You are on page 1of 6

RIWAYAT IMAM ABU HANIFAH

Imam Abu Hanifah


Riwayat hidup beliau :
» Nama Imam Abu Hanifah ialah Nukum bin Sabit dan beliau berketurunan Parsi. Beliau digelar
Abu Hanifah kerana salah seorang anaknya bernama Hanifah dan dilahirkan pada tahun 80
Hijrah di Kufah, Iraq.
» Beliau hidup di zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari Kerajaan Umaiyyah hingga
zaman Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Kerajaan Abbasiyyah. Sejak kecil lagi beliau hidup
mewah kerana bapanya seorang saudagar di Kufah.
» Beliau juga seorang saudagar yang berjaya di Baghdad dan sangat alim dalam bidang fikah
hingga digelar Imam a-A'zham.
» Akhirnya beliau meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah di dalam penjara ketika beliau berusia
70 tahun.
Sifat peribadi :
» Rajin berusaha dan bercita-cita tinggi dalam hidup.
» Sangat kuat beribadat dan kuat berpegang kepada ajaran Islam.
» Bersifat qanaah dan tidak tamak kepada harta kekayaan.
» Suka membantu dan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan
tanpa mengira dan kedudukan.
» Suka berpakaian kemas, bersih dan suka kepada bau-bauan.
» Bersifat tegas dan sanggup menolak tawaran menjadi Qadi kerana tidak setuju dengan dasar
khalifah.
Cara menyelesaikan masalah :

Jika hukum sesuatu perkara itu tidak terdapat dalam Al-Quran, hadis dan fatwa sahabat beliau
akan berijtihad. Beliau tidak mengambil pendapat selain pandangan sahabat Nabi s.a.w kerana
bagi beliau seseorang itu boleh berijtihad jika mempunyai ilmu dan mampu berijtihad.

Sumbangan beliau kepada masyarakat kepada masyarakat Islam :

Pengajaran beliau banyak dikumpulkan dan dituliskan oleh murid-muridnya. Buku-buku ini
kemudiannya menjadi rujukan mazhab Hanafi. Antaranya Masailul al-Sul, Kitabul Mabsut, al-
Jami' al-Saghir dan sebagainya.

Sumbangan beliau yang bermakna ialah mengemukakan kaedah penyelesian masalah


terutamanya berhubung dengan qias. Berpandukan kepada al-Quran dan hadis beliau
membandingkankan sesuatu hukum yang ada untuk membuat keputusan terhadap sesuatu hukum
yang belum diketahui.

IMAM ABU HANIFAH RAHIMAHULLAH


RIWAYAT HIDUP
A) NAMA SEBENAR IMAM ABU HANIFAH IALAH NOKMAN BIN THABIT. BELIAU
BERKETURUNAN PARSI.

B)BELIAU DIGELAR HANIFAH KERANA;

    1)beliau mempunyai anak lelaki bernama hanifah ,lalu beliau digelar abu hanifah (bapa
hanifah)

    2)beliau seorang yang kuat beribadat kepada allah.oleh itu digelar hanifah yang bermaksud
cenderung dalam agama.

    3)beliau sangat rajin menulis ilmu-ilmunya.beliau rajin membawa tempat dakwat (dalam
bahasa arab bermaksud hanifah), ke mana sahaja.

c) beliau dilahirkan pada tahun 80 hijrah bersamaan 699 masihi di kufah,iraq, semasa
pemerintahan khalifah bani umaiyah, abdul malik bin marwan.

d)bapanya bernama thabit bin zuta ialah seorang saudagar .oleh itu, abu hanifah menurut jejak
langkah bapanya menjadi saudagar menjual batu ubin yang dihasilkan sendiri.

KELEBIHAN IMAM ABU HANIFAH.


a) abu hanifah sangat berminat kepada ilmu pengetahuan. beliau sangat rajin mempelajari ilmu-
ilmu yang belum diketahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain.

b) beliau terkenal sebagai seorang yang kaya dan berilmu tetapi dermawan,amanah serta kuat
beribadat.

c) beliau sangat bijak berebahas untuk mencari kebenaran.beliau terkenal dengan kepintaran
mengeluarkan hukum apabila dikemukakan permasalahan kepadanya.imam syafie sewaktu
ditanya mengenai abu hanifah : "tidak ada wanita yang dapat melahirkan seorang anak yang
bijak seperti abu hanifah".

pendidikan.

a) Aabu hanifah lahir kira-kira 70 tahun setelah kewafatan nabi.oleh itu, beliau sempat bertemu
dan belajar daripada beberapa orang sahabat nabi yang masih hidup. antaranya ialah anas bin
malik, abdullah bin abi ufa,sahal bin abi saad,dan lain-lain lagi.

