You are on page 1of 57

DASAR, PIAWAIAN DAN

GARIS PANDUAN PERANCANGAN


PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN
JURUTEKNIK PERANCANGAN BANDAR & DESA
&
PELUKIS PELAN
GRED J17-J22

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA


SEMENANJUNG MALAYSIA
PIAWAIAN DAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN

Merupakan instrumen yang menentukan keperluan ruang, tapak,


penempatan dan lain-lain kriteria perancangan yang perlu dipatuhi
di dalam sesuatu pembangunan tanah.

OBJEKTIF PIAWAIAN & GARIS PANDUAN PERANCANGAN

• Memastikan perancangan dan pembangunan fizikal mencapai misi


jabatan untuk mewujudkan persekitaran manusia yang berkualiti
dan mampan selaras dengan Wawasan 2020.

• Menterjemahkan falsafah ”Doktrin Perancangan dan Pembangunan


Sejagat” di dalam perancangan dan pembangunan fizikal.
• Bagi memandu di dalam aktiviti kawalan
perancangan.

• Sebagai input yang penting di dalam penyediaan


Rancangan Pembangunan (Rancangan Tempatan dan Rancangan
Kawasan Khas).

• Menetapkan dasar-dasar pelaksanaan yang


perlu dipatuhi.
SKOP PTK UNTUK J17-J22
1. PIAWAIAN DAN GARIS PANDUAN
UTAMA

2. ISU SEMASA
- Penyediaan tanah lapang dan rekreasi
- Banjir
- Degradasi sumber sungai
- Penyediaan kemudahan masyarakat

RUJUKAN

1. GARIS PANDUAN PERANCANGAN DAN


PEMBANGUNAN SEJAGAT – EDISI KEDUA.

2. GARIS PANDUAN PERANCANGAN SUSUN ATUR


OPTIMA BAGI KAWASAN PERUMAHAN.
3. PIAWAIAN PERANCANGAN TANAH LAPANG DAN REKREASI.

4. GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN MASYARAKAT

5. GARIS PANDUAN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN


TANAH LAPANG DAN REKREASI.

6. GARIS PANDUAN PERANCANGAN KAWASAN RIZAB SUNGAI


SEBAGAI SEBAHAGIAN TANAH LAPANG AWAM.

7. GARIS PANDUAN PETUNJUK BANDAR MAMPAN MURNInet.


GARIS PANDUAN PERANCANGAN DAN
PEMBANGUNAN SEJAGAT (EDISI KEDUA)

DOKTRIN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN SEJAGAT


(DPPS)
Teras utama DPPS ialah integrasi nilai kerohanian dalam
perancangan dan pembangunan. Nilai kerohanian ini pula
adalah hasil daripada jalinan 3 hubungan yang menjadi asas
sesuatu masyarakat iaitu:

Hubungan MANUSIA dengan PENCIPTA


Hubungan MANUSIA dengan MANUSIA
Hubungan MANUSIA dengan ALAM SEKITAR.

DPPS diterjemahkan pada 5 ciri falsafah.

 Sifat Menyeluruh Perancangan dan pembangunan tidak


boleh memisahkan aspek nilai, moral dan kerohanian dari aspek
fizikal dan kebendaan
 Manusia Sebagai Fokus Pembangunan
Keperluan, sikap, dorongan perasaan dan aspirasi manusia amat
penting dan di beri fokus dalam perancangan dan pembangunan.
Walau bagaimanapun keupayaan alam sekitar di dalam memenuhi
keperluan tersebut perlulah diseimbangi.
 Aktiviti Pelbagai Dimensi
Semua pembolehubah (variables) perlu diberi pertimbangan di
dalam sesuatu perancangan dan pembangunan.
 Perubahan Kuantitatif dan Kualitatif
Perancangan dan pembangunan akan menghasilkan perubahan
dari segi kuantitatif dan juga kualitatif. Perseimbangan antara
keduanya perlu ada dan perubahan harus membawa manusia
mensyukuri nikmat pencipta.
 Penggunaan dan Pengagihan Sumber dengan Saksama
Penggunaan secara optimum serta pengagihan yang saksama
segala sumber alam antara manusia berasaskan hak dan
keadilan.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
SUSUN ATUR OPTIMA BAGI KAWASAN PERUMAHAN
ISU/MASALAH

a. Susun atur
 Kurang kreatif (berderet dan lurus)
 Wujud tanah lapang yang kecil, berselerak dan tidak
digunakan
 Tidak selamat.
 Kurang ruang untuk interaksi.

