You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN
Pertama-tama sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
pensyarah pembimbing iaitu En. Mohd Mokhtar bin Sulaiman yang telah memberikan
taklimat mengenai kerja kursus pendek ini. Kami diminta untuk menekankan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat mengenai
objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan bantuan mereka, saya berupaya
untuk mengolah isi-isi tersebut. Kami juga sering bertukar-tukar idea dan pendapat bagi
menambahkan pengetahuan yang sedia ada. Selain itu, terima kasih juga kepada pihak
pusat sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh kerana telah
bekerjasama dalam mencari bahan untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini. Dengan
bantuan daripada semua pihak, dapatlah saya menyiapkan kerja kursus pendek ini.
Saya akhiri dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke


arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara demi
mewujudkan masyarakat Malaysia yang taat setia, berdisiplin dan
bersatu padu selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.

  
2.0 TERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha
berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia. Motif kewujudan
Falsafah Pendidikn Kebangsaan adalah untuk menyeragamkan dan
menyelaraskan matlamat bidang pendidikan dalam mencapai misi dan visi yang
sama. Falsafah Pendidikan Kebangsaan seharusnya dapat diterapkan dan di
guna pakai bukan hanya tertumpu dalam satu aspek atau bidang sahaja.
Malahan falsafah ini boleh di guna pakai oleh warga pendidik dalam menjalankan
proses Pembelajaran dan Pengajaran (PNP) khususnya dan dalam Pendidikan
Jasmani secara amnya. Daripada apa yang kita boleh lihat, berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, secara tidak langsung dapat
memperkembangkan potensi individu. Perkembangan potensi individu ini
meliputi perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Hal ini terjadi
berdasarkan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang ingin
melahirkan individu yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Keseimbangan ini meliputi aspek kognitif, efektif dan psikomotor.
Berdasarkan tiga aspek yang berikut, melalui Pendidikan Jasmani dapat
menjana perkembangan yang seimbang kepada individu. Seiring dengan itu,
individu yang dilahirkan lengkap dengan kemahiran dan juga nilai-nilai murni
serta sahsiah yang mantap. Dengan itu, masalah wabak gejala sosial dapat
dibendung secara holistik jika misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di
manfaatkan sebagai panduan.

Selain itu, kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan merupakan antara


intipati dan medium penting dalam kehidupan masyarakat. Berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang diselaraskan dalam bidang pendidikan, pendidik
berupaya melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, rakyat
malaysia yang berketrampilan, rakyat malaysia yang berakhlak mulia, rakyat
malaysia yang bertanggungjawab dan rakyat malaysia yang berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri. Di sini, kita dapat melihat bahawa berlakunya
perkembangan dari segi kognitif di mana individu mendapat input dan berupaya
mengeluarkan produk yang dapat di sumbangkan kepada masyarakat dan
negara. Tidak kurang dengan itu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan begitu
menekankan tentang pembentukan sahsiah dan rohani dalam diri individu seiring
dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia yang kelima; Dato’ Haji Abdullah
Ahmad Badawi iaitu Pembangunan Modal Insan dalam diri individu. Hal ini
meliputi sumbangan rakyat malaysia yang dapat memberi input terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Kesimpulannya, Falsafah merangkumi perkembangan dari segi lima aspek iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seiring dengan matlamat
pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
3.0 HUBUNG KAIT JERIS DALAM PENDIDIKAN
JASMANI
Hubung kaitan jasmani, emosi, rohani, Intelek dan sosial dapat dilihat daripada

tiga aspek utama iaitu kognitif, efektif dan psikomotor. Aspek kognitif ialah aspek yang

menekankan tentang pengetahuan seseorang individu. Seterusnya ialah aspek efektif

yang merupakan aspek yang mengukur seseorang dari segi nilai-nilai murni yang

diamalkan atau yang terdapat dalam diri individu. Dan akhir sekali ialah aspek

psikomotor. Psikomotor ialah perkembangan secara fizikal yang berlaku ke atas

seseorang individu tersebut.