b) beliau mempelajari ilmu daripada kira-kira 200 orang guru,termasuk para sahabat dan tabiin.

c) beliau mempelajari ilmu al-quran dan menghafaz al-quran serta hadis-hadis. beliau juga mahir
dalam ilmu sastera,serta ilmu usuludin (tauhid).

ketinggian akhlak
a) abu hanifah sangat menghormati guru. beliau sering memberi hadiah kepada guru-gurunya.

b) BELIAU JUGA SEORANG YANG SANGAT PEMURAH.JIKA MEMBELI BARANG, IA


AKAN MEMBAYAR DENGAN HARGA YANG MAHAL SUPAYA PENJUAL
MENDAPAT   HARGA YANG TERBAIK. TETAPI APABILA IA MENJUAL, IA AKAN
MEMBERIKAN HARGA YANG MURAH UNTUK MERINGANKAN BEBAN SI PEMBELI.

C) BELIAU SANGAT MENJAGA MARTABAT DAN MARUAH DIRINYA SEBAGAI


ULAMA.PERNAH BELIAU DIPUJUK UNTUK MEMEGANG BEBERAPA JAWATAN
PENTING DALAM PEMERINTAHAN TETAPI SEMUANYA DITOLAK KERANA TAKUT
DIRINYA DIPERGUNAKAN OLEH KHALIFAH-KHALIFAH UNTUK KEPENTINGAN
MEREKA. APABILA BELIAU MELIHAT RAMAI ULAMA MENDEKATI KHALIFAH
UNTUK TUJUAN-TUJUAN TERTENTU, BELIAU MENJAUHKAN DIRI DARIPADA
ULAMA-ULAMA TERSEBUT.

D)BELIAU BUKAN SEORANG YANG PENDENDAM DAN SERING MENDOAKAN


ORANG-ORANG YANG BENCI KEPADANYA.

ujian ke atas imam abu hanifah.

a) beliau pernah dipenjarakan oleh khalifah pada zamannya kerana menolak jawatan sebagai
jurutulis surat-surat rasul dan menandatanganinya.

   ia berkata: "tidak mungkin nanti aku akan MENULIS SURAT UNTUK MEMANCUNG
LEHER SEORANG ISLAM DAN MENANDATANGANINYA. DEMI ALLAH AKU TIDAK
TURUT CAMPUR URUSANITU."

B) BELIAU PERNAH DIPENJARA DAN DISEBAT 100 ROTAN KERANA MENOLAK


JAWATAN HAKIM DI KUFAH. IA BERKATA, "ROTAN INI LEBIH BAIK DARIPADA
AKU KENA CEMETI ALLAH DI AKHIRAT."

C) SETERUSNYA, BELIAU PERNAH DIPENJARA LAGI OLEH KHALIFAH ABU


JAAFAR AL-MANSUR KERANA ABU HANIFAH ENGGAN MENERIMA JAWATAN
HAKIM DI BAGHDAD. DI DALAM PENJARA, BELIAU DISEKSA DENGAN PELBAGAI
SEKSAAN.

    BELIAU KEMUDIANNYA DIBAWA MENGHADAP KHALIFAH ABU JAAFAR


KERANA MASIH ENGGAN MENERIMA JAWATAN ITU WALAUPUN SETELAH
DIPENJARAKAN. BELIAU DIBERI MINUM RACUN DAN DIBAWA BALIK KE
PENJARA.

    APABILA MENEMUI AJAL, BELIAU SUJUD KEPADA ALLAH DAN TERUS WAFAT
IAITU KETIKA BERUSIA 70 TAHUN DALAM BULAN REJAB 150 HIJRAH
BERSAMAAN 767 MASIHI DAN DIKEBUMIKAN DI PERKUBURAN HIZRAN.
SUMBANGAN ABU HANIFAH.

A) BELIAU TIDAK SUKA MURID-MURIDNYA BERTAKLID, TETAPI DIGALAKKAN


MENGGUNAKAN FIKIRAN ATAU DALIL-DALIL TENTANG SESUATU HUKUM.

B) BELIAU MERUPAKAN SEORANG ULAMA YANG   banyak berpegang kepada fikiran


dalam menetapkan hukum  kecuali ada dalil-dalil yang kuat. inilah yang menyebabkan beliau
tidak termasuk dalam golongan periwayat hadis.