b. Sistem Jalan
Tiada hierarki jalan raya yang jelas, lorong belakang tak
berfungsi, lebar jalan hadapan rumah yang tidak lagi sesuai.
Tiada sistem rangkaian pejalan kaki.
Tiada ruang pejalan kaki, utiliti dan anjakan antara
kenderaan dan pejalan kaki.
Gambarajah
Keratan Rentas Jalan Pengumpul Kecil (20 m)
c. Infrastruktur dan Utiliti
 Kurang ambilkira keadaan fizikal dan topografi.
 Perletakan/agihan yang tidak sesuai seperti kolam oksidasi
dll.
d. Kemudahan Awam
 Perletakan tidak sesuai, tidak cukup serta tidak mudah
sampai.
 Kemudahan awam di ”high rise” yang tidak lengkap.
e. Kawasan Lapang
 Lokasi tidak strategic dan kurang penyediaan.
 Kurang kemudahan bagi golongan remaja/ orang tua/OKU

f. Alam Sekitar
 Kurang penekanan kepada alam sekitar
 Pembuangan sampah yang tidak teratur di ”high rise”
DASAR PELAKSANAAN

a. Menerimapakai dasar MNKT mengenai pelaksanaan tanah


lapang awam di kawasan PBT

 Tanah lapang awam diserahkan kepada PBN dan


diwartakan. Selenggaraan oleh PBT.

 Pemaju buat kerja tapak, tanam rumput, bina parit dan jalan
masuk.
b. Menerimapakai dasar J/K Kabinet bagi Membenteras Masalah-
Masalah Sosial
 Menyediakan 10% tanah lapang awam

 Pemaju buat kerja tapak, bina parit dan jalan masuk tetapi
tidak membina bangunan.

 Tapak kemudahan sosial adalah 20%.


c. Memenuhi konsep asas perumahan iaitu:
 Mengikut Rancangan Pembangunan

 Mematuhi Akta-Akta
- Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta
172)
- Kanun Tanah Negara 1960 (Akta 385)
- Akta Jalan, parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
- Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

 Mengikut Garis Panduan Jabatan Teknikal seperti:


- Manual Mesra Alam, 2000, JPS
- Guidelines for Developers – Sewerage Policy for
New Developments 1999, JPP
 Rumah kos rendah sekurang-kurangnya 30%

 Bagi “high-rise”, 20% dari jumlah letak kereta hendaklah di


dalam bangunan.

 Merancang tapak gerai

 Pembinaan perumahan tidak mengatasi kemampuan


infrastruktur seperti jalan raya, kawasan tanah lapang dll.

 Berasaskan konsep kejiranan. Setiap kejiranan


mempunyai minimum 1 padang bola sepak

 Pembangunan perlu menunjukkan hierarki kejiranan.


Gambarajah Hierarki Kejiranan
d. Syarat-syarat kelulusan Kebenaran Merancang meliputi
perkara berikut:

 Tidak digalak susun atur berderet/lurus.

 Kemudahan sosial mudah sampai.

 Pemaju sedia 1 padang permainan kanak-kanak/padang


bola (minimum 0.6 hek)

 Saiz minimum tanah lapang awam tidak kurang 0.6 hek).

e. Mematuhi Garis Panduan Perancangan oleh JPBD Sem


Malaysia.
GARIS PANDUAN

A. PERANCANGAN TAPAK
i. Lokasi – jarak yang sesuai dari kawasan yang
mencemarkan.
a. Zon penampan = industri kecil: 30-50m, industri
sederhana: 250m dan induatri berat: 500m.
b. Zon penampan bagi kawal udara dan bunyi,
halang pemandangan tidak menarik.
c. Gunatanah yang sesuai di zon penampan –
tanah lapang, bengkel, TLK.
ii. Aksessibiliti – kemudahsampaian yang tinggi mengikut
hirarki jalan dan kesinambungan dengan jalan sedia ada.
iii. Topografi – Mengikut topografi asal. Orientasi bangunan
disesuaikan dengan sinaran matahari, edaran udara dan
vista semulajadi.
iv. Alam Sekitar – kecantikan/keaslian alam semulajadi
dikekalkan.
v. Infra dan Utiliti – merancang kepadatan (density)
pembangunan mengikut keupayaan infra dan kemudahan
sosial.
B. SUSUNATUR DAN REKABENTUK
- Wujudkan ruang interaksi – tanah lapang & rekreasi,
kem masyarakat, laluan pejalan kaki dan rumah tidak
berpagar.
- Beridentiti, bertaman, indah dan harmoni dengan alam sekitar.
- Galakkan perumahan secara berkelompok (cluster)
berkonsep ”courtyard” – bertujuan mengoptimumkan
tapak, dan mewujudkan tanah lapang awam untuk interaksi.
- Pelbagai pilihan jenis rumah dari segi harga,
rekabentuk dan lokasi bersesuaian dengan kemampuan.
- Wujudkan ciri-ciri keselamatan, penyayang terutama
kanak-kanak, orang tua, OKU.
- Mengikut arah kiblat
- Mengandungi komponen riadah dan khidmat sosial.
- Wujudkan ruang kesendirian (privacy) dari segi
bilangan bilik (min 3 bilik tidur), kedudukan pintu dan tingkap.
- Rumah kos rendah diintegrasikan di dalam
keseluruhan pembangunan.
- Bagi ”high-rise”, kemudahan lif dan tangga perlu
cukup untuk membawa jenazah/orang sakit.
C. SISTEM PERHUBUNGAN
- Mempunyai sistem rangkaian jalan yang selamat,
tersusun, mudah difahami serta mudah dituju.
a. Jalan pengumpul, 22 – 30m (70 -100 kaki).
b. Jalan pengumpul kecil, 15m (50 kaki)
c. Jalan tempatan, 12m (40 kaki).
d. ”Cul-de-sac”.

