You are on page 1of 5

ASAS SENI REKA

A. UNSUR SENI

1. Garisan
- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak
tertentu
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan
bentuk, ruang, dan pergerakan.

2. Rupa
- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
- Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar

- Terdapat 2 jenis rupa iaitu:


a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.
b- Rupa organic – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.

-Rupa boleh diolah dalam bentuk:


a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
b- Rupa negative – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.

3. Bentuk
- Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan

- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:


a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh,
dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui
lukisan atau catan.

4. Jalinan
- Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda
- Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj,
arca, dan catan teknik impasto
b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan
tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

5. Ruang
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga
dalam sesuatu objek.

-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:


a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan,
catan dan cetakan (bukan sebenar)

6. Warna
- Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran
warna lain)
b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga
‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’)
c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder

- Terdapat 3 gubahan warna iaitu:


a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa
dan seimbang)
b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan
kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang
kepada gelap)
- Terdapat 2 suhu warna iaitu:
a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda
warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)
b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan
kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran
tertentu dalam gubahan seni visual

1. Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan
seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

2. Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu
gubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan
kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

3. Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam
sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan
kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek
yang hendak ditegaskan

4. Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah
(garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai
cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

5. Irama dan Pergerakan


- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
- Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap
sesuatu gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

6. Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam
sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna
yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

7. Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
Tarikh
: 25 Januari 2009
Hari
:
Waktu
: 2 waktu
Masa
: 1 jam 20 minit
Mata Pelajaran
: Pendidikan Seni Visual
Tingkatan
: 1 Amanah
Bilangan Pelajar
: 30 orang
Bidang
: Seni halus
Unit Pembelajaran : Lukisan teknik garisan selari
Tajuk/ Tema
: Alam Sekitar
Objektif Hasil
Pembelajaran
Di akhir pembelajaran, murid dapat:
1.Menghasilkan lukisan bunga dengan aplikasi teknik
garisan selari.
2.Boleh menggunakan cara betul alat dan bahan melalui
teknik garisan selari

3. Boleh menghasilkan lukisan sekurang-kurangnya 70 % dapat menghasilkan lukisan teknik garisan selari dengan baik.
Pengetahuan sedia ada:

Pelajar telah belajar garisan melalui bidang asas seni
reka

Pelajar telah pun melihat objek alam sekitar

Pelajar telah menggunakan bahan pencil semasa aktiviti
pendidikan seni visual.

You might also like