You are on page 1of 7

SISTEM PERSEKOLAHAN ADALAH SATU BIROKRASI.

BINCANGKAN DALAM
KONTEKS SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN BERIKAN CONTOH YANG
BERSESUAIAN

1.0 PENGENALAN

Merujuk kepada penyataan di atas, sekolah dikatakan sebagai satu birokrasi. Untuk
melihat perkara ini dengan lebih lanjut, kita perlu melihat dahulu kepada pengertian dan
definasi birokrasi itu sendiri. Wikipedia mendefinasikan birokrasi sebagai satu konsep
sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara pentadbiran melaksanakan dan
menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Pengurusan ini disifatkan
dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, dan tidak melibatkan
hubungan peribadi serta melibatkan sesuatu yang disebut hieraki. Wikipedia turut
memberikan beberapa contoh birokrasi-birokrasi harian termasuk birokrasi kerajaan, angkatan
bersenjata, perbadanan, hospital, mahkamah, kementerian, dan sekolah.
Selain daripada itu, satu penyelidikan diuniversiti Malaya oleh Sufean Hussin,
menyatakan bahawa birokrasi adalah satu konsep pentadbiran yang menegaskan pembahagian
kerja mengikut bidang, dan juga pembahagian kerja mengikut taraf serta kedudukan mengikut
jawatan dan kuasa seseorang itu. Melihat kepeda definasi ini, secara tidak langsung, kita dapat
mengaitkan birokrasi dengan sistem persekolahan. Bagaimanakah sekolah dikatakan satu
birokrasi?
Lihat kepada contoh ini. Seorang pengetua membuat keputusan terhadap sesuatu
perkara dengan sendiri tanpa berbincang dengan lebih lanjut dengan guru- guru di
sekelilingnya. Tanpa perbincangan yang dilakukan, guru- guru diberikan arahan dan diminta
mengikut arahan yang dibuat. Sistem yang diamalkan oleh pengetua tersebut merupakan
sistem birokrasi. Selain birokrasi, terdapat juga sekolah yang masih mengamalkan sestem
demokrasi di mana pengetua bersama-sama guru berbincang mengenai sesuatu masalah serta
mengenakan undian bagi memilih cara terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut. Namun,
sistem ini sudah menjadi kurang popular di kalangan pentadbiran sekolah.

2.0 PEMBIROKRASIAN PENDIDIKAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI


MALAYSIA
Seperti yang kita ketahui pembirokrasian merupakan salah satu konsep sosiologi dan
sains politik yang mana berkait rapat dengan pentadbiran melaksanakan dan
menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Manakala pendidikan
merupakan modal rakyat untuk digunakan dalam persaingan dunia globalisasi yang kian
berkembang dengan pesatnya. Sistem persekolahan dikatakan merupakan satu birokrasi.
Birokrasi sistem pendidikan tidak ditadbir secara mutlak oleh pemerintah, hal ini
terbukti dengan adanya pendidikan swatsa yang disebut yayasan. Sistem yang dilaksanakan
oleh yayasan secara peratusan adalah kurang lebih 75% perusahaan yang mencari keuntungan
dan 10% amal dan 15% pendidikan. Pembirokrasian di Malaysia berlaku melalui
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang mana merupakan satu organisasi yang
bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan pendidikan di Malaysia secara berpusat. KPM
mempunyai kuasa untuk mentadbir, menentukan dasar- dasar yang boleh meningkatkan mutu
pendidikan di Malaysia, menetapkan peraturan, membuat pemantauan agar sistem pendidikan
di Malaysia sentiasa berjalan dengan lancar, membuat penyelarasan serta kewangan agar
sistem pendidikan di Malaysia selaras dan tidak mempunyai masalah kewangan. Segala dasar
dan peraturan yang dikemukakan oleh KPM akan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah
di seluruh negara. Dasar- dasar dan peraturan yang dilaksanakan akan dipantau oleh pihak
KPM dari semasa ke semasa. Dan dari pemantauan yang dibuat, pihak KPM akan buat
penyelarasan untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia.
Pembirokrasian pendidikan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah berlaku sebelum
negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu apabila Laporan Barnes dikemukakan pada awal
tahun 1951. Di mana dalam laporan itu mencadangkan supaya pendidikan sekolah rendah dari
darjah satu sehingga darjah enam percuma kepada kanak-kanak. Selain itu harus ditubuhkan
sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa
Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan
ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran
Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina. Kemudian ianya diikuti
dengan Laporan Fenn-Wu (1951) di mana laporan ini mengemukakan untuk penggunaan tiga
bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina dijadikan sebagai bahasa
pengantar. Ordinan Pelajaran (1952) dan Laporan Razak (1957). Selepas beberapa tahun,
pada tahun 1960, Laporan Talib dikemukakan. Disusuli oleh Ordinan Pelajaran (1967) dan
Laporan Kabinet (1979) dimana ia mencadangkan enam aspek penting yang perlu diberi
perhatian dalam sistem pendidikan di Malaysia, iaitu penegasan kepada paradigma kurikulum
ala Malaysia, penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira)
dan pengajaran pemulihan, pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan
vokasional, peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun, pendidikan kerohanian yang
kukuh dan peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.
Selepas beberapa tahun, wujudnya Akta Pelajaran (1961), kemudian Akta Pendidikan
iaitu pada tahun 1995 dan 1996. Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550
adalah bertujuan memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996
tersebut telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud
melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Walaupun Akta Pendidikan 1996 adalah satu akta baru, tetapi masih merupakan
kesinambungan kepada dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini masih berpaksikan kepada
perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas kepada Dasar Pendidikan
Kebangsaan selama ini. Justeru itu, Akta Pendidikan 1996 telah mengekalkan banyak
peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang didapati masih relevan.
Akta Pendidikan 1996 menekankan tiga perkara penting iaitu yang pertama bahasa
Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar utama untuk semua institusi pendidikan dalam
sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekolah rendah jenis kebangsaan.Manakala yang kedua
pula, satu kurikulum kebangsaan yang wajib digunakan oleh semua sekolah di seluruh
Malaysia termasuk juga sekolah-sekolah swasta di Malaysia. Perkara yang ketiga adalah
memperkenalkan peperiksaan awam yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
sahaja. Secara ringkasnya, semua laporan-laporan dan akta-akta di atas tadi telah dirangka dan
dibentuk untuk dilaksanakan secara centralisasi dan birokrasi di seluruh negara melalui:

