You are on page 1of 4

LAPORAN KURSUS DALAMAN

SJK (C) CHIAN BEE,CHAMEK

1. Tarikh : 28.12.2010 ( selasa)


2. Masa : 8.30pagi - 9.30pagi
3. Tempat : Makmal Komputer
4. Tajuk Kursus : KSSR ( Bahasa Melayu Tahun 1)
5. Fasilitator : En. Ei Chai Heng
6. Jumlah Peserta : 12
7. Hasil :

Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum tersebut holistik,
sentiasa releven untuk melahirkan modal insan yang seimbang & dapat menangani cabaran semasa
dan masa depan.

Standard Kurikulum:

Standard Kurikulum (SK) merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran


dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolah kebangsaan (Sek.Keb) & sekolah jenis
kebangsaan (SJK) sepanjang di sekolah rendah.

SK BM digubal berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,


bahasa ilmu dan bahasa pengantar rasmi .

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia (KSSR):

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini mengandungi;

i. Standard Kandungan

ii. Standard Pembelajaran

iii. Pendekatan Modular

iv. Pengajaran & Pembelajaran Secara Didik Hibur

1
Kurikulum Berasaskan Standard :

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


§ Pernyataan spesifik tentang perkara yang § Satu penetapan kriteria atau
murid patut ketahui dan boleh lakukan indikator kualiti
dlm suatu tempoh persekolahan pembelajaran dan
merangkumi aspek pengetahuan, pencapaian yang boleh
kemahiran dan nilai diukur bagi setiap standard
kandungan

Kandungan Standard Kurikulum TMK:

1. Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.


2. Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian
3. Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat.
4. Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.
5. Menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
6. Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran.
7. Menggunakan TMK untuk melahirkan Idea dan Maklumat secara kreatif dan inovatif.

Pendekatan Modular:

Merujuk kepada kedua-dua standard kandungan & standard pembelajaran yang diorganisasikan dalam
bentuk bahagian-bahagian yang diasingkan dalam bentuk modul iaitu;

i. Modul Dengar Tutur

ii. Modul Membaca

iii. Modul Menulis

iv. Modul Seni Bahasa

v. Modul Tatabahasa

Pendidikan Secara Didik Hibur:

Berbentuk serampang dua mata :

• Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan.

• Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran.

2
Kemahiran Mendengar & Bertutur

• Mendengar, mengecam, mengajuk &menentukan arah bunyi persekitaran .

• Mendengar, memahami dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa & ayat .

• Bertutur, berbual & menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal & tidak
formal secara bertatasusila .

• Bercerita sesuatu perkara & menceritakan semula perkara yg didengar menggunakan sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul .

• Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan
tepat secara bertatasusila .

• Berbincang untuk mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara
bertatasusila.

Kemahiran Membaca :

• Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul.

• Membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul .

• Membaca & memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi
respons dengan betul.

• Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.

• Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat
membaca.

Kemahiran Menulis:

• Melakukan aktiviti pramenulis.

• Menulis secara mekanis dgn betul dan tulisan kemas.

• Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

• Menulis imlak dengan tepat.

• Mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang santun.

• Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.

• Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.


3
• Menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa

• Menggunakan sistem bahasa yg betul dlm pertuturan, pembacaan & penulisan


• Menghayati & mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik & kewarganegaraan
melalui aktiviti berbahasa .

Sistem Bahasa:

• Tatabahasa (tersendiri)
• Sistem Ejaan
• Sebutan dan intonasi
• Kosa Kata
• Peribahasa (simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah, kata hikmat)

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________ ________________

Ei Chai Heng Moh Yuen Yien

Guru Besar SJK (C) Chian Bee

You might also like