3.1 KAITAN PENDIDIKAN JASMANI DENGAN


JASMANI DARI ASPEK PSIKOMOTOR
Jasmani ialah sifat luaran atau fizikal diri manusia. Jasmani berkaitan dengan
anggota tubuh badan manusia. Kecergasan fizikal perlu untuk kecergasan mental.
Fizikal pula penting untuk kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Hal ini
mempengaruhi produktiviti dan daya pengeluaran bagi seseorang individu tersebut.

Sejak lahir, individu memiliki pelbagai keupayaan dan bakat atau potensi.
Semuanya masih terpendam. Pendidikan Jasmani memainkan peranan utama
memperkembangkan potensi individu ke tahap cemerlang Usaha itu perlu dirancang
dan dilaksanakan secara teratur dan bersungguh-sungguh. Dalam konteks jasmani,
aspek yang dapat dikembangkan ialah psikomotor di mana perkembangan secara
fizikal dapat di lihat dengan jelas. Secara umumnya, kita dapat lihat perkembangan
tersebut berlaku dalam tempoh masa yang tidak tetap mengikut setiap individu. Hal ini
berlaku mengikut proses pembelajaran dan juga penerimaan seseorang individu
terhadap apa yang dipelajarinya.

Pendidikan Jasmani merupakan salah satu medium bagi mengembangkan


potensi seseorang individu. Secara spesifikasinya, proses pembelajaran Pendidikan
Jasmani mengguna pakai proses ansur maju ataupun cuba jaya di mana individu tidak
akan dipaksa untuk menerima proses pembelajaran tersebut secara drastik. Kita perlu
sedar tentang keupayaan sesorang berbeza mengikut kemampuan masing-masing.
Jadi, konsep ansur maju yang diterapkan mampu memberi peluang dan ruang kepada
individu untuk menyesuaikan diri dengan setiap pembelajaran atau perkara yang baru
seterusnya membuka peluang kepada individu untuk mengenalpasti bakat yang mereka
ada. Mereka juga secara tidak langsung akan menjadi lebih aktif dan tidak mustahil
akan bergiat dalam bidang sukan setelah mereka dapat diberi peluang untuk meneroka
kebolehan yang mereka ada.

Oleh yang demikian, kaedah ansur maju yang diguna pakai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasi dalam perkembangan fizikal seseorang.
Hal ini terjadi kerana peningkatan potensi seseorang individu tersebut mempengaruhi
perkembangan fizikal mereka. Bermula dari seseorang yang tidak aktif kepada yang
aktif. Contohnya, bagi mereka yang mengambil acara berlari dalam jarak yang jauh.
Mereka akan mengaplikasikan kaedah ansur maju yang dipelajari semasa Proses
Pembelajaran dan Pengajaran (PNP) Pendidikan Jasmani bagi meningkatkan kadar
ketahanan kardiovaskular. Mereka juga akan cuba untuk mengawal cara pemakanan
mereka bagi memastikan mereka mempunyai stamina yang tinggi. Di sini kita dapat
lihat, perkembangan psikomotor yang berlaku pada individu. Individu seperti akan
mempunyai daya tahan jasmani yang kuat dan juga jasmani yang sihat.
3. 2 KAITAN PENDIDIKAN JASMANI DENGAN
EMOSI DARI ASPEK EFEKTIF

Emosi berkaitan dengan jiwa dan perasaan. Emosi mempengaruhi tingkahlaku


seseorang individu. Individu perlu membentuk emosi yang stabil dan terkawal agar
tidak cenderung melakukan sesuatu di luar tabii manusia. Selain itu, kepintaran EQ
melahirkan kekuatan diri dan keteguhan peribadi serta membina hubungan yang
sejahtera dengan orang lain.

Dengan itu, manusia perlu memenuhi pelbagai keperluan kehidupan. Manusia


perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan nilai murni bagi memenuhi keperluan tersebut.
Oleh itu semua potensi perlu dikembang secara menyeluruh. Setiap potensi perlu
dihubungkaitkan dengan potensi yang lain supaya semuanya berkembang secara
tergabung dan saling berkaitan antara satu sama lain. Semua potensi dikembang
secara bersepadu di atas suatu paksi iaitu prinsip ketuhanan. Nilai kehidupan,
kemahiran, pengetahuan dan nilai murni tidak boleh bertentangan dengan prinsip
ketuhanan. Emosi boleh dikaitkan dengan aspek efektif ataupun nilai dalam kehidupan.