Abu Hanifah
Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam

Nama: Muhammad Nukman bin Thabit

Gelaran: Imam segala Imam

Lahir: 699

Wafat: 767

Etnik: Parsi

Rantau: Iraq

Bidang: Fiqah, Hadis

Idea utama: Mazhab Hanafi

Karya: Kitab al-Athar, Fiqah al-Akbar

Pengaruh: Imam Syafie, Abu Yusuf

Diilhami: Jaafar al-Saddiq, Alqama ibni Qays, Qatada ibni al-Nu'man

Abu Hanifah (‫ )ابو حنيفه‬atau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit (‫ )نعمان ن ثابت‬dilahirkan
pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi dalam sebuah kampung bernama Anbar di Kufah, Iraq
ketika zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Beliau berasal dari keturunan
Parsi dan merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan Mazhab Hanafi. Gelaran beliau
sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau
pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah kerana
mempunyai seorang anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama.
Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi dalam
hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehinggakan sering memberi hadiah
kepada guru-gurunya dan guru-guru yang mengajar anaknya. Beliau pernah dipujuk oleh
khalifah untuk memegang jawatan dalam kerajaan tetapi ditolaknya kerana bimbang dirinya
dipergunakan oleh khalifah. Beliau meninggal dunia pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di
penjara ketika berusia 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad. Mazhab beliau tersebar di negara-
negara Islam dan berpengaruh di Iraq. Selain itu, mazhab ini juga merupakan mazhab rasmi
kerajaan Uthmaniyah serta jajahan takluknya seperti Mesir, Lubnan, dan Syria.

Pendidikan

Beliau sempat belajar dengan beberapa orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. termasuklah Anas
bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin
Anas. Kecintaan beliau terhadap ilmu telah membawa beliau untuk menuntut ilmu dengan 200
orang ulama termasuk para sahabat dan tabiin. Ilmu yang dipelajari beliau termasuklah ilmu
tauhid, ilmu al-Quran, dan ilmu hadis selain mahir dalam bidang sastera. Beliau pernah berguru
dengan Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun sebelum mengambil alih tempat gurunya itu
setelah gurunya itu meninggal dunia.

Sumbangan

Beliau banyak menghabiskan masa di masjid untuk menyampaikan ilmu pengetahuan tertutama
berkenaan bidang agama kepada orang ramai. Beliau juga terkenal dengan kebijaksanaan beliau
dalam membezakan hadis sahih dan juga sebaliknya kerana beliau sangat berhati-hati dalam
menentukan sesuatu hukum mengikut martabat hadis. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai ahli
fikir dalam Islam kerana menggunakan akal fikirannya dalam memutuskan sesuatu hukum
apabila hikum tidak terdapat di dalam al-Quran. Berbekalkan kebolehan yang dimiliki beliau,
belia berjaya menyusun ilmu-ilmu berkenaan hukum fikah sehingga menjadi bab-bab seperti
yang terdapat pada masa kini dan beliau merupakan ulama pertama yang menyusun kitab fikah
secara tersusun mengikut bab dan fasal. Beliau juga menyusun kitab “Al-Faraid” (harta pusaka)
dengan lengkap. Cara pemikiran beliau mempengaruhi anak-anak muridnya yang menyebarkan
ilmu mengikut aliran pendapat melalui kuliah dan penulisan. Beliau acapkali menegah murid-
muridnya bertaklid tetapi menggalakkan menggunakan akal fikiran mengenai sesuatu hukum dan
menegah umat Islam beramal dengan perkara-perkara bidaah dalam ibadat.

Karya-karya

1. Fikah Akbar
2. Al-Alim Wal-Muta’allim
3. Masnad Fikah Akbar
4. Masail An-Nawadir
5. Masail Usul
6. Fatwa Al-Waqiah
7. Al-Kisanayat
Karya: Al-Fiqh al-Akbar

Al-Fiqh al-Akbar is one of the earliest texts written on Islamic creed and one of the surviving
works of Abu Hanifa, the Great Imam of jurisprudence and theology. Studied for centuries in the
Muslim world, Al-Fiqh al-Akbar offers a more nuanced, textured approach to understanding
divine oneness (tawhid), the focal point of Islamic belief. It refines one’s understanding of the
Creator, the messengers and divine communication, and enables one to gain much-needed insight
into the realities of this life and the events of the hereafter.

Al-Fiqh al-Akbar not only improves one’s understanding of 'aqida and deepens one’s
appreciation of his or her beliefs, but it endeavors to address questions, which, if left
unanswered, could leave insidious doubt and cause communal division. Such questions include:
Where is Allah? Does Allah evolve? What constitutes true Islamic belief? Are prophets capable
of sinning? Is there creation beyond what we see? What comes after death?

You might also like