- Utamakan pejalan kaki melalui penyediaan sistem


siar kaki dan juga laluan berbasikal.Sistem siar
kaki yang yang berfungsi sebagai penghubung
antara rumah dan sekolah, padan permainan perlu
diutamakan untuk wujudkan kawasan kejiranan
yang mesra kanak-kanak.
- Jalan susur bagi rumah berhadapan jalan utama.
- Asingkan through traffic dengan sistem siar
kaki dan laluan berbasikal.
D. SISTEM PERPARITAN DAN SALIRAN
- Arah aliran perparitan semulajadi perlu dikekal
dan digabungkan sebagai sebahagian rekabentuk projek.
- Parit buatan manusia perlu diselindungkan melalui
penggunaan batuan sungai, konkrit berwarna dan
dilanskap.
- Penggunaan permukaan yang meresap air seperti
pelantar kayu untuk memperkayakan air bawah tanah.
KONSEP PUSAT KEJIRANAN

a. 1 kawasan kejiranan – 1,500 unit perumahan atau 3,000 –


7,500 penduduk).
b. Pusat kejiranan meliputi tanah lapang, pusat perniagaan dan
penjaja serta kemudahan masyarakat (dewan orang ramai, tadika,
surau, perpustakaan awam, klinik awam, sekolah dll)
hendaklah di jadikan fokus dan hendaklah mencukupi (self-
contained) serta mudahsampai. Pusat perniagaan menempatkan
kedai mini market, kedai runcit, kedai gunting rambut dan
bengkel.
c. Perlu mempunyai minimum 1 padang permainan kanak-kanak
atau padang bola sepak. (0.6 hektar)
PIAWAIAN PERANCANGAN TANAH LAPANG
DAN REKREASI

DEFINISI TANAH LAPANG DAN REKREASI


”mana-mana tanah samada yang dikepong atau tidak yang
dikhas atau direzabkan untuk dikhaskan keseluruhannya atau
sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman
awam, padang sukan dan rekreasi awam atau sebagai suatu
tempat awam” – Akta Perancangan Bandar dan Desa
(Pindaan) 1995. Akta (A933), Seksyen 2(f).
ISU/MASALAH

a. Lokasi
 Perletakan tidak sesuai
-tidak dipusatkan di tempat tumpuan penduduk.
-bersebelahan pencawang elektik, jalan besar yang
membahayakan.
b. Keselamatan
 Tidak diselenggarakan
 Diperbuat dari permukaan bahan-bahan yang keras spt
konkrit.
c. Sistem Saliran
 Tiada sistem saliran baik menyebabkan air bertakung
d. Kemudahan dan Peralatan
 Kemudahan tiada menyebabkan tidak ramai
menggunakannya.
 Peralatan tidak mengikut piawaian yang disediakan.
e. Tempat Letak Kereta
 Tiada TLK yang mencukupi dan sesuai.
f. Kemudahan Awam
 Tandas awam, wakaf, tempat berteduh, lampu dan
pencahayaan kurang disediakan.
g. Kemudahan untuk OKU
 Tiada kemudahan untuk OKU seperti ”ramp” untuk kerusi
roda dll.
h. Bentuk Lot Tanah Lapang dan Taman Rekreasi
 ”Odd-lots” (segi tiga contohnya) atau ”incidental spaces”
digunakan untuk lot permainan dan padang permainan. Ini
menyusahkan susunan peralatan dan perancangan aktiviti
dalam taman rekreasi.
DASAR PELAKSANAAN

a. Menyediakan 10% tanah lapang bagi semua jenis pembangunan


berikut:
- pembangunan perumahan
- pembangunan perdagangan
- pembangunan perindustrian
- pembangunan bercampur
- pembangunan pelancongan
- pembangunan institusi
b. PBN merizab dan mewartakan tanah lapang yang diluluskan
dalam Ranc. Pembangunan di bawah KTN.

c. Pemaju merata dan membersihkan tapak, menyediakan parit


dan jalan masuk serta tanam rumput.
d. Syarat CFO supaya tanah lapang diselenggarakan oleh pemaju
sebelum diambilalih oleh PBT.

