You are on page 1of 27

LAGU PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

Bulan Sabit Merah Di Malaysia


Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Lyrics   :    Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Song     :    Dato’ Johari Salleh

"Lagu Bulan Sabit Merah" - was first played


in a ceremony 1975 to commemorate the
change of name of the Society from the
Malaysian Red Cross Society to the
Malaysian Red Crescent Society.
IKRAR IKK

IKRARIKRAR PBSM
BAHAWA KAMI,
ALHI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA,
BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA DENGAN INI BERJANJI,
AKAN TAAT TUHAN,
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN
AGONG & YANG DIPERTUAN,
NEGERI KAMI,
BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA,
SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI
SELURUH DUNIA,
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN
MENDERITA,
BERDASARKAN KEPADA PRISIP PALANG
MERAH,
BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT;
KAMANUSIAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN
KEBEBASAN
PERKHIMATAN SUKARELA
KETANGGALAN
KESEJAGATAN
http://www.redcrescent.org.my
Terjemahan Buku
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
BILA-BILA MASA,
DI MANA-MANA JUA.
2005 - 2009
Strategi 5 tahun bagi memperkukuhkan keupayaan dan
keprihatinan kami terhadap penjagaan Masyarakat
kami dan kepada mereka yang memerlukan
Diterima pakai oleh Mesyuarat Majlis
Kebangsaan ke 108 2004. http://www.redcrescent.org.my
KANDUNGAN
INDEKS MUKA SURAT
A. Tahun-tahun Silam 2
B. Situasi semasa 4
C. Objektif-objektif Perlembagaan 5
D. Analisa Situasi semasa 6
E. Mara kehadapan 8
F. Pelan Strategik 10
1. Promosi Prinsip-Prinsip dan Nilai-Nilai 11
Kemanusiaan.
2. Pengurusan Bencana 12

3. Kesihatan dan Kesejahteraan Masyarakat 15


4. Pembangunan Organisasi 17
G. Hasil-hasil yang dijangkakan 20
H. Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan. 21 http://www.redcrescent.org.my
3.
A. TAHUN-TAHUN SILAM
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) telah bermula dalam
Tahun 1948 sebagai sebuah Cawangan Persatuan Palang Merah British
di Sabah dan Sarawak. Kemudiannya, banyak lagi Cawangan-Cawangan
telah diwujudkan dilain-lain pelusuk Malaysia bermula dengan Pulau
Pinang dalam tahun 1950.
Setelah merdeka 1957, Cawangan-cawangan didalam Semenanjung Tanah
Melayu telah bersatu menjadi satu organisasi yang dikenali sebagai
Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu, yang mana
Kemudiannya telah diperbadankan dengan nama Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu.
PBSMM telah mendapat pengiktirafan sebagai
Persatuan Kebangsaan yang bebas daripada
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)
pada 4hb Julai,1963 dan telah diterima keanggotaan
nya didalam Persekutuan Antarabangsa Persatuan-
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah pada
24hb Ogos, 1963.
4.
Setelah tertubuhnya Malaysia pada bulan
September, 1963, suatu Akta bagi memperbadankan
Persatuan Palang Merah Persekutuan
Tanah Melayu dan Cawangan-Cawangan Persatuan
Palang Merah British di Sabah, Sarawak, dan Singapura
http://www.redcrescent.org.my
dibawah nama ‘Persatuan Palang Merah Malaysia’
telah diluluskan oleh Parlimen dibawah Akta Persatuan
Palang Merah Malaysia (Perbadanan) , 1965 (Akta 540).
Pada tahun 1975Parlimen Malaysia telah meluluskan” Akta
1975, Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama),
dimana pertukaran nama PPMM kepada nama terkini,
iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Pada masa ini, PBSMM adalah salah sebuah Persatuan Kebangsaan
dikalangan 181 buah Persatuan Persatuan Kebangsaan Sedunia
yang menganggotai Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan

Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.(Persekutuan). PBSMM


menjalankan program-program dan aktiviti selaras dengan semangat dan
kehendak Akta Perbadanan dan Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah.
B. SITUASI SEMASA
Organisasi PBSMM terdiri daripada Majlis Kebangsaan, Lembaga
Eksekutif Kebangsaan, Cawangan-Cawangan, Cabang-Cabang dan
Unit-Unit Subsidairi, yang dinamakan Unit Kanak-Kanak Bulan Sabit
Merah didalam Sekolah Rendah,Belia Bulan Sabit Merah didalam
Sekolah-sekolah Menengah dan Pasukan Bantuan Sukarela (PBS)
bagi ahli-ahli yang berumur 18 tahun keatas. Belia Bulan Sabit Merah
merangkumi ahli-ahli Bulan Sabit Merah Kanak-Kanak, Belia Bulan
Sabit merah dan Pasukan Bantuan Sukarela yang menjangkau umur
http://www.redcrescent.org.my
25 tahun.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan didalam Mesyuarat ke 220 nya
pada 3hb Ogos, 2002 telah mewujudkan 14 Jawatankuasa-Jawatankuasa
Kebangsaan mengandungi portfolio Perkhidmatan Ambulans, Pentadbiran
dan Perjawatan, Anugerah, Program Darah, Bangunan, Pengurusan
Bencana, Kewangan, Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat,
Informasi da Kutipan Derma, Undang-Undang Kemanusia Antarabangsa
dan Hal Ehwal Undang-Undang, Perhubungan Antarabangsa, Tender,
Latihan dan Belia.
Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebangsaan melaksanakan program-program
dan aktiviti-aktiviti masing-masing melalui sokongan daripada 15
Cawangan-Cawangan dan 148 Cabang-Cabangnya. Setakat 8hb Mei, 2004
PBSMM mempunyai seramai 290,832 ahli-ahli yang berdaftar.
C. OBJEKTIF-OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
Dibawah Peruntukan Akta Perbadanan, Objektif-Objektif PBSMM
termasuklah “ Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan
sukarela kepada orang sakit dan cedera samaada dari angkapan tentera
atau pihak yang tidak berperang , kepada orang tawanan perang, dan
orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan
waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan
keatas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah

menjadi suatu pihak kepaada Konvensyen Geneva.


D. ANALISA SITUASI SEMASA
http://www.redcrescent.org.my
Dalam tempoh 2001 - 2003, PBSMM telah menjalankan program-program dalam
skop dan sumber-sumber kewangan yang diperolehi daripada derma yang
diperolehi melalui orang ramai dan daripada Geran Kerajaan.
PBSMM meneruskan peranan nya dengan berkesan didalam arena persediaan
bencana dan respons bencana, menyahut 211,768 panggilan kecemasan sepanjang
2001-2003 dengan peratus 605 panggilan pada setiap bulan. Dalam tempoh masa
yang sama, lebih kurang 17,954 mangsa akibat kejadian banjir, kebakaran dan
tanah runtuh telah diberikan bantuan dan perlindungan melalui rangkaian
perkhidmatan serta kerjasama daripada lain-ain agensi dan Jabatan-Jabatan
Kerajaan. PBSMM juga telah memberikan perkhidmatan kepada 2,399 tugas-tugas
tunggu Sedia dalam tempoh tiga tahun, yang mencerminkan bahawa keperluan
perkhidmatan tersebut sangat diperlukan dimasa-masa akan datang.
Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, PBSMM mengambil bahagian
yang aktif didalam mempromosi Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan dan
Nilai-nilai Kemanusiaan. Dalam tempoh 2001-2003, pandangan-
pandangan berhubung dengan Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa dan Konfliks Bersenjata, sama ada melalui kursus-
kursus, bengkel-bengkel,dan mesyuarat telah diadakan melibatkan
lebih kurang 200 peserta daripada Angkatan Tentera Malaysia dan
Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.
PBSMM juga terlibat secara aktif didalam program-program
masyarakat dan kesihatan. Aktiviti-aktiviti termasuklah pendaftaran
penderma darah, Program Seorang Pertolongan Cemas Dalam Setiap
Rumah, pembangunan belia dan pertolongan cemas kepada semua
http://www.redcrescent.org.my
kelompok masyarakat, terutamanya kepada kawasan-kawasan luar
bandar yang miskin dan maysarakat diluar bandar dengan
mengadakan kem-kem perubatan dan program penjagaan keluarga.
E. MARA KEHADAPAN
Dengan itu,
Mengenalpasti keperluan untuk menggalakkan dan mengamalkan terus
semangat dan elemen-elemen Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan diseluruh
negara;
Menerima pakai dan melaksanakan objektif-objektif dan peruntukan-
peruntukan yang terkandung didalam Undang-Undang & Peraturan
Perbadanan PBSMM yang diperbadankan dibawah Akta 1965;
Menghurmati pelbagai peringkat Pergerakan didalam makanisma
kerjasama dan hubungan keraja sepertimana yang dipersetujui didalam
Perjanjian Seville 1997;
Mengambil ingatan sasaran dan objektif Plan Tindakan Manila 2002;
Menegaskan komitmen dan menyokong didalam memenuhi kehendak
Strategi Pergerakan 2010;
Menyokong Wawasan Malaysia 2020 dan Dasar Sosial Negara.
Rancangan Tindakan Lima Tahun PBSMM mengandungi perkara-
perkara berikut:-
http://www.redcrescent.org.my
Visi
Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul, diperingkat
kebangsaan dan antarabangsa
Misi.
Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan
MOTTO
“Inter arma carita” (didalam peperangan ada kebajikan) dan “Per
Humanitatem ad pacem (melalui kemanusiaan menuju keamanan)
F. PELAN STRATEGIK
Pelan Strategik adalah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti Teras
Pergerakan iaitu:
1. Promosi Prinsip_Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-Nilai
Kemanusiaan.
2. Pengurusan Bencana
3. Kesihatan dan Penjagaan didalam Masyarakat
4. Pembangunan Organisasi.