i. Perlaksanaan dasar pendidikan negara yang diperkenalkan seperti perlaksanaan


Akta Pendidikan .
ii. Pertukaran dasar pendidikan negara.
iii. Surat-surat pekeliling dari semasa ke semasa.
iv. Kempen-kempen

Max Weber, Frederick Taylor dan Henri Fayol yang merupakan pelopor pengurusan klasik
dan saintifik terhadap reka bentuk organisasi. Mereka berpendapat bahawa sesebuah
organisasi yang paling cekap dan efektif adalah sebuah organisasi yang mempunyai
suatu struktur hierarki yang berasaskan autoriti yang formal dan sah. Menurutnya lagi, Max
Weber menyatakan bahawa organisasi yang mempunyai struktur sedemikian adalah sebagai
birokrasi. Oleh itu sistem pendidikan yang baik adalah menggunakan konsep birokrasi.
Seperti yang telah kita lihat dari laporan-laporan dan akta-akta yang digubal ini, sistem
persekolahan di Malaysia telah dijadikan sebagai satu birokrasi. Di Malaysia, organisasi di
sekolah berhirarki. Dimana terdapatnya orang atasan dan orang bawahan. Selain daripada itu
terdapatnya kakitangan yang berkhususan sebagai contoh guru bertanggungjawab untuk
mengajar murid, pengetua lebih kepada pentadbiran dan pengurusan sekolah. Dari sini
wujudnya pembahagian kerja, walaubagaimanapun sebarang keputusan yang hendak dibuat
haruslah dirujuk kepada orang atasan terlebih dahulu. Ini kerana setiap perkerja di sekolah
mendapat autoritinya melalui jawatan yang dijawat bukan kepakarannya, sebagai contoh guru
di sekolah haruslah mendapat kebenaran daripada pengetua atau penolong kanan atas segala
keputusan yang hendak dibuat, walaupun guru tersebut memang mempunyai kepakaran yang
mendalam tentang hal tersebut. Tambahan pula, kemasukan seorang guru adalah mengikut
kelulusannya bukan kepakaran yang ada. Dan kenaikan pangkat atau erti kata lain kenaikan
autoriti adalah mengikut senioriti atau kekananan, seseorang guru yang telah lama berkhidmat
akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk naik pangkat berbanding guru yang baru
masuk. Walaupun guru baru tersebut mempunyai kelulusan yang baik berbanding guru lama,
guru baru mempunyai peluang yang amat tipis untuk naik pangkat.
Bukan hanya di peringkat sekolah, malah di peringkat yang lebih tinggi juga
menggunakan konsep yang sama. Jikalau kita lihat organisasi Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) juga menggunakan konsep birokrasi. Jikalau kita imbas kembali ciri utama
birokrasi iaitu pembahagian kerja yang jelas, adanya hirarki, susunan formal, hubungan yang
impersonal, dan kerja berdasarkan kelulusan. Organisasi KPM mempunyai pembahagian kerja
yang jelas, dimana KPM dibahagikan kepada beberapa bahagian sebagai contoh bahagian
operasi pendidikan, bahagian dasar pembangunan pendidikan dan pembangunan
profesionalisme keguruan. Selain itu organisasi mempunyai hirarki posisi, dalam organisasi
KPM, posisi yang paling atas adalah seorang menteri iaitu Menteri Pelajaran, kemudian
diikuti dua orang Timbalan Menteri. Selepas itu disusuli oleh Ketua Setiausaha dan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia. Dibawah Ketua Setiausaha terdapat dua Timbalan Ketua
Setiausaha yang masing- masing menguruskan pembangunan dan pengurusan. Manakala
dibawah jagaan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) adalah tiga orang Timbalam
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, yang masing- masing menguruskan dasar pembangunan
pendidikan, operasi pendidikan dan pembangunan profesionalisme keguruan. Dalam