e. Menyediakan kolam takungan sebagai sebahagian tanah lapang


bagi mengelak banjir.

f. Hirarki dan fungsi pengagihan tanah lapang dan rekreasi perlu


berlandaskan ’Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan
Rekreasi’, JPBD Sem Malaysia.
GARIS PANDUAN

PERANCANGAN TAPAK
i. Lokasi – perlu jauh dari tapak pelupusan seperti kolam oksidasi
dan gunatanah yang boleh membahayakan spt pencawang
elektik, longkang besar.

ii. Bentuk Tanah Lapang dan Rekreasi – seboleh-bolehnya


berbentuk segi-empat.

iii. Saliran yang Baik – bukan kawasan berpaya atau senang


berlaku banjir. Sistem saliran perlu ada di sekeliling tapak.

iv. Rupa Bentuk Bumi Semulajadi – untuk Padang Kejiranan,


Taman Tempatan, Taman Bandar dan Taman Wilayah, kawasan
beralun/berbukit dikekalkan untuk mengembara, hiking dan
berkelah.
v. Sumber Air atau Punca Air
– dikekalkan dan dirancang sebagai tempat rekreasi berasaskan
air.

vi. Plot Ratio Tanah Lapang dan Rekreasi


– 60% keluasan tapak tanah lapang dan rekreasi merupakan
kawasan lanskap lembut.

vii. Kecerunan Maksimum bagi Taman Rekreasi


-Lot permainan dan taman permainan = 1-4%
-Taman kejiranan dan taman tempatan = <6%
-Taman bandar dan taman wilayah = tidak terhad.
HIRARKI, EKSESIBILITI DAN FUNGSI TANAH
LAPANG DAN REKREASI
Taman Negara
- menampung penduduk satu negara
- kepentingan pengekalan alam semulajadi
- warisan kepada negara dan bahan terpenting untuk penyelidikan.
- kawasan unik, wujud ”wildlife” dan bahan penyelidikan.
- keluasan – tiada had
- jarak dengan kediaman – tiada terhad.
Taman Wilayah
- penduduk tampungan > 1 juta
- pusat tumpuan penduduk bandar, luar bandar dan dari daerah luar.
- keperluan mengekal alam semulajadi dan penyelidikan
- keluasan – 100 hektar
- jarak dengan kediaman – 1 jam perjalanan kenderaan.
c. Taman Bandar
- penduduk tampungan < 1 juta.
- pusat kegiatan sukan aktif dan tersusun.
- kemudahan untuk menikmati keindahan semulajadi.
- keluasan – 40-100 hektar
- jarak dengan kediaman – 5-10km.
d. Taman Tempatan
- penduduk tampungan 12,000-50,000 penduduk.
- menempatkan rekreasi pasif dan kegiatan sukan
- mengadakan acara-acara pertandingan sukan
- pusat interaksi sosial kebudayaan.
- keluasan – 8-40 hektar
- jarak dengan kediaman – 3km
e. Padang Kejiranan
- penduduk tampungan = 3,000-12,000 penduduk.
- tempat melakukan kegiatan sukan dan rekreasi pasif.
Dilengkapi dengan padang/gelanggang sukan
- keluasan – 2-8 hektar
- jarak dengan kediaman – 1.5km
f. Padang Permainan
- penduduk tampungan = 1,000-3,000 penduduk
- kemudahan bagi kegiatan permainan sama ada tersusun
atau tidak formal khususnya kanak-kanak peringkat umur
persekolahan rendah.
- keluasan – 0.6-2 hektar
- jarak dengan kediaman – 1km.
g Lot Permainan
- penduduk tampungan = 300-1,000 penduduk
- Tempat kanak-kanak berumur bawah umur persekolahan.
- keluasan – 0.2-0.6 hektar
- jarak dengan kediaman – 0.5km.
Gambarajah Konsep Kawasan Lapang Awam di Kawasan Kejiranan
(Keluasan dan Kegiatan), Jarak Maksimum dan Jarak Berjalan kaki
Gambarajah Hirarki Tanah Lapang dan Rekreasi
GARIS PANDUAN KAWASAN KOLAM TAKUNGAN SEBAGAI
SEBAHAGIAN TANAH LAPANG

DEFINISI KOLAM TAKUNGAN (Detention pond)


- sebuah kolam yang digunakan untuk menahan air, bagi beberapa
jam supaya saliran perparitan dan sungai sempat mengalirkan air
larian (surface run-off) ke lautan. Fungsi kolam takungan ialah untuk
mengatasi masalah banjir dan juga sebagai kolam penapis kelodak
dan tempat beriadah. Penyediaan kolam takungan di kawasan
pembangunan merupakan satu langkah yang lebih mampan untuk
mengatasi masalah banjir yang mendatangkan kerosakan harta
benda dan bencana kepada penduduk dan orang awam.
GARIS PANDUAN
a. Penyediaan kolam takungan sebagai sebahagian dari tanah lapang
digunapakai di kawasan bandar di mana terdapat masalah banjir.