1. Mempromosikan Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-Nilai Kemanusiaan.


Mengiktiraf pelbagai cabaran dan menghadapi situasi yang bertentangan
didalam menyebarkan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
(UUKA) dan Prinsip_prinsip Asas, objektif-objektif strategic berikut
telah ditentukan:
http://www.redcrescent.org.my
i) memainkan peranan yang utama dan diiktiraf didalam
mempromosikan UUKA didalam negara ini.
ii) mewujudkan rangkaian kerja yang berdaya tahan dan
berkesan dengan JKPM (ICRC), dengan lain-lain
komponan Pergerakan sepertimana yang termaktub
didalam Perjanjian Seville l997, dan dengan Kementerian
Kementerian Kerajaan dan lain-lain agensi.
iii) Bekerjasama degan pakar-pakar teknikal tempatan
dan antarabangsa didalam membangunkan garispanduan
makanisma penilaian didalam mempromosi UUKA
diseluruh Negara.
iv) Mempromosi penulisan perundangan mengenai UUKA
dikalangan ahli-ahli Persatuan dan masyarakat umum.

2. Pengurusan Bencana
Pengurusan Bencana adalah merupakan aktiviti-aktiviti terkehadapan
PBSMM. Ia adalah sebagai penanda aras
kepada kebolehan dan imej kepada Persatuan.
Bagi terus memperkukuhkan kecekapan dan untuk memberikan
perkhidmatan segera, objektif-objektif berikut harus diwujudkan:
i) Bagi memperkukuhkan dan menyusun semula stukturPengurusan
Bencana masa kini kepada respon yang lebih baik didalam
mengendalikan tindakan bantuan kemanusiaan, bagi kedua-
duanya diperingkat tempatan dan antarabangsa.

ii) Memperbaiki kridibiliti dan kemampuan sukarelawan


dan kakitangan sebagai professional yang berkesan entitinya
berbekalkan dengan kemudahan-kemudahan yang canggih.
iii) Untuk mengwujudkan dan mengekalkan pasukan
http://www.redcrescent.org.my
bantuan diperingakt Cawangan dan peringkat kebangsaan,
respons terhadap bencana diperingkat
tempatan dan antarabangsa.

iv) Sama-sama bekerja dengan rakan kongsi


lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan, sebagai
Pusat Krisis Pengurusan Bencana Serantau dibekalkan
lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang canggih.

