswan,(2009). Pembudayaan ICT IPTB. Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut


Perguruan Tuanku Bainun. Diakses pada 13 September 2009
Dalam talian http://www.sajadstudio.info/sumber.htm

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Dalam talian hhtp://www.mcmc.gov.my

Tan Lee Foong, (2004). Sikap Guru Bahasa Cina Terhadap Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina. Dissertation (M.Ed.). Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya

16
Unit Penyelidikan Dan Kolokium
Tingkatan Enam
SMK Kepong, Jln FRI, Kepong, 52100 Kuala Lumpur
SELANGOR DARUL EHSAN

BORANG SOAL SELIDIK


Soal selidik ini adalah kajian ilmiah yang ingin mengkaji tentang Tahap Literasi Komputer
Dalam Kalangan Murid Tingkatan Tiga Di Sebuah Sekolah. Sila tanda dan bulatkan mana-
mana jawapan yang sesuai bagi setiap soalan yang berkaitan dengan jujur dan tepat. Sila jawab
semua soalan, dan jangan biarkan soalan tiada jawapan. Segala maklumat adalah rahsia dan
kajian ini hanya bertujuan untuk kajian akademik semata-mata. Kerjasama semua murid amatlah
dihargai dan disertai dengan jutaan ucapan terima kasih.

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

1. Jantina [ ] Lelaki [ ] Perempuan


2. Menghadiri kursus komputer [ ] Pernah [ ] Tidak pernah
3. Memiliki komputer di rumah [ ] Ada [ ] Tiada
4. Memiliki kemudahan internet di rumah [ ] Ada [ ] Tiada
5. Memiliki alamat e-mail sendiri [ ] Ada [ ] Tiada
6. Memiliki laman web sendiri (web-site) [ ] Ada [ ] Tiada
7. Memiliki blog peribadi [ ] Ada [ ] Tiada
8. Memiliki Akaun Facebook [ ] Ada [ ] Tiada
9. Bebas menggunakan komputer di rumah [ ] Bebas [ ] Tidak bebas

10. Pekerjaan bapa/penjaga [ ] Kerajaan [ ] Swasta [ ] Bekerja Sendiri

11. Kumpulan Etnik [ ] Melayu [ ] Cina [ ] India [ ] Lain-lain

12. Pendapatan Keluarga Sebulan [ ] Kurang RM3,000.00


[ ] RM3,001.00 – RM6,000.00
[ ] RM6,001.00 – 9,000.00
[ ] RM9,001.00 –
RM12,000.00 [ ] Lebih
RM12,001.00

17
BAHAGIAN B : SIKAP MURID TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER

1. Sangat tidak setuju 2. Kurang setuju 3. Sederhana 4. Setuju 5. Sangat setuju

PERKARA TAHAP
Jawab soalan berikut mengikut pendapat anda sendiri Bulatkan
1. Saya sangat suka menggunakan komputer 1 2 3 4 5

2. Balik dari sekolah, atau setelah selesai melakukan sesuatu, saya tidak sabar 1 2 3 4 5
untuk membuka dan menggunakan komputer
3. Membuat kerja-kerja rumah dengan menggunakan komputer amat 1 2 3 4 5
menyeronokkan bagi saya
4. Saya sangat seronok bercerita mengenai kemudahan dan keupayaan 1 2 3 4 5
komputer dengan kawan-kawan di sekolah
5. Saya sangat suka mempelajari dan menggunakan program-program 1 2 3 4 5
komputer (applikasi) yang baru jika ada peluang
6. Menggunakan komputer amat mudah, senang dan tidak mengelirukan 1 2 3 4 5

7. Saya sentiasa ingin membeli jenama komputer yang terkenal dan model 1 2 3 4 5
yang terkini, sekiranya keluarga berkemampuan
8. Saya sangat suka sekiranya guru-guru sekolah menggunakan teknologi 1 2 3 4 5
komputer dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas

BAHAGIAN C : TAHAP LITERASI KOMPUTER DALAM KALANGAN MURID

1. Sangat tidak mahir 2. Tidak mahir 3. Sederhana mahir 4. Mahir 5. Sangat mahir

PERKARA TAHAP
Saya boleh / mengenal pasti / memulakan / menggunakan ……………. Bulatkan
1. Mengoperasikan komputer, contohnya memulakan dan menutup sistem 1 2 3 4 5
komputer, dan menyambungkan kabel ke setiap perkakasan komputer
2. Menamakan dan menyatakan fungsi perkasasan komputer, contohnya skrin, 1 2 3 4 5
hardisk, papan monitor, tetikus, pencetak (printer), dan pengimbas (scanner)
3. Menggunakan perisian Microsoft Office Word untuk menaip nota, 1 2 3 4 5
dokumen, membuat jadual dan sebagainya
4. Menggunakan perisian Microsoft Office Excel untuk membina jadual, 1 2 3 4 5
anggaran perbelanjaan kewangan, dan sebagainya
5. Menggunakan perisian Microsoft Office Publisher untuk membuat kad 1 2 3 4 5
jemputan, pamphlet, katalog, kepala surat dan sebagainya
6. Menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint untuk membuat ‘slide’ 1 2 3 4 5
persembahan (presentation)
7. Melayari internet untuk membaca surat khabar, memperoleh maklumat 1 2 3 4 5
syarikat, info laporan sukan, menggunakan facebook, dan sebagainya
8. Menggunakan kemudahan komputer untuk memuat naik (upload) dan 1 2 3 4 5
memuat turun (download) maklumat, lagu, dan video dari sumber internet

18
BAHAGIAN D : TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES
PEMBELAJARAN

1. Tidak pernah 2. Jarang-jarang 3. Sederhana kerap 4. Kerap 5. Sangat kerap

PERKARA TAHAP

Dalam bidang pembelajaran, saya menggunakan komputer dengan Bulatkan


tujuan
berikut …….…..
1. Menggunakan perisian seperti Microsoft Word untuk menaip surat, nota, 1 2 3 4 5
latihan, projek sekolah dan dokumen-dokumen lain berkaitan pembelajaran
2. Menggunakan perisian hamparan elektronik (spread-sheet) seperti Microsoft 1 2 3 4 5
Excel untuk menyiapkan tugasan sekolah
3. Menggunakan perisian persembahan multimedia seperti Microsoft 1 2 3 4 5
PowerPoint untuk tugasan pembentangan dalam bilik darjah
4. Menggunakan perisian Microsoft Publisher untuk membuat majalah 1 2 3 4 5
sekolah, buletin, pamphlet, katalog, kad dan sebagainya
5. Melayari laman web (www), enjin carian Google atau Yahoo untuk mencari 1 2 3 4 5
maklumat tambahan berkaitan isi / konsep mata pelajaran
6. Menghantar / menerima e-mel daripada rakan-rakan sekolah atau guru-guru 1 2 3 4 5
berkaitan dengan pelajaran
7. Membaca surat khabar, majalah akademik dan buku-buku secara on-line 1 2 3 4 5
(dalam talian) untuk tujuan pembelajaran
8. Mendapatkan maklumat melalui internet tentang pembelajaran dari sumber 1 2 3 4 5
ensaiklopedia, Wikipedia, direktori, kamus, buku elektronik dll
9. Melayari Portal Pendidikan Utusan Melayu, MySchoolNet atau 1 2 3 4 5
seumpamanya untuk tujuan tutorial / latih tubi dll

TERIMA KASIH

19

You might also like