You are on page 1of 5

Panduan Pelaksanaan Program Khatam al-Quran Model Tasmik

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KHATAM AL-QURAN


MODEL TASMIK

1. PENDAHULUAN
Model tasmik telah dicadang dan mendapat respon yang baik daripada
pelbagai peringkat pengurusan Kementerian Pelajaran dan daripada pelbagai
pihak lain. Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai Model Tasmik
Khatam Al-Quran dan cara pelaksanaannya. Penjelasan dalam panduan ini
menyentuh tentang takrif, objektif, kumpulan sasar, strategi pelaksanaan,
agihan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

2. TAKRIF
Model Tasmik Khatam al-Quran ialah satu program membimbing dan
merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid secara individu
berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran
semasa berada di Sekolah Kebangsaan dan dilaksanakan di luar jadual
waktu.

3. OBJEKTIF
3.1 Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid.
3.2 Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk.

4. KUMPULAN SASAR
Semua murid beragama Islam Tahun Satu sekolah rendah.

5. STRATEGI PELAKSANAAN
5.1 Semua murid hendaklah menggunakan buku Iqra’ yang dibekalkan
oleh Kementerian dan al-Quran Rasm Uthmani.
5.2 Setiap murid perlu mempunyai guru tasmik yang dilantik oleh pihak
sekolah.
5.3 Guru tasmik terdiri daripada guru j-QAF. Pihak sekolah boleh melantik
guru Pendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan al-

1 j-QAF
Panduan Pelaksanaan Program Khatam al-Quran Model Tasmik
Quran untuk terlibat dalam program ini. Murid yang telah khatam al-
Quran boleh menjadi pembantu kepada guru tasmik.
5.4 Guru tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan
murid dalam Buku Rekod Bacaan setiap kali ditasmik.
5.5 Murid yang masih tidak dapat menguasai Iqra’ dan bacaan al-Quran
perlu dibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti
yang sesuai seperti Kem Literasi al-Quran, kelas tambahan dan
sebagainya oleh guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam
5.6 Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan al-Quran yang
disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.7 Guru j-QAF hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian murid
sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Buku Rekod Bacaan.
5.8 Guru j-QAF hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan
dari guru tasmik sebelum penilaian dilaksanakan.
5.9 Murid dikehendaki membaca Al-Quran berdasarkan agihan muka
surat yang dicadangkan dalam agihan rancangan tahunan bacaan
individu di Lampiran A.
5.10 Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat
dengan agihan juzuk yang dicadangkan.
5.11 Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan, murid digalakkan
membaca al-Quran setiap hari supaya mereka dapat memberi
tumpuan kepada kualiti bacaan. Ini penting terutama bagi murid yang
belum menguasai bacaan.
5.12 Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada masa-
masa yang sesuai (luar jadual waktu) seperti:
a. Waktu petang bagi sesi pagi
b. Waktu pagi bagi sesi petang
c. Waktu Kokurikulum
5.13 Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan
laporan kepada JPN.

6. AGIHAN TUGAS

2 j-QAF
Panduan Pelaksanaan Program Khatam al-Quran Model Tasmik
6.1 Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Penolong
Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai j-
QAF dan Penyelia Pelajaran Daerah bertanggungjawab memastikan
program j-QAF berjalan seperti yang dijadualkan.

6.2 Guru Besar bertanggungjawab


a. menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah;
b. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program j-
QAF;
c. mengeluarkan surat pelantikan kepada guru pembimbing;
d. memberi taklimat kepada guru pembimbing murid yang terlibat;
e. memastikan program j-QAF ini dapat dilaksanakan dengan
sempurna;
f. memantau perlaksanaan Model Tasmik; dan
g. mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantar ke
JPN. Laporan pencapaian murid dibuat menggunakan borang
Analisa Pencapaian Murid yang disedikan oleh JAPIM.

6.3 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab


a. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana
peringkat sekolah;
b. mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari Guru
tasmik;
c. bekerjasama dengan Guru Pendidikan Islam menyediakan
keperluan pelaksanaan program j-QAF; dan
d. menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran.
6.4 Guru j-QAF bertanggungjawab
a. mengumpul data guru tasmik al-Quran;
b. menentukan guru tasmik untuk semua murid yang terlibat
dengan projek ini;
c. menjadi penilai serta membuat pengesahan dalam rekod bacaan
murid seminggu sekali;

3 j-QAF
Panduan Pelaksanaan Program Khatam al-Quran Model Tasmik
d. menentukan pencapaian murid dan dicatatkan dalam Buku
Rekod Bacaan;
e. memaklumkan sebarang masalah murid dan guru tasmik kepada
jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah;
f. membuat laporan dengan mengisi borang pencapaian al-Quran
seperti lampiran; dan
g. memantau pelaksanaan tasmik dijalankan.
6.5 Guru Tasmik bertanggungjawab;
a. membimbing murid sehingga khatam al-Quran;
b. mencatat setiap kali bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan;
c. mengenalpasti kelemahan dan membuat pemulihan; dan
d. mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang
timbul.

7. PENILAIAN
Seperti yang dinyatakan dalam model 6 bulan Khatam al-Quran,
penilaian menyeluruh pencapaian murid hendaklah dibuat dengan
menggunakan borang menggunakan borang yang disediakan.
Laporan yang dinyatakan dalam borang-borang berkenaan
mengandungi pencapaian murid yang merangkumi kedua-dua model.
Ini kerana pencapaian murid untuk kedua-dua model ini direkodkan
dalam Buku Rekod Bacaan al-Quran dan borang tersebut
menggunakan maklumat dari buku ini.

4 j-QAF
Panduan Pelaksanaan Program Khatam al-Quran Model Tasmik
Lampiran A

1 ‫اﺿﻴﻬﻦ راﻧﺨﻐﻦ ﻣﻴﻐﻀﻮان ﺗﺎهﻮن‬

‫اﻳﺔ‬ ‫ﺳﻮرة‬ ‫ﺟﺰء‬ ‫اوﻧﻴﺖ‬


2-1 ‫ﺳﻮرة اﻟﻔﺎﺗﺤﺔ‬ 1
16 – 1 2
24-17 3
29-25 4
37-30 5
48-38 6
57-39 7
61-58 1 8
69-62
76 -70
‫ﺳﻮرة اﻟﺒﻘﺮة‬ 9
10
83-77 11
88-84 12
93-89 13
101 - 94 14
105-102 15
112-106 16
119-113 17
126-120 18

5 j-QAF

You might also like