2(A). Perkhidmatan Ambulans


Perkhidmatan Ambula adalah satu perkhidmatan yang tersangat
mustahak dan perkhidmatan langsung disediakan oleh PBSMM.
Sejak tahun 1960n lagi, perkhimatan asas yang disediakan
oleh peringkat Ibu Pejabat Kebangsaan dengan bantuan
kewangan daripada Kerajaan.
Untuk memperkembangkan perkhidmatan yang sama
keseluruh negara, secara strategiknya perkara-perkara
berikut telah dikenalpasti:
i) Untuk meneruskan khidmat yang berdaya tahan dan
mengembangkan perkhidmatan keseluruh Negara untuk
orang awam dengan percuma dan mempunyai
sukarelawan dan kakitangan yang terlatih dengan lebih
efisyen dan professional.

ii) Mempastikan agar kelengkapan dan peralatan sentiasa


dipertingkatkan selaras dengan kehendak-kehendak
peraturan perundangan, bertujuan mempertingkatkan
Status Perkhidmatan Ambulan dari Kelas ‘B’ kepada
Perkhidmatan Ambulan Kelas ‘A’ diseluruh negara. http://www.redcrescent.org.my
3. Kesihatan dan Penjagaan Masyarakat
Pentingnya gaya hidup sihat dan kehidupan masyarakat yang berkualiti
telah begitu kuat difahami oleh semua orang. Ini adalah selaras dengan
tujuan Pergerakan ini dimana memberi perlindungan kepada maruah
manusia dan kepada mereka yang memerlukan kesan daripada tindak
tanduk kemanusiaan diseluruh dunia. Berikut adalah objektif-
objektif Strategik yang digariskan:
i) Mewujudkan program kesihatan masyarakat yang berdaya tahan
kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada mereka
penduduk-penduduk yang berpendapatan rendah dan miskin
didalam bandar dan diluar bandar.
ii) Menjengkau sampai kepada mereka yang memerlukan
terutamanya dikawasan yang dilanda bencana, khususnya
didalam Program-Program Pemulihan Kesihatan dan
pelbagai Kecemasan dan Program penstrukturan semula .
iii) Untuk meraih derma dan pakar-pakar daripada agensi-agensi
Kerajaan, Badan-Badan Korporat dan didalam Pergerakan bagi
Projek-Projek Penjagaan Kesihatan dan berteraskan Masyarakat.
3 (A). Program Darah
Peruntukan mendapatkan darah secara percuma kepada
mereka yang memerlukan adakan merupakan satu aktiviti
yang tidak kurang pentingnya kepada Pergerakan ini.
Pusat Darah Negara (PDN) merupakan badan
untuk mengagihkan darah, sementara itu PBSMM masih
http://www.redcrescent.org.my
bertahan sebagai Sebuah Organisasi yang menrekrut dan
memberikan Perkhidmatan kepada penderma-penderma
darah. Hingga ke saat ini objektif strategik Persatuan adalah
seperti berikut:-
i) menjadi sebuah pertubuhan yang unggul didalam
mendaftarkan dan mepromosi tentang darah yang
selamat.
ii) mempastikan bekalan darah yang selamat
sentiasa dikoordinasikan dengan baik dan
berterusan dengan kerjasama Pusat Darah Negara.

3 (B) Latihan Pertolongan Cemas


PBSMM menjalankan pelbagai kategori Kursus
Pertolongan Cemas daripada Asas kepada Peringkat
Lanjutan, termasuklah Kursus Kaedah Pemulihan
Jantung Dan Paru-Paru (Cardio-Pulmonary
Resuscitation) Atau CPR.
Keutamaan untuk mempromosi Program “ Seorang
Pertolongan Cemas Dalam Setiap Rumah” untuk
melahirkan Penolong Cemas yang terlatih didalam
setiap keluarga diMalaysia menjelang tahun 2010,
dan menumpukan program Pertolongan Cemas kepada
pekerja-pekerja Industri adalah sejajar dengan
kehendak Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerja
http://www.redcrescent.org.my
atau the Occupational Safety and Health Act (OSHA).
4. Pembangunan Organisasi

