You are on page 1of 5

DEMOKRASI DAN KEPELBAGAIAN PENDIDIKAN

Dalam kontek sejarah perkembangan pendidikan, negara kita telah mengalami beberapa
proses dalam meningkatkan taraf pendidikan masyarakat. Daripada dasar
pendemokrasian pendidikan sehinggalah kepada liberalisme pendidikan yang telah
memberikan kesan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi dan pengetahuan rakyat
amnya. Liberalisme pendidikan yang ada hari ini telah mewujudkan penyertaan pelbagai
pihak dalam pembangunan pendidikan termasuk pihak swasta. Walaupun di peringkat
awalnya menerima tentangan hebat daripada masyarakat kerana kerajaan cuba
mengurangkan bebanan tanggungjawab asas utama mereka tetapi, akhirya sedikit demi
sedikit masyarakat mula menerima konsep tersebut dengan syarat asas-asas penting tidak
diabaikan seperti tanggungjawab dalam memberikan kemudahan pinjaman dan
seumpamanya.

Apa yang paling penting di sini ialah konsep liberalisme pendidikan yang dipakai adalah
bertunjangkan kepada konsep pendemokrasian pendidikan yang dipakai sebelum ini.
Demokrasi pendidikan merupakan persamaan hak dan kesempatan bagi semua
warganegara untuk mendapatkan pendidikan tanpa adanya diskriminasi antara suatu
golongan dengan golongan yang lain. Semuanya mendapat jaminan hak yang sama baik
dalam undang-undang maupun dalam pelaksanaannya. Dalam pernyataan umum sedunia
tentang hak-hak kemanusiaan ( Universal Declaration of Human Right ) yang ditetapkan
oleh Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1948 dalam fasal 26
menyebut bahawa :

i Setiap orang berhak mendapat pendidikan. Pendidikan harus bebas sekurang-kurangnya


pada peringkat asas dan peringkat dasar dan harus pula bersifat wajib.

ii Pendidikan harus diarahkan kepada perkembangan sepenuhnya dari keperibadian


kemanusiaan kepada memperkuatkan rasa hormat hak-hak kemanusiaan dan kebebasan.

iii Orang-orang tua berhak untuk lebih dahulu memilih jenis pendidikan yang harus
diberikan kepada anak-anak.

Pernyataan ini memberi maksud bahawa kerajaan hendaklah memberikan seluas-luasnya


ruang kepada pelbagai pihak untuk menerima pelbagai jenis pendidikan yang
dikehendaki asalkan tidak bercanggah dengan dasar dan polisi yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Satu asas yang paling penting perlu ditekankan di sini ialah pihak kerajaan
mestilah mempunyai rasa tanggungjawab yang besar untuk membuka ruang dan
mempelbagaikan bentuk pendidikan kepada rakyat agar proses pembentukan pendidikan
terus dapat diperkaya dengan semaksima mungkin. Konsep inilah juga yang
mengekalkan sekolah jenis kebangsaaan cina, tamil sehingga ke hari ini di dalam Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Mengapa SAR yang sedia ada tidak disertakan dan dikekalkan
dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ? Sementelahan pula SAR juga mengajak pelajar
menjadi warganegara yang memberikan sumbangan kepada negara.

Sikap yang menganggap SAR tidak perlu mengharapkan bantuan kerajaan kerana ia
adalah sekolah yang dibina atas usaha rakyat dan rakyat perlu berdikari sendiri tidak
dapat diterima dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Dalam sistem
demokrasi, ‘kerajaan’ yang dipilih ialah di kalangan rakyat dan untuk kepentingan rakyat.
Ia adalah berasaskan kepada kedaulatan rakyat, kekuasaan rakyat dan pemerintahan
rakyat.