organisasi KPM juga terdapatnya susunan formal yang mana perilaku pekerja diatur secara
samarata. Ianya mampu untuk menjamin prestasi kerja yang cemerlang dalam organisasi.
Selain daripada itu tiada hubungan yang personal, yang bermaksud orang-orang pihak atasan
bekerja secara profesional. Dimana mereka tidak membandingkan saudara mara dengan orang
yang lain. Dalam erti kata lain mereka memantau orang-orang bawahan dengan adil dan
saksama. Organisasi KPM juga memilih pekerja dengan kriteria yang telah ditentukan. Oleh
itu, bukan sebarang orang boleh jadi Ketua Setiausaha, hanya orang yang telah memenuhi
kriteria sahaja boleh pegang jawatan Ketua Setiausaha. Bukannya ahli kelurga yang terdekat
atau kawan baik yang langsung tidak memenuhi kriteria sebagai Ketua Setiausaha. Ini kerana
sebarang kesilapan dalam pemilihan pekerja boleh membawa kepada kecacatan pada sistem
pendidikan itu sendiri.
Malaysia terdiri daripada beberapa buah negeri, oleh itu untuk menyelaraskan dan
menguruskan sistem pendidikan di Malaysia. Pihak KPM dibantu oleh Jabatan Pelajaran
Negeri. Dimana dibawah jabatan ini terdapatnya Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah.
Untuk memastikan segala dasar dan peraturan itu dapat dilaksanakan dengan sempurna, pihak
KPM akan memaklumkan kepada setiap Jabatan Pelajaran Negeri di Malaysia. Sebagai
contoh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, jabatan ini akan memaklumkan kepada semua PPD
yang ada di negeri Sabah, dan PPD akan memaklumkan semua sekolah yang termasuk dalam
jagaannya. Pihak KPM hanya mengawal semua sekolah sama ada sekolah rendah dan sekolah
menengah. Manakala kolej-kolej, universiti- universiti awam dan swasta adalah di bawah
pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Dikatakan birokrasi sangat penting dalam sistem pendidikan di Malaysia ini kerana
ianya mampu untuk melicinkan perjalanan atau pentadbiran sistem pendidikan yang ditadbir
dan diuruskan oleh pihak KPM dan KPT. Oleh kerana dalam birokrasi hanya pihak atasan
yang membuat keputusan, oleh itu terdapatnya rungutan dalam setiap keputusan yang dibuat
ini kerana, jikalau dilihat pihat atasan yang sering membuat keputusan selalunya tidak
merujuk kepada pihak yang terlibat. Struktur organisasi KPM mempunyai birokrasi yang
ketat, sebagai contoh, bukan semua orang boleh berjumpa dan berbincang dengan Menteri
Pelajaran. Pengetua tidak mempunyai autoriti untuk berbincang dengan Menteri Pelajaran.
Selain daripada itu, setiap dasar atau peraturan yang hendak dilaksanakan haruslah disusuli
oleh surat pekeliling yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha atau Ketua Pengarah
Pelajaran. Kemudian ianya akan diberikan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), kemudian
JPN akan maklumkan kepada PPD, PPD maklumkan sekolah. Dan setiap surat pekeliling
yang hendak dihantar memakan masa yang panjang. Ini akan memberikan tanggapan yang
buruk kepada sistem pendidikan negara kita. Ketiadaan hak bersuara dan juga membuat
keputusan memyebabkan beberapa pihak kecewa seperti guru- guru, ibu bapa dan pelajar.
Kekecewaan ini sedikit- sebanyak akan menganggu prestasi kerja seseorang guru tersebut.
Bukan itu sahaja sebarang pembahagian tugas dan penambahan jawatan dalam sekolah
haruslah mempunyai surat rasmi dari pihak atasan, sekolah tidak boleh sesuka hati menambah
jawatan atau membahagika tugas dalam sekolah, ini boleh menganggu kelicinan pentadbiran
sesebuah sekolah

