You are on page 1of 6

Perbezaan Pembelajaran Kolaboratif &

Pembelajaran Koperatif

Pendahuluan

Pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif sering digunakan dalam bilik kuliah
maktab perguruan dan kedua-dua jenis pembelajaran memainkan peranan yang amat penting
dalam pendidikan guru. Nanum demikian banyak guru pelatih masih kurang faham perbezaan
kedua-dua pembelajaran tersebut. Masalah ini menjadi lebih ketara menjelang musim
menyiapkan kerja kursus berportfolio di mana guru-guru pelatih akan meminta sesiapa sahaja
untuk menyemak dan menandatangani portfolionya. Alasannya ialah untuk memenuhi syarat
kolaborasi lalu mendapat markah yang lebih tinggi.

Lantaran itu, tujuan rencana ini adalah untuk menjelaskan persamaan dan perbezaan
pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperasi agar amalan kedua-dua pembelajaran
lebih berkesan dan diharap pelatih akan mengaplikasinya dalam bilik darjah kelak.

Skop

Perbincangan dan pengajian tentang pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperatif


amat luas. Ia sering dikaitkan dengan pembelajaran aktif, konstruktivisme, pembelajaran
konteksual, pembelajaran eksperiensial dan pembelajaran sosial.

Justeru itu, dalam rencana ini, skop perbincangan dihadkan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik kuliah maktab perguruan sahaja. Ini bererti kolaborasi antara pensyarah dalam pembelajaran pelbagai
disiplin, penyelidikan dan pembangungan sekolah tidak diambilkira. Selain itu, kolaborasi antara pensyarah
dan pelatih dalam penyelidikan dan projek khas juga diketepikan.

Satu lagi aspek yang cuma dibincangkan sepintas lalu ialah penilaian, ciri-ciri pembelajaran kumpulan serta
berbagai-bagai bentuk pembelajaran elektronik. Begitu juga kolabori berpandukan WWW seperti Web
Quest dan sebagainya.

Contoh Kes

Untuk melihat perbezaan antara pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran koperasi, adalah
baiknya jika kita meneliti satu contoh kes yang boleh menunjukkan perbezaan pelaksanaan
kedua-dua pembelajaran tersebut. Dayang Awang merupakan pelatih yang mengikut kursus
Ilmu Pendidikan di bawah bimbingan Dr. Sun Tan seorang pensyarah yang menggunakan
prinsip-prinsip pembelajaran koperatif. Dayang juga mengikuti kursus penulisan di bawah Dr.
Star Bun yang mengamalkan pembelajaran kolaboratif. Dalam kuliah Dr. Sun, Dayang dan ahli-
ahli kumpulannya melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan yang berstruktur semasa mereka
menyelesaikan masalah atau mempelajari sesuatu kemahiran; sering kalinya Dayang
diperuntukkan pranan spesifik dalam kumpulan. Dalam kuliah pembelajaran kolaboratif Dr.
Star, Dayang dan ahli-ahli kumpulannya diminta untuk mengorganisasi usahasama dan
berunding sesama ahli kumpulan tentang peranan masing-masing untuk mengkritik dan
membincangkan esei pelajar lain.

Bila ahli-ahli kumpulan sedang memainkan peranan masing-masing dan menjalankan aktiviti
berstruktur dalam kuliah pembelajaran koperatif, Dr. Sun beredar dari satu kumpulan ke
satu kumpulan yang lain untuk memerhati interaksi dan mendengar perbualan ahli kumpulan.
Sekiranya perlu, Dr. Sun akan mencampur tangan untuk membetulkan perjalanan dan hasil
perbincangan. Dalam kuliah pembelajaran kolaboratif, Dr. Star tidak memantau secara aktif
kegiatan kumpulan malah mengembalikan semua soalan kepada kumpulan untuk dibincangkan.
Pada akhir kuliah, Dr. Sun mengadakan sesi kesimpulan untuk merumuskan perjalanan kuliah
dan aktiviti kumpulan; ada kalanya kumpulan diminta menyampaikan secara lisan laporan
ringkas tentang hasil dapatan atau menyerahkan salinan hasil perbincangan kepada Dr. Sun
untuk komen dan penilaian. Kuliah Dr. Sun biasanya diakhiri dengan sesi plenari; pelajar-
pelajar sendiri membuat rumusan dan melaporkan hasil kerja perbincangan dan selepas itu
menyimpan segala catatan perbincangan tentang karangan yang dikritik untuk dijadikan
bahan pembelajaran dalam kuliah akan datang.