Pembangunan Organisasi adalah satu proses yang berterusan


untuk memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan PBSMM untuk
meneruskan aktiviti-aktiviti kemanusiaannya. Ini melibatkan obilisasi
sumber-sumber kewangan dan modal insan untuk perkara yang
memberikan faedah yang berkesan. Strategik objektif-objektif adalah
adalah seperti berikut:-
i) mencapai kebebasan daripada cengkaman kewangan
ii) mencapai ISO Standards disemua peringkat pengurusan,
menyatupadukan sistem-sistem pencapaian berindikator

dan memantau pemberian perkhidmatan serta


tujuan-tujuan Persatuan.
iii) membangun dan mengekalkan sumber-sumber kecekapan
dan berdaya saing dengan sukaralawan-sukarelawan dan kakitangan
PBSMM untuk melahirkan perkhidmatan yang lebih baik.

iv) menyumbang didalam memperkukuhkan Pergerakan dengan


bekerjasama dengan lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan
juga dengan Persekutuan dan JPMA.
4 (A) Kewangan
Bagi mempastikan bebas daripada cengkaman kewangan,
PBSMM akan melancarkan strategi-strategi berikut:
i) Membangunkan Tabungan Induk.
http://www.redcrescent.org.my
Prinsip-Prinsip Asas
KEMANUSIAAN (Humanity)

KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service)


KEBEBASAN (Independence)
KESEJAGATAN (Universality)
KETUNGGALAN (Unity)
KEBERKECUALIAN (Neutrality)
KESAKSAMAAN (Impartiality)
 
 
 
 
 
 
 
 
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada
mereka yang tercedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud.
Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. Ia mempupuk kesefahaman,
persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.
 
 
 
 
 
 
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan
kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan
tidak menyertai pertikaian yang bercorak plitik, perkauman, agama dan ideologi.
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara. Persatuan tetap
menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada
semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan
tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.
ii) Melahirkan sistem pengurusan kewangan yang lebih
baik
4 (B) Institut PBSMM
Keperluan melatih modal insan yang terlatih dan
berkualiti adalah merupakan satu proses yang
berterusan bagi melaksanakan program-program dan
aktiviti-aktiviti PBSMM. Berikut adalah objektif-
objektif strategik:
i) Program-program latihan akan diinstitusikan
dengan mewujudkan Institut Latihan PBSMM
dan diakreditasikan sepenuhnya oleh LAN
(Lembaga Ekreditasi Negara).
ii) Bekerjasama dengan lain-lain Institusi Pengajian
Tinggi dan Agensi-Agensi kerajaan didalam
menyediakan kursus-kursus yang berkredibiliti.
iii) Menyediakan “focal point” didalam
pembangunan kecekapan dan Pusat Penyelidikan
didalam mempromosi nilai-nilai kemanusiaan.
4(C). Belia
Sukarelawan muda Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah disepadukan kedalam kerja-kerja

didalam setiap Persatuan Kebangsaan bagi


mempromosi nilai-nilai kemanusiaan. Kesihatan,
perkhidmatan masyarakat dan persahabatan
http://www.redcrescent.org.my
antarabangsa. Objektif strategic adalah seperti
berikut:
i) Memperkukuhkan Faktor Belia PBSMM
dengan melengkapkan mereka dengan
pengetahuan dan kecekapan-kecekapan.

ii) Menggerakan kuasa kemanusiaan


dikalangan belia bagi perkhidmatan
berkesan dan mengambil bahagian
didalam projek-projek berteraskan
masyarakat bagi faedah mereka yang
memerlukan.
G. KEPUTUSAN-KEPUTUSAN YANG DIJANGKAKAN.
PBSMM seharusnya menjadi Persatuan Kebangsaan yang berfungsi
dengan baik, dikenali dan dihormati oleh segenap warganegara Malaysia,
bekerja dengan cekap bersama JPMA, Persekutuan Antarabangsa dan
lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan diseluruh dunia. Ditambah
pula PBSMM mempunyai sumber bantuan kemanusiaa dengan Agensi-
agensi Kerajaan di Malaysia.
Persediaan bencana dan keupayaan untuk menyahut kepada situasi-
situasi bencana , diperingkat kebangsaan, rantau dan antarabangsa
melalui aktiviti-aktiviti terasnya akan diwujudkan melalui struktur
yang teratur.
Keupayaan dan status Perkhidmatan Ambulan dengan respons
masa lebih professional akan dipertingkatkan dan diperkukuhkan.
http://www.redcrescent.org.my
Melalui Program Darah, kesedaran awam betapa pentingnya menderama
darah akan di giatkan.