Kita tidak menafikan kesungguhan kementerian dalam menjadikan pendidikan yang sedia
ada disepadukan dengan nilai-nilai murni dan etika. Langkah ini perlu diteruskan kerana
ia juga akan menuju ke matlamat yang sama. Begitu juga dengan integrasi nasional yang
cuba ditekankan. Penekanan tersebut tidak boleh mengenepikan sama sekali pluralisasi
dalam pendidikan yang sememangnya akan berdepan dengan beberapa limitasi,
sensitiviti, tuntutan yang berasaskan ras dan seumpamanya. Terdapat pelbagai amalan
dan pandangan mengenai pendidikan. Ini adalah disebabkan setiap kumpulan mempunyai
budaya dan keperluan yang berbeza.

Kematangan ibu bapa hari ini sudah tentu dapat membezakan di mana perlunya dihantar
anak-anak mereka. Tidak perlu meng’ugut’ atau mengarahkan mereka. Biarkanlah
mereka membuat pilihan sendiri. Jika dilihat semangat polisi pendidikan British pada
masa sebelum kemerdekaan, mereka tidak mengenepikan hak ibu bapa untuk
menentukan pendidikan anak-anak. Apatah lagi pengetahuan ibu bapa pada masa dahulu
tidak sama dengan tahap pengetahuan ibu bapa pada masa sekarang. Mampukah kerajaan
mengatasi kehendak dan kepuasan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka? atau
mahu membiarkan ibu bapa memendam perasaan tidak puas hati mereka secara senyap.
Ia hanya akan berjaya pada jangka waktu yang pendek tetapi kami yakin untuk jangka
masa panjangnya, perasaan ketidakpuasan hati ini akan dilepaskan dengan ‘dentuman’
yang kuat apabila tiba masanya.

BERSIFAT TERBUKA

Suasana masyarakat majmuk dalam negara telah mendedahkan kita dengan kekayaan
semangat toleransi yang tinggi. Pendedahan kepada pelbagai bangsa dan agama
sewajarnya telah memberikan pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagai
ahli masyarakat yang telah lama hidup dalam suasana tersebut, ia sangat menyakinkan
kita dalam memperkayakan pemikiran sikap dan tingkah laku dalam melihat kepentingan
sesuatu bangsa dan agama. Masalah pendidikan SAR tidak boleh dilihat sebagai
kepentingan sekelompok atau puak tertentu sahaja kerana ia adalah sebahagian daripada
proses pendidikan. Ia juga tidak boleh dikatakan wujudnya kepentingan politik semata-
mata samada kewujudannya atau penghapusannya. Tetapi, apa yang lebih penting ialah
masalah kesinambungan pembangunan pendidikan ini adalah sebahagian besar daripada
pembangunan Islam dan nilai-nilai etika yang baik dalam masyarakat yang seharusnya
dilihat menjangkau jauh dan merentasi sempadan politik, puak, kaum, bangsa dan
pertubuhan-pertubuhan yang ada.

Pelbagai pihak yang terlibat seharusnya bersifat terbuka dalam melihat sejarah dan
perjalanan bentuk sistem pendidikan ini. Mengapa sistem pendidikan yang sedia ada
kurang berjaya melahirkan pelajar yang budi pekertinya yang mulia sebagaima yang
tercatat dalam Falsafah Pendidikan Negara. Tanggapan ini adalah tanggapan umum yang
agak sukar untuk ditolak. Kita tidaklah mahu mempersoalkan kelemahan yang ada tetapi
adalah lebih baik jika kita mewujudkan persaingan melahirkan pelajar yang cemerlang
dalam akhlaknya selain daripada kelayakan adademik. Jika persaingan kelayakan
akademik telah dibuka sekarang dengan wujudnya Akta Pendidikan Swasta, apa salahnya
persaingan dalam membentuk dan melahirkan insan yang terbaik dibuka seluas-luasnya.
Kadangkala kita merasakan para ibu bapa sendiri teragak-agak untuk menghantar anak-
anak mereka ke sekoah aliran kebangsaan.