- Bagi kawasan perumahan dan industri > 10 hek.

- Dibenar guna maksimum 30% peruntukan tanah lapang.

- Saiz minimum tanah lapang setelah diperuntukkan untuk kolam


takungan tidak kurang saiz padang bola.

- Perletakannya yang sesuai:


i.mengikut topografi (saliran semulajadi)
ii.mudah sampai
iii.dapat menampung saliran dari sekitar pembangunan.

- Menakung air selama 5 jam sebelum ke sungai

- Bercirikan ”wet pond”

- Mengambilkira kos penyelenggaraan oleh PBT.


b. Penyediaan kolam takungan sebagai sebahagian dari tanah lapang
tidak perlu digunapakai:

- Kawasan luar bandar yang tidak ada banjir.

- Sudah wujud kolam semulajadi

- Terdapat alternatif lain yang digunakan spt penakungan di atas


bumbung, kolam khas.

- Di kawasan industri yang menggunakan air larian untuk aktivitinya


(recycling).

- Di atas taman permainan kanak-kanak di mana keluasan adalah


terlalu kecil dan tidak sesuai untuk diintegrasikan
c. aktiviti yang boleh dilaksanakan:

- Taman rekreasi (termasuk rekreasi air spt ”boating”) dan tempat


memancing
- Tempat beristirehat
- Berkelah
- Laluan jogging.

d. rizab untuk tujuan lanskap.

e. kekalkan kawasan pembiakan flora dan fauna. Pembinaan struktur


konkrit di tebing-tebing kolam takungan dihadkan.

f. kumbahan dari kediaman, industri tidak disalur ke kolam takungan.

g. Bangunan dan jalan perlu menghadap tanah lapang utama


(termasuk kolam takungan).
DEFINISI RIZAB SUNGAI
Kawasan sungai dibahagi kepada 3 iaitu:
i. Rezab sungai
-Dataran banjir (flood plain)
-Ban dan benteng sungai
ii. Dalam sungai
iii. Koridor sungai

GAMBARAJAH : KERATAN RENTAS REZAB SUNGAI


GARIS PANDUAN
a. Susunatur
Komponen-komponen rekreasi yang sesuai sahaja yang boleh
diletakkan di rizab sungai.
Kawasan sungai Sementara Kekal Pasif Aktif
Koridor sungai * *** ***
Rizab sungai
- Dataran banjir * *** *
- Ban dan benteng ** ** ** **
Dalam sungai *
Petunjuk:
* Agak sesuai
** Sesuai
*** Sangat sesuai
b. Perancangan Lanskap
merancang dan mereka bentuk lanskap di kawasan sungai terhakis
dan tepubina.
c Kemudahan awam
- menyediakan sistem pelupusan sampah dan kumbahan yang
berkesan untuk mengelak pembuangan ke sungai.

d. Perancangan Tapak
- memaksimumkan kelebihan alam semulajadi seperti badan
air, bekas lombong, saliran, bukit-bukau dan kehijauan dalam
mereka bentuk imej kawasan taman.
- menyediakan zon penampan yang secukupnya di antara
pembangunan taman dengan sungai.

- mengekalkan ekologi sungai (flora dan fauna) dalam


perancangan tapak.

e. Infrastruktur
jalan masuk dan jalan perkhidmatan disediakan di kawasan rizab
sungai disepanjang sungai
GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEMUDAHAN
MASYARAKAT KEMUDAHAN KESIHATAN
GARIS PANDUAN
Perancangan Tapak
a. Disediakan mengikut hirarki dan tadahan penduduk:
i. hospital - hospital besar dan daerah
ii. Klinik kesihatan – di peringkat tempatan
iii. Klinik desa – di peringkat petempatan kecil (kawasan luar
bandar)
b. Mestilah mudah sampai oleh rangkaian jalan dan berdekatan pusat
pengangkutan awam.
c. Tidak di pusat bandar untuk mengelak kesesakan lalulintas.
d. Tidak di kawasan yang terlalu bising dan ada pencemaran.
Keluasan Tapak
a. Mencukupi untuk menyediakan bangunan dengan kemudahan
yang perlu ada, tempat letak kenderaan, lanskap dan kemudahan
sokongan serta pembesaran masa hadapan.
Rekabentuk dan Susunatur
a. Berfungsi sebagai pusat rawatan untuk semua golongan.
b. Rekabentuk yang memudah dan tidak menghalang pergerakan
pesakit dan pegawai perubatan.
c. Laluan yang efektif bagi kenderaan kecemasan. Sirkulasi yang
lancar serta TLK yang mencukupi. Lintasan laluan pejalan kaki
yang selamat dan pertimbangan khusus bagi keperluan OKU
d. Teratur dan indah serta mewujudkan satu taman masyarakat.
e. Laluan khas ”ramp” untuk OKU.