Pendidikan Jasmani juga memberi impak yang besar ke atas emosi individu.
Selain itu, Pendidikan Jasmani turut member nilai-nilai positf yang boleh kita gunakan
dan aplikasikannya dalam kehidupan seharian kita. Melalui Pendidikan Jasmani,
sesorang individu itu dapat mengawal emosinya dengan baik. Pendidikan Jasmani yang
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi kesepaduan dalam
mengimbangi perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Contohnya seperti perasaan marah. Marah merupakan salah satu sifat yang
sukar dikawal oleh kebanyakkan individu. Namun begitu, emosi kita dapat dikawal
dengan nilai yang ada dalam diri kita. Di sini kita dapat lihat bagaimana Pendidikan
Jasmani memberi kita laluan yang betul dalam menyalurkan perasaan. Nilai berdikari
dapat menguji kematangan seseorang dalam menguruskan emosi mereka. Pendidikan
Jasmani memberi mereka laluan sepenuhnya dalam melahirkan perasaan mereka
secara sihat. Jadi, dengan berpaksikan pada nilai-nilai yang ada dalam diri mereka.
Mereka seharusnya mampu untuk mengawal dan menguruskan emosi secara betul di
jalan yang telah disediakan.

Berdasarkan kebanyakan pendapat, mereka akan mengatakan apabila


seseorang individu melibatkan diri dalam olahraga ataupun permainan, maka emosi
dapat disalurkan dengan baik. Rasionalnya adalah kerana individu akan memberi
sepenuh tumpuan dan fokus terhadap penglibatan mereka. Jadi, hal ini sedikit
sebanyak telah mengalihkan tumpuan mereka terhadap masalah dan juga ketegangan
yang dihadapi. Dari satu aspek yang lain pula, emosi juga memainkan peranan dalam
menggerakkan kekuatan seseorang.

Contohnya ketika melakukan aktiviti di padang seperti melontar peluru. Inidividu


bpleh mengambil kesempatan ini untuk melontar kemarahan ataupun kesedihanya
bersma-sama peluru tersebut. Lakukan sehabis baik dan selepas itu, emosi kita akan
mampu dikawal dengan nilai-nilai positif yang ada dalam diri kita. Seperti yang kita
sedia tahu, emosi tidak sepatutnya dipendam secara berterusan kerana akan
menyakitkan diri sendiri. Jadi, melalui Pendidikan Jasmani dan di bantu dengan nilai
positif berupaya untuk mengawal emosi seseorang individu.

Jika dilihat dari sudut yang positif, Pendidikan Jasmani mampu untuk
menggerakkan seseorang individu untuk lebih fokus dengan matlamat yang ingin
dicapai disamping mengawal emosi mereka seiring dengan usaha yang berterusan.
3.3 KAITAN PENDIDIKAN JASMANI DENGAN
ROHANI DARI ASPEK EFEKTIF
Berkaitan dengan jiwa dan kalbu. Hubungan yang erat dengan unsur ketuhanan
dan Pencipta. Unsur rohani lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Keteguhan
rohani melahirkan kemurnian akhlak dan keinsafan kepada Pencipta. Rohani juga
melibatkan nilai-nilai yang diamalkan dalam kehidupan yang memberi pengaruh yang
besar ke atas individu. Rohani boleh dilihat dari sudut efektif.

Antara nilai yang mempengaruhi seseorang individu ialah disiplin. Disiplin


merupakan salah satu aspek penting yang harus dititikberatkan. Malalui disiplin,
seseorang individu dapat dibentuk danseterusnya melahirkan individu yang mempunyai
sahsiah dan nilai diri yang tinggi. Menyedari hal itu, maka Pendidikan Jasmani menjadi
salah satu subjek yang dikekalkan dari sekolah rendah hingga sekolah menengah baik
Sekolah Harian Biasa ataupun Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Pendidikan Jasmani melatih seseorang individu untuk menjadi lebih berdisiplin.