3.0 PENUTUP

Secara ringkasnya sistem birokrasi yang diamalkan disekolah mempunyai kesan yang
positif dan negatif bergantung kepada pandangan setiap individu. Sikap autoriti yang
diamalkan dalam system birokrasi di sekolah oleh pihak atasan dianggap satu perkara yang
memudahkan pihak guru disekolah kerana mereka diberikan garis panduan untuk cara
pengajaran mereka sendiri tetapi mendatangkan akibat kepada pelajar kerana penerimaan
setiap pelajar dalam pembelajaran adalah berbeza. Sebaliknya, pihak guru merasakan perkara
ini memberikan tekanan kepada mereka kerana tidak diberi peluang untuk mencuba kaedah
mereka sendiri malah terpaksa mengharungi masalah dengan pelajar yang tidak dapat
menerima cara pembelajaran mereka yang telah diatur. Terdapat juga guru yang secara senyap
menentang perubahan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah kerana peraturan dan pekeliling
yang diterima tidak memenuhi kehendak dan mendengar suara serta pandangan guru. Guru-
guru juga akan menzahirkan protes secara senyap melalui prestasi kerja yang tidak menentu
akibat perlu terikat dengan peraturan-peraturan rasmi yang kadangkala tidak praktikal untuk
dilaksanakan di sesetengah sekolah.
Tetapi faedah daripada sistem birokrasi juga memberikan kesan yang baik kepada
organisasi sekolah kerana semua pihak mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi dan ini
menjamin kepada pengurusan yang lebih sistematik kepada para guru, pelajar dan ibubapa.
“Sistem sosial organisasi pendidikan mempunyai peraturan dan arahan untuk membentuk
tingkah laku yang baik dan berkesan. Selain peraturan dan arahan yang formal, terdapat juga
keadaan biasa yang membentuk tingkah laku manusia dalam menjalani tugasan dan fungsi
masing-masing di dalam organisasi.” (Rahmad Sukor Ab. Samad et al).
Kebanyakan guru-guru dan ibubapa lebih bersetuju menggunakan sistem sosial yang
terbuka disekolah kerana sikap keterbukaan yang diamalkan disekolah memberikan peluang
kepada para guru dan ibubapa untuk menyuarakan pendapat mereka dalam menjamin
kemajuan anak mereka dalam pendidikan. Menurut Cole (1995) sistem sosial adalah
berasaskan perhubungan dan sistem keterbukaan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi.
Organisasi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti dikenal pasti sebagai
mengamalkan sistem sosial kerana di dalam organisasi ini terdapat sekumpulan manusia yang
berinteraksi antara satu dengan yang lain, bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan juga
berinteraksi dengan persekitaran luarnya (Lunenburg, 1995).
Walaubagaimanapun cara untuk menyuarakan pendapat adalah mengikut prosedur yang
baik. Menurut Rahmad Sukor Ab. Samad et al. sistem sosial organisasi pendidikan
mempunyai beberapa elemen yang bertujuan untuk mempengaruhi tingkah laku manusia di
dalamnya untuk bekerja ke arah matlamat yang telah ditetapkan (Hoy & Miskel, 2005).
Elemen-elemen penting sistem sosial yang dinyatakan oleh Hoy dan Miskel (2005) adalah
struktur, individu, budaya dan politik. Elemen-elemen ini diambil kira dalam menguruskan
sistem sosial organisasi pendidikan adalah bagi keseimbangan di dalam organisasi (Evers &
Lakomski, 2001).
Akhir sekali, pihak kementerian perlu melihat semula faedah dan akibat yang ada pada
sekolah yang mengamalkan sistem birokrasi di sekolah dan membuat keputusan yang tebaik
untuk menjana system pendidikan kepada kualiti yang paling optimum.

You might also like