Kemudahan Sokongan
a. Kemudahan tempat persinggahan/ruang rehat pelawat.
b. Ruang/taman untuk beriadah.
c. Kiosk keperluan harian dan pusat maklumat.
d. Lanskap untuk mengindah/menceriakan persekitaran untuk
kebaikan pesakit dan pelawat.
KEMUDAHAN PENDIDIKAN
GARIS PANDUAN
Perancangan Tapak
a. Penyediaan mengikut hirarki berdasarkan bilangan penduduk
tadahan, lokasi, keluasan dan kemudahan minimum
- 1 sekolah rendah bagi 1 unit kejiranan (3,000-7,5000
penduduk)
- 1 sekolah menengah bagi setiap 2 atau 3 unit kejiranan.
b. Jarak yang optimum dengan kawasan perumahan supaya pelajar
tidak perlu jarak perjalanan jauh.
- Jarak sekolah rendah dengan rumah- 0.4km-0.8km (1/4 – ½
batu)
- Jarak sekolah menengah dengan rumah- 0.8km-1.6km (1/2
– 1 batu)
c. Tidak sesuai di kawasan paya, berbukit, banjir atau berisiko
tanah runtuh.
d. Jauh dari kawasan industri dan mempunyai pemisah yang cukup
dari gunatanh tidak sesuai seperti lebuhraya.
e. Tidak terletak di sepanjang atau berhampiran jalan utama bagi
mengelak kesesakan dan mengutamakan keselamatan.

f. Terletak berhampiran kemudahan awam yang lain spt bas awam.

g. Tidak terletak di tapak yang melibatkan perjalanan melalui lorong-


lorong yang sunyi/terpencil.

h. Mempunyai ciri fizikal yang baik spt saliran yang baik, contohnya
agar padang permainan dapat berfungsi.
GAMBARAJAH LOKASI DAN JARAK SEKOLAH DARI RUMAH
Keluasan Tapak
a. Keluasan perlu mencukupi`
- Sekolah rendah: 2-4 hektar atau 5-10 ekar (2 hektar untuk
kawasan rata, 3 hektar untuk kawasan berbukit dengan
ketinggian tidak melebihi 60 m (200 kaki) dan berkecerunan
tidak melebihi 10 dargah
- Sekolah menengah: 3.2-6 hektar atau 8-15 ekar (3 hektar
untuk kawasan rata, 4 hektar untuk kawasan berbukit dengan
ketinggian tidak melebihi 60 m (200 kaki) dan berkecerunan
tidak melebihi 10 dargah
b. Keluasan boleh dikecilkan di kawasan bandar.

Rekabentuk dan Susunatur


a. Rekabentuk yang berfungsi dengan ciri-ciri keselamatan.
b. Rekabentuk yang mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk
proses pembelajaran dan pengajaran.
c. Mengikut garis kontor dan bentuk bumi yang disesuaikan dengan
perancangan lanskap.
SISTEM PERHUBUNGAN DAN KEMUDAHAN SOKONGAN
a. Sistem perhubungan yang selamat bagi kanak-kanak.
b. Laluan bas dan kenderaan ibu-bapa dengan laluan utama
mestilah diasingkan
- Menyediakan lorong khas bas sekolah dan perhentian
sekolah
- Menyediakan laluan sehala

- Menyediakan beberapa laluan jalan keluar.

c. Tempat menunggu berbumbung bagi kanak-kanak dan ”Lay-by”


untuk bas menunggu di luar sekolah.
d. TLK yang mencukupi.
e. Lanskap dengan pokok bersesuaian, menarik dan senang
diselenggara bagi mewujudkan sekolah yang ceria.
DEWAN ORANG RAMAI
Merupakan keperluan penting bagi masyarakat sebagai tempat
perjumpaan umum untuk tujuan sosial, politik, pembelajaran dan rekreasi.
Juga berfungsi sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan dan
kejiranan, melaksanakan perkhidmatan kerajaan seperti kempen
kesihatan, aktiviti penerangan dan sebagainya.
Terdapat 3 jenis dewan orang ramai:
i.balai raya - di kawasan luar bandar (200-1,000 penduduk) dan di
kawasan bandar (1,000-3,000 penduduk)
ii.dewan orang ramai - di kawasan bandar (3,000-10,000 penduduk)
iii.dewan sebaguna - di kawasan bandar. (>10,000 penduduk)