Pada permulaan semester, Dayang dan rakan-rakan sekelasnya dalam kuliah Dr. Sun diberi
latihan tentang kemahiran sosial dalam kumpulan kecil seperti pendengaran aktif, dan
memberi maklum balas konstruktif kepada rakan sekumpulan. Dayang tidak menerima latihan
formal tentang teknik-teknik tersebut dalam kuliah Dr. Star kerana ia berpendapat pelatih-
pelatih telah memiliki kemahiran-kemahiran sosial yang asas untuk kerja-kerja kumpulan.
Selain itu, dalam kuliah Dr. Sun, pelatih-pelatih sering melakukan tugasan ‘pemprosesan’
kumpulan di mana pelatih-pelatih menilai fungsi kumpulan dan bagaimana ahli-ahli kumpulan
(secara individu atau kumpulan) boleh memperbaiki paras penglibatan dan prestasi kumpulan.
Dalam kuliah Dr. Star, tidak terdapatnya sesi pemprosesan kumpulan kerana ia inginkan
Dayang dan pelatih-pelatih lain menyelesaikan konflik kumpulan atau isu-isu penglibatan ahli-
ahli kumpulannya.

Dalam kuliah-kuliah hipotetikal yang baru dinyatakan, prosedur Dr. Sun dan Dr. Star
menggambarkan komitmen kepada pembelajaran aktif kumpulan kecil yang jelasnya berbeza
daripada nilai dan gaya kuliah tradisi. Kedua-dua pensyarah telah menyerahkan sebahagian
autoriti tradisi pengajar kepada pelatih. Keputusan yang diambil oleh kedua-kua pensyarah
bergandung kepada andaian tentang peranan pengajar, sifat pelajar, dan autoriti
pengetahuan. Bagaimanapun, amalan kedua-dua pengajar dan andaian-andaiannya berbeza
kerana mereka telah mengambil kaedah berbeza tentang pembelajaran kumpulan.

Berasaskan huraian kuliah Dr. Sun dan Dr. Star, maka jelasnya terdapat perbezaan di antara
pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif. Mengikut Matthews et. al, antara
perbezaan-perbezaan yang boleh dikesan ialah:

Gaya, fungsi, dan darjah penglibatan pengajar;

Isu hubungan autoriti dan kuasa antara pengajar dan pelajar;


Setakat mana pelajar perlu dilatih untuk bekerja dalam kumpulan;

Bagaimana pengetahuan dibina dan diasimilasikan;

Isu-isu implementasi lain seperti pembentukan kumpulan, pembinaan tugasan, akauntabiliti


individu dan kumpulan, dan penilaian yang tepat.

Dalam pada itu, Matthews et. al juga mengenalpasti beberapa persamaan di antara
pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif. Antaranya ialah:

Pembelajaran dalam bentuk aktif adalah lebih berkesan daripada penerimaan maklumat
secara pasif;

Pengajar memainkan peranan sebagai fasitator, jurulatih atau ‘bidan’ dan bukan ‘sage on
the stage’;

Pengajaran dan pembelajaran adalah pengalaman yang dikongsi di antara pengajar dan
pelajar;

Menyeimbangkan syarahan dan aktiviti kumpulan kecil adalah bahagian penting dalam bilik
kuliah;

Penglibatan dalam aktiviti kumpulan kecil dapat membangunkan kemahiran berfikir aras
tinggi dan memantapkan kebolehan individu untuk mengaplikasikan pengetahuan;

Penerimaan tanggungjawab untuk pembelajaran sama ada secara individu atau kumpulan
dapat mengukuhkan perkembangan intelek;

Penyuaraan idea-idea sendiri dalam situasi kumpulan kecil mengayakan kebolehan pelajar
untuk merefleksi akan andaian dan proses pemikirannya;

Pembangunan kemahiran sosial dan kumpulan melalui pembinaan konsensus secara bertolak
ansur merupakan asas pendidikan liberal;

Keahlian dalam komuniti akademik yang suportif dapat meningkatkan kejayaan dan ingatan
pelajar; dan

Menghargai kepelbagaian atau diversiti bilik kuliah adalah mustahak untuk kehidupan
demokrasi berbilang bangsa dan budaya.

