You are on page 1of 3

Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan

(Faculty of Medicine & Defence Health)

1. Program

1.1 Nama Program : Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan


1.2 Fakulti : Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan

2. Pengasas Fakulti

2.1 Dekan : Briged. Jen. Dato’ Dr. Mohd Zin Bin Bidin
2.2 Penolong Pendaftar : Norsyuhada Binti Ab Shukor

3. Latar Belakang

3.1 UPNM bercadang untuk mewujudkan sebuah fakulti perubatan dan kesihatan
pertahanan, bertujuan untuk menambah bilangan doktor perubatan dan lain-lain
tenaga pakar kesihatan untuk ATM khasnya dan Malaysia amnya. Pendekatan
pembelajaran dan pengajaran perubatan dan kesihatan pertahanan di UPNM
adalah ke arah melahirkan doktor dan tenaga professional kesihatan yang
berpengetahuan luas dalam perubatan ketenteraan, keperluan operasi tentera dan
bencana yang boleh berkhidmat di dalam atau luar negara.
3.2 Penubuhan fakulti perubatan dan kesihatan pertahanan ini akan dapat memenuhi
aspirasi ATM untuk menjadi satu angkatan yang versatil dan kredibel. Ianya akan
dibentuk ke arah sebuah pusat rujukan perubatan dan penyelidikan ketenteraan
terulung dengan penekanan kepada penyakit-penyakit yang unik di dalam
perubatan ketenteraan termasuk perubatan selam, perubatan kapal selam,
perubatan penerbangan, CBRNE dan perubatan operasi.
3.3 Fakulti ini akan menyediakan doktor perubatan dan tenaga pakar kesihatan yang
mempunyai asas ketenteraan secara berterusan untuk mempertingkatkan tahap
kesiapsiagaan ATM. Tenaga ini boleh digunakan dalam keadaan aman dan juga
boleh digerakkan untuk keperluan semasa peperangan, misi kemanusiaan dan
bantuan bencana.
3.4 Fakulti ini akan mengkonsolidasikan aset-aset perubatan ATM yang terdiri
daripada hospital-hospital angkatan tentera, INSAN, IPP, IPBAH, batalion-
batalion perubatan dan pusat-pusat perubatan Angkatan Tentera. Ini
membolehkan aset-aset tersebut dapat diguna secara optimum untuk tujuan
pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan demi kepentingan ATM khasnya dan
negara amnya.
4. Justifikasi

4.1 Keperluan tenaga mahir dalam perkhidmatan kesihatan semakin meningkat. Oleh
yang demikian, keperluan doktor perubatan dengan kemahiran khusus dan unik
menjadi agenda utama penubuhan fakulti ini.

4.2 Buat masa ini, tiada institusi yang khusus berperanan dalam mengeluarkan pada
doktor bagi memenuhi keperluan perubatan tentera.

4.3 Di dalam mengharungi cabaran dunia globalisasi, ancaman perang adalah nyata.
Oleh yang demikian, perlu ada satu institusi dalam melantik para doktor yang
boleh diaturgerakkan di mana sahaja pada bila-bila masa.

4.4 PKAT mempunyai asset-aset yang sedia ada seperti 5x Hospital, 30 x


RSAT/PPAT, Institut Kesihatan Angkatan Tentera, Institut Perubatan Bawah Air
dan Hiperbarik dan Institut Perubatan Penerbangan yang dapat menampung
keperluan bagi menjalankan latihan dan penempatan untuk tujuan melaksanakan
program ijazah ini.

4.5 Kepakaran klinikal, separa klinikal dan ketenteraan sedia ada yang dimiliki oleh
PKAT adalah sebagai modal insan yang berguna untuk tujuan tersebut.

4.6 Dengan adanya program ini, ia dapat menjana penyelidikan dan perkembangan
(R&D) dalam industri ketenteraan di mana terdapat kepakaran dalam bidang
khusus iaitu Aviation, Under Water Medicine, Disaster Management dan
CBRNE.

4.7 Penubuhan fakulti ini adalah penting bagi mengadakan program yang khusus
untuk badan beruniform yang lain seperti Polis, Bomba dan JPA 3 serta NGO
seperti Red Cross, St John dan lain-lain.

4.8 PKAT yang mempelopori dalam pelbagai misi kemanusian, bantuan bencana dan
perkhidmatan berkualiti dan setaraf dengan keperluan antarabangsa memberi satu
kredibiliti dalam menjalankan program ini.

4.9 UPNM bertekad mewujudkan fakulti ini yang boleh menyumbang sains perubatan
klinikal dan kesihatan pertahanan dalam meningkatkan kesiapsiagaan
perkhidmatan kesihatan.

4.10 Dapat mengumpul ilmu-ilmu tinggi serta pengalaman perubatan ketenteraan di


Negara ini dalam satu sistem akademik universiti.

4.11 Fakulti yang dicadangkan akan mengintegrasikan aspek –penjagaan pesakit,


penyelidikan dan pendidikan perubatan ke satu tahap yang holistic dan berkualiti.
Pendekatan sedemikian akan menjana anjakan paradigma perkhidmatan kesihatan
di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
5. Wawasan dan Tujuan Program

4.1 Tujuan utama penubuhan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan adalah
untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang perubatan ketenteraan yang tidak ditawarkan oleh lain-lian universiti
dalam Malaysia.

4.2 Untuk menjadikan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan sebagai pusat
rujukan terulung bagi misi-misi kemanusiaan badan-badan kerajaan dan bukan
kerajaan di Malaysia.

4.3 Program ini dijangka akan dapat menjadikan Fakulti Perubatan dan Kesihatan
Pertahanan sebagai sebuah agensi yang berpengaruh (Nasional Lead Agency) di
dalam kesihatan pertahanan.

4.4 Untuk menjadikan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan sebagai pusat
penyelidikan Human Performance dan Bioterrosim.

4.5 Untuk mengurangkan kebergantungan tenaga pegawai perubatan tentera daripada


agensi-agensi yang lain seperti Kementerian Kesihatan dan Pegawai-pegawai
Perubatan Luar Negara.

4.6 Untuk memberi peluang kepada anak-anak dari pasukan beruniform mendapatkan
tempat pengajian.

4.7 Untuk merealisasikan matlamat kerajaan memenuhi seramai 41,963 orang doktor
perubatan menjelang tahun 2020.

4.8 Untuk menjadikan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan sebuah institusi
yang cemerlang di dalam bidang Perubatan Operasi.

5. Skop dan Struktur Program

5.1 Program ditawarkan dalam tiga (3) fasa iaitu:

5.1.1 Fasa satu (1) - Pra klinikal selama satu (1) tahun
5.1.2 Fasa dua (2) - Separa klinikal selama dua (2) tahun
5.1.3 Fasa tiga (3) klinikal selama dua (2) tahun.

5.2 Tempoh minimum pengajian adalah 5 tahun (10 semester) dan maksimum adalah
7 tahun (14 semester)

6. Tahun dimulakan Pengajian

6.1 Pengajian akan dimulakan pada tahun 2011 dan para pelajar akan menamatkan
pengajian Doktor Perubatan pada tahun 2015.

You might also like