You are on page 1of 6

Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6

PANDUAN PELAKSANAAN
BAHASA ARAB

1. PENDAHULUAN
Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan berkenaan dengan Model
Perluasan Bahasa Arab untuk Tahun 6 di sekolah-sekolah yang
melaksanakan Program j-QAF. Panduan ini menerangkan tentang takrif,
matlamat, objektif, strategi pelaksanaan, kaedah pengajaran dan
pembelajaran serta penilaian yang akan digunakan dalam pelaksanaan
model ini.
2. TAKRIF
Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab bermaksud pelaksanaan mata
pelajaran bahasa Arab diperluaskan kepada semua murid di sekolah-sekolah
yang melaksanakan Program j-QAF. Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah
(KP(85)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004), “status mata
pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun
murid (Islam) hendaklah memilih Bahasa Arab Komunikasi sekiranya tidak
mengambil mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil
Komunikasi”. Murid bukan Islam diberi pilihan sama ada ingin mengambil
Bahasa Arab atau tidak.
3. MATLAMAT
Pengajaran dan pembelajaran bahasa di peringkat rendah bermatlamat
menanam minat mempelajari bahasa Arab bagi menguasai kemahiran
berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah.
4. OBJEKTIF
Di akhir pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah murid dapat:
4.1 mendengar bunyi huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan
memahaminya.
4.2 menyebut dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab.
4.3 bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan
memahaminya.

j-QAF
Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6

4.4 membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasa
Arab.
4.5 menulis dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan
memahaminya.
4.6 menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat
mudah dan memahaminya.

5. STRATEGI PELAKSANAAN
5.1 Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab dilaksanakan dengan
menggunakan peruntukan masa sedia ada bahasa Arab di sekolah
kebangsaan iaitu 60 minit seminggu (30 minit x 2 waktu) seperti yang
dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2002 KP (BS)
8591 Jilid XVII (8) bertarikh 1 Oktober 2002 : Penawaran Mata
Pelajaran Bahasa Arab Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).
5.2 Peruntukan masa ini mestilah berada di dalam jadual waktu rasmi
persekolahan.
5.3 Model ini dilaksanakan berpandukan kepada sepuluh (10) unit / topik
yang terkandung dalam Pakej Buku Teks Bahasa Arab Tahun 6 Edisi
2007. Penerbitan pakej buku ini terdiri daripada Buku Teks dan Buku
Panduan Guru yang dibina berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa
Arab dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 6. Buku
Latihan Aktiviti hanya disediakan untuk setiap murid tahap 1 sahaja
melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
5.4 Senarai unit / topik yang dinyatakan dalam Pakej Buku Teks di atas
adalah seperti berikut :
a. Unit / Topik Pertama : ‫ﰲ ﺍﳌﻘﺼﻒ‬
b. Unit / Topik Kedua : ‫ﺍﻟﻴﻮﻡ ﺍﻟﺮﻳﺎﺿﻲ‬
c. Unit / Topik Ketiga : ‫ﻣﻬﻦ ﺷﺮﻳﻔﺔ‬
d. Unit / Topik Keempat : ‫ﰲ ﺳﻮﻕ ﺍﻟﻠﻴﻞ‬
e. Unit / Topik Kelima : ‫ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻛﺮﱘ‬
f. Unit / Topik Keenam : ‫ﺑﻼﺩﻱ ﺍﳊﺒﻴﺒﺔ‬
g. Unit / Topik Ketujuh : ‫ﺍﻻﺣﺘﻔﺎﻝ ﺑﺎﻟﻴﻮﻡ ﺍﻟﻮﻃﲏ‬
h. Unit / Topik Kelapan : ‫ﻋﻠﻰ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻻﻣﺘﺤﺎﻥ‬
j-QAF
Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6

i. Unit / Topik Kesembilan : ‫ﺍﻟﺴﻔﺮ ﺑﺎﻟﻘﻄﺎﺭ‬


j. Unit / Topik Kesepuluh : ‫ﺭﺣﻠﺔ ﺳﻌﻴﺪﺓ‬

5.5 Pelaksanaan setiap unit / topik mencakupi aktiviti-aktiviti yang


terkandung dalam Buku Teks mengikut agihan masa seperti berikut:
Bil
Aktiviti Jumlah Waktu
.
1. Aktiviti 1 2 waktu (30 minit x 2 = 60 minit)
2. Aktiviti 2 1 waktu (30 minit)
3. Aktiviti 3 1 waktu (30 minit)
4. Aktiviti 4 1 waktu (30 minit)
5. Aktiviti 5 1 waktu (30 minit)
6. Aktiviti 6 1 waktu (30 minit)
Aktiviti Pengukuhan dan
7. 1 waktu (30 minit)
Pengayaan

JUMLAH 8 waktu (240 minit)

5.6 Guru Bahasa Arab hendaklah melaksanakan pengajaran dan


pembelajaran berpandukan agihan aktiviti/ hasil pembelajaran (‫) ﻧﺘﺎﺝ ﺍﻟﺘﻌﻠﻢ‬

yang dicadangkan seperti di dalam jadual Penilaian Kendalian Sekolah


Rendah (PKSR).
5.7 Bagi membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,
guru-guru disarankan menggunakan bahan bantu yang dibekalkan ke
sekolah-sekolah.