Perbincangan
Mengikut Panitz (1996), ‘Collabortion is a philosophy of interaction and personal lifestyle
whereas cooperation is a structure of interaction designed to facilitate the accomplishment
of an end product or goal’.

Pembelajaran kolaboratif  bukan hanya merupakan satu teknik dalam bilik darjah malah
merupakan suatu falsafah peribadi. Dalam semua situasi kolaboratif, orang berinteraksi
dalam kumpulan dan memerlukan penghormatan tentang kebolehan dan sumbangan ahli
kumpulan. Terdapatnya perkongsian autoriti dan penerimaan tanggungjawab di antara ahli
kumpulan terhadap tindakan kumpulan. Premis asas pembelajaran kolaboratif ialah pembinaan
konsensus melalui koperasi ahli kumpulan. Ini bertentangan dengan persaingan di mana setiap
ahli cuba mengatasi orang lain. Pengamal pembelajaran kolaboratif menggunakan falsafah ini
dalam bilik darjah, mesyuarat jawatankuasa, kumpulan komuniti, keluarga dan secara amnya
apabila berhubung dengan orang lain.

Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai satu set proses untuk membantu interaksi
manusia agar mencapai matlamat tertentu atau membangunkan produk yang spesifik. Ianya
lebih terarah daripada pembelajaran kolaboratif dan biasanya diawasi dengan teliti oleh
pengajar. Walaupun terdapat mekanisme untuk analisis kumpulan dan renungan kendiri,
pendekatan teras pembelajaran koperatif adalah berpusatkan guru manakala pembelajaran
kolaboratif lebih berpusatkan pelajar.

Spencer Kagan mengutarakan definisi pembelajaran koperatif dengan melihat kepada


‘creation, analysis and systematic application of structures, or content-free ways of
organizing social interaction in the classroom’. Sesuatu struktur biasanya terdiri daripada
langkah-langkah bersiri dan setiap langkah ditentukan tingkah laku khas. Contoh-contoh
strurktur yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah “Think-Pair-Share”, “Numbered
Heads Together” dan “Paraphrase Passpot”.

Mengikut John Myers (1991), pembelajaran kolaboratif mementingkan proses bekerjasama


dalam pembelajaran manakala pembelajaran koperatif menegaskan hasil atau produk
pembelajaran. Selain itu, pembelajaran koperatif  berasal usul dari Amerika Syarikat,
khasnya berdasarkan hasil karya John Dewey yang mengutarakan pembelajaran berunsur
sosial serta pendirian Kurt Lewin yang mengutamakan dinamika kumpulan. Bagi pembelajaran
kolaboratif pula, asal usulnya adalah dari United Kingdom, terutamanya syor-syor guru
bahasa inggeris yang ingin membantu pelajar bertindak balas kepada kesusasteraan dengan
lebih aktif dan bertanggungjawab. Justeru itu, pembelajaran koperatif berkecenderungan
menggunakan kaedah kuantitatif yang meneliti pencapaian pelajar iaitu hasil pembelajaran.
Pembelajaran kolaboratif lebih cenderung menggunakan pendekatan kualitatif yang
menganalisa ucapan pelajar semasa ia mengkritik sesuatu penulisan kesusasteraan atau
sejarah. Di samping itu, menurut Meyers lagi, perbezaan kedua-dua konsep adalah seperti
berikut:

“Supporters of co-opertive learning tend to be more teacher-centered, for example when


forming heterogeneous groups, sturcturing positive inter-dependence, and teaching co-
operative skills. Collaborative learning advocates distrust structure and allow students more
say in forming friendship and interest groups. Student talk is stressed as a means for
working things out. Discovery and contextural approaches are used to teach interpersonal
skills.”

