You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PBS BAHASA MELAYU

SJK (C) SENTRAL PALOH, KLUANG 2009

1 Tajuk : Mesyuarat Pelaksanaan PBS Bahasa Melayu 2009

2 Kali ke : 1

3 Tarikh : 06 Januari 2009 3.2 Masa mula : 2.30 petang


3.3 Masa tamat: 4.30 petang

4 Tempat : Bilik Perpustakaan


SJK(C) Sentral Paloh.

5. Kehadiran :

1. Ucapan Pengerusi Majlis


1.1 Pengerusi Majlis, Encik Lee Huat mengucapkan selamat datang kepada
semua pentadbir dan pentadbir sekolah yang hadir ke mesyuarat PBS.
1.2 Beliau mengatakan PBS adalah salah satu agenda negara yang sangat penting
dan sebagai pentaksir perlu bertangungjawab sepenuhnya dalam menggalas
pelaksanaan PBS ini.
Tindakan: Makluman

2. Taklimat Pelaksanaan
2.1 Semua data hendaklah menggunakan aplikasi PBS yang terbaru bagi
memudahkan penyatuan satu aliran untuk dihantar ke PPD.
2.2 Senarai nama murid perlu ditaipkan dalam aplikasi berserta no. s/b dalam
tempoh seminggu daripada mesyuarat ini.
2.3 Pelaksanaan PBS hendaklah dilakukan sepanjang masa samada waktu P&P
atau di luar bilik darjah. Semua pelajar wajib ditafsirkan oleh pentaksir.
2.4 Watikah pelantikan pentaksir akan diserahkan kepada pentaksir dalam
minggu ini dan watikah tersebut perlu disimpan dalam fail pentaksir.
Tindakan : KPs dan Ps
3. Taklimat Pengurusan Fail
3.1 Beliau memberitahu kepada ketua Pentaksir agar menyediakan fail PLBS
sebanyak tiga fail seperti berikut :-
3.1.1 Fail Pengurusan PLBS (Fail Induk)
3.1.2 Fail Penskoran
3.1.3 Fail-fail lain ( Jika berkenaan seperti calon menumpang dll.)

3.2 Beliau mengingatkan kepada pentaksir sekolah agar semua pentaksir mesti
menyimpan satu fail pentaksir dengan selamat yang mengandungi watikah
pelantikan, borang skor, borang gred induk dan evidens pentaksiran sebagai bahan
bukti.
Tindakan : KPs dan Ps

4. Hal-hal lain
4.1 Pengerusi majlis mengharapkan agar semua ketua pentaksir sekolah dan
pentaksir sekolah dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna demi
kebaikan murid-murid di sekolah.
Tindakan : Makluman semua KPs dan Ps

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................... ...............................................

Setiausaha, Guru Besar,


SJK(C) Sentral Paloh, Kluang, SJK(C) Sentral Paloh, Kluang,
Johor. Johor.
MINIT MESYUARAT PBS BAHASA MELAYU
SJK(C) SENTRAL PALOH, KLUANG 2009

1 Tajuk : Mesyuarat Pelaksanaan PBS Bahasa Melayu 2009

2 Kali ke : 2

3 Tarikh : 15 Jun 2009 3.2 Masa mula : 2.30 petang


3.3 Masa tamat: 4.30 petang

4 Tempat : Bilik Perpustakaan


SJK(C) Sentral Paloh.

5. Kehadiran :

1. Ucapan Pengerusi Majlis


1.1 Pengerusi Majlis, Encik Lee Huat mengucapkan selamat datang kepada
semua guru yang hadir ke mesyuarat PBS kali ke-2.
1.3 Beliau mengingatkan semua guru bahawa PBS adalah salah satu agenda
negara yang sangat penting dan sebagai pentaksir perlu bertangungjawab
sepenuhnya dalam menggalas pelaksanaan PBS ini.
Tindakan: Makluman

2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lepas.

3. Perbentangan perkembangan terkini pelaksanaan PBS.


3.1 Setiausaha memaklumkan bahawa pentaksiran pertama untuk semua murid
telah dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3.2 Semua pentaksir perlu menyediakan fail borang skor setiap murid untuk
ditandatangan oleh ibu bapa / penjaga murid pada Hari Terbuka Sekolah nanti.
3.3 Semua pentaksir diingatkan untuk memulakan pentaksiran yang kedua seperti
yang dijadualkan. Pentaksir perlu menyediakan bahan-bahan rangsangan atau
evidens sebanyak 4 atau 5 set untuk memudahkan pelaksanaan pentaksiran kelak.
3.4 Semua data bertulis selepas tamat pentaksiran hendaklah dimasukkan dalam
aplikasi PBS untuk rekod dan perlu dicetak untuk disimpan dalam fail murid.

Tindakan : KPs dan Ps

4. Hal-hal lain
4.1 Pengerusi majlis mengharapkan agar semua ketua pentaksir sekolah dan
pentaksir sekolah dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna demi
kebaikan murid-murid di sekolah.
Tindakan : Makluman semua KPs dan Ps

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................... .....................................................

Setiausaha, Guru Besar,


SJK(C) Sentral Paloh, SJK(C) Sentral Paloh, Kluang,
Johor. Johor.

You might also like