Bermulanya dari pergerakan yang asas sehinggalah ke pergerakan yang rumit, disiplin
amat diperlukan untuk mengelakkan berlakunya kecedaraan yang ringan mahupun
kecederaan yang serius. Disiplin semasa Pendidikan Jasmani bermulanya dari semasa
melakukan aktiviti memanaskan badan sehinggalah bermulanya permainan dan di
akhiri dengan cooling down. Rasionalnya di sini adalah untuk memastikan individu tidak
mengalami kecederaan di samping melatih individu itu untuk mematuhi arahan yang
diberi. Di sini, dapat menerapkan nilai disiplin dalam diri individu.

Selain itu, di dalam Pendidikan Jasmani terdapat pelbagai peraturan dan


undang-undang yang perlu dipatuhi sebelum memulakan permainan. Hal ini kerana,
setiap permainan mempunyai peraturan dan undang-undangnya yang tersendiri.
Contohnya setiap kali sebelum bermulanya permainan, setiap pemain akan diperiksa
untuk memastikan keselamatan pemain lain. Pemain tidak dibenarkan untuk membawa
senjata tajam ataupun mengambil benda yang mengkhayalkan. Disini kita dapat lihat
bagaimana dalam Pendidikan Jasmani secara khususnya melatih individu untuk
mengenalpasti peraturan dan undang-undang yang ada seterusnya melatih individu
teersebut untuk mematuhinya.

Selain itu, inidividu secara tidak langsung akan mempunyai nilai hormat yang
tinggi. Tanpa kita sedari, Pendidikan Jasmani mengajar seseorang individu untuk lebih
menghormati orang lain. Bagaimana yang dikatakan demikian? Nilai hormat wujud
dalam diri apabila individu terlibat dalam permainan berpasukan. Melalui pemerhatian
secara rawak, seseorang individu akan menghormati ketua pasukan mereka. Walaupun
mereka tidak berpuas hati dengan ketua pasukan mereka, mereka tetap menghormati
ketua pasukan mereka kerana mereka menyedari hakikat bahawa ketua pasukan
merupakan tonggak bagi sesebuah pasukan disamping memikul tanggungjawab yang
berat. Ketua pasukan dipilih atas pilihan mereka sendiri. Jadi, secara tidak langsung
mereka juga memiliki nilai tanggungjawab iaitu bertanggungjawab atas pilihan sendiri
seterusnya menghormati keputusan tersebut dan menghormati juga ketua pasukan
mereka.

Selain itu, nilai hormat juga wujud apabila mereka menyedari bahawa mereka
memerlukan antara satu sama lain untuk berjaya. Jadi, hormat menghormati
seharusnya menjadi amalan dalam pasukan mereka. Nilai tersebut secara tidak
langsung akan menjadi sebahagian dari kehidupan mereka dan menjadi stu budaya
bagi mereka. Oleh yang demikian, matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dapat dicapai.
3.4 PENDIDIKAN JASMANI DENGAN
INTELEK DARI ASPEK KOGNITIF
Intelek berkaitan dengan akal dan daya berfikir. Intelek merupakan unsur penting
dalam perkembangan ilmu pengetahuan . Manusia berintelek ialah manusia yang
bijaksana, berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu menghurai, mencerakin,
menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas. Intelek boleh dikaitkan
dengan aspek kognitif iaitu pengetahuan seseorang individu.

Pendidikan Jasmani memberi peluang individu untuk menambahkan


pengetahuan dari pelbagai sudut dan aspek. Melalui Pendidikan Jasmani, individu
bukan saja dapat menimba pengetahuan mengenai sukan dan permainan, tetapi boleh
menambahkan pengetahuan dalam bidang anatomi, fisiologi, kemahiran
mengendalikan kecederaan, tentang nilai-nilai kehidupan dan banyak lagi. Jadi, individu
dapat memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan tambahan melalui Pendidikan
Jasmani.

