You are on page 1of 4

4.

0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN


Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan
tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama,
budaya dan juga budaya.

Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta.


Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak
konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia.
Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai
dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.

Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam


budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India
menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila
setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku
emigrasi dan perluasan empayar. Walaubagaimanapun, terdapat juga
perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam
tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam
membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman
yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun
India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging
lembu.

Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara


tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai
persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka
percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik
kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi
masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya
setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus
dijaga dengan baik.

Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati


pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan
kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan
mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari
tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia
Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan
bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi
taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi
penegasan kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia
kepada raja.

Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan


bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati
setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga
kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal.
Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah.
Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli
falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang
menganjurkan hubungan antara masyarakat.

Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun


menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun
Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya.
Contohnya haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan
ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah keran
amenindas golongan lain.

Kesimpulannya, interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke


atas masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan
yang negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah,
pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-
perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan
perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini juga mempunyai
persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga
etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima
perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.

You might also like