Rocky Rockwood meninjau perbezaan pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif


dari segi jenis isi kandungan yang dipelajari. Bagi Rockwood, pembelajaran koperatif
digunakan dalam pembelajaran pengetahuan tradisi atau kakonik manakala pembelajaran
kolaboratif seiring dengan gerakan konstruktivis sosial mementingkan liberisasi pengetahuan
dan autoritinya. Hasilnya ialah suatu anjakan daripada ‘foundational (cognitive) understanding
of knowledge’, kepada ‘a nonfoundational ground where “we understand knowledge to be a
social construct and learning a social process” (Brufee, 1993).

Sehubugan dengan itu, dari segi pembelajaran kolaboratif, autoriti untuk menilai dan
menentukan kewajaran hasil kerja kumpulan diproses melalui (1) kumpulan kecil, (2) kumpulan
plenari, dan (3) komuniti ilmu yang lebih luas. Konsep ilmu bukan teras mencabar proses yang
digunakan untuk memperoleh ilmu teras selain daripada hasil proses tersebut. Satu aspek
yang penting dalam pembelajaran koperatif ialah letaknya autoriti dalam tangan pengajar.
Pengajar berkuasa untuk menentukkan tugasan, masalah, serta kewajaran hasil kerja
kumpulan. Sebaliknya dalam pembelajaran kolaboratif, selepas pengajar menentukan tugasan,
ia telah memindahkan autoriti kepada kumpulan. Secara unggulnya, tugasan kumpulan akan
sentiasa terbuka untuk disahkan oleh komuniti ilmu yang lebih luas dan bukan pengajar
semata-mata.

Lantaran itu, dari perspektif empowerment, pembelajaran koperasi kurang memberi kuasa
kepada pelajar. Pelajar cuma dikehendaki untuk mengusahakan matlamat pengajar dan
menghasilkan jawapan yang ‘betul’ atau diterima oleh pengajar. Pembelajaran kolaboratif
lebih memberi kuasa kepada pelajar dan sedia menanggung risiko-risiko empowerment.
Contohnya pengajar harus menerima hasil kolaborasi kumpulan yang berkemunkinan
bercanggah dengan pendiriannya dan terlalu mudah mahupun ringkas. Mengikut Rockwood,
pembelajaran koperatif merupakan pendekatan yang paling sesuai untuk pengetahuan teras.
Selepas pelajar telah menguasai dengan wajarnya dalam pengetahuan asas, maka barulah ia
bersedia untuk pembelajaran kolaboratif.

Matthews et al. berpendapat kebanyakan penyelidik dan ahli teori pembelajaran koperatif
merupakan ahli psikologi-sosial atau sosiologi yang berfokuskan aplikasi di sekolah rendah
dan menengah. Tujuan utama penyelidikan mereka ialah untuk mencari perbandingan di antara
pembelajaran koperatif dengan bentuk pengajaran yang lain. Bagaimanapun dalam dekad ini,
teknik-teknik koperasi telah dikembangkan dan diadaptasikan di peringkat kolej. Penyelidik-
penyelidik dan ahli teori yang menumpukan perhatian kepada pembelajaran kolaboratif
biasanya berlatar belakangkan bidang kemanusiaan dan sains sosial. Hasil karya golongan ini
sering membangkitkan isu-isu teoritikal, politikal dan falsafah tentang sifat pengetahuan
sebagai pembinaan sosial serta autoriti dalam bilik darjah. Di sini timbulkan perkaitan amalan
kolaboratif dengan pedagogi feminis.

Kesimpulan
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif dikembangkan secara terasing di mana pengikut-
pengikutnya telah membentuk persatuan, menerbitkan jurnal-jurnal, dan menganjurkan
konferens yang berbeza dan pada ketika yang berlainan. Hasilnya ialah keraguan dan
kejahilan satu golongan terhadap golangan yang lain. Kekurangan komunikasi dan informasi di
antara pengikut-pengikut kedua-dua pendekatan telah menyebabkan rasa ortodoks yang
kaku.

Rencana ini merupakan satu usaha untuk menjelaskan konsep pembelajaran kolaboratif dan
pembelajaran koperasi agar guru pelatih berasa lebih yakin untuk mengamalkan kedua-duanya
dalam maktab mahupun di sekolah kelak. Ini menjadi lebih penting lagi memandangkan
teknologi maklumat telah meruntuhkan sempadan masa dan ruang agar koperatif dan
kolaborasi menjadi unsur yang penting dalam pendidikan. 

You might also like