Contohnya, apabila seseorang mempelajari jenis-jenis permainan, mereka juga


akan turut mempelajari bagaimana untuk melakukan ansur maju, cara untuk
mengelakkan kecederaan, anggota badan yang terlibat dan cara pemakanan yang
betul. Kita dapat lihat bagaimana perkara-perkara ini mempunyai hubung kait antara
satu sama lain. Jadi, Pendidikan Jasmani tidak terhad kepada pengetahuan mengenai
sukan dan permainan semata-mata.

Selain itu, individu dapat juga menambahkan pengetahuan tentang bagaimana


untuk mengendalikan serta menguruskan sesuatu pertandingan atau kejohanan
olahraga. Setelah itu, mereka boleh mengaplikasinya dalam kehidupan. Sebagai
contoh, bagaimana untuk mengendalikan program motivasi ataupun program-program
lain berpaksikan terhadap pengetahuan tentang menguruskan kejohanan tadi. Oleh
yang demikian, individu dapat menambah pengaetahuan dalam pelbagai aspek.

Antara persediaan awal yang perlu indivdu perlu lakukan sebelum menganjurkan
kejohanan olahraga ialah mereka perlu membuat draf ataupun kertas kerja mengenai
kejohanan yang ingin dianjurkan. Dalam perancangan kejohanan, individu perlu
memebentuk jawatankuasa dan membahagi-bahagikan tugas mengikut tanggungjawab
masing-masing. Perancangan ini diikuti dengan pengendalian mesyuarat perancangan.
Di sini, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mengurus dapat diterapkan. Secara
teknikalnya pula, individu itu akan turut terlibat dalam pengurusan di padang. Individu
secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai
peraturan dan undang-undang di padang. Dalam Pendidikan Jasmani, kemahiran
seperti ini di ajar secara langsung ataupun secara tidak langsung. Individu secara tidak
langsung akan turut terlibat bagi memantapkan lagi pengetahuan yang sedia ada.
Individu dapat menambahkan pengetahuan mengenai pengurusan kejohanan.

Oleh yang demkian, intelek dari aspek kognitif dapat dilihat menerusi Pendidikan
Jasmani. Pendidikan Jasmani mampu mengembangkan lagi pengetahuan dalam
kalangan individu.
3.5 PENDIDIKAN JASMANI DENGAN
SOSIAL DARI ASPEK EFEKTIF
Sosial merupakan salah satu aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sosial ialah cara pembawakan individu dalam masyarakat dan
bagaimana seseorang individu bergaul dengan masyarakat yang pelbagai budaya dan
kebolehan. Sosial seseorang boleh dinilai dari aspek efektif atau nilai hidup. Di mana
cara pembawakan diri mereka menunjukkan nilai yang diamalkan dalam kehidupan
seharian mereka dan juga mencerminkan siapa mereka.

Pendidikan Jasmani membentuk seseorang individu itu untuk mempunyai


keyakinan diri yang tinggi. Di sini, individu berupaya untuk menyatakan pendapat
mereka secara yakin dengan fakta yang mereka ada. Dengan itu, mereka tidak akan
berasa rendah diri dengan diri mereka sendiri seterusnya membataskan pergaulan
mereka sedangkan pelbagai input luar yang mereka seharusnya ketahui. Ada falsafah
yang mengatakan bahawa kita tidak punyai cukup waktu untuk belajar dari pengalaman
sendiri, jadi kita harus menimbanya dari orang lain.

Ilmu tidak semestinya diperolehi dari pembacaan dan pengalaman sendiri.


Tetapi juga dari pengalaman orang lain. Jika perasaan rendah diri menguasai diri, mana
mungkin seseorang individu itu mampu menerima ilmu dengan hanya berpandukan apa
yang di baca. Oleh yang demikian, pembentukan keyakinan individu melalui Pendidikan
Jasmani dan penglibatan mereka semasa aktiviti di laksanakan mampu memberi
motivasi pada mereka untuk lebih yakin dan berani menyatakan pendirian mereka.
Mereka tidak lagi digelarkan sebagai ‘katak di bawah tempurung’.