GARIS PANDUAN
Perancangan Tapak
a. Di lokasi yang mudah dikunjungi.
b. Di tempatkan berhampiran kemudahan masyarakat yang lain seperti
padang, pusat kesihatan dan sebagainya.
c. Mudahsampai dan dihubungi dengan pengangkutan awam.
d. Aktivitnya tidak bercanggah dengan aktiviti gunatanah berhampiran.
Keluasan Tapak
a. Keluasan adalah berdasarkan kepada jenis dan fungsi – 0.1 – 0.6
hektar. Mengambilkira keperluan ruang aktiviti-aktiviti tertentu
seperti bilik mesyuarat, dewan untuk majlis sosial seperti
perkahwinan dan sebagainya.
Rekabentuk dan Susunatur
a. Melambangkan budaya tempatan.
b. Rekabentuk kemudahan hendaklah sesuai dengan fungsi dan
aktiviti yang akan dijalankan dan fleksibel untuk pelbagai aktiviti.
c. Mudah diselenggara.
d. Dilengkapi dengan kemudahan sokongan spt TLK yang
mencukupi dan lanskap yang memerlukan penelenggaraan yang
rendah.
e. Mengikut garis kontor dan diintegrasikan dengan alam semulajadi.
KEMUDAHAN BOMBA DAN PENYELAMAT

GARIS PANDUAN
Perancangan Tapak
a. Penyediaan kemudahan bomba berdasarkan fungsi dan hirarki
perbandaran dan kadar pembangunan sesuatu kawasan.
b. Di lokasi yang strategik dan ideal supaya perlindungan kebakaran
dapat diberi secara cepat dan optimum.
c. Tidak sesuai berhampiran dengan sekolah, stadium, dewan orang
ramai dan lain-lain tempat perhimpunan.
d. Tidak sesuai berhampiran kawasan rendah seperti berhampiran
sungai.
e. Tapak mestilah mempunyai laluan khas keluar masuk kenderaan
bomba yang tidak mewujudkan bahaya kepada pengguna
jalanraya terutama kanak-kanak dan murid sekolah.
Keluasan Tapak

a. Keluasan adalah hendaklah mencukupi mengikut piawaian terkini


bomba.

Rekabentuk dan Susunatur

a. Mempunyai jalan keluar yang cukup untuk memastikan tindakan


dapat diambil dengan pantas sekiranya berlaku kebakaran.
b. Perlu dilanskap untuk pengindahan kawasan sekeliling.
GARIS PANDUAN DAN MANUAL PENGGUNAAN
PETUNJUK BANDAR MAMPAN (MURNInet)

MURNinet (“Malaysia Urban Indicators Network”) merupakan satu


perisian computer bagi membantu perancangan pembangunan bandar
mampan di Malaysia. Ia berupaya menganalisis keadaan semasa iaitu
mengkaji isu, masalah dan kekuatan sesebuah bandar berdasarkan
petunjuk-petunjuk bandar mampan dan berupaya menyediakan
scenario-senario dan seterusnya cadangan dan strategi pembangunan
bandar mampan bagi sesebuah bandar.

Di dalam MURNInet, terdapat 44 petunjuk bandar mampan yang


meliputi 11 sektor perancangan telah dipilih untuk di analisis tahap
pemampanannya. Sektor-sektor perancangan tersebut adalah sektor
demografi; perumahan, ekonomi, utiliti dan infrastruktur, kemudahan
masyarakat dan rekreasi, alam sekitar, sosiologi dan impak sosial, guna
tanah, reka bentuk bandar dan warisan, pengangkutan dan aksessibiliti
dan pengurusan dan kewangan.
Petunjuk di dalam MURNInet adalah merupakan satu alat pengukur yang
digunakan bagi menilai pencapaian kemampanan sesebuah bandar
Pembentukan petunjuk bandar mampan di negara ini adalah berdasarkan
kepada konsep pembangunan mampan dan bandar mampan yang
diterima pakai di dalam dan luar negara, serta disesuaikan dengan
keperluan tempatan.
Contoh petunjuk-petunjuk bagi sektor demografi adalah:
i. Kadar perbandaran;
ii. Kepadatan penduduk;
iii. Kadar pertumbuhan purata tahunan penduduk
iv. Umur median
v. Purata saiz isi rumah.