Barisan ahli-ahli yang terlatih dan cekap, sukarelawan dan kakitangan


akan sentiasa siap sedia.
Keupayaan Belia dan sokongan didalam projek-projek berteraskan
masyarakat dan kecemasan akan diperkukuhkan/pertingkatkan.
H. PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN
PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH
ANTARABANGSA.

KEMANUSIAAN
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..
KESAKSAMAAN
………………………………………………………….........................
………………………………………………………………………….
KEBERKECUALIAN
………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………….
KEBEBASAN
…………………………………………………………………………
. ……………………………………………………………………......
PERKHIDMATAN SUKARELA
…………………………………………………………………………
………………………………………………………………................
KETUNGGALAN
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
KESEJAGATAN
………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………..
PBSM Chini Timur
SELAMAT DATANG KE BLOG PBSM CHINI
TIMUR....................... BLOG INI DIILHAMKAN
OLEH MA MD ZAKUAN MOHAMAD UNTUK
MEMBANTU AHLI PBSM KAWASAN CHINI
TIMUR(DI DAERAH PEKAN) UNTUK LEBIH CERDAS
DAN BERPENGETAHUAN DALAM PBSM MAHUPUN
KEHIDUPAN SEHARIAN. TERUSKAN MENGIKUTI
PERKEMBANGAN BLOG INI DARI MASA KE SEMASA
UNTUK NOTA - NOTA TERKINI DAN ILMU BARU
DALAM PBSM. SEGALA KEKELIRUAN DALAM BLOG
INI SILA KEMUKAKAN EMAIL ANDA KEPADA
mdzkn80@yahoo.com atau REPLY SAHAJA POST
YANG DIUPLOAD.
Friday, June 22, 2007
Sejarah PBSM
Jean Henry Dunant telah dilahirkan pada 8 Mei 1828 terkenal dgn gelaran bapa
palang merah.Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta.Ibunya seorang
penyayang dan patuh pada arahan agama .

Beliau aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama aktif dalam menyatukan
orang kristian dan yahudi menjadi ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva ( objektif
utama: membantu penduduk miskin dan sakit melawat penjara untuk memulihkan
banduan .)

Pada usia 30 tahun minatnya adalah kepada sekumpulan organisasi di Switzerland ,


France ,& Belgium yang terkenal dgn nama Young Mens Christian Union dan di
England di kenali sbg Young Mens Christian Assosiation . 1853 , satu pergerakan
untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan . Dunant menentang
dan mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut
diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja . Hasil desakan Dunant , satu
persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855.

Pada tahun 1849 , Dunant berkerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di
Geneva , utk mempelajari perniagaan bank .- disebabkan ketekunannya itu dia
telah diberikan tugas sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan di
Algeria yang dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif .Kemudiannya beliau
berhenti berkerja dan bekerja sendiri dan akhirnya berjaya dalam perniagaan
beliau.
Pada bulan Jun 1859 semasa dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di
Itali apabila sampai di Castiglione della Piere ketika pertempuran di Solferino mula
meletus beliau dapati banyak mangsa perperangan yang mati dan sakit. Beliau
cuba membantu orang yang sakit dengan sedaya-upaya beliau.Pengalaman tersebut
telah menyebabkan beliau meninggalkan hal perniagaan . Beliau cuba
menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan peperangan dapat
diringankan .

"Kenangan di Solfarino" buku yang ditulis olehnya adalah permulaan bagi kejayaan
kerjayanya . Ia menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih
patut ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua negara ianya
telah mendapat sambutan yang luar biasa .Konsep "trinity" antarabangsa di antara
negara untuk menentukan penjagaan orang sakit telah menarik minat ramai .