Menerusi Pendidikan Jasmani juga, sosial individu dapat dibentuk agar cara
pembawakan individu dalam masyarakat disenangi dan memahami kehendak individu
yang lain. Hal ini berkaitan dengan nilai kesefahaman yang wujud dalam diri individu
terhadap individu yang lain. Apa yang dikatakan sebagai nilai kesefahaman ialah
apabila seseorang individu itu tidak memandang rendah terhadap ketidakupayaan
individu yang lain malahan menerimanya dengan sikap yang terbuka. Seperti yang kita
tahu, menusia diciptakan tidak sempurna.

Jadi, melalui Pendidikan Jasmani berupaya untuk membentuk seorang individu


yang mampu bertolak ansur dengan individu yang lain di mana tidak hanya bergaul
dengan individu yang hanya sama taraf. Apa yang diterapkan dalam Pendidikan
Jasmani ialah bagaimana seorang individu yang handal akan membantu individu yang
lemah. Begitu juga semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PNP), tiada amalan
pilih kasih yang berlaku. Setiap individu akan melakukan perkara yang sama. Sebagai
buktinya, proses ansur maju menjadi keutamaan dalam Pendidikan Jasmani. Jadi,
kebolehan dan potensi individu akan dikembangkan secara selari mengikut
kemampuan masning-masing. Oleh yang demikian, individu yang mahir dan handal
akan bersama-sama untuk mencapai matlamat proses pembelajaran itu tadi. Maka,
amalan diskriminasi merupakan amalan yang hampir tidak wujud dalam Pendidikan
Jasmani seterusnya dapat membentuk sosial individu yang seimbang.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Pendidikan Jasmani mencapai objektif dan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Tanpa disedari, melalui Pendidikan Jasmani, pelbagai
budaya belajar dan juga nilai yang telah diterapkan dalam diri seseorang individu. Hal
ini berlaku secara tidak langsung dan berupaya melatih individu untuk memantapkan
lagi nilai yang ada dalam diri individu. Hal ini kerana, nilai yang terdapat dalam diri
seseorang perlu dirangsang secara langsung ataupun tidak langsung agar potensi atau
keupayaannya untuk menjadi lebih baik tidaj terbantut. Persekitaran yang terdapat di
sekitar individu mempunyai pengaruh yang kuat. Jika seseorang individu itu minat untuk
bermain, Pendidikan Jasmani memberi ruang itu dan seterusnya telah memberi satu
input dalam diri individu untuk berfikir secara rasional terhadap apa yang dilakukan. Ini
kerana Pendidikan Jasmani bukan hanya sekadar bermain dengan tulang empat kerat,
tetapi masih menggunakan pengetahuan dan juga teknik-teknik untuk bermain
disertakan dengan cara untulk mengawal emosi ketika sdang bermain. Jelaslah di sini,
bahawa Pendidikan Jasmnai membentuk seterusnya melahirkan individu yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Dari setiap satu unsur, terdapat beberapa aspek yang dapat dihuraikan dalam
kelangsungan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PNP) dalam subjek Pendidikan
Jasmani. Setiap satu unsur yang terdapat Falsafah Pendidikan Jasmani merupakan
satu komponen yang lengkap bagi seseorang individu serta berpaksikan kepada Rukun
Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan, maka lahirlah individu yang
mempunyai modal insan seperti yang sering di uar-uarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia yang ke-lima; Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Oleh yang demikian,
Pendidikan Jasmani telah mencapai motif dan agenda utama Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
BIBLIOGRAFI

 Pengenalan Pendidikan Jasmani, September 2006, Norazhan Che Lan, Meteor


Doc Snd. Bhd.
 BUKU RUJUKAN UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (OUM) -HBPE1130
PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI.
Penulis: Shaifol Bahary Sulaiman dari Institut Perguruan Tun Hussein Onn dan
Norazhan Che Lan & Hasnul Faizal Hushin Amri dari Universiti Teknologi Mara,
Perlis.

 http://www.ucc.vt.edu/stdysk/stdyhlp.html

 http://www.uni.edu/walsh/linda7.html

 http://www.sdc.uwo.ca/learning

 http://www.coun.univac.ca/learn

 http://www.isd77.k12.mn.us/resources

You might also like