Walaupun struktur SAR dan pencapainnya mungkin lemah, kewangan yang terhad dan
pelbagai kelemahan lagi tetapi pihak yang terlibat sanggup berkorban demi memelihara
sistem pendidikan Islam yang suci itu. Bersidat pekalah kepada kehendak pencinta SAR
dan bantulah mereka sekadar yang patut dan sewajarnya. Kelulusan akademik yang
rendah, masalah pengurusan, kelemahan pentadbiran dan bantuan yang terhad adalah satu
perkara yang sudah lama dibincangkan tetapi mengapa ia masih wujud sehingga ke hari
ini. Itulah bukti kekuatan yang ada pada mereka. ‘Sudah jatuh ditimpa tangga’ menjadi
perkara biasa kepada mereka. Yang ‘luar biasanya ‘ ialah apabila tangga tersebut telah
‘dicuri’ dan mereka sudah tidak mempunyai ‘tangga’ lagi untuk meneruskan pembinaan.

Pandangan sebahagian kecil daripada 23 juta rakyat ini tidak boleh diketepikan begitu
sahaja oleh pihak berkuasa. Sesuatu yang benar perlu diambil kira dan jangan
menyisihkan sekumpulan masyarakat ini dari arus perdana kerana dari sudut sejarah dan
sumbangannya kepada masyarakat tidak boleh dipandang kecil.
Info Pendidikan: Demokrasi Pendidikan Rapat Jurang Kaum – Hishammuddin

PEKAN 24 Sept. – Kementerian Pelajaran akan terus berusaha untuk mendemokrasikan


pendidikan bagi merapatkan jurang di kalangan masyarakat berbilang etnik, budaya dan
sosioekonomi di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
berkata, kementerian beliau sentiasa mengambil langkah ke hadapan bagi memastikan
tidak ada murid yang akan ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan pendidikan
di negara ini

Katanya, menerusi Jabatan Pendidikan Khas, kementeriannya akan terus komited


menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid yang mempunyai masalah
penglihatan, pendengaran, pembelajaran dan pemulihan khas.

‘‘Kategori murid-murid bermasalah pembelajaran di bawah kementerian ialah sindrom


down, autisme ringan, attention deficit hyperactive disorder, terencat akal minimum dan
bermasalah pembelajaran spesifik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup program Outreach pendidikan khas dan
lawatan menangani isu-isu pendidikan anak Orang Asli oleh Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Kebangsaan Runchang, dekat sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Parlimen kementerian, P. Komala Dewi.

Katanya, bagi menjayakannya, program Pendidikan Khas Integrasi telah dilaksanakan di


sekolah aliran perdana yang menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani
dan intelek supaya murid-murid berkenaan menerima pendidikan yang lebih tinggi.

Beliau berharap melalui program seperti itu, pelajar bermasalah akan mendapat
pekerjaan dan mampu hidup berdikari.

Sementara itu, beliau berkata, program pemulihan khas disediakan untuk membantu
murid mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

‘‘Bagi pelajar golongan ini, mereka diajar dengan menggunakan pendekatan pengajaran
pembelajaran pengasingan sementara.

‘‘Sementara itu, dalam konteks pembelajaran anak-anak Orang Asli dan anak-anak
pribumi Penan, kementerian memberikan penekanan dan fokus kepada keperluan
mendefinisikan semula persekolahan mereka,” katanya.

Kata Hishammuddin, pendefinisian semula ini dilakukan untuk membantu anak-anak


Orang Asli dan Penan supaya tidak terus tercicir dalam pendidikan.

Golongan ini, kata beliau, boleh dikelompokkan dalam golongan berisiko tinggi yang
perlu diberi perhatian agar tidak wujud jurang besar dalam pelbagai aspek antara murid
di kawasan bandar dan luar bandar.

Katanya, program Outreach yang dilaksanakan oleh kementerian bertujuan memenuhi


matlamat menyediakan peluang pendidikan formal kepada semua kanak-kanak termasuk
kanak-kanak berkeperluan khas.

‘‘Program Outreach yang dijalankan sebelum ini di Ulu Tembeling, Jerantut, Baram
Tengah di Ulu Baram, Sarawak dan bahagian Pantai Timur di Sabah mendapati masih
banyak aspek perlu diberi perhatian.

‘‘Antaranya ialah infrastruktur dan pengisian pendidikan bagi menggalak pembelajaran


yang berterusan di kalangan murid Orang Asli, pribumi Penan dan Bajau Laut.

You might also like