You are on page 1of 6

TENTATIF PROGRAM

TAMRIN AMAL SYABAB 2011


SEKOLAH INTEGRASI AS-SYAKIRIN

11 FEB 2011 ( JUMAAT)


MASA PERKARA
4.30-5.00 ptg Taklimat / Solat Asar
5.00-5.30 ptg Agihan Penempatan
5.30-6.30 ptg Riadhah
6.30-7.15 ptg Khidmat Diri / Makan Malam
7.15-.730 ptg Qasidah
7.30-8.00 mlm Solat Maghrib
8.00-9.15 mlm “Indahnya Solat” (Ceramah)
Oleh : Ustaz Mohd Nasib (Fitrah Perkasa)
9.15-10.30 mlm “Solat Sempurna”
10.30-11.00 mlm Santapan Malam
11.00-11.30 mlm Bacaan Surah Al-Mulk
11.30 mlm Rehat / Tidur

12 FEB 2011 (SABTU)

MASA PERKARA
4.30-6.30 pagi Khidmat Diri / Qiyah / Solat Subuh
6.30-7.00 pagi Tazkirah
7.00-7.30 pagi Senamrobik
7.30-8.30 pagi Khidmat Diri / Sarapan / Solat Dhuha
8.30-10.30 pagi “Solat Sempurna” (LDK)
10.30-11.00 pagi Resolusi
11.00 pagi Bersurai
MODUL 2 : PRAKTIKAL WUDHU’ SEMPURNA

NAMA AKTIVITI : Buddy by Buddy

PERALATAN : Tiada

MASA : 10 MINIT

OBJEKTIF :

 Ahli dapat mengambil wudhu’ dengan cara yang betul


 Mengenalpasti kesalahan-kesalahan semasa berwudhu’.

RANGKA MODUL :

1. Fasilitator menunjukkan cara wudhu’ yang betul.

2. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan

3. Setiap ahli kumpulan A dikehendaki membuat demo mengambil wudhu’


dengan betul dan diperhatikan oleh ahli kumpulan B menggunakan sistem
‘buddy’.

4. Fasilitator akan memantau dan menegur kesalahan – kesalahan kecil yang


dilakukan oleh ahli kumpulan.

5. Tukar. Kumpulan B mengambil wudhu’ dan diperhatikan oleh ahli kumpulan


B.

6. Ahli juga akan di ajar membaca doa selepas berwudhu’.

MODUL 3 : SEMPURNAKAN SOLATMU


NAMA AKTIVITI : IMAM 5 MASJID

PERALATAN : TIADA

MASA : 15 Minit

OBJEKTIF :

 Pelajar dapat mempelajari teknik/kaedah solat yang betul.


 Ahli seharusnya dapat mengenalpasti kesilapan yang sering
dilakukan dan memperbaikinya.

RANGKA MODUL :

1. Fasilitator mengarahkan 5 orang ahli kumpulan untuk keluar dari bilik


perbincangan sebagai imam manakala pelajar yang lain akan memerhatikan
lakonan oleh imam.

2. Imam pertama diminta masuk ke bilik perbincangan dan melihat,


memerhatikan lakonan yang akan dilakonkan oleh fasilitator dengan teliti.

3. Fasilitator akan melakonkan solat 2 rakaat dimana rakaat yang pertama adalah
rakaat yang sempurna manakala rakaat yang kedua dengan sengaja melakukan
kesalahan-kesalahan kecil yang biasa dilakukan. Selesai.
4. Imam kedua diminta masuk ke dalam blik perbincangan. Imam pertama akan
melakonkan semula aksi fasilitator dengan diperhatikan oleh imam yang
kedua sehingga selesai.

5. Imam pertama akan menyertai kumpulan pemerhati. Imam kedua akan


melakonkan semula aksi dengan diperhatikan oleh imim yang ketiga.

6. Proses yang sama berulang sehingga imam yang kelima.


7. Setelah imam kelima selesai melakonkan perbuatan, setiap ahli kumpulan
diminta memberi pendapat mengenai aktiviti yang telah dijalankan. Ahli
diminta mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan menunjukkan
cara yang betul.

8. Fasilitator membuat Kesimpulan dari aktiviti yang dijalankan.

Rumusan aktiviti:

 Pembelajaran melalui penglihatan harslah dari sumber yang benar.


 Harus belajar cara solat yang betul.
 Mengelak berlakunya kesalahan yang berulang.
MODUL 4 : SEMPURNAKAN SOLATMU

NAMA AKTIVITI : HAKIM DAN HUJAH

PERALATAN : KERTAS A4, MARKER PEN, GAMBAR

MASA : 35 MINIT

OBJEKTIF :

 Ahli dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan


semasa solat dan memperbaikinya.
 Ahli dapat memberi bacaan yang betul ketika
didalam solat.

RANGKA MODUL :

1. Ahli dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A dan kumpulan B.

2. Setiap kumpulan dikehendaki menulis perkataan “BENAR” dan


“BERSALAH” pada kertas A4 yang telah diberi.

3. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil sebagai


“OKT”/pesalah laku manakala ahli yang lain akan bertindak sebagai hakim/
peguambela/ pendakwa raya.

4. Bagi setiap perbicaraan yang melibatkan kumpulan, OKT dari kumpulan yang
terlibat akan melakukan perbuatan berdasarkan gambar yang akan
ditunjukkan oleh fasilitator.

5. Hakim akan membuat keputusan samada “BENAR” atau “BERSALAH” dan


memberi hujah yang sesuai.

6. Sekiranya “BENAR” hakim dikehendaki memberi bacaan bagi perbuatan


tersebut.
7. Sekiranya didapati “BERSALAH” hakim hendaklah mengenalpasti bukti
kesalahan yang dilakukan dan memberitahu kedudukan yang betul.

8. Markah sebanyak 10 penalti akan dikenakan kepada kumpulan yang memberi


jawapan yang salah manakala 0 penalti bagi jawapan yang betul.

9. Bagi soalan “REBUT KES”. Soalan sambung bacaan akan diberikan.


Kumpulan pertama yang berjaya menjawab dengan betul akan dikenakan -5
penalti (penalti kumpulan akan berkurang)

10. Kumpulan yang dikenakan penalti terendah dikira sebagai pemenang.

You might also like