Teknik/Metodologi:
Pengumpulan dan kemasukan data
i. Mengumpul data dan maklumat sekunder
berpandukan kehendak sesuatu petunjuk.bagi
membangunkan pangkalan data
ii. Segala data dan maklumat yang telah diperolehi dan
disahkan ketepatannya akan dimasukkan ke dalam
sistem aplikasi MURNInet.
Analisis Data
i. Data-data yang telah dimasukkan ke dalam sistem perlu
dianalisa menggunakan formula-formula yang telah dibina untuk
menghasilkan petunjuk bandar digunakan untuk menganalisis data-
data yang telah dimasukkan.
ii. Dari analisis data-data tersebut, nilai skor setiap petunjuk akan
dihasilkan. Ianya akan di bandingkan dengan sasaran
piawaian yang telah ditetapkan dan analisis pencapaian kemampanan
boleh dibuat Tahap pencapaian kemampanan sesuatu petunjuk dan
sesuatu sektor perancangan serta kemampanan keseluruhan
kawasan bandar dapat dibuat. Melaluinya, isu-isu dan kelemahan-
kelemahan serta kekuatan sesuatu sektor perancangan dan
sesuatu petunjuk boleh dikenalpasti. Cadangan-cadangan bagi
memperbaiki kekurangan kemampanan bagi sesuatu sektor
perancangan dan sesuatu petunjuk boleh diketengahkan.

Contoh formula, piawai, skor dan sasaran piawaian bagi sektor


”Demografi” dan petunjuk kemampanan iaitu ”Kadar Perbandaran”
adalah:
SEKTOR DEMOGRAFI

Petunjuk Formula Piawaian Skor Sasaran


Bandar Piawaian
P1-1: P 1-1 = Pbandar X 100 <30% = 2 30%-60%
Kadar Pkajian rendah
Perbandaran Di mana,
Pbandar = Jumlah 30% - 60% 3
penduduk bandar pada =sederhana
tahun kajian.
PPBT = Jumlah >60% = 1
penduduk di kawasan tinggi
kajian pada tahun kajian

Skor
1: Tidak memuaskan/Rendah
2: Memuaskan/Sederhana
3: Paling memuaskan/Paling Baik/Tinggi.
Kepentingan MURNInet.

i. Boleh membantu di dalam membuat keputusan dengan lebih


rasional dengan menggunakan kaedah yang lebih scientifik. Ini
dapat mempertingkatkan ketelusan dan kefahaman orang ramai
mengenai keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa dan
mempermudahkan pihak berkuasa untuk memohon peruntukan
menggunakan justifikasi-justifikasi yang terhasil dari sistem ini.
ii. Maklumat dapat disimpan secara sistematik dan boleh digunakan
secara mudah. Pengurusan maklumat yang bersistematik akan
mempertingkatkan keupayaan untuk menilai keberkesanan
dasar, proses, program dan aktiviti pembangunan bandar
mampan dan menjana senario-senario ke arah pembangunan
bandar yang berkualiti dan mampam.;
iii. Memberi kebaikan kepada masyarakat bandar keseluruhan
melalui pentadbiran bandar yang lebih efektif.yang menyumbang
kepada peningkatan kualiti hidup.
Kekurangan

i. Petunjuk bandar mampan yang dicadangkan adalah tidak


exhaustive. Ini adalah kerana maklumat yang terbaik dan
paling tepat bagi petunjuk tidak dapat diperolehi kerana tidak
terdapat dalam simpanan PBT atau agensi-agensi yang lain. Kalau
adapun tidak dikumpul dan disimpan secara rutin dan berstruktur
bagi setiap bulan/tahun. Terdapat juga petunjuk yang kaitannya tidak
secara langsung terpaksa diambil. Walaupun tidak tepat untuk
menunjukkan kualiti petunjuk yang dibangunkan, petunjuk
tersebut dapat mencerminkan sedikit sebanyak isu utama sektor-
sektor yang tertentu.
ii. Data-data boleh di manupulasi untuk menghasilkan skor
kemampanan yang tinggi.
iii. Ketepatan hasil penemuan adalah bergantung kepada iii.
ketepatan dan kualiti data yang dikumpulkan. Kebanyakan data
yang terdapat pada agensi-agensi adalah tidak di dalam
bentuk yang diperlukan, misalnya
iv. Petunjuk, formula dan piawaian perlulah di pantau dan
dikemaskini selalu selaras perkembangan semasa. Sistem yang
tidak dipantau dan diselaras tidak memberi gambaran yang tepat.
v. Skor hanya di bahagikan kepada 3 kategori iaitu rendah,
sederhana dan tinggi. Di dapati kebanyakan bandar yang
menggunakan sistem ini di dapati berada pada tahap sederhana
walaupun dari pemerhatian, terdapat sesetengah dari bandar-
bandar ini termasuk di dalam sama ada kategori sederhana
rendah atau sederhana tinggi.
vi. Tiap-tiap bandar mempunyai ciri-ciri tersendiri di mana Melaka
contohnya mempunyai banyak elemen warisan yang
menyumbang kepada skor kemampanan, dan yang demikian akan
mendapat skor yang lebih tinggi berbanding lain-lain bandar yang
kekurangan dari aspek tersebut.
vii. Tiada pemberat (weightage) diberi kepada indikator-indikator
mengikut keutamaan dan kepentingan masing-masing.

You might also like