P. 1
Pembinaan Insan Guru Seimbang

Pembinaan Insan Guru Seimbang

|Views: 1,845|Likes:
Published by Mieza Weyh

More info:

Published by: Mieza Weyh on Feb 12, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/03/2014

pdf

text

original

Bina Insan Guru Sesi Bengkel dan Ceramah. Ceramah.

Pembinaan Insan Guru Seimbang
oleh :Prof. Ibn Taib Az-Zuhaily Pensyarah Fakulti Pendidikan Islam UIAM

Definisi Pendidik Menurut al-Ghazali. guru ialah al-Ghazali. -murabbi -mudarris -mu·addib .

1-Murabbi ialah seseorang yang membawa manusia untuk mendekati Pencipta 2-Mudarris ialah seseorang yang membawa kepada ilmu pengetahuan dunia. 3-Muaddib ialah seseorang yang mengajar manusia untuk beradab dan bertatasusila. .

pengajar dan pengasuh. manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara. menjaga dan mendidik. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi. pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain. guru bererti pendidik.Menurut Kamus Dewan (1970). .

Ciri peribadi 2.Ciri mengajar 3.Ciri Guru 1.Ciri intelek .

. Kedua . Ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin¶ di samping mengajar ia juga 'gurumembimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan siapa sahaja.Ciri Peribadi Seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga (missionseorang yang 'asyik' dalam pekerjaannya. ianya bersikap positif dan 'real' iaitu yakin dalam apa jua yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan' biar pun pahit untuk ditelan.

sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran. Ianya juga memiliki kepakaran undangmemotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.Ciri Mengajar Seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek 'dengannya' ("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat ("with-itatau apa jua yang murid-muridnya mesti buat. Ia juga muridmempunyai stail yang tersendiri. peraturan dan undang-undang. . nilai dan budaya.

Ciri Intelektual Seorang yang suka 'membaca buku'. menganalisis. 'mental life' yang segar. mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak . berkembang dan bersifat selfself-actualization dengan minda yang sihat dan terbuka. melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping melihat. dan mempunyai buku'.

Tanggungjawab guru -Allah -diri -ilmu -profesion -pelajar -rakan sejawat -masyarakat dan negara .

Guru mesti melaksanakan kewajiban agama. 3. Guru hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya .Tanggungjawab terhadap Allah 1. iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. 6. Seorang guru hendaklah sentiasa memantapkan keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. Sifat istiqamah. 2. menghayati rasa khusyuk dan takut kepada Allah. 5.

masyarakat dan negara. 4. Prihatin terhadap kebersihan diri. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. 3. 5. . Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat sebanyak mungkin kepada Allah. Guru hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri. 2.pakaian.Tanggungjawab terhadap diri 1. perawakan dan tempat tinggal. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti sebagai seorang guru. sama ada dari aspek fizikal. emosional. mental mahupun moral.

6. 2. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. 4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan. Beriltizam dengan amanah ilmiah.Tanggungjawab terhadap ilmu 1. kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat. 5. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan. . Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. 3. Dari semasa ke semasa guru hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.

intelek. mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa. kepercayaan politik. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. tempat asal keluarga. 3. bahasa. jantina. bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah yang baik 4. . 2. agama. Dia tidak bertingkah laku yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. warna.Tanggungjawab terhadap profesion 1.

politik. lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktorfaktor-faktor jasmani. setinggi- . mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar 2. Menampilkan suatu cara pakaian. ekonomi. 4. persidangan. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian. sosial. pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 5. keturunan dan agama. mental. mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.Tanggungjawab terhadap pelajar 1. emosi. 3. Membimbing seseorang pelajar dalam mata pelajaran yang diajar tanpa sebarang bayaran.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat 1. . 3. 5. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan bersungguhkemajuan ikhtisas dan sosial. mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia dan bertanggungjawab dan berguna 3. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara. 2. masyarakat atau negara.Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara 1. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. .

Mengelakkan diri dari melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa.Tanggungjawab terhadap ibu bapa 1. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. 3. . 6. 4. Mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit. Berusaha mewujudkan hubungan mesra di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 5. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anakanak mereka. 2.

Guru yang seimbang ialah guru yang berjaya menguasai lima aspek ini ketika mereka mengajar dan berhadapan dengan masyarakat 1-aspek jasmani 2-aspek emosi 3-aspek rohani 4-aspek intelek 5-aspek sosial .

berimej. berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul.Cabaran Dunia Pendidikan " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan. kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji. menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar." . Oleh itu pada setiap masa.

Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. . sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia.Rumusan Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->