You are on page 1of 6

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Pengurus Kewangan bagi sesebuah syarikat PUM mempunyai tugas dan


tanggungjawab yang tersendiri. Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan ialah seperti berikut :

Menyimpan wang dengan selamat dan mengikut prosedur


yang ditetapkan.

Mengeluarkan wang tunai untuk menjelaskan pembayaran


dan merekodkannya.

Menerima wang masuk dan merekodkannya.

Mengawal pembelanjaan syarikat dengan mencadangkan


dan melaksanakan kaedah-kaedah kawalan yang difikirkan
perlu.

Menyimpan kira-kira dengan mengemaskini lejar dan


menyediakan Penyata Untung Rugi serta kunci kira-kira
setiap bulan.

Menyiapkan laporan kewangan untuk Laporan Tahunan.

PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusan kewangan yang berkesan dan efektif amatlah penting bagi menentukan
naik turunnya sesebuah syarikat . Pengurusan kewangan yang baik akan membantu
syarikat tersebut mencapai keuntungan yang maksima sekaligus menyebabkan
syarikat berada pada tahap yang selesa tanpa sebarang kerugian dan liabiliti
semasa mahupun bukan semasa. Perancangan kewangan yang teliti dilakukan bagi
setiap projek bagi mengelakkan sebarang kerugian berlaku bagi projek itu.
Perancangan kewangan bagi sesuatu projek dimulakan dengan menentukan jumlah
modal yang sepatutnya dikeluarkan bagi projek tersebut. Seterusnya pengurus
kewangan juga bertanggungjawab bagi menjaga pengaliran wang keluar dan masuk
bagi setiap projek. Keuntungan bagi setiap projek sedikit sebanyak bergantung
kepada pengurusan kewangan bagi projek itu.

Sebagai seorang pengurus kewangan, pengurusan kewangan yang efektif dilakukan


bagi memastikan syarikat sentiasa mencapai keuntungan dan matlamat di tahap
yang membanggakan. Pengurusan kewangan yang efektif memerlukan kerjasama
dan sokongan ahli-ahli syarikat sendiri. Ahli-ahli syarikat yang menganggotai
jawatankuasa kewangan terdiri daripada:
ANGGARAN PRESTASI KEWANGAN KESELURUHAN

Secara keseluruhan, jualan yang paling banyak memberikan keuntungan adalah


jualan mingguan yang berjumlah RM5807.80 manakala projek yang paling banyak
memberikan keuntungan adalah projek nasyid yang berjumlah RM5580.00. Projek
yang tidak memberikan sebarang keuntungan adalah projek pembiayaan kek hari
guru kerana projek itu merupakan salah satu sumbangan kepada pihak maktab.

Prestasi syarikat diukur mengikut beberapa jenis nisbah iaitu :


1. Nisbah keuntungan
2. Nisbah kecairan
3. Nisbah kecekapan

Nisbah Keuntungan

Nisbah keuntungan digunakan bagi mengukur keupayaan perniagaan dalam


membuat pelbagai jenis pembayaran seperti pemiutang dan pinjaman bank.

Dari segi peratusan untung kasar atas Kos Jualan (Tokokan atau mark-up),
syarikat kami mendapat peratusan seperti berikut :

Peratusan Untung Kasar Untung Kasar x 100


Atas kos operasi = kos operasi

= 28929.85x 100
29309.80

= 98%

Pada nilai 98%, menunjukkan Syarikat Empiris Corporation Sdn.Bhd. mempunyai


prestasi keuntungan yang memuaskan.
Nisbah Kecairan

Nisbah ini digunakan untuk mengukur keupayaan sesebuah syarikat dalam


menjelaskan semua liabiliti semasa dalam masa yang ditetapkan.
Walaupun kami menjalankan kebanyakan urusniaga dalam tunai tetapi terdapat
sesetengah kes kami terpaksa berhutang dengan pihak pembekal.

Nisbah Kecairan Jumlah pendapatan


Keseluruhan = Kos Operasi

= 57760.65

29309.80

= 1 : 0.51

Pada nisbah 1 : 0.51 menunjukkan Syarikat Empiris Corporation Sdn. Bhd. berada
dalam situasi mampu bayar terhadap semua operasi kos tanpa menanggung
sebarang kerugian.

Nisbah Kecekapan

Nisbah kecekapan dalam perniagaan jenis perkhidmatan digunakan untuk


kecekapan pihak pengurusan syarikat dari segi pengurusan stok. Walaupun
kebanyakan projek kami berbentuk perkhidmatan tetapi

Kadar pusing ganti


Stok (bulanan) = Kos Jualan X 10
Stok bulanan

= 6387.00 x 10
2400.00

= 29.49
PULANGAN ATAS MODAL
Laporan Pengurus Kewangan
Modal yang diperolehi oleh syarikat bagi memulakan operasi adalah RM 630.00
.Walaupun nilai ini kecil namun kami mampu untuk menghadapi segala masalah dan
meneruskan aktiviti perniagaan kami,syarikat dapat melaksanakan segala projek dan
memastikan prestasi syarikat berada di tahap optimum. Kami turut bersyukur kerana
dengan berkat ketelitian di dalam membuat perancangan dan melaksanakan projek-
projek, kami turut berjaya meningkatkan harga seunit saham syarikat beberapa kali
ganda.

Bagi tahun berakhir pada 31 Januari 2009, pulangan atas modal syarikat adalah
seperti berikut:

Pulangan atas Modal : Untung x 100%


Modal

= RM 25229.55 x 100 %
RM 630.00

= RM 4004.69 %

Kesimpulannya, Syarikat Empiris Corporation Sdn. Bhd. telah memperoleh sebanyak


RM 40.05 bagi setiap RM 1.00 yang dilaburkan sepanjang syarikat beroperasi.

You might also like