5.7.1 Buku Latih Tubi


a. Buku Latih Tubi Bahasa Arab untuk Tahun 6 disediakan
untuk membantu guru Bahasa Arab memberi
pengukuhan dan pengayaan kepada murid.
b. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan latihan-
latihan di dalam buku tersebut sebagai instrumen untuk
penilaian kepada murid.

j-QAF
Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6

6. AGIHAN TUGAS
6.1 Penolong Pengarah j-QAF Negeri, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Unit Pendidikan Islam / Penyelia Kanan Pendidikan Islam Daerah
bertanggungjawab :
a. memberi taklimat pelaksanaan model . dan
b. memantau pelaksanaan model.
6.2 Guru Besar bertanggungjawab :
a. memastikan program dapat dilaksanakan dengan sempurna.
b. meneliti dan mengemukakan laporan pelaksanaan model kepada
Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sektor
Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri.
6.3 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab :
a. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan model.
b. bekerjasama dengan semua pihak di sekolah bagi menjayakan
pelaksanaan model.
c. menyediakan dan menyerahkan laporan pelaksanaan model
kepada Guru Besar.

6.4 Guru Bahasa Arab bertanggungjawab:


a. menggunakan Buku Teks, Buku Panduan Guru Bahasa Arab dan
bahan bantu mengajar yang disediakan untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
b. merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan bermakna.
c. mempelbagaikan aktiviti komunikatif untuk menarik minat murid.
d. memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
murid.
e. membuat penilaian dengan menggunakan instrumen yang
disediakan.
f. merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran.
j-QAF
Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6

g. melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua


Panitia.

7. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


7.1 Berdasarkan teori-teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa,
terdapat pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Arab boleh dilaksanakan di sekolah. Namun begitu, pendekatan
komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah kerana sifat
dan tujuan bahasa Arab itu sendiri ialah untuk berkomunikasi.
7.2 Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dijalankan menggunakan
kaedah-kaedah berikut iaitu :
a. Kaedah Tematik. (FGHIJIKL‫ ا‬FNOPQL‫)ا‬
b. Kaedah Ajuk-Hafaz. (‫ة‬U‫آ‬UWKL‫ وا‬YO‫د‬P[L‫ ا‬FNOPS)
c. Kaedah Semula Jadi / Kaedah Terus. (‫ة‬P]U\KL‫ ا‬FNOPQL‫)ا‬
d. Kaedah Latih Tubi. (F`abKL‫ت ا‬U\O‫ر‬Y[L‫ ا‬FNOPS)
e. Kaedah Eklektik. (FGcUN[de‫ ا‬FNOPQL‫)ا‬
8. PENILAIAN
8.1. Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan
maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil
pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
penilaian perlu dijalankan secara berterusan bermula dari tahun 1 (sila
rujuk Panduan Pelaksanaan PKSR Bahasa Arab seperti yang terdapat
di dalam buku Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran dan
Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 6).
8.2. Guru perlu menjalankan 3 penilaian iaitu penilaian sikap, penilaian lisan
dan penilaian tulisan secara formatif berdasarkan topik pembelajaran.
Walau bagaimanapun penilaian yang perlu dilaporkan kepada
Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) untuk tahap dua (Tahun 4
hingga Tahun 6) ialah penilaian sumatif yang akan dibekal ke
sekolah-sekolah pada bulan Mei dan Oktober sahaja.

j-QAF
Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6

8.3. Penilaian bahasa Arab di peringkat sekolah dilaksanakan mengikut


format Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Penilaian
Kendalian Sekolah Rendah mempunyai prinsip-prinsip berikut :
a. bersifat formatif.
b. mengesan perkembangan individu secara menyeluruh (intelek,
emosi, rohani dan jasmani).
c. sistematik dan berterusan.
d. menggunakan pelbagai kaedah (pemerhatian, lisan dan
penulisan).
e. berasaskan kriteria.
f. dikendalikan oleh guru.
g. membolehkan tindakan susulan.

j-QAF

You might also like