Pada tahun 1863 & 1864 kejayaannya meningkat kemudian menurun semula pada
selepas itu.Ini kerana sokongan orang ramai kepada beliau sehingga tertubuhnya
jawatankuasa Palang Merah.Setelah itu pula persidangan di adakan dalam
tranformasi itu ,beliau menyepikan diri dan tempatnya itu digantikan oleh orang
lebih praktikal pada 1865 & 1866.Pernyataannya semakin merosot,ini kerana
perasaan malu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri

Pada 1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant kerana urusan
perniagaan yang diabaikannya juga turut merosot sehingga beliau terpaksa
meggunakan hartanya untuk membayar hutang-piutang.Ekoran daripada itu beliau
mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva pada usia 39 tahun.

20 tahun kemudian, Dunant menghadapi hidup yang paling malang, ini kerana
beliau terpaksa hidup dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya.
Kadangkala beliau muncul di khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali & England
untuk diberi penghormatan atas sumbangan tertubuhnya Palang Merah & projek-
projek lain. Walaubagaimanapun beliau terpaksa hidup keseorangan.

Pada Julai 1887 (dalam usia 59 tahun) beliau kelihatan sangat tua akibat
kekecewaan yang dialami selama 20 tahun.Namun penduduk di bandar kecil
Heidden, Switzerland mengenalinya.Di tempat tinggalnya itu ramai orang yang
menghormatinya sejak beliau menaruh minat dalam pergerakan yang beliau
pelopori.Beliau juga turut dihubungi oleh rakan lama beliau 1892.Kerana masalah
kesihatan beliau telah dimasukkan ke hospital dan hidup di sana selama 18 tahun.

1895 seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah mendapat tahu


mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara Dunant.Ekoran wawancara
itu seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun dalam
keadaan daif.Pelbagai pihak mahu membantu beliau.Pengiktirafan terhadap
khidmat beliau dihantar melalui surat oleh pihak atasan dan bawahan dari jauh
dan dekat.Manakala Pope Leo pula menghantar potret yang yang ditandatangannya
yang ditulis dengan tangannya, perkataan First Paz In Virtute Ma Deus.

Dunant tenang semasa hari tuanya, ia menghargai segala pujian yang dicurahkan
terhadap beliau dan mengatakan bahawa beliau tidak perlu dibantu, kerana bagi
beliau sudah memadai dengan bantuan pihak hospital dan jiran-jirannya di
Heidden.

Setrusnya pada 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan Dunant dengan


Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama dan dikongsi dengan Frederick Pessy
dari Perancis.Beliau tidak dapat pergi ke Christiana untuk menerima anugerah
kerana terlalu lemah tatapi hadiah itu dihantar terus kepadanya dari Geneva.

Akhir sekali, pada Ahad, 30 Oktober 1910 beliau telah meninggal dunia di
pergunungan Heidden, di kalangan penduduk.Pada akhir hayatnya beliau dapat
menikmati ketenangan hidup, jalinan persahabatan dan keselamatan hingga hari
tuanya.
Posted by metallism at 11:37 PM

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)


Persatuan Bulan Sabit Merah

Chini Timur
Blog Archive
 ▼  2007 (6)
o ▼  June (2)
 Tip First Aid
 Sejarah PBSM
o ►  February (4)
 bandaging
 CPR
 Nadi
 PBSM CHINI TIMUR

Lain-lain blog dan web MA Zakuan


 isu semasa dan terkini
 my personal blog
 mdzakuancatalogs
 Mari jual prepaid cara SMS
 laman rasmi klinik kesihatan chini
 free software and ebook
 Free ebook
 capaian segera link popular
 blog metal

Lain-lain PBSM Link


 International Commitee of Red Cross(ICRC)
 Malaysian Red Crescent

Powered byIP2Location.com

iklan
Prinsip-prinsip asas

Kemanusiaan (humanity)
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat
untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang
tercedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan
meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud. Tujuannya adalah
melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama
manusia. Ia mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan
kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.

kesaksamaan
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam
kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan
memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.

Keberkecualiaan

Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan


tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai
pertikaian yang bercorak plitik, perkauman, agama dan ideologi.

Kebebasan
Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan
tertakluk kepada undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga
otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan

Perkhidmatan sukarela
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari
untung.

Ketunggalan
Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam
sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan
aktivitinya meliputi seluruh negara.

Kesejagatan
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi
seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan
tